Mood risau: perlu sedih ke gembira

Sejak balik dari kampung seminggu ni, Naim macam nak tunjuk yang dia 'anak papa'. Apa taknya, asyik nak bermanja dengan papa je. Apa-apa mesti dia minta dengan papanya, kecuali bila papa sibuk atau tak layan baru dia minta dengan saya.
Muka ala-ala manja..

Tambah pula sejak semalam Naim diserang selsema. Makinlah bertambah manja dia. Bayangkan tengah hari ni dia merengek berkali-kali. Sikit-sikit pun nak menangis. Apa yang nak dibuatnya semua kena papa ada di sebelah. Kalau tak, menangis dia. Lepas makan ubat tengah hari tadi, baru nak tidur. Tapi, Naim tidur pun di atas riba papanya..Ai, terpaksalah layan, kata papa N. Anak tengah tak sihat badan.

Terfikir juga saya, situasi ni biasa ke? Risau kot nanti Naim lebih rapat dengan papanya tapi tak rapat dengan saya lak? Mulalah rasa bersalah tak dapat beri sepenuh perhatian kepada Naim yang tak berapa besar sangat lagi ni.. Ke saya patut gembira sebab dengan keadaan macam ni saya ada lebih masa nak bagi tumpuan kepada Nazif yang lebih kecil.

Comments

  1. Dia faham kot mak nya bagi perhatian pada adik Nazif..Kalau dia rapat dengan papa dia pun tak salah kan, suami sendiri..Anak2 saya pun semua pun rapat dengan ayahnya tapi masih perlukan saya sebagai ibunya..just be cool ok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks...bagusla kalau rasa perkara ni normal lagi...bukan apa, dh biasa tgk budak bermasalah di sekolah, risau anak sdiri jdi mcm tu kalau salah didikan.

      Delete
  2. emm...xpndai sy nk bagi pndapat..sbb tak kawin lgi...kang silap plak..hee...tapi sy rasa cikgu bleh handle punya..xdak masalah..hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xpe lah..tlg doakan semua ok..ha, puteri cptla kawin.

      Delete
  3. kite pun xtawu sebab tak kawen lagi . hihi .
    Tapi ase nye budak2 biase laa . kdg2 dia nak kat mama dia, kdg2 kat ayah dia .
    Ngade2 budak nii . tp nak susu mesti mintak mak punye . hoho :P

    ReplyDelete
  4. sy pulak yg risau baca entry ni... tiba2 terbayang alisha.. macamanalah nanti bila dah ada adik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha, nati dh bsalin ina tls la psal ni lak. Kot bdk ppuan lain pgainya...

      Delete
  5. adam ni,x pulak mcm tu,dia lbh dgn akak jugak sbb dia jeles akak dok layan adik je,dlm pantang pun kena uruskan adam jugak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam tu pun penat juga kan? tapi at least adam tetap manja dgn akak

      Delete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Cara daftar kad Touch N Go

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1