Comel tak bagi mama buat kerja? kena berhenti ke?

Nazif-dua minggu lepas, belum seberat hari ini.

Hari ni nampaknya hari Nazif meragam. Tak macam semalam, hari ni Nazif tidur sekejab je lepas dimandikan pagi tadi. Lepas pukul 9.20 tadi dia mula tak nak tidur dan asyik nak minta diangkat je. Biasanya waktu pagi dia akan tidur, walaupun sekejab je dan menjelang tengah hari baru tak nak tidur. Jadi, waktu dia tidur tu saya boleh guna untuk buat apa-apa kerja yang penting.

Bila dah sedikit lenguh tangan sebab mendukung dia, saya letakkan dia di tilam dia. Dapatlah dia diam 10 minit paling lama, kemudian mula la meraung mintak simpati lagi.. Jadi, arini mamanya memang tak boleh buat kerja langsung lah nampaknya. Makanya dalam pukul 12.30 tadi, saya dukung sambil pujuk dia suruh tidur. Kemudian, sambil menyusukan dia saya tanya dia,"Comel tak bagi mama buat  kerja? kena berhenti ke? mama banyak kerja sekolah nak kena buat ni..."...
Tentualah Nazif tak jawab pun, lama-kelamaan saya dan Nazif sama-sama tertidur sehinggalah beberapa minit tadi.. Terbangun je cepat-cepat nak capai kerja sekolah sementara Nazif tidur lagi. Tapi, rosak mood sikit sebab dapat panggilan yang menambah lagi kerja sedia ada... Tak nak tensen, update blog dan tinjau blog rakan-rakan dulu ye....Positifkan diri..

Comments

  1. nazif kata..tengah cuti la mama,jgn la buat keje..hihi sbb tu nazif xnak duduk diam nak suruh dukung je

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...nak buat camner lagi.. takpe la, buat sikit2 boleh kot siap..

      Delete
  2. alahaiii tambah lg keje yer... :-)

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular Posts