Posts

Showing posts from November, 2019

2019 penuh suka duka

Image
Bila 2019 semakin nak melabuhkan tirainya ni, terasa cepat sangat pulak masa berlalu.  Dah tak lama lagi dah nak masuk tahun baru 2020. Sesiapa yang lahir 80an memang ternanti kot tahun 2020 ni, sebabnya sejak dari kecil banyak sangat disebutkan malah dinyanyikan pasal 2020 ni. Bila tengok di instagram anak-anak murid yang harini tamat peperiksaan SPM tu macam-macam cara mereka ni sambut hari terakhir ni. Memang nampak gembira sakan. Rasa kejap je budak-budak ni besarnya. Masa dulu masuk tingkatan 1, berhingus lagi semuanya tapi sekarang dah tamat SPM. Maknanya memang cikgu makin tua ni. Kalau dikenangkan kembali kenangan dengan murid-murid tahun ni, saya simpulkan tahun 2019 ni sebagai tahun yang menggembirakan juga dari segi pekerjaan. Banyak kerja diselesaikan dengan baik, ada pulak anak-anak murid yang rapat dan mesra macam yang kat atas tu. memang rasa terhibur sangat masa bekerja. Mesej ni daripada salah seorang yang kat atas tu, beberapa hari yang lalu. So swe

Betulkah ibu bapa kerja keras untuk anak-anak?

Image
Isu yang saya alami, terutamanya bila ada tiga anak lelaki yang sedang membesar ni.  Semuanya sihat, aktif dan jenis nakkan perhatian.  Pandai pulak meminta apa yang diorang rasa berkenan.  Ada masanya terasa banyaknya kerja,  bila balik dengan badan penat terpaksa lepaskan je budak bertiga ni main phone sorang satu sebab mama nak rehat.  Jadi,  bila dengar kawan lain yang mengatakan anak-anaknya memang tak ada main gadget,  saya diam jelah sebab tahu saya tak amalkan macam tu.  Dalam masa yang sama,  dalam hati ni yeke tu?  Macam bagus nau..  Haha jahat tetap ada kat situ kan? Banyak kekurangan diri rasanya bila memikirkan hal anak-anak dan kerja. Bukanlah kat tempat kerja saya ni bagus sangat pun tapi saya cubalah buat apa yang terbaik setakat mampu.  Tapi ada masanya bila dah ada 5-10 benda berbeza nak disiapkan dalam masa yang tak berapa lama memang dilema sangat.  Maka,  mulalah ber"dikir" rasa nak resign dan jaga anak-anak je.  Haha,  ada tak korang buat gitu juga?

End year party with twin and triplet theme

Image
Assalamualaikum semua. Kemain tajuknya dalam BI kan?  Haha,  sekali sekala apa salahnya kan?  Mood saya baik ni terasa nak menulis di blog.  Rasa kejap saja masa berlalu bila dah menghampiri akhir tahun ni.  Rasa semua susah payah sepanjang Januari ke November macam tak ada pulak ye.  Gitulah kita ni kan,  manusia yang mudah lupa.  Lagipun apalah nak dikenangkan sush payah atau benda tak gembira tu.  Let the gone be gone orang kata.  Hihi. So marilah jamu mata dengan gambar-gambar my colleges dengan tema twin dan triplets.  Menarik juga tema ni rupanya.  Masing-masing bergaya sakan dan ikut tema. Moga semua panjang usianya dan dapat sama-sama tempuh tahun 2020 dengan kesabaran.