Posts

Showing posts from July, 2014

Selamat berhari raya

Image
Rasanya esok dah ramai meninggalkan KL atau dah balik kampung kan? Jadi elok buat ucapan selamat hari raya awal-awal. Semua pasti nak balik bersama ahli keluarga secepat mungkin kan? Bagi pihak saya, MamaNaimNazif, saya memohon maaf untuk salah silap yang sengaja dan tak sengaja.. semoga semua berbahagia di hari yang mulia ini serta dipanjangkan usia kita bersama untuk sama-sama menyambut Ramadan yang lain selepas ini. Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua pembaca blog Ilham Hati ini, terutamanya kepada rakan blogger semua yang banyak memberikan sokongan. Nati jangan lupa kongsikan pengalaman hari raya korang ya?

Anak o anak

Malam ni lebih dua jam saya berusaha nak buat dua anakanda ni tidur. Bayangkan sejak pukul 10 malam, Nazif mengajak naik ke atas, nak tidur katanya. Mulanya macam betul nak tidur, tapi lepas setengah jam masih lagi dia menyusu. Naim pula, mula bosan, memang bukan masa dia tidur lagi pun. Tapi dia nak mengikut saya masuk ke bilik tadi. Naim mulalah tunjuk tahap bosan dia tu dengan buat macam-macam bunyi. Akhirnya, Nazif pun buka matanya besar-besar. Bila dah tak jadi tidur tu, saya bawa turun kedua-duanya. Sambil saya menonton Women's Room, Nazif elok je bermain, sementara Naim pula berhimpit tepi saya, sama-sama menonton drama. Pukul 11, adik sekali lagi mengajak tidur. Kenyang minum air milo dan sayur agaknya, saya terfikir macam tu sebab sambil Nazif main tu memang saya suapkan dia makan. Kali ni, Naim pula yang buat hal. Dia selama ni tak menunjukkan minat oada drama yang saya tengok pun. Hari ni bila bahagian yang Hee Soo makan banyak sampai muntah tu dah buat Naim seronok se

Sambal belacan masak

Image
Rasanya kes makan lebih ni sedikit sebanyak disumbangkan oleh adanya sambal belacan masak yang kali pertama saya buat. Makan kat luar dah selalu juga, terutamanya kalau saya ke Hazrul November, sebuah restoren berdekatan dengan sekolah kami yang memang ada sambal belacan macam ni. Kebetulan saya terjumpa resepi ni, lalu saya cuba memasaknya pada hujung minggu lepas. Memang buat untuk makan beberapa kali. Bolehla Papa N makan setiap kali berbuka dan bersahur. Bahan - bahannya : Belacan Cili padi Cili merah Bawang besar Bawang merah Ikan bilis Garam Gula Minyak Cara menyediakan: 1. Kisar semua bahan. Kalau nak tumbuk pun lagi sedap. Saya buat versi malas je. 2. Panaskan minyak dan tumis semua bahan tadi untuk seketika dan bolehla makan selepas itu. Bahannya macam sambal belacan biasa je, kecuali ditambah sedikit ikan bilis dan dimasak kesemua bahan di dapur seketika. Ok, mula nak masak untuk berbuka. Terfikir nak makan kat luarlah pula, padahal sup da

Catatan hari ini

Image
Lewat malam pun menulis lagi nampaknya. Saya tak dapat nak lelapkan mata lagi selepas menenangkan Naim tadi. Panik juga melihatkan Naim yang sedang tidur tiba-tiba menangis sambil kedua-dua belah tangannya tunjuk ke dada. Lepas sapukan minyak panas dan ditepuk-tepuk beberapa minit, Naim kembali tidur. Agaknya angin kot. Harapnya tak berulang lagi. Jenis payah makan ni, memang merisaukan saya. Nazif memang mudah makan. Tapi Naim ni, nak suapkan nasi kena pujuk dulu. Itu pun sikit je dia makan. Jadi mak ni, memang banyak kerisauan kita. Mula saya terfikir esok ni wajib bawa Naim ke klinik. Ini dah kali ketiga Naim terjaga di tengah malam dengan keadaan macam tu. Bimbang. Hati mak mana yang tak bimbang kan? Pastinya suka melihat anak sihat, riang dan gembira walaupun ada masanya memang memerlukan kita buat pengorbanan dalam pelbagai segi.  Siang tadi elok je Naim bermain gembira. Ikutkan hati mak pak ni, di bulan puasa ni, memang nak bertapa dalam rumah je. Baju raya dah ada, walaupun ala

Daging masak hitam

Image
Rumah kami ni jenis makan nasi sikit. Biasanya kalau masak nasi satu pot setengah, itu pun pot yang kecil hadiah daripada beli periuk tu, memang kami laki bini dan anak tak habis makan masa berbuka. Maka untuk sahur, dapatlah jimat tenaga, tak payah masak lagi, panaskan baki nasi tu je. Asalkan makan sikit nasi, pun jadilah. Kalau tak makan nasi masa sahur, perut ni mulalah rasa lain macam.  Itu biasanya, tapi dalam minggu ni dah 2 kali saya bangun masak lagi nasi untuk bersahur. Tetiba laku pulak nasi masa berbuka. Rasanya masak biasa je. Hari pertama yang nasi habis tu, sebab saya masak daging bakar cicah asam kicap. Macam hirup kuah kicap tu rasanya pada petang tu. Hari kedua yang habis nasi pulak sebab masak sambal belacan, dicicah dengan bendi celur dan lauknya sup tulang dan daging masak merah ala thai.  Hari ni pun sama. Nampaknya habis lagi nasi. Kenalah bangun 4.30 pagi untuk masa nasi untuk bersahur. Kalau tak biasanya saya bangun pada pukul 4.50 pagi dan cuba minum

Ai si wira kelabu

Image
Orang duk kecoh pasal CDM 25 tu, saya pun nak tumpang cerita pasal kes kecuaian semasa memandu juga. Baru berlaku pagi ni. Masa saya keluar dari kawasan lorong rumah tu, dalam pukul 9.30 pagi,  masa melewati lorong depan, saya dah nampak sebuah kereta model wira berwarna kelabu sedang memasuki lorong lagi depan. Mulanya saya ingat dia nak memasuki lorong tu, rupanya pemandu tu berhenti di tengah jalan, yang saya boleh faham orang tu nak membuat u-turn kat simpang empat tu. Sabar jelah, nak jalan mudah ye.. Jadi, saya tekan brek siap-siap untuk bagi laluan pada dia. Tapi, dia tak menunjukkan tanda-tanda nak buat u-turn pulak, saya pun ingatkan dia nak bagi laluan kepada saya dahulu. Saya pun kembali gerakkan kereta. Bila kereta saya melalui belakang bontot kereta wira ni, tetiba pula kereta tu bergerak. Panik betul saya masa tu. Memang nampak kereta tu bergerak ke belakang, ke arah kereta saya. Memang sah orang tu nak buat uturn tapi dia tak tengok ke belakang. Tengah panik tu

Dua beradik berpakat nak polis tangkap mamanya

Ai semua. Tengah bershopping ke di hari cuti ni? Kami tiga beranak duduk bertomoih di dalam rumah je. Papa N kerja pula hari ni. Alahai, tak best langsung. Hari cuti patutnya kita dapat la pergi jalan-jalan, kan? Dua beradik ni pun dah mula tunjuk bosan. Naim dah beberapa kali mengajak pergi ke shopping mall, nak beli kereta baru katanya. Nazif pula asyik jom mama, entah dia nak ajak ke mana tu. Yang paling kelakar, baru je tadi, dua beradik ni berkomplot nak suruh polis tangkap mama. Naim punya idea, sebagai perancang utama. Saya dengar Naim cakap, " Adik, jom kita panggil polis tangkap mama ya. Mama tak nak bawa kita pergi masuk(shopping mall)". Ada ke si adik ni pula jawabnya, " ocay" .. itu tanda Nazif bersetujulah tu. Sabao jelah. Mama kamu memang takkan keluar jauh dengan bawa budak kecil berdua ni. Kita tunggu papa baliklah ya apapun.

Makan angin dengan motor atuk

Image
Makan angin ni kita faham sebagai pergi bercuti kan? Naim yang belum belajar pasal simpulan bahasa ni memang menganggap makan angin sebagai nganga mulut dan berlagak seolah-olah makan udara(angin).  Kalau berjalan di kawasan rumah kami, dah biasa Naim minta buka tingkap dan dia buat gaya buka mulut dan seolah-olah makan sambil buat bunyi 'amm' berkali-kali. Kali ni balik kampung pun, beberapa kali Naim minta nak naik motor atuk sebab dia nak makan angin.  Ada sekali tengah hari ni, tengah panas pada pukul 12 tu Naim ajak mama, papa dan adik sekali, empat beranak makan angin sama-sama naik motor atuk. Sabar jelah melayan anak ni. Tak nak naik, dia merayu juga, jadi akhirnya empat beranak pun sama-samalah naik motor ni. Dahlah ada benda kat belakang tu, memang bersempitlah empat beranak masa pergi ke kedai runcit yang dekat dengan rumah Opahnya ni. Dalam perjalanan, Naim dan Nazif sama-sama buat suara 'amm" kononnya tengah makan angin..siap buka mulut la

Bantuan di bulan puasa

Image
Dah hari Jumaat ya. Macam cepat je berlalu hari hari di bulan puasa ni kan? Maklumla, seronok dapat balik awal. Lagipun kalau hari Jumaat macam ni, saya kerja cuma 3 jam lebih je. Tak caya? Apa taknya, masuk pada pukul 2.20 petang dan balik pada pukul 5.30 petang. Memang bahagia betul.. Itu masa bekerja rasmilah sebenarnya. Hakikatnya tak adalah seronok sangat pun. Saya ni hampir setiap hari tak kira Jumaat ke Isnin ke memang dah terpacak di sekolah pada jam 11 pagi. Lebih awal pun ada. Sebab tu kalau saya BW, saya buat pada waktu pagi sementara saya belum bersiap ke sekolah. Saya juga dah biasa kena perli nak dapatkan APC, cuma saya pekakkan telinga je. Bukan apa, tak naklah makan gaji tak berkat, kalau di rumah memang saya tak buat kerja pun sedangkan terlalu banyak sebenarnya apa yang patut dibuat. Entah apa-apa pula intro saya kali ni. Sebenarnya saya nak ceritakan pembantu saya di bulan puasa ni. Maklumlah bila kerja di sesi petang di bulan puasa yang cuaca panas ni, mu

Sedih...sedih...menyesal

Mengucap panjang.. subhanallah, masya Allah.. di bulan yang mulia ini, makin boros pula saya berbelanja. Semalam, di sekolah, ada terbeli sesuatu yang sepatutnya tak perlu dibeli. Ini yang rasa sedih menyesal sampai ke pagi ni. Adoi, kenapalah jadi perempuan yang lemah macam ni. Mudah bedooh terpengaruh dengan pujuk rayu, kata-kata orang lain. Adoi.. ini kes adoi.. Speechless.. wordless.. silap sendiri, sendiri le tanggung. Ai pompuan..

Tak boleh berhenti makan

Semalam kali pertama saya buat kuih untuk bulan puasa kali ni. Memang rajin ya, nasibla tahap rajin datang sekali sekala je. Itu pun hampir tak jadi buat. Saya dah suruh Papa N pergi mencari tepung pulut sejak tengah hari lagi, dia asyik menghadap kerja je kat laptop je. Dua hari cuti tapi dia kerja, ai panas tul rasa. Sabar, bulan puasa  kena sabar. Nak jalan pun tak sesuai kan. Bila saya dah mula buat mata bulat dan besar, akhirnya Papa N pergilah ke kedai. Takut dia, kang isteri mogok kan, kena makan kat luar lagi. Bila ke kedai pula, katanya tak ada dijual tepung pulut. Saya ingatkan tak jadilah buat kuih. Tunggu Papa N balik selepas panggilan tu punyalah lama. Rupanya diusahakan juga cari di kedai-kedai lain. Bimbang takut saya kecewa katanya. Iyalah tu kan? Jadi, diam-diam saya mengguli tepung pulut dengan air pandan. Dah uli, masukkan nisan kat dalam hampir tiga suku habis, baru anakanda berdua perasan aktiviti mamanya. Mulalah diorang nak membantu. Melihatkan dah ada banyak y

Usaha membiasakan diri dengan makanan sunnah

Image
Makin bertambah usia ni, alhamdulillah saya rasa gembira kerana didedahkan dengan pelbagai ilmu. Sesungguhnya teknologi sangat membantu kita semua. Banyak info yang baik yang kita peroleh dengan mudah, namun rasanya persoalan yang lebih penting ialah antara kita ni nak atau tidak berubah. Antara perubahan yang kebelakangan ni saya buat ialah cuba secara perlahan-lahan mendidik diri dan keluarga mengamalkan makanan sunnah. Jika diikutkan, kat rumah kami ni jarang ada makanan sunnah. Buah kurma sekali sekala bila musim puasa dan sedara mara ke Mekah, akan adalah bendanya kat dalam rumah. Itupun bercinta nak habiskan. Kalau minyak zaitun pula, adanya bila masa nak masak spageti dan salad sekali sekala. Kalau terbeli, saya guna sahajalah sampai habis. Lepas tu, berbulan pula nak beli lagi, sebab rasa mahal berbanding minyak biasa. Madu pun sama. Kalau ada, sebagai hiasan dalam peti sejuk, tak amalkannya setiap hari. Sebenarnya pernah amalkan, tapi dah lama saya tak buat. Tak

5 Julai

Image
Nampaknya ramai yang bersedih hari ini. Antara perkhabaran yang buat kita sedih hati ini ialah berita kematian biduanita Sharifah Aini pada awal pagi tadi. Di sekolah tadi pula, ada salah seorang staf juga tak hadir kerana kematian ibundanya di Selayang. Tadi, saya terbaca di Instagram, anak lelaki Linda Rafar juga baru sahaja meninggal dunia. Sedih rasanya mendengar perkhabaran sedih ni. Saya selalu mengintai IG Linda sejak dapat tahu anaknya tengah sakit. Memang tak ada ibu yang akan duduk diam kalau anak tengah sakit. Nampaknya Allah lebih menyayangi anak itu. Kita doakan semua saudara sesama Islam kita ni ditempatkan di kalangan orang yang beriman ya.. amin..Moga bila sampai giliran kita, kita juga akan pergi dalam keadaan yang baik.

Buah kedondong

Image
Saya beli buah kedondong pagi semalam sebab bila tengok buah tu, tetiba teringat kepada masa kat Johor dulu, ada seorang kawan serumah memang suka bawa buah kedondong dari kampungnya dan kami makan ramai-ramai, sedapnya masa tu. Kalau teringat kenangan yang lama rasa semuanya sedap aja saya ni. Semalam, saya makan dengan dua anakanda. Pun sedap juga jadinya. Berebut Naim dan Nazif semalam. Mamanya makan sikit sikit je, beli tak banyak pun dan dah saya bahagikan kepada kawan-kawan di sekolah sedikit. Mujur dua anakanda ni jenis makan benda masam. Sebenarnya buah kedondong semalam tu tak masam pun, lebih kepada rasa lemak. Kami tiga beranak makan dengan kicap manis dan sedikit garam. Ada geng mama ni, bestla kalau lain kali nak makan colek buah.. suami saya pula jenis tak suka makan kalau buah yang masam-masam. Memang kalau makan sorang tak best kan?

Rupa je ada

Image
Kalau ilmu panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga.... Ayam panggang harapan Kisah lauk berbuka puasa kami petang ni. Biasanya, kalau tak ada idea pun, dalam perjalanan balik saya dah terfikir apa nak dimasak untuk berbuka, tapi hari ini, sampai ke rumah pun tak ada idea. Suami saya pula, bila diminta buah fikiran, cadangannya kemain lagi. "buat ayam panggang berempah macam abah selalu buat di bulan puasa tu boleh?" Isteri solehah ni pun, cepat-cepatla mencongak bahan-bahan nak mengerjakan ayam tu.Tak yakin pula dengan ingatan sendiri, lantas saya telefon ke Kampung Tapah. Abah pun bagilah panduan. Bahan-bahan : Ayam Kerisik Santan *Bawang *Halia Serai *Rempah biji digoreng tanpa minyak dan kemudiannya ditumbuk Serbuk kunyit Cili kering yang dikisar Garam Air Menantu yang tak berapa cukup ilmu ni cepat-cepat letak telefon selepas saya ucapkan terima kasih. Bahan-bahan yang bertanda * saya tumbuk dahulu dan gaulkan dengan benda yang lain lalu ga

Roti nan - menu diet sahur atau menu malas masak?

Ai semua.. dah bersahur ke belum? Ada ke yang tak terbangun sahur? Selepas lima hari bersahur makan nasi, pagi ni saya sediakan menu ringkas kononnya, nak mudah iaitu roti nan dengan telur dadar je. Asalnya beli roti nan tu dengan rancangan nak dicicah dengan kari ayam. Tapi, disebabkan tak rajin, jadi macam sandwic telur pulak kaedah makannya. Haha. Nasibla Papa N, bini kamu ni kalau dah beberapa hari rajin dah mula tiba angin rasa malasnya. Inilah juga kesan kalau makan berbuka kat luar. Maka, bila tak ada makanan, nak merajinkan diri memasak di pagi buta ni payahla kan? Kalau nak masak sebelum tidur sepatutnya boleh, tapi saya ni patuh pada arahan suami, kononnya nak makan roti jelah pagi ni. Haha. Harapnya tahan perut sampai ke petang ya.. Korang makan apa ya kalau terasa malas nak makan nasi masa bersahur?

Ramadan dua Ahmad

Image
Dah empat hari kita berpuasa ni, yang nampaknya seronok sangat dalam rumah ni pastilah dua Ahmad. Maklumlah, Papa N balik awal, jadi ambil diorang pun awal.  Mama pun balik dalam pukul 6, taklah gelap macam bulan biasa. Itu satu hal, masa mak paknya nak sediakan makanan  berbuka walaupun diorang seronok juga. Dibekalkan dengan makanan supaya tak mengacau proses masak. Alhamdulillah dengan menu ringkas, menjelang pukul 7, selalunya papa dan mama dah sama-sama boleh duduk bergelak ketawa dengan kedua-dua Ahmad ni. Masa menunggu Papa N balik dari terawih pun, tak ada nak diam diorang ni. Sekali sekala Nazif tunjuk ke pintu sambil cakap, "Papa ayam" , yang maksudnya Papa pergi sembahyang. Dua ke tiga jam ketiadaan papa ni, ada pelbagai fasa. Ada masa diam, ada fasa riuh dan ada juga fasa super riuh. Itu baru dua orang anak bawah lima tahun.. hush, memang masa malam terasa lama. Entah dari mana datang tenaga diorang ni. Main tak henti. Seronok sangat bila boleh gela

WW: Wakaf Pendidikan Anak Yatim atau Miskin Malaysia

Image
Berwakaq di Pejabat Pos seluruh Malaysia. Maklumat lanjut boleh ke Pejabat Pos atau melayari www.pos.com.my