Posts

Showing posts from 2016

Benda percuma siapa tak nak

Image
Siang tadi Papa N beriya nak mengajak anak-anak merasa naik MRT. Memang cari nahas namanya bila gedik nak merasa pengalaman naik MRT di fasa tengah percuma dan hari Ahad pulak tu. Bila dah pergi tu baru tahu azabnya. Orang yang naik tadi beramai-ramainya. Mak ai, serik weh. Sesak sungguh. Sebab dah lama tunggu train tu, naik jugala dari stesyen Surian dan turun di stesen berikutnya. Serik betul bersesak tadi. Dah la lama betul tunggu train datang, agaknya sebab fasa percuma, maka masa train tak sistematik lagi. Kalau dah beroperasi penuh trainnya masih juga lambat macam tu, ramai la yang akan komplen nanti. Mujur sebelum keluar tu dah makan tengah hari sedap air tangan sendiri. Maka takla rasa stress bercampur lapar. Kita fikir positif je.  Bersangka baik. Gambar makanan ada ler.. gambar MRT mitak maaf ye, ilek..dengan manusia selesai tadi tak sempat dan tak berani keluarkan phone pun. Melayan dua anak yang tak sabar dan kepanasan pun dah satu kerja berat. 

Family Day 2016

Image
Tahun ini MIL saya memilih mengadakan hari keluarga di Melaka. Sebelum ni tiga tahun berturut-turut kami ke Pulau Pinang untuk hari keluarga ni. Namun, kemeriahan tetap macam biasa. Bila semua dapat berkumpul, mana tak meriah kan? Dua Ahmads ni kemain lagi pada masa tu. Opahnya singgah bermalam di rumah kami, diorang minta dengan Opah nak ikut Opah kerana nak pergi ke Melaka awal untuk berkumpul dengan abang sepupu yang dah ada di sana. Muka gembira masa melambai kepada mama dan adik hari tu, amboi dah macam budak besar pulak gayanya. Siap angkut beg masing-masing berisi baju dan mainan sendiri lagi masa tu. Program tiga hari dua malam ni berjalan lancar sebab perancangan teliti oleh MIL. Kagum betul saya. Bekas guru besar ni, memang jenis fikir keseluruhan perkara dengan teliti. Esok-esok kalau saya jadi nenek macam mana la pulak gayanya. Huhu, ITU fikir nanti ajelah.. lama lagi.. Ai, angle kamera tu yang buat ahkak nampak gedabak besar. Tapi masukkan juga gambar

Trip to JB: After 6 years

Image
Tarikh: 4-6 Disember 2016 Pindah dari JB masa si dia ni berusia 8 bulan, kami kembali melawat JB lagi pada usia dia ni 6 tahun 8bulan .. Tujuan utama untuk ke Legoland. Gembirakan budak yang bercuti. Dah lama tak jalan-jalan sebab mamanya mengandung dan berpantang.  Mama seronok dapat makan makanan yang best di Jb..tahu bakar, pisang goreng mawar dan yong tau tu di Dataran. Menggambit kenangan lalu weh.. tempat jatuh lagi dikenang, inilah pula tempat bermain... Kan kan kan... Tiga hari dua malam di JB cuaca panas terik. Dah seronok dan capai tujuan berninja-go, JANGAN sebut lagi nak ke Legoland ye Ahmads, tunggu baby besar sikit tau.. takla mama jadi bibik aje.. sebelum masuk warganegara emas boleh la mama main apa-apa.. PS: teringin nak main roller coaster hari tu tapi baby ada, jadi tengok ajelah.. Bye JB.. till we meet again k.. 

Sebab kenapa wanita nak kurus.

Image
Amaran : entry ini adakah berdasarkan pendapat peribadi penulis dan tidak mengambil kira kajian saintifik. Assalamualaikum semua. Haha, seawal entry dah bagi amaran. Macam la nak tulis sesuatu yang gempak. Padahal nak bercerita pasal kegemukan yang melanda diri je. Huhu. Jadi, berbalik kepada tajuk, kenapa saya nak sangat kurus, ada tiga sebab: 1. Nak elakkan orang mengata saya gemuk . (Ada tau yang macam tu. Tengok gambar profile whatapp, selamba je bagi mesej tak ada salam apa, ayatnya, "tembamnya kak oi, gambar ko terbaru ke tu?" . Sentap mak oi.. tak sensitif betul perempuan tu!!) 2. Tak selesa dengan lemak di bahagian perut, punggung dan paha. 3. Untuk rasa lebih fit dan selesa berpakaian . Sejak abis pantang yang dah nak masuk tiga bulan atau secara tepatnya 81 hari yang lalu, saya masih lagi nampak agak berisi. Ok, faham ayat kat situ, agak berisi . Bagi yang biasa nampak saya kurus, ramai yang kata tahap ni sesuai daripada badan dulu yang kurus. Sedang-sedang

Lupa memang penyakit semua orang

Image
Mana ada manusia yang tak pernah lupa sesuatu dalam hidupnya kan? Ada ke? Memang hebatla insan tu kalau sememangnya dia tak pernah langsung terlupa walaupun satu perkara atau satu benda dalam kehidupanya. Otak dia memang terbaikla. Ataupun juga dia memang seseorang yang cukup sistematik dan ada visi. Itulah, ayat pujuk diri sendiri malam ni. Dari magrib tadi saya tetiba teringat sesuatu yang agak penting. Puas mencarinya di seluruh rumah ni, di sekitar kawasan yang dirasakan ada kemungkinan pernah menyimpannya. Cari punya cari berkali-kali tak juga ditemui. Akhirnya, ternampak Maggi tomyam. Masak Maggi tomyam tu dan sambil tu tonton cerita ikan dukung, drama korea di 393, dapatlah kembali bertenang. Lap air mata sebab pedas pulak. Lepas tu gelakkan diri sendiri sebab letak barang merata dan lupa pulak mana letak. Sambil tu gelakkan diri sekali lagi sebab makan maggi dah pukul 10 malam sedangkan dalam fasa diet sikit, malam tak makan berat.. ai, susah hati punya pasal memang rasa nak m

Naim's graduation day(6 tahun)

Image
Masa memang cepat berlalu bila kita sibuk mengejar kehendak dan keperluan kehidupan kan? Dah nak habis tadika pun nampaknya anak bujang saya, abang long ni. Tadi pagi, lama saya renung Naim dalam baju seragam sekolah tadikanya. Hajat hati nak ambil gambar dia, tapi dia tak nak. Dah pujuk pun  dia bertegas juga tak nak bergambar. Tak apalah tak ada kenangan Naim pakai baju seragam sekolah tadika buat kali terakhir, sebab gambar sebelum ni memang ada. Masih lagi kenangan yang manis kan? Sebenarnya masih ada dua hari lagi sesi persekolahan tapi esok dan lusa diorang tak perlu pakai baju seragam sekolah lagi. Ahad lalu dah selesai pun majlis graduasi atau Ihtifal sekolah tadika Naim. Meleleh air mata mamanya sepanjang masa di majlis ni. Papa N yang pada mulanya asyik mengusik pasal air mata saya yang jatuh berguguran tu, bila makin lama dah pandai buat tak tahu je. Geram betul saya, bukan dia tak tahu perangai bininya ni. Kalau pasal anak-anak memang murah air mata. Sekolah tad

WW : Bila anak tetiba makan banyak

Image
Peti sejuk rumah korang pernah bertanda macam cerita Ali Baba Penyamun ni? Haha, rumah kami ye, baru-baru ni.. siapa punya kerja?  Budak dalam gambar ni punya kerja. Biasanya dua Ahmads saya ni, yang besar tak berapa makan kalau tak disuap, tapi sejak kebelakangan ni, dia lalu makan. Macam membela pulak, hujung minggu hari tu, asyik punggah makanan dan mengunyah je kerja dia. Bimbang pulak dia sakit perut kalau makan banyak sebab dia biasa jenis payah makan.  Bila saya tegur pasal makan, dia merajuk dan pergi cari kertas dan buat macam tu di peti sejuk. Katanya, semua orang jangan buka dan cari makanan lagi.. huhu.. padahal dia yang banyak makan.. Kesan mamanya berpantang.. biskut sekarang jadi bahan makanan rasmi setiap hari. Padahal sebelum ni, orang dalam rumah ni, tak suka makan biskut.   Terbalik pula bagi yang tengah ni, sejak ada adik, kurang pula selera makannya.  Dah makin nampak kurus dan memanjang, namun lega juga berat tak turun, masih lagi 12kg.

Petua menurunkan jaundice yang 'rare'

Image
Masa dalam pantang hari tu, merasalah saya kerisauan seorang ibu yang anaknya mengalami prolonged jaundice. Masa Naim dan Nazif, ada juga kuningnya tapi cuma beberapa hari. Dengan Nazmi ni sampai hari ke-38 pun masih lagi ada kuning tu. Mau tak semput mak tau!! Walaupun orang sekeliling asyik mengatakan kuning ni benda biasa bagi bayi sekarang, tapi hati mak mana yang tak risau kalau dah nak habis pantang masih lagi tinggi bacaannya kan? Orang yang cakap tu senanglah, kita yang mengalami ni yang menanggungnya.  Jom imbas kembali hasil ulang alik ke klinik dan hospital untuk periksa kuning budak Nazmi ni. Bacaan paling tinggi Nazmi hari tu ialah 308. Bukan ke tinggi tu? Dah kena bertemankan lampu dua malam. Hasil dari beradu bawah lampu tu, bacaan kuningnya turun jadi 188. Ingatkan akan makin baik, tapi lepas tiga hari kemudian bacaannya naik lagi kepada 256, iaitu pada hari ke-12 usianya. Doktor minta kami datang seterusnya pada hari ke 17. Masa lima hari tu, macam-macam dah buat untu

Pandang ke belakang demi ketenangan

Image
Dah 50 hari saya bergelar ibu anaknya tiga ni, tapi rasanya saya masih belum ada rutin. Setiap hari cuma ikut je keadaan semasa dan kena redho je apa yang jadi. Ada masa baby elok tak meragam, lega la sangat. Tapi kalau ada masa yang dia berjaga malam atau pada siang dia kembong atau tak nak tidur maka aktiviti lain terganggula sikit. Dengan ada dua abang yang tak berapa besar lagi tu memang menambahkan stress kadang-kadang. Lagi-lagi Nazif ni. Dia memang bijak je kalau bab bercakap. Maka, keluarlah ayat-ayat bijaknya. "Mama tak main dengan abang cik pun, abang cik sedih ni!" . Mau tak sentap jiwa mak kau nak!! Abis, korang asyik usik adik supaya bangun tu, macam mana mama nak bagi lebih masa untuk korang😭😭😭😭. Mama yang menangis tau !!! Minggu lepas, seminggu kami kat kampung. Balik Pasir Mas untuk tunjukkan baby kepada atuk nenek dan saudara-mara. Wah, bahagiaaanya rasa hati!!! Bila ramai orang kat rumah mak di kampung, terasa perjalanan hidup jadi tersusun. Masa banyak

Welcoming our new family member

Image
Assalamualaikum. Ambil masa lama nak siapkan entry pasal ahli kelima famili kami ni, tetapi saya bertekad nak publishkan juga entry pasal kehadiran bayi ketiga ni. Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi dengan kurnian-Nya kepada kami. Tiga anak lelaki yang comel bakal menjadi sumber kegembiraan dan melengkapkan lagi rumah tangga kami. Kelahiran bayi ketiga kami pada 19 September 2016, jam 8.56 pagi menandakan juga kilang dah tutup. Doktor terus buat BTL(ikat peranakan) sekali dengan pembedahan mengeluarkan bayi. Mungkin pengalaman yang biasa atau tak dapat difahami oleh orang yang tidak melaluinya, tapi bagi saya melalui proses pembedahan LCSS ini merupakan satu pengalaman ngeri. Namun, berjaya juga saya tempuhi sebanyak tiga kali. Betullah orang kata, kalau bercakap pasal pengalaman bersalin ni, kita mudah lupa kesakitan yang kita tanggung apabila sahaja kita lihat bayi yang dikandung sembilan bulan tu selamat berada di samping kita, sempurna sifat dan pastinya pada saat tu, kita akan

Diam diam berisi

Image
Assalamualaikum.. Dah masuk hari raya haji ketiga ni, korang dah masuk kerja ke ramai yang masih bercuti ye? Apapun moga semuanya dalam kegembiraan dan keceriaan ye. Keluarga kecil kami tak balik beraya di mana-mana kampung kali ni. MIL dah kembali ke Tapah sebulan lebih yang lalu tapi kami tak balik ke sana. Ke kampung Kelantan apa lagi, sebab jauh tak balik juga. Di saat menunggu hari ni, tak berani nak ambil risiko berjalan jauh-jauh. Haha, diam-diam berisi yang dimaksudkan ni ialah dalam masa beberapa hari lagi, insyaAllah saya bakal jadi mama anak tiga. Hush, kemain lama baru ada idea nak menulis pasal ni. Patutla mood berblog kurang tahun ni ye? Begitula al-kisahnya. Lama tak ada mood menulis sebab mood mengandung rasanya. Kami plan nak tambah ahli tahun lepas asalnya. Tapi, bila ada rancangan nak buat umrah, kami tangguhkan dahulu kerana bimbang alahan masa mengandung mungkin menyukarkan amalan kat sana. Alhamdulillah, Allah makbulkan doa kami, balik dari mengerjakan umrah se

Belajarlah realiti hidup, anakku

Image
Malam ni kami satu famili berada depan tv menyokong perlawanan DLCW. Pada mulanya yang nampak bersungguh ialah Papa N. Tapi, bila game makin rancak, tak sangka Naim mula menunjukkan minat dan dia tak lepaskan pandangannya dari kaca tv. Anak kecil 6 tahun ni dah tahu nak bergembira setiap kali si baju biru(itu yang digelarkan kepada LCW), mendapat mata. Malah, Naim juga sangat bersedih bila Cheng Long mendapat mata. Yang paling saya terasa adalah bila Naim bersedih apabila diumumkan China menang. Gaya dia bersedih dengan menutup muka, sambil berkata "kenapa biru tak menang, jahatla si merah ni".  Duhai anakku, inilah realiti kehidupan..  Tak semua perkara bakal berlaku mengikut kehendak kita. Kalah, menang semuanya kuasa Allah menentukan. Begitulah juga harapan mama papa yang tinggi pada kamu, tiap hari doakan yang terbaik buat kamu! Tapi, andai kamu gagal atau tak mencapai tahap yang terbaik, kami tetap sayang kamu, kami tetap menyokong kamu, kami tetap percayakan keboleh

Not so baby anymore

Image
Alhamdulillah hari ni 7.8 genap usia Nazif empat tahun. Pada tahun 2012, si kecil ni lahir secara pembedahan pada pukul 7.28 pagi setelah mamanya cuba bersalin secara normal selama dua hari menahan sakit on dan off. Dah rezki macam tu, syukur sahajala apa yang ada. Asalkan mama dan anakanda sihat sahaja. Walaupun dua anakanda ni sama lasak dan aktif, alhamdulillah saya lega sangat sebab diorang ni takla lasak sangat. Kategori anak lelaki sihat dan cergas sahaja. Suka bergurau senda, berebut pun ada masa. Malah kalau masa baiknya, memang sweet sangat. Moga keadaan ni berterusan hingga korang besar nanti ya.  Si kecil ni kalau bab makan memang selalu buat mamanya gembira. Makan nampak sedap je walau mama masak mudah. Kata orang, orang yang tak memilih ni jenis murah rezki kan, moga makbullah kata-kata tu. 😘😍😍 Kejadian Isnin, 25 Julai yang lalu, Nazif demam dan muntah sehari sebelum tu sehingga diminta ke hospital untuk pemeriksaan darah. Maka berkampungla di wad kecemasan

Tipulah kalau kata mama tak harapkan yang hebat

Image
Petikan daripada drama korea yang saya tonton sekarang " Tipulah kalau saya tak mengharapkan perkara yang hebat-hebat untuk anak-anak saya". Rasanya cukup bermakna konflik yang ada dalam drama ni. Walaupun kedua Ahmad ni masih kecil, namun rasanya dugaan nak membesarkan anak tidakla mudah dan pasti pelbagai halangan yang tak terjangka bakal di hadapi semasa ke semasa. Sebagai mana kita pernah merisaukan ibu bapa kita, anak-anak kita pasti buatkan kita mengalami fasa yang sama. Apa yang pasti, kita cuba yang terbaik dan doakan yang baik-baik untuk anak-anak kita.  Doa ibu pastinya yang ayat yang terbaik!

Penagih janji

Image
Dengan Nazif ni, janganla sesekali buat janji sesuka hati. Kalau nak pujuk dia, kena pandai buat ayat lain supaya tak berbentuk janji, kalau tak, ai akan dimintanya. Dia ni memang jenis ingat apa yang orang lain cakap dan bila sampai masanya akan ditanya berkali-kali. Elok juga kan, buat mama dan ahli keluarga yang lain tidak berjanji kosong. Satu lagi Nazif ni jenis suka makan. Mulanya saya susah hati tengok badan kecilnya dan berat tak naik, tapi alhamdulillah tahun ni bila jumpa sedara mara kami, ramai yang perasan Nazif dah bertambah tinggi. Lega juga sebab berat dia dah 12kg lebih. Harapnya lepas ni akan membesar dengan baikla. Jadi, kalau ada makanan sedap yang dia makan, dia suka minta saya masakkan lagi untuk dia sarapan sebelum ke sekolah. Jadi, pagi ni, untuk memenuhi permintaan anak bujang kecil ni, saya goreng kerepok lekor. Bimbang kalau tak goreng, petang nanti abis la saya 'disoal-siasat.' pasti si kecil ni akan senang hati dapat makan apa yang dimintanya semal

Adakah anak-anak kita seronok beraya?

Assalamualaikum semua. Seingat saya, sepanjang usia saya ni, terutamanya sebagai kanak-kanak dan remaja, hari raya ialah hari yang cukup dinantikan dan sangat dirasa kegembiraannya pada hari tersebut. Dah menjadi kebiasaan saya, minggu selepas hari raya macam ni, saya suka memberikan tugasan supaya murid-murid menceritakan pengalaman hari raya mereka. Apa yang saya dapat selalunya tidak semua yang menulis. Kelas pertama semalam, pelbagai alasan diberikan untuk menjawab keengganan menulis. Ada yang mengatakan hari raya bosan kerana tiada ke mana-mana, tiada saudara mara datang, hanya makan dan menonton tv di rumah sahaja. Ada juga yang memberikan alasan pergi beraya di satu dua buah rumah dan hanya mendapat beberapa ringgit duit raya, jadi tiada apa yang nak diceritakan sangat. Bagi saya terkejut. Bukan perkara baru ni, tapi bila menghadapinya buat saya terfikir, kita yang dewasa ni kalau membiarkan perkara ni terjadi kepada anak-anak kita, adakah kita ni tak prihatin, pentingkan dir

Raya puasa 2016

Image
Raya kali ni, buat pertama kali kami beraya sepenuhnya di Tapah, rumah MIL. Mencetuskan kesedihan di hati weh. Biasanya akan balik juga ke Pasir Mas walaupun raya ketiga. Redo ajelah tahun ni. Orang Tapah ni, hari raya pertama menunya memang tak wujud langsung benda bernama nasi tu. Apa yang ada rendang ayam, rendang daging, kalio limpa, nasi impit dan kuahnya, lemang, soto dan satay. Ambe orang kampung, rindula masakan kampung sendiri. Kalau pagi raya kat Pasir Mas, makannya nasi dagang, nasi minyak, ketupat palas, laksam dan yang lain tu adalah juga. Tapi kan, sebab dah otai, tujuh tahun dah bergelar menantu kat sini, maka dengan selamba saya makan nasi putih dengan rendang ayam di masa orang lain makak semua menu yang ada berkali-kali. Haha.  Awal-awal kahwin dulu, segan juga nak buat macam tu. Sekarang, takle. Ambil je nasi, letak ayam rendang tiga ketul, cili yang orang lain buat makan dengan soto saya tuang sekali dalam pinggan, haa puas hati. Kali kedua makan, campur pulak deng

Jom jayakan program Satu Jam bersama Al-Quran

Image
Assalamualaikum semua.. Bagi yang dah tahu atau belum tahu pasal program ni, marilah kita sama-sama sertai Program Malaysia Ngaji ini. Nak sertainya tak susah, esok pada jam 12- 1 petang, kita luangkan masa untuk mengaji atau istilahnya bersama Al-Quran. Program ni diwar-war supaya seluruh negara dapat mengaji Al-Quran pada masa yang sama untuk satu jam. Moga ramai yang menyertainya..

Ziarah luar semasa di Mekah

Image
Kali pertama naskah ayat-ayat suci Al Quran dibukukan dengan tulisan tangan.  Tiang dalam Kaabah Gambaran keadaan dalam Kaabah. Salam Nuzul Quran buat semua. Moga Allah berikan keberkatan rezeki dan usia untuk kita semua ke Tanah Sucinya berkali-kali lagi.. tengok gambar lama ni, rindu sangat nak ke sana lagi.

Untung baik dengan tauke!!

Image
Assalamualaikum semua. Masa cepat berlalu, dah sampai 14 Ramadan kita ni. Rasa baru je mula sahur di kampung hari tu. Al kisahnya saya nak beli rempeyek. Ada ke patut, order baru-baru ni aje? Dah agak mesti tempahan dah penuh, tapi sengaja mencuba nasib sebab order kali ni termasuk sekali yang terfikir nak bagi orang sempena raya dan juga ada yang kawan pesan. Kawan kat sekolah, Kak Thina dah berkali-kali tanya pasal rempeyek ni. Ai, dia ni kalahkan orang yang puasa pulak, tak sabar-sabar nak makan rempeyek dia. Haha, belakang dia je saya cakap ni, depan dia pastilah tak cakap apa-apa melainkan minta akak tu bersabar tunggu dapatnya rempeyek tu. Jadi, hikmah jadi pelanggan sejak dua tahun yang lalu, maka walaupun Knor dah tutup tempahan, Knor tetap juga buatkan 8 botol untuk adiknya ni.. haha, sila jeles ye. Rempeyek Knor ni sedap. Kalau tak tak adalah saya, kawan dan ahli keluarga beli berulang- ulang kali. Dah sampai ke Penang, Kelantan dan seluruh Lembah Klang atas edaran