Menjelang PMR

Dah tak lama lagi nak peperiksaan PMR rupanya. Maklumlah cikgu yang tengah cuti panjang ni, tak berapa nak ambil tahu hal sekolah. Pagi tadi bila menelefon Kak Ngah baru tahu PMR akan bermula hari Selasa ni. Jadi, selamat berjayalah kepada dua orang anak saudara saya yang bakal menempuh peperiksaan ni tak lama lagi.

Bagi Aisyah, anak Kak Ngah saya yang memang rajin ni harapnya jangan terlalu takut nak tempuhinya. Dah banyak baca tentu akan dapat keputusan yang baik. Memang rajin macam mak cik ko ye..jangan percaya, mak ciknya ni tak rajin macam tu masa sekolah dulu...Kepada Faisal, anak Kak Long lak, ko jangan ambil mudah je... Budak jantan ni(istilah orang Kelantan, budok jate) memang tak ambil berat sangat, kononnya dah faham cikgu ajar di kelas. Masa saya duk berpantang kat kampung haritu pun tengok dia kalau datang ke rumah Tok bukan pernah bawa buku pun. Kalau boleh asyik nak tengok kartun aje...

Kalau dah tinggal tak berapa hari lagi macam ni, calon-calon jangan main-main lagi ye. Faisal, ko jangan lagi duk main online games. Dah tak ada masa dah, fokus baca buku dan buat ulangkaji je.. Selain tu, kena banyakkan solat hajat. Minta mama pun buat sama. Kalau ada apa-apa yang tak faham, ada masa lagi nak tanya cikgu atau kawan. Sebaliknya bagi spesies rajin macam Aisyah lak, kena pastikan cukup rehat dan makan.Jangan lak tertekan sangat sampai abaikan makan dan tidur, jatuh sakit nanti payah pulak..

Kita yang dah melalui zaman sekolah ni tentu rasa gerun lagi bila fikirkan saat menempuh peperiksaan kan? Kalau boleh nak berseronok je di sekolah tanpa ada peperiksaan. Eh, macam mana lak orang yang fikir macam ni boleh jadi cikgu? Walau apa pun, selamat berjaya kepada semua yang bakal menduduki peperiksaan PMR 2012..

Comments

  1. Haa'ahh . lepas exam tu ase lega sesangat like a boss . haha :D

    ReplyDelete
  2. Semoga mereka tu dpt menjawab soalan PMR dgn cemerlang ^^

    ReplyDelete
  3. time ank nak exam, bkn ank je gerun... ibu2 ni pun sama.. hihii

    ReplyDelete
  4. Sana-sini pun sibuk motivasi dan solat hajat. Semua mahu berjaya dgn cemerlang.

    ReplyDelete
  5. anak sedar akak pun ada sorg nak amik PMR, dah la malas belaja dok ber FB je spjg masa,ibu dia lak yg risau..

    ReplyDelete
  6. moga anak buah awak berjaya dalam PMR ^_^

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Cara daftar kad Touch N Go

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1