Posts

Showing posts from December, 2012

motivasi

Image
Motivasi boleh datang dari pelbagai cara. Tak semestinya dengan menghadiri kursus je kita boleh dapat motivasi. Macam MA,  dia pagi tadi kata dia termotivasi dengan entry saya.

Saya lak hari ni mendapat motivasi bila bercakap dengan ibu pelajar yang saya tak kenal pun. Disebabkan anaknya bakal masuk ke sekolah saya, puan ni menelefon saya untuk memaklumkan tentang anaknya. Hairan juga daripada siapa dia dapat nombor telefon saya. Saya ni dah hampir 2 bulan terasa lemah semangat nak meneruskan kerjaya ni. Rasanya tertekan jadi guru  sampaikan pernah terfikir nak tukar kerja je.

Bila puan tadi bercakap tentang anaknya, saya mula terasa khidmat saya diperlukan untuk mendidik anak orang lain, terus saya terasa bermotivasi untuk meneruskan kerja di tahun baru ni. Bila dah berfikir waras barulah terasa yang memang tak patut saya berfikir untuk berhenti kerja. Tahun 2013 saya dah berumur 32 tahun, bukan senang nak cari kerja lain dengan ijazah pendidikan yang ada ni. Kalau nak berniaga pun…

Bloglist Setahun Dari ciklaili.com

Image
Di saat-saat akhir sempat saya join bloglist cik laili ni.. Bukan apa tertarik dengan bloglist cik laili ni, saya memang penah rujuk blog cik laili untuk hal-hal berkaitan kerja.. bila gaji, tarikh cuti dan hal-hal penjawatan memang banyak dalam blog ni..

Nak memenuhi syarat dia, kena cerita sikit tentang blog sendiri... Tajuk blog pun ilham hati, memang sesuailah dengan saya yang menulis ikut mood ni.. sekejab mood rajin,akan ada update, kalau mood tak rajin  memang berlumutlah jadinya.. Korang yang baca tentu perasan, blog saya mengisahkan kehidupan saya seharian. Saya tuliskan pengalaman dengan anak-anak, persekitaran dan juga hal kerja.. Saya dah seronok sesangat kalau sesuatu entry yang saya tulis ada 10 orang bagi komen.. kalau dapat sikit daripada tu pun, seronok juga...hihi...




Masa

Image
Cepatnya masa berlalu. Beberapa hari lepas masa bermesej dengan rakan-rakan lama, saya baru perasan yang dah 10 tahun berpisah dengan diorang rupanya.. Patutla masing-masing dah ada banyak perkembangan sendiri, tahniah rakan-rakanku...

Tahun baru pun dah tak lama lagi.. Kalau berfikir apa yang kita nak capai untuk tahun seterusnya, kadang-kadang memang ambil masa, kan? Tapi bila dah melaluinya, tak sangka pula cepat betul masa akan berlalu. Macam sekarang, dah boleh dikira dengan jari bila tahun 2012 ni akan berakhir. Tak payah kira pun tak pe, sebab dah memang tinggal beberapa hari je lagi.

Rasanya tahun ni saya tak nak tetapkan azam yang spesifik, cukuplah azam untuk memanfaatkan masa yang ada dengan sebaiknya untuk keluarga, diri, rakan dan kerja. Ingin sangat saya bahagikan masa yang ada dengan sebaik-baiknya supaya kehidupan akan lebih terurus dan bahagia..Semoga dengan ni juga saya tak akan terlepas detik-detik bahagia dan istimewa bagi orang-orang di sekeliling saya ni..




Dua g…

pukul 5 pagi tak boleh banyak cakap ?

Image
Ni bukan kisah hantu ye..Saya cakap awal-awal. Nak cerita kisah bangun awal sebenarnya. Pagi ni saya bangun awal dan buat macam-macam kerja sebelum bersiap nak ke sekolah. Dalam jam 5.20 tadi saya dah sediakan nasi goreng untuk alas perut memandangkan nasi semalam ada banyak lebih, kesian lak nanti nasi tu terbazir macam tu aje kan?

Sambil sediakan bahan dan masak tu saya sembanglah dengan suami yang kebetulannya baru bangun dan tengah menghadap laptop untuk buat kerjanya. Apa lagi, saya tanyalah beberapa soalan yang tak penting sangat pun, saja nak bersembang dengan suami, terasa senyap lak seawal pagi macam tu. Ai, laki saya ni, ada ke patut lepas soalan kedua, soalan yang ketiga tu dia cakap, " pagi-pagi dah cakap banyak,". Tak ke ada undang-undang yang mengatakan pukul 5 pagi kita tak boleh cakap banyak? Lucu pun ada..

Tapi sebenarnya memang ada orang yang macam ni kan? Masa mula bangun tidur, tak nak dan tak boleh nak bercakap banyak. Yang tak nak dan tak boleh nak maka…

kelebihan rumah dekat plaza tol

Kali ni saya update blog dari dalam kereta di luar rumah. Bukan saja suka-suka tapi sebab tak dapat masuk ke rumah.

Mulanya tadi rasa susah hati juga. Nak tunggu suami balik, rasa macam mungkin dia akan ambil masa juga untuk terus sampai ke rumah. Tambahan lagi dengan sakit perut dan fikirkan untuk solat zohor, saya pergi ke tempat rehat di Plaza Tol BSP ni. Maklumlah memang rumah saya dekat je dengan plaza tol ni, syukurlah, sempat nak ke tandas dan solat zohor sementara tunggu suami balik.

Alhamdulillah ni dah selamat masuk ke dalam rumah..

Tiada yang minta

Assalamualaikum semua..
Mesti ramai yang lega sebab hari ni dapat bercuti, kan? Dapat luangkan masa dengan ahli keluarga.

Bersyukur kita kerana hari ni kita masih ada teman, ada keluarga yang boleh berkongsi suka duka dengan kita. Walaupun ada kekurangannya kat mana-mana, ada seseorang pastinya lebih baik daripada tak ada, kan?

Sedih saya mendengar kisah seorang yang saya kenali yang sedang dalam proses perceraian. Harap dia tabah dan akan dapat meneruskan kehidupan dengan lebih baik..

kalau ditanya, tak siapa yang mahukan perkara macam ni berlaku namun, kalau dah ini takdirnya, tentu ada hikmah di sebaliknya. Jadi, hargailah orang yang ada di sekeliling kita...

long term memory

Dengan ada telefon bimbit sekarang ni, saya rasa 90% daripada kita yang tak hafal pun nombor telefon ahli keluarga dan rakan-rakan, kan? Kalau ada hafal pun, mungkin beberapa nombor yang penting dan selalu kita buat panggilan.

Nak dijadikan cerita, beberapa minggu lepas semasa saya di dalam kereta, baru perasan yang hp saya dah tak ada bateri. Naimlah yang punya kerja, dia tengok macam-macam video di youtube di hp saya tu sehingga habis bateri. Sedangkan pada masa tersebut, saya dalam perjalanan nak pergi ambil Kak Long di Shah Alam. Cuaca pada masa tu pulak tengah hujan lebat. Memandangkan Lebuhraya Elite ni tengah sesak keretanya, Papa N ambil keputusan masuk ke jalan Kesas. Tapi, lagi malang, keadaan trafik di Kesas masa tu lagi teruk. Risaulah takut kakak saya risau sambil kena tunggu lama, cubalah saya sedaya upaya fikirkan nombor telefon dia. Kononnya nak hubungi Kak Long dengan telefon Papa N tapi tak boleh nak ingat langsung akhirnya.

Kemudian, saya cuba ingatkan nombor tele…

Gigih mengepam

Beberapa hari ni memang saya gigih mengepam susu. Apa taknya, stok memang tak ada. Sebelum ni saya tak buat banyak stok sebab susu badan semakin merosot. Cukup untuk Nazif minum secara direct je, tu yang dia berkali-kali nak isap.. Ada masanya saya rasa penat juga, tapi sian memikirkan anak, bersabar ajelah..

Jadi, langkah nak tambahkan susu, saya pun belilah set menyusu Shaklee.. Baru 5 hari amalkan set menyusu ni...Ambil supplement ni kena pulak minum 3 liter air sehari. Adoi, cabaran betul. Masa mesyuarat sekolah kemarin tu boleh tengoklah saya ke tandas sampai empat kali sebab tangki asyik terasa penuh je.. Apa nak buat, dah bayar mahal-mahal kenalah ikut aturannya, kan? Kalau tak, sayang je nanti tak menjadi.

Satu yang saya perasan,masa mengepam susu ni saya memang kena fokus betul baru lebih susu yang keluar. Kalau pam sambil bersembang, edit blog atau BW blog rakan-rakan memang sikit benar susu yang keluar.. Malu nak tubik ke... ada juga saya terbaca yang kalau kita nak pam sus…

Tali layang-layang pun boleh bawa bahaya

Image
SARATOK – Seorang pelajar lelaki tingkatan empat cedera apabila lehernya dibelit dan dijerut tali layang-layang bersalut kaca yang merentang jalan di Kabong dekat sini kelmarin.

Kejadian pada pukul 11 pagi itu dikatakan berlaku ketika mangsa, Mohd. Azizi Ibrahim, 16, sedang menunggang motosikal untuk pulang ke rumahnya di Kampung Hilir Darat selepas membeli barang keperluan di sebuah kedai di pekan Kabong.

Mengimbau kejadian itu, Mohd. Azizi berkata, ketika melalui kawasan kejadian, dia yang menunggang seorang diri tidak menyedari tali layang-layang melintang di jalan tersebut kerana ia terlalu halus lalu merempuhnya.

Difahamkan, tali layang-layang bersalut kaca itu ditinggalkan di kawasan tersebut oleh pemiliknya selepas layang-layangnya tersangkut pada sebatang pokok


Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1221&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz2Fe8H48jy

Bukan mudah, kena sabar

Semalam, 20hb hari jadi adik saya.. Dah besar sangat adik saya ni rupanya. Adik dah 29 tahun rupanya.

Saja sebut tentang adik tunggal saya ni..mengenangkan kenakalan dan aktifnya dia masa kecil dulu memang tak sangka sangat dia akan jadi sebaik, suka menolong, jaga solat dan bertanggungjawab macam sekarang. Bukan saja nak memuji adik sendiri, tapi benda yang betul, apa salahnya dipuji,kan?

Masa kecil dulu adik saya ni memang cukup nakal. Dengan beza dua tahun je umur kami, dia memang suka bergaduh dengan saya. Pernah kepala saya berdarah sebab bergaduh dengan dia, sampai ayah bawa ke klinik. Pendek kata memang budak nakallah dia ni semasa kecil. Malah masa di sekolah menengah pun dia masih lagi nakal.

Masa saya mengadu tentang Naim yang macam nakal ni, mak saya selalu sebut kena banyak bersabar dan berdoa untuk anak jadi lebih baik. Menjadikan kes adik saya sebagai rujukan, kata mak lagi, bukan mudah nak ubah kelakuan seseorang, tapi akhirnya lepas dua puluh tahun baru dia jadi anak …

Baru kawe tahu

Nak tahu dok, semale kawe makan pulut durian versi ore Temoh Perak buat.. Baru kawe tahu, lain rupanya cara tuk tua kawe ni makan pulut durian.

Hehe, faham ke? Saya pernah makan pulut durian versi kelantan dengan pulut kosong di makan dengan durian yang dimasak dalam santan. Tapi versi mentua saya masak semalam, pulut dimasak dengan santan sampai pulut tu masak, berbentuk macam nasi biasa. Kemudian pulut ni dimakan dengan durian macam tu je...

Korang pernah makan?

kemahiran baru

Image
Seronok tengok perkembangan anak sehari demi sehari. Genap empat bulan pada 7hb aritu saya lihat Nazif tunjuk skil meniarap.  Menjelang minggu ni dah semakin terror Nazif ni meniarap. Tak boleh diletak kat bawah,  asyik nak terbalik badannya je. Nampaknya kena letakkan dia ni kat toto ajelah, tilamnya tak sesuai dah. Kata atuk, tilam boleh simpan untuk adik lak..hehe, bila lah tu...
Published with Blogger-droid v2.0.9

Anak tahun naga..

Kus semangat tengok bilangan murid di setiap kelas untuk tahun depan.. Yang dah tak sampai sebulan lagi ni. Selama lima tahun yang sudah tak pernah lagi mengajar murid sampai 55 orang sekelas. Sabar ajelah...

Dugaan dan cabaran ni.. Anak-anak yang lahir pada tahun naga memang ramai biasanya kan, jadi tak hairan bilangan yang masuk ke sekolah berganda. Takkan diorang belajar di negara lain pulak, kan? Nak kecilkan ahli kelas, jumlah cikgu pulak yang tak cukup, jadi kena bersedialah dengan keadaan yang bakal ditempuh tak lama lagi ni..

P/s: bilangan murid ramai, persaingan pun ramailah, kan? Apalah keadaan Nazif masa masuk sekolah nanti.. Anak tahun naga juga ni..

Saya yang menurut perintah

nampaknya hari ni terpaksalah saya tinggalkan Ahmad Nazif sekejab. Maaf ye dik, mama kena pergi sekolah hari ni, ada kerja nak kena buat. Amboi, buat ayat sedih ye, padahal dah normal kalau cikgu kena dipanggil bertugas dalam cuti sekolah. Memang hak pengetua untuk panggil staf yang berkenaaan datang bekerja.

Kalau dapat bonus bukan main seronok. Kalau dipanggil bekerja mengeluh ye, ai ini tak boleh jadi... Saya yang menurut perintah, hari ini kena mood gembira walaupun kena pergi kerja dalam cuti. Cuma saya kena beringat, tak boleh pergi lama sangat sebab stok susu tak banyak yang boleh ditinggalkan.  Susu badan dah semakin kurang nampaknya, kalau dipam memang sikit sangat kuantitinya. Ok sayang, mama cuba sedaya upaya siapkan kerja secepat mungkin dan balik awal ye..

p/s : bonus dah masuk kan? bestnya..
.


Sejahat mana wanita tetap akan sayangkan anaknya

Baru ada masa nak update blog hari ni. Apa taknya,  dengan Naim bermanja kat rumah hari ni dan Nazif yang comel ni lak asyik nak berdukung aje, mamanya macam dah hampir nak terbaring tadi. Mujurlah akhirnya Nazif nak tidur dan saya pun tumpang tidur sama. Penat jadi mama ye...

Tengah penat tu teringat saya cerita semalam. Terharu saya menonton kisah Azri dan maknya dalam drama Perempuan Itu Ibuku, di TV3 malam tadi. Macam-macam yang sanggup dibuat oleh seorang ibu yang sayangkan anaknya..

Korang tak jadi ibu, korang tak tahu.. Dah ada anak, walaupun anak tu nakal, kita tetap akan sayangkan anak kita sepenuh hati. Walaupun ada masanya marahkan anak kita, tapi kalau dengar orang lain bercakap yang tak baik tentang anak kita, kita pasti marah. Kasih dan sayangnya ibu kepada anaknya.

Eh, entah apa motif entry ni.. Kisah bercampur lak. Tak apalah, yang penting ada pengajaran. Kalau korang faham, mungkin dapat tangkap yang saya tulis entry ni sebab Naim yang agak lasak tu. Masa ke klinik d…

bahaya tidur dalam keadaan lampu menyala

Image

penangan nasi lemak.

Ai..korang buat apa hari ni?
Kononnya kami empat beranak nak pergi jalan-jalan ke Taman Tasik Cyberjaya pagi tadi. Semalam dah buat rancangan baik. Pagi beli sarapan nasi lemak tepi jalan je dan pergi makan kat sana. Tapi bila bangun pagi tadi Papa N ajak makan nasi lemak di Alam Megah.. Dapat nasi lemak kat kedai, dua orang makan tadi RM 13.50, apa lagi mengantuklah jadinya. Kalau ikut plan asal, beli nasi lemak siap bungkus yang RM 2 tentu tak jadi macam ni, kan?

Kononnya lepas balik makan nasi lemak, nak singgah ke rumah sekejab ambil stroller yang terlupa tadi terus tak jadi keluar sampai sekarang.. Terpaksa tidur tadi sebab mengantuk betul rasanya. Memang jarang saya makan berat pagi-pagi. Selalunya makan roti dengan air dan kalau makan nasi goreng pun ciput aje kuantitinya..

Ni kena tukar plan lah nampaknya. Kena tunggu masuk waktu zohor dulu baru keluar. Nak beli seluar track untuk Naim. Isnin ni taska Naim buat sukaneka.. Macam dah besar lak, taska pun ada aktiviti macam ni. M…

Mata memandang

Penat dan tak terurus betul rasanya hari ni..Banyak perkara yang saya nak kena selesaikan sejak dari pagi tadi. Tambah pula dengan seseorang yang mengadu masalah. WhatsApp kan, lama lah bermesejnya..

Tapi kalau kita di dalam kesusahan atau ada masalah yang bermain di fikiran, selalu kita cari siapa? Orang yang boleh dipercayai kan? Tak kisah la, kalau orang tu suami, ibu bapa atau rakan-rakan. Sepatutnya kita gembira bila seseorang mengadu masalah kepada kita sebab itu tandanya kita ni orang yang dia boleh percayai..

Tapi, etika mendengar masalah orang, kenalah kita tunjukkan keikhlasan, jangan menokok nambah yang membuat pengadu tu berasa lebih sengasara atau buat pengadu rasa tertekan selepas meluahkan kepada kita. Jangan pula sambil dengar masalah orang lain tu, kita lak menceritakan masalah diri sendiri..Tak sopan tul...

Fresh from oven

Image
Tengah hari macam ni orang lain makan nasi, saya lak makan puff.. Nasi memang dah masak tadi, tetiba lak terasa malas makan nasi. Sup yang dah siap tu biar je, kot-kot terasa nak makan lak petang nanti, bolehlah.. Resepi yang dah lama usha dari blog Dapur Tanpa Sempadan...


Tak sapu kuning telur kat kulit puff ni sebab memang minggu ni dapur saya tak ada telur. Sementara Naim tak baik sepenuhnya daripada lukanya, kami tak makan telur. Tak nak makan benda yang gatal, takut lukanya lambat elok nanti...

Dont judge a book by its cover !

Petang tadi saya dan suami pergi menanya sebuah taska baru untuk hantar anak-anak bermula awal  tahun depan. Tempat baru ni jaraknya lebih dekat dari rumah kami, guru yang mengasuhnya pun ramai, ada 8 orang semuanya dan harganya lebih murah RM 50. Oklah kan tiga sebab tu untuk tukar tempat baru kan? Bukan tempat lama yang jaga Naim sekarang tak bagus, tapi macam dikatakan tadilah, ada tiga sebab lain yang rasanya tak salah untuk kami tukar tempat asuhan anak-anak.

Cikgu-cikgunya peramah, tapi rasanya peramah lebih-lebih lak. Ada ke patut salah seorang cikgu tu cakap tak percaya saya kerja sebagai cikgu. Katanya suara saya perlahan.

Takkan lah nak cakap dengan orang lain sama dengan cara saya kawal kelas? Lagi satu, tadi sebenarnya pada jam  5.30 petang tu saya dah penat sangat. Terasa malas nak singgah ke taska tu sebenarnya tapi memandangkan hari ni suami lapang, saya pun gagahkan diri untuk singgah. Apa tak penatnya, seawal pukul 8.30 pagi lagi kami dah keluar dari rumah. Mula-mula …

Resepi Sizzling Yee Mee kegemaran famili saya

Image
Kali ni saya nak berkongsi resepi  sizzling yee mee seperti yang saya ceritakan dalam entry yang lalu. Sizzling yee mee versi keluarga saya terdiri daripada tiga proses. Tak payah cakap banyak, kita tengok bahan- bahan dulu ye.

Bahan untuk stok:

 Tulang ayam
 Lobak Merah 1 batang
 Leek 1 batang
 Saderi 1 Batang
 Air 2 liter
 4 jenis rempah sup cina( sebanyak segenggam)

Kuah yang sedap akan terhasil dengan air stok yang sesuai. Air stok ni disediakan dengan mereneh semua bahan yang dinyatakan selama tiga jam dengan api kecil. Kalau nak sediakan air stok ni awal pun juga boleh. Setelah tiga jam dimasak, air rebusan perlu ditapis dan hanya air yang disimpan untuk membuat kuah yee mee. Walaupun tiga jam macam lama, tapi sebenarnya proses ni  tak rumit pun, korang boleh setkan jam untuk menutup api di dapur selepas tiga jam.

Bahan untuk masak kuah sizzling yee mee:

 Bawang putih (diketuk dan dicincang halus)
 Isi ayam (dipotong kecil)
 Cendawan Shitake (direndam sehingga kembang dan dipoton…

Geram betul@ perkhidmatan City-Link Express

Image
Ai, nama city-link express tapi perkhidmatannya lembab macam kura-kura. Ada ke patut bungkusan yang anak buah saya poskan dengan menggunakan syarikat ni pada 29hb Nov yang lalu masih tak sampai ke BSP ni? Diorang pos pakai apa agaknya? Kalau naik motor dari Kelantan pun rasanya dah lama sampai...

Korang, kalau lain kali beli barang daripada online ke nak pos barang kena pastikan pilih syarikat penghantaran yang baik perkhidmatannya ye. Saya bukan nak memburukkan syarikat ni, tapi memandangkan ini dah kali kedua saya terkena, rasanya tak salah entry ni. Bagi rakan-rakan yang lain tahu dan buat pilihan yang baik.

Homemade sizzling yee mee

Image
Hari Ahad kemarin, pagi-pagi lagi keluarga saya sarapan dengan yee mee sizzling. Bukan makan kat kedai, masak sendiri tau.. Yee mee tu memanglah dibeli, tapi kuahnya disediakan sendiri oleh FIL saya.

Memang syok makan. Abah(FIL) siap bawa peralatan lengkap lagi.. Dia bawa periuk besi, pelapik kayu dan cangkuk untuk masak sizzling ni. Kuahnya tu pun pakai air rebusan yang dibuat sendiri. Bukan sekejab buat air rebusan ni, kena rebus tiga jam tu. Malam sebelum tu lagi dah siap buat air rebusan ni..Nak makan sedap memang kena usaha lebih, kan?

Memang seronoklah makan mee ni. Memang sedap rasanya. Saya, suami dan Naim memang bertambah-tambah makannya. Tambah pula dengan jeruk lada yang dibuat sendiri, kuah tu ambil dengan cendawan banyak-banyak, memang muka tak malu makan sampai dua pinggan... tersenyum FIL tengok anak cucunya makan.

Dah diperturunkan ilmu masaknya, FIL tinggalkan satu set pinggan besi dan kayu pelapik sebagai hadiah untuk saya. Katanya, lain kali saya kena buat sendiri…

Semalam dalam sejarah

Baru ada mood nak tulis entry baru. Padahal Naim sebenarnya menangis ketika lukanya dijahit petang semalam je..menjelang lewat petang dia dah bermain macam biasa, seolah-olah tak ada apa yang berlaku. Mamanya lak yang sayu hati tengok dia walaupun dia dah elok je bermain.

Malang tak berbau. Siapa pun tak sangka boleh Naim terjatuh dan dagunya kena meja. Meja kaca tu, luka agak dalam, jadi doktor terpaksa juga jahit di tempat luka tersebut. Walaupun diberi bius, tentu masih lagi terasa sakit akibat jarum dicucuk dan benang ditarik, tu yang Naim meraung-raung sakit.

Terima kasih kepada keluarga Kak Ja yang membantu ketika Naim jatuh semalam. Kak Ja dan anak-anak serta Kak Bi tolong saya jaga Nazif sepanjang lebih sejam kami bawa Naim ke klinik dengan ditemani oleh suami Kak Ja.

Retina kasih juga kepada rakan blogger yang mendoakan kesihatan Naim.

Hancur hati

Image
UHancur luluh hati dan berlinangan air mata mama melihat anak menanggung kesakitan dan meraung bila terpaksa diberi tiga jahitan kat bawah dagu.Naim anak mama yang kuat. Masa menunggu dirawat diam je dia. Mungkin sakit masa doktor buat jahitan tu terlalu kuat nak ditanggung oleh anak kecil ni. Naim meraung sakit, mama pun menangis tak tertahan. Kalaulah boleh gantikan sakit kamu tadi rela mama yang sakit.Moga Ahmad Naim cepat baik..Published with Blogger-droid v2.0.9

tengah diubahsuai

Image
cantik tak header baru blog ilham hati ni? tengah diubah suai lagi sebenarnya wajah baru blog saya ni...tapi headernya confirm yang ni.. saya dah cukup berkenan dengan header yang ditempah khas daripada Cikgu Ma..Sesiapa yang nak tempah header atau edit blog boleh la berkunjung ke blog Cikgu Ma ni.. Thanks ye adik...

Janganlah buat orang lain jadi tak ikhlas

Janganlah buat orang lain jadi tak ikhlas menolong kita....
Hidup kita ni kalau tak berkaitan dengan orang lain agaknya boleh tak? Mustahil rasanya dalam kehidupan kita seharian ni kita sorang je, orang lain langsung tak terlibat, kan? Bila melibatkan orang lain, selalunya akan ada tolong menolong, kan? Adatlah tu, sebabnya kalau seseorang tu SuperMom atau SuperBos sekalipun, dia tetap perlukan orang lain untuk melakukan urusan yang lain..

Semalam, memandangkan saya mula puasa ganti, Papa N bermurah hati tolong memasak makanan untuk berbuka puasa. Walaupun makanan tu siapnya pada pukul 7.35 malam, tak apalah kan, yang penting dapat juga makan tu.. Sebagai balasan terima kasih, bahagian kemas saya pulak yang buat. Kemudian, urusan anak-anak pun saya juga yang buat semalam.

Nampak tak? Adat meminta pertolongan orang lain. Janganlah kita mengada-ngada contohnya komplen tak sedap ataupun nak minta yang macam-macam. Semalam masa suami tanya nak makan apa, saya cuma jawab terpulanglah apa y…

Kubur unik dikelilingi projek kediaman

Image
TAIYUAN, China - Sebuah kubur yang terletak di atas bukit yang dikelilingi projek sebuah bangunan kediaman di sini, utara China masih tidak dipindahkan. Kubur itu dipercayai wujud sejak tahun 2004 lagi. Pihak pemaju meneruskan kerja-kerja pembinaan di sekeliling bukit setinggi 10 meter itu selepas keluarga si mati enggan memindahkan kubur tersebut. Keluarga si mati enggan menerima pampasan sebanyak AS$160,454 (RM488,903) yang ditawarkan oleh pihak pemaju supaya memindahkan lokasi kubur itu. Pihak keluarga si mati itu menunggu tarikh yang dianggap bertuah untuk memindahkan kubur tersebut. Kerja-kerja pembinaan itu dijangka siap pada April tahun depan.

Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1207&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2EJZbZZro

Selepas empat bulan

Korang dah tengok filem Istanbul Aku Datang ke belum? Entah apa istimewanya filem ni, semalam berjaya saya tengok sehingga habis filem ni.

Kami tengoknya kat umah je. Papa N download daripada internet sebab isterinya yang suruh. Nak keluar tengok wayang dengan anak kecil memang tak adalah.

Bangun pagi tadi sempat saya terfikir yang sejak ada anak dua ni, dalam empat bulan ni rasanya tak ada lagi drama atau filem yang saya tonton sampai habis. Biasanya separuh jalan je. Bahkan drama korea kegemaran saya pun banyak yang saya tengok sambung-sambung, mujur ada PVR. Bukan juga saya ni peminat Lisa Surihani atau Beto Khusairy.

Menarik filem ni mungkin jalan ceritanya yang sesuai dan macam comel. Sambil gelakkan fesyen pakaian Lisa, seronok tengok Lisa meluahkan masalah dia dalam blog.. Tapi bahagian yang Lisa berputus hubungan dengan Tomok tu paling rasa tak boleh diterima. Baru sekejab putus kasih yang dah bertahun-tahun, boleh pulak terima cinta lain.. Tapi cerita, sudah tentu nak kesud…

Banyak nak kena ganti

Maka hari ini bermulalah hari puasa ganti pertama saya. Tak adalah awal sangat mula puasa ganti kalau saya mulakannya hari ni, kan? Dah terkena bersalin di bulan puasa, sudah tentulah puasa yang kena digantikan saya banyak. Semua kena ganti ialah 16 hari.

16 hari bukan mudah tu, kan? Lagi-lagi ibu yang menyusu macam saya ni. Jadi, memang kena ambil langkah awal, mula puasa ganti sikit demi sikit sehingga bulan Julai nanti. Harapnya saya akan habiskan puasa ganti ni sebelum bulan Julai nanti.

Nenek saudara saya aritu pun berpesan suruh saya ganti puasa awal. Katanya, jangan jadi macam dia dulu, terpaksa bayar fidyah selepas bertahun cuba ganti puasa semasa melahirkan anaknya di bulan puasa. Untuk ganti puasa sebulan, macam-macam dugaan dan akhirnya selepas beberapa tahun dia ganti puasa baru berjaya ganti semua.

Jadi, semoga puasa saya hari ni berjalan lancar. Siap bangun sahur lag ni.. Hari pertama selalunya mencabar, kan?  Tak pe, demi menunaikan kewajipan..

JPN KP-12 korang tahu?

Susah juga kalau banyak urusan terpaksa tangguh atau batal kerana jari, kan? Memang kepentingan cap ibu jari tak dapat dinafikan sejak dari zaman dahulu lagi. Kalau dalam drama tu selalu kita tengok yang orang tengah nazak diambil kesempatan oleh orang yang nak ambil hartanya dengan curi-curi ambil cap ibu jari orang tersebut.

Dalam kehidupan harian biasa pun, saya kerap kali berhadapan dengan masalah sekiranya sesuatu urusan melibatkan cap ibu jari. Nak tahu kenapa? Sebabnya kedua-dua ibu jari saya ni kulitnya dianggap terlalu kering. Mesin kat bank selalu tak dapat nak kenal pasti cap jari saya.. Akhirnya penyelesaiannya ialah kena guna borang perakuan dari JPN iaitu JPN KP-12.. Bawa borang ni apa-apa urusan di bank atau yang melibatkan cap jari jadi mudah sikit..

Kalau korang pun ada masalah macam saya, bolehlah pergi ke mana-mana pejabat JPN yang berdekatan untuk minta dokumen ni yang disahkan. Saya buat ni di pejabat Putrajaya pada pertengahan tahun lepas, dalam sejam lebih je d…

Berhutang tapi malas bayar

Terfikir nak menulis tentang berhutang ni selepas membaca Kosmo Online tadi.. Kalau ikut kenyataan Kosmo tu, ramai anak-anak muda yang jatuh bangkrap sebab berhutang dan tak nak bayar. Korang tahulah kenapa, sebab hutang kad kredit, kan?

Kalau ikutkan nafsu semua pun nak beli, semua pun nak ada, kan? Tapi, kenalah ikut logik juga. Kalau tak mampu kenapa nak bersusah payah sampai kena berhutang dan tak mampu bayar. Yang susahnya diri  sendiri juga..

Itu statistik yang kita boleh nampak..Yang tak nampak sebenarnya banyak lagi.. Kalau pinjaman wang yang melibatkan rakan, ada masanya sampai bermasam muka dan  tak baik hubungan pun sebab masalah tak nak bayar ni. Bahkan ada yang berhutang wang dengan ahli keluarga tapi sampai hati tak nak bayar lalu menyebabkan hubungan kekeluargaan jadi tegang.. Kesian kan? Tak faham pun ada juga kadang-kadang.. Dengan rakan sendiri atau ahli keluarga, sanggup tak nak bayar wang yang dipinjam..ai, macam-macam ragam manusia ni..

Kalau saya sendiri, pengal…

Biarlah rahsia..

Orang yang tak pandai simpan rahsia, korang geram tak? Kalau boleh picit-picit memang saya dah picit je insan bertuah ni. Mulut tak boleh zip betullah dia ni.. Walaupun benda ni taklah besar benar, tapi kalau sesuatu yang saya bagitahu dia dengan tanpa pengetahuan orang lain, dia sepatutnya dengar dan hormati apa yang saya amanatkan, bukan sebarkan perkara tu..

Adakah juga ni salah saya sendiri yang mempercayai orang lain? Perkara yang tak ingin dikongsi dengan umum seharusnya saya biar je dalam hati ni. Memendam rasa lak jadinya..pening o pening.

Peringatan untuk diri saya sendiri dan korang yang membaca ni.

Amalan perkahwinan yang pelik

Di Itali, Sebahagian kecil kaum Gipsi di Rom dikehendaki menculik pengantin wanita sebagai satu syarat 'sah nikah'.  Caranya, keluarga pengantin lelaki akan menculik pengantin perempuan selama dua atau tiga hari sebelum mereka dapat bersama.

Di Khanyan, India  Suku kaum Santhal percaya jika seorang bayi perempuan tumbuh gigi di gusi atas ia petanda bakal dimakan harimau. Justeru, apabila dewasa kelak, perempuan itu harus berkahwin dengan seekor anjing bagi memastikan tragedi itu tidak berlaku.
Kisah ini dialami seorang budak perempuan berusia sembilan tahun, Karnamoni Handsa yang menikahi seekor anjing tahun lalu. Apabila upacara pernikahan 'mengusir syaitan' selesai, Handsa boleh berkahwin dengan lelaki idamannya dengan syarat dia tidak menceraikan anjing itu.
"Penduduk kampung menyuruh dia berkahwin dengan anjing atau menghadapi kehidupan yang sukar apabila besar nanti," kata bapanya.


Scotland Pengantin lelaki disuruh makan isi perut kambing biri-bi…

Pinjam muka mayat

Image
LELAKI ini pernah hidup dalam persembunyian serta terpinggir selama 15 tahun di Hillsville, Virginia, Amerika Syarikat (AS), dengan berselindung di sebalik topeng wajah dan hanya keluar dari rumah pada waktu malam. Semuanya disebabkan oleh satu insiden tembakan yang tepat mengenai wajahnya pada tahun 1997. Akibat daripada kejadian itu, Richard Lee Norris, 37, mengalami kecacatan teruk kerana hilang gigi, hidung serta sebahagian daripada lidahnya. Bagaimanapun, mimpi ngeri Norris itu berakhir selepas dia menjalani satu pembedahan pemindahan wajah 19 Mac lalu di Pusat Perubatan Universiti Maryland, Baltimore, AS. Pembedahan selama 36 jam itu melibatkan 100 orang doktor yang terdiri daripada pakar pembedahan plastik serta pakar kraniofasia dari institusi tersebut yang diketuai oleh profesor bedah di Jabatan Perubatan, Dr. Eduardo D. Rodriguez. Di Malaysia: sehingga ke hari ini tiada seorang pun individu yang tampil menjadi penderma wajah.

Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosm…

Impian

Image
Tak salah berimpian nak memiliki sesuatu yang mahal ataupun  yang bukan kebiasaan kita ada kan?  Macam adik L ni, semalam dia gembira sebab dapat memiliki kasut yang diingininya.

Apa yang sedikit tak sedap kita nak dengar ialah kadang-kadang ada antara orang terdekat yang pertikaikan impian kita tu. Contohnya kalau seorang nak memiliki sesuatu yang agak mahal, akan ada mulut yang berkata yang orang tu tak ukur baju di badan sendiri..memang agak susah nak puaskan hati semua orang,kan?

Bagi saya, selagi dia mampu dan dia gunakan cara yang sesuai untuk dapatkan barang atau impiannya, tak kisahlah benda tu mahal atau agak lain daripada biasa. Tak elok kita mempertikaikan impian seseorang. .Malah, sekiranya seseorang tu sanggup berjimat untuk makan atau belanja lain semata-mata untuk memenuhi impiannya yang mahal itu, itu masih lagi boleh diterima .. Asalkan dia tak menipu duit orang lain atau mencuri untuk mencapai impiannya, biarkan aje lah. Lagipun, bila seseorang ada impian, dia akan …