Posts

Showing posts from 2015

2015 dan 2016

Image
Assalamualaikum semua. Entry terakhir 2015 nampaknya ni. Bila dah nak habis tahun, rasa cepatnya masa berlalu ye. Bab azam tahun baru pula, tak naklah cakap sebab rasanya azam ni perlu ada setiap hari. Mencapainya juga perlu setiap masa, ikut kesesuaiannya. Kalau beriya buat azam yang spesifik pun, selalunya tak tercapai pun semuanya.  Ramai yang duk tunjuk 9 keping gambar terbaik sepanjang 2015, mehla tengok gambar saya pulak. Sempat saya pilih 9 keping ni sebagai gambar yang saya rasa ada detik-detik indah sepanjang 2015 ni. Kenangan pastinya takkan boleh dibeli dengan wang. Detik manis pasti takkan berulang, namun yang manis-manis didoakan untuk tahun-tahun seterusnya juga.  Akhir sekali, sedikit kata-kata buat renungan semua..  BE GRATEFUL, DONT COMPARE YOUR LIFE TO OTHERS.   YOU ALREADY HAVE WHAT YOU NEED. LOVE YOURSELF. ENJOY EACH MOMENTS. TRY NEW THINGS.  Jadi, doakan semoga 2016 nanti bakal jadi tahun yang membawa kegembiraan kepada kita semua. 

Betapa beruntungnya kita lahir sebagai umat Nabi Muhammad S.A.W

Image
Assalamualaikum semua. Sempena hari Maulidur Rasul, marilah kita banyak berselawat kepada junjungan besar nabi, kekasih Allah yang sangat dimuliakan. Sementara ilmu dan maklumat yang saya dengar sepanjang di bumi Madinah al-Munawarah dan Mekah al-Mukaramah masih lagi segar dalam ingatan saya, ingin saya berkongsi di sini. Semoga menjadi maklumat yang berguna kepada semua yang membaca. Bukan bermaksud sekali pergi menunaikan umrah, ilmu saya dah banyak. Sila bersangka yang baik-baik ya. Tapi entry ini hanya sekadar perkongsian, ilmu-ilmu yang menginsafkan saya dan dengan rendah hatinya saya terasa sangat kekurangan diri ini, kerana betapa lekanya dengan hal keduniaan sebelum ini. Ok, kembali kepada tajuk yang sepatutnya. Betapa beruntungnya kita dilahirkan sebagai umat akhir zaman, iaitu umat kepada Nabi Muhammad S.A.W, penghulu kepada semua nabi yang Allah utuskan untuk membimbing umat manusia ke jalan yang benar iaitu hanya beriman kepada Allah. Terima kasih kepada Ustaz H

Pengalaman umrah pertamaku

Image
Assalamualaikum. Lama tak menulis di sini. Rasanya tak tahu di mana nak memulakan catatan ini. Tapi saya tulis juga dengan alasan, pengalaman sendiri takkan pernah sama dengan apa yang pernah dibaca dalam buku dan apa yang diceritakan oleh orang lain kepada kita. Alhamdulillah, cuti sekolah kali ni Allah panggil saya menjadi tetamu-Nya. Satu anugerah yang saya sangat syukuri dan memang tak terluah dengan kata-kata akan kegembiraannya. Apa taknya, kisah tentang kota suci Mekah ni saya dah mula tanyakan pada mak saya yang pergi melakukan haji pada usia saya 9 tahun. Pada masa tu, sebagai anak kecil yang ditinggalkan dengan adik yang berusia 7 tahun dan kakak 18 tahun , saya bertanya kepada mak selepas mak ayah balik dengan selamat. Soalan saya pada masa tu, "seronok ke pergi Mekah? Macam mana keadaan di Mekah tu? Apa kita buat di Mekah?". Ingatan saya terimbau kepada soalan-soalan yang saya ajukan masa kecil tu sebaik sahaja saya lihat keadaan di luar semasa bas

Anak lelaki ke anak perempuan sama je

Bangun pagi ni, tersenyum lebar Papa N melihat wajah Nazif. Katanya, " Pandai betul adik tolong mama kemas semalam ya, bagus anak papa ni". Orang tu tengah lena tidur pun sebenarnya, saya je yang dengar suami mengomel tu. Senyumla juga mengenangkan kejadian semalam. Betullah kata orang, kalau kita bagi didikan yang betul, insyaAllah anak-anak kita bakal jadi anak yang soleh solehan. Pastinya perjalanan kami masih jauh, tapi mengharap dan berusaha tu insyaAllah. Macam kejadian semalam. Saya sambung lagi mengemas rumah, maklumla bertekad nak kemaskan rumah tanpa panggil orang bantu, memandangkan musim cuti ni. Sesambil jaga anak tu, perlahan-lahanla buat ye. Apa yang nak digaduhkan, bukan ada raja nak singgah ke rumah ni pun. Jimat duit pun ya kalau biat sendiri. Tapi tak disangka, masa saya kemas bilik atas, Nazif beriya-iya nak tolong. Saya kemas yang lain, Nazif yang vakum ketiga-tiga bilik tu. Tak delah hasilnya macam kerja bibik endon upahan tu. Tapi budak 3 tahun ni, sa

Menikmati hari

Image
Assalamualaikum. Nampaknya cerah dan panas cuaca hari ni. Bagus sangatla tu kan. Dapat keringkan baju banyak yang ada di ampaian tu. Saja nak bagitahu yang semalam hari terakhir saya bertugas mengawas peperiksaan SPM. Wah, seronoknya bila hari ni dapat duduk kat rumah, menikmati hari cuti ni. Sambil buat kerja boleh relax, boleh tengok tv, boleh makan dan pendek kata santaila kan. Ok, tak nak sambung panjang-panjang sebab hari ni misi saya nak kemaskan dapur. Nak sambung keluarkan dan susun semula barang di dalam kabinet dapur. Sebelum tu, meh saya belanja satu gambar di Kota Bharu, tengah hujan lebat masa saya balik ke KB masa tu. Balik dua hari je selepas ke Penang hari tu. Mengejar masa untuk tugas SPM lagi masa tu.

Mari belajar sabar

Image
Bercakap pasal travel jauh dengan anak-anak kecil ni memang paling penting kena sabar. S.A.B.A.R, semua kena sabar. Lagi-lagi ini musim cuti sekolah. Kebetulan dapat undangan kenduri, haruslah pergi ye. Dah macam acara tahunan pulak, tiga tahun berturut-turut akhir tahun kami ke Penang. Bercakap pasal sabar ni, musim cuti ni memang kena sabar lebih daripada biasa. Kat mana-mana pun ramai je manusianya. Silap percaturan, keluar masa peak hours, ha, tanggungla sendiri akibatnya. Macam gambar kat atas tu, perlu kesabaran nak tangkap gambar anakanda berdua ni bersama, sepanjang ke Bukit Bendera, itulah satu-satunya gambar berdua yang paling cantik saya dapat tangkap.  Si kecil ni asyik nak berdukung aje. Tapi bab bergambar dia sporting. Dia pulak yang minta mama amikkan gambar dia. Abangnya pulak dah mood tak elok masa ni sebab masa nak menunggu naik kereta kabel tu lama sangat. Jadi masa dah sampai ke atas tu, tak ada si abang nak posing atau senyum elok dah.  Adik memang spor

Annual Sports Day tadika Naim

Image
Hari yang dinanti dah tiba. Dah sebulan Naim duk bercerita tentang hari sukan ni. Lagi seronok dia bila cikgu bagi baju sukan hijau, siap berkali-kali pesan yang mama, papa dan adik kena pakai baju hijau juga nanti. Papa pun belikan dia kasut baru ada warna hijau juga sebagai tanda sokongan moral.  Dimulakan dengan persembahan murid. Nampak lancar je budak-budak 4 ke 6 tahun ni membuat persembahan, tetiba rasa kagum dengan para guru yang melatih diorang ni. Mujur sangat dibuat dalam dewan tertutup macam ni, masa acara ni, kat luar hujan tengah lebat.  Acara berbeza ikut usia murid. Namun yang pasti dalam setiap acara pun ada saja gelagat lucu yang anak-anak tadika ni buat. Memang geli hati betul menyaksikan sukan diorang ni.  Acara yang Naim masuk ialah 'Magic Straw'. Pasukan Naim dapat nombor tiga, jadilah kan.. haha..ada dapat medal ni dah suka sangat dia.  Bergambar dengan rakan-rakan sekelas sebelum balik. Selamat bercuti kawan-kawan. Jumpa Naim lagi

Teman 2015 yang penuh suka duka

Image
Pejam celik dah tak lama lagi nak habis tahun 2015 ni. Tahun yang penuh suka duka dan ikhlas aya rasakan panjangnya tahun 2015 ni. Pengalaman pahit, manis, suka, duka dan pelbagai lagilah rasanya banyak mematangkan diri dan juga pada masa yang sama mengajar diri untuk lebih beringat dan bersungguh-sungguh. Apa, awal lagi nak buat entry macam ni sebab baru pertengahan bulan November? Haha, mungkin juga alasan saya tulis ni sebab sesi persekolahan 2015 hanya tinggal seminggu lebih saja lagi.  Selain itu, bagi saya apa sahaja pun tak elok kita bertangguh. Mana tahu bila masanya kita bakal dijemput oleh Allah? Kalau tak tulis sekarang di saat terasa nak menulis bila lihat koleksi gambar yang ada ni, mungkin di masa yang lain dah tak ada kesempatannya pula.  Gambar semasa majlis graduasi sekolah. pagi buta lagi ni, rasanya dalam pukul 7.30 pagi, berselfie dengan Kak Wan dan Kak Mimi yang ceria sokmo ni. selain ceria, saya juga kagum dengan kerajinan yang ditunjukkan oleh kedua-dua

Sabtu yang bermanfaat

Image
Alhamdulillah Allah gerakkan hati kami untuk pergi ke sekolah Nazif untuk perjumpaan dengan gurunya. Mulanya macam malas, kami buat keputusan nak pergi pun dah agak hampir kepada masa yang diberikan. Sebenarnya, banyak yang dapat kami manfaatkan masa dalam perjumpaan tadi. Antaranya, sempat sertai kelas pengenalan Al Baghdadi. Mulanya kami gelak sebab rasa macam budak-budak pula kalau belajar macam ni. Cikgunya suruh ulang-ulang beberapa kali. Namun, seronok kelas ni. Dapatla sedikit pendedahan cara macam mana anak-anak diajar untuk membaca al Quran dengan keadah ni. Alhamdulillah lagi, saya rasa lega kami pindahkan Nazif ke sekolah ni. Moga anakanda kami ni mahir dan manfaatkan ilmu yang diajar. Mama papanya pun teruja lepas sertai kelas yang diberikan tadi.  Penerangan oleh Cikgu Ezan ni bagus. Baru tahu cara nak ketuk papan tu dengan betul.  Set yang kami guna ni, dihadiahkan kepada kami untuk dibawa balik. Alhamdulillah juga, rezki pagi ni. Dapat la guna untuk buat lati

My hero's birthday..

Image
Hari jadi suami @ my hero hari ni. Alhamdulillah kami dah sambut harijadi bersama-sama dah tujuh kali. Eh, ke kira 14 kali? Tak kisahla ya..Moga kegembiraan yang diberikan akan makin bertambah. Kalau bersama-sama, saling memahami dan berfikir bagi pihak lagi satu pasti semua masalah dapat diatasi dengan mudah. Ditanya nak hadiah tak, kata Papa N nak hadiah baby, mengada betul.. sebaliknya, saya bagi jeans baru dia amik aje..  Sambutan secara sederhana hujung minggu yang lalu. Kek keju strawberi yang comel dan sedap. Orang tua dah, tak payah kek besar-besar.  Makan di Miami Grill, Sunway Pyramid sebagai memenuhi selera Papa N yang memang tekak suka makanan barat. Layankan jelah, sebab hari jadi dia kan? Apa nama makanan dalam gambar ni dan juga chicken grill macam yang pernah ditunjukkan dalam jalan-jalan cari makan memang sedap. Berebut-rebut makan empat beranak dua menu tu he, makanan lain tak abis..  Moga sihat selalu dan diberkati selalu my dear hubby, Papa N..

Cara daftar kad Touch N Go

Image
Di musim bertugas mengawas peperiksaan ni baru nak ambil berat pasal isu tuntutan perjalanan dan tol. Tahun ni pula mewajibkan petugas tuntut secara berkelompok, maksudnya semua kena isi borang dan kalau kita tak nak duit tu, kena isi juga borang, iaitu borang menolak bayaran. Dah alang-alang gitu, apa lagi tuntut jelah ye.. ada juga duit tambahan, boleh buat makan-makan atau beli sesuatu sebagai tanda kerja yang dibuat pada tahun 2015. Biasanya saya memang ada buat tuntutan pun, tapi untuk kos tol ada masa saya tak tuntut, sebab asyik terlupa nak masuk ke lorong tunai. Otak ni dah set apa kena lalu sebab dah gitu rutin harian agaknya. Jadi tahun ni, bila dah disyorkan oleh seseorang akan cara untuk buat tuntutan bayaran tol, jadi legalah saya.  Apa yang perlu kita buat ialah daftarkan kada touch n go kita dahulu, supaya selepas tu walau kita guna lorong touch n go atau smartag, kita masih boleh buat tuntutan dengan hanya mencetak resit bayaran tol yang pernah kita lalu. Mula-mula mas

SPM 2015

Image
Kredit kepada Harian Metro online untuk gambar-gambar ni.  Musim SPM datang lagi ya. Pasti kalau ditanyakan pengalaman menduduki SPM, kebanyakan orang akan mengatakan itulah detik yang paling mendebarkan di usia tu, kan? Peperiksaan besar yang bakal menentu kehidupan kita.  Korang baca tak Harian Metro? Meleleh air mata saya membaca petikan kisah pasangan kembar siam yang telah dipisahkan satu ketika dulu, dah menduduki SPM mulai semalam. Tak tahu air mata sedih ni kerana terharu dengan kesungguhan mereka nak menjawab dalam keadaan kekurangan yang mereka ada, atau sedih kerana keadaan fizikal mereka atau sememangnya hati ini tak tahan melihat pengorbanan seorang bapa yang sanggup menguruskan anak-anaknya ni sebaik mungkin. Menurut sumber, ibu pasangan kembar ni dah meninggal dunia, jadi pengurusan diorang semuanya dibuat oleh ayah.  Tak tahulah kenapa orang yang cukup sifat pula ambil mudah pasal peperiksaan ni. 10 minit pertama je nampak mata, lepas tu dah mula tidur di dalam

Rezeki masa kini.

Image
Pandang orang berumah banglo, rumah semi-d, sedangkan kita teres je.. sushhh.. pergi jauh-jauh hasutan syaitan ni. InsyaAllah rezki untuk kita pasti yang terbaik bagi kita. Rezki masa ke Melaka hujung minggu lepas, dapat cenderamata dari Australia. Ada juga rezki walaupun dah lama tak jumpa, orangnya ke Aus dah hampir setahun. Ditambah lagi rezki menziarahi orang balik dari Mekah, buah tangan dari Mekah dapat lagi. Rezki, rezki, alhamdulillah.  Kesihatan pun salah satu rezki, nikmat yang Allah bagi kepada kita. Siang semalam cikgu Nazif kirimkan gambar ni. Masa tu elok je dia aktif buat aktiviti di sekolah. Alhamdulillah makin lancar bacaan dalam solat yang Nazif dapat ingat. Baru bacaan yang pendek je ni. Tapi dengan pelatnya tu, kita mampu fahamla dia baca ayat masa rukuk, sujud dan dua surah pendek..Malam pula dah dua malam Nazif demam panas. Merengekla dia bila panas badan.  Hari ni nampaknya kena pontengkan dia, walaupu  dah kebah demam tapi dia tak nak bangun dan nampak

Drama Naim

Jenuh mama dan papa mencari laptop mama malam ni. Biasanya kalau bab cari barang, Papa N memang hebat. Tapi malam ni tak juga berjaya cari laptop hitam tu. Padahal bendanya bukan kecil, mulalah naik hairan kami ni. Ke mana pulak perginya. Ingatkan tersalah masuk ke bilik stor, pergi juga jenguk bilik tu. Tak ada tanda-tanda pun ada kat situ. Dah hampir berputus asa, saya pun panggillah Naim. Dia ni jenis pandai cari barang macam papanya juga. Masa menerima arahan tu, dia turun bawa dan minta papanya carikan. Adoi, terus rasa alahai, ini macam tak adalah harapan nak buat kerja di laptop tu malam ni. Kalau setakat nak berblog boleh guna hp je, tapi ni nak buat kerja sekolah. Maka, saya mula lipat baju, dengan patah hatinya. Tapi tak berapa lama, Naim naik dengan muka senyum dan hulurkan laptop tu. Bila ditanya, dia bagitahu yang dia sorokkan laptop tu di bawah tempat kami letak modem dan router unifi.. memang tak syak langsung tempat tu. Ayat menyentuh hati yang Naim keluarkan tadi ial

Risau Demam kepialu

Image
Ai semua. Tak tahula apa lagi nak cakap kalau pasal kena cuti jerebu lagi ni. Dah mula ada di berita tentang kesusahan yang ibu bapa hadapi kerana anak dicutikan sekolah. Moga cepatla berakhir keadaan ini ya. Ok, masuk cerita tentang tajuk ya. Gini, korang tahu kot pasal demam kepialu ni. Kerap dapat mesej dalam minggu ni. Pasal demam yang bahaya ni, lama-lama baca agak seram juga bila terfikirkan kesannya sehingga boleh membawa maut. Kebetulan pula saya yang biasanya jenis payah membuang air besar, dah sebulan lebih jadi sebaliknya. Mau tak risau ye, antara tanda-tanda demam kepialu atau nama lainnya typhoid ni ialah cirit birit yang berterusan. Maka awal pagi tadi saya bincanglah dengan anak buah sulung saya. Kena nasihat dengan budak tu saya pun pergilah ke klinik. Soalan pertama yang doktor tanya adalah " ada demam tak?". Bila saya bagitahu tak demam, kata doktor bukan demam kepialu. Legalah dengarnya. Namun ikut kata doktor tadi agak membimbangkan juga kalau seum

Double triple, eh banyak ler

Image
Kisah semua sumbat sekali la.. nak jimatkan masa mak cik..Mak Cik tengah sibuk menanda kertas soalan BM ni. Mujur juga hari Jumaat haritu tak diselubungi jerebu, sempat lepas dua kertas termasuk BM. Rakan-rakan lain dah mula gelisah sebab kalau berpanjangan cuti ni entah macam mana nak buat peperiksaan nanti kerana 2.11.2015 dah mula SPM. Cikgu kena pergi bertugas mengawas SPM dah satu hal, murid-murid pun biasanya memang kena dicutikan sebab tak nak mengganggu peperiksaan. Ok, cerita pertama. Lawa tak hasil tangan Naim ni. Rasa berbaloi mama usahakan cari butang untuk kelas seni dia. Sekarang ni ada di atas meja kerja saya, ingatnya nanti nak buat frame baru tahan lama. Comel tak dua budak kecil ni? Anak kawan saya ni. Dah dibotakkan kedua-duanya nampak macam kembar pulak, padahal lain tahun tu.. semalam diajak pergi ke rumah diorang ni, geram tengok badan adik tu. Ni dia si comel saya.. adoi, suka betul makan benda tu, kalau ke kedai ayam kampung,

Bajrangi Bhaijaan

Image
Salam keberkatan di hari Jumaat ni. Ai, senangnya dalam hati, sesi 2015 dah nak habis. Anak-anak dah nak mula peperiksaan hari ni.. maka pagi ni masa cikgu nak berhoray-horay.. Ai, lupa pulak nak tanya, korang sibuk ke semua?  Alang-alang ni masa bergembira sebelum menerima bungkusan kertas soalan pepeiksaan, semalam saya minta suami muat turun cerita Hindustan. Dah lama betul tak tengok filem hindustan ni sebenarnya. Kesnya, semalam masa saya dan rakan-rakan buat kerja-kerja pengurusan di bilik kerja guru, kami buat kerja sambil mengimbau kenangan lalu. Kebetulan masa buat kerja tu, salah seorang rakan pasang radio. Channel lupalah namanya, tapi langsung tak ada iklan sepanjang dua jam lebih masa kami kat situ. Ketika terpasang lagu lama hindustan, maka kemainla masing-masing cakap seronok dengar. Itulah dengan tiba-tiba salah seorang rakan bagitahu antara cerita terbaru yang sedap, katanya BAJRANGI BHAIJAN ni. apa lagi, balik je semalam, mintaklah suami muat turun. Kisa