Ibu menyusu kena jaga makan


Comel tak budak montel ni? Ahmad Nazif dah hampir nak masuk usia 2 bulan. Setakat ni memang Nazif cuma minum susu mamanya. Alhamdulillah kali ni banyak susu badan sehingga tak perlu campur susu sebagai mana Naim dulu.

Namun, memandangkan Nazif minum susu badan jadi kenalah saya menjaga makan. Tak boleh makan benda yang sejuk dan berangin. Kalau salah makan, kesian tengok Nazif menangis meraung sebab kembung perut. Jadi setakat ni terpaksalah saya hadkan sayur dan buah yang dimakan. Dah ada pengalaman masa Naim dulu, tak perasan diri makan laici. Lepas makan tu bukan je Naim kembung, saya pun sampai demam. Dah tahu, sekarang beringatlah sedikit tentang makanan yang dimakan . Kita sakit tak ape lagi kan? Tapi tak tahan tengok bayi kecil menangis meraung sebab kembung.

Comments

  1. betoi tu, bila menyusu badan, mmg kne jg makan...

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular Posts