Soalan biasa ditanya semasa hari raya
Assalamualaikum semua..
Masih dalam mood raya kan semua? Saya ucapkan selamat menyambut hari raya Aidilfitri tahun 2024.. alhamdulillah saya menyambut perayaan kali ni dengan penuh gembira walau sederhana sambutannya. Awalnya memikirkan raya kali ni saya memang tak berniat nak beli baju raya atau tudung raya. Konon sedihnya kali ni beraya sebagai yatim piatu. Bulan puasa pun kali ni saya lalui dengan penuh kerinduan kepada arwah terutamanya mak. Saya teringat kalau biasanya pada bulan Ramadan selalunya mak akan menelefon bertanya apa menu saya masak atau beli untuk berbuka. Di saat mak dh tak berapa sihat pun dia mitak kakak telefon untuk tanya apa menu saya hari tersebut. Kadang kala menu saya akan ditiru oleh mak atau kakak pada hari berikutnya. namun, tahun ni tak dapat lagi panggilan sebegitu. Al fatihah kepada ahli keluarga kita yang telah meninggalkan kita , moga roh mereka tenang di sana dan ditempatkan di kalangan orang beriman.
Walau apa pun, akhirnya saya beli jugak 3 pasang baju yang baru dalam bulan ramadan lalu, dengan niat nanti akan pakai ke sekolah. Kiranya beli baju biasa je. Yang jenis glamor tak boleh pakai harian nanti. Gitew kan? Konon awalnya tak nak beli baju akhirnya beli sampai 3, hahaha.. dah namanya perempuan.. haha
Ok, seterusnya kita masuk ke topik utama. Kali ni sebab dah tua, dah ada anak dan agaknya kebetulan kot, saya ditanyakan “kenapa nak pencen awal sangat?”. Al kisahnya semasa berbual dengan seorang pakcik yang datang beraya, saya ditanyakan “tak nak beranak sorang lagi ke? Kot dapat anak perempuan?”.. saya pun bagitahulah yang tak larat dah nak menjaga bayi, ditambah pula saya merancang nak pencen awal 50an. kemudian pakcik ni tanyalah kenapa saya nak pencen awal sangat, saya pun bagitahulah yang penat kerja, terasa tekanan kerja mencabar. Terus pakcik ni bagitahu anaknya yang kerja doktor lagi penat dan mencabar. Jadi saya akhirnya mendengar sahajalah. Lagipun saya tahu je, realitinya zaman sekarang ni semua kerja memang ada risiko dan bebanan sendiri. Orang yang tak kerja di tempat kita dia takkan tahu apa kejadian sebenar yang kita hadapi setiap hari. Kerja cikgu mungkin ramai yang anggap mudah sebab kerja ya konon setengah hari sahaja. Hakikatnya kalau namanya bekerja, pasti ada tekanannya . Terpulang kepada kita untuk mengatasi tekanan tersebut dengan cara yang sepatutnya.
Betul seorang dua kawan yg boleh masuk air sama2.. boleh duduk bagi positive wave pada kita dah cukup sebenarnya.. Alhamdulillah ada kawan yg boleh kekal dan hidup dgn bersama..
ReplyDeleteSampai 3 baju beli dari tak nak beli.. bukan sebab perempuan tapi sebab dah di hati sudah tertawan kan.. hihii..
ReplyDeletePencen awal .. saya pun bercita2 nak pencen seawal awal 40an tapi ada cita cita dan matlamat yg blm tercapai maka macam kena tangguhkan nk pencen awal tu huhuu..