Bawa anak anda ke tempat kerja

HP is sponsoring “Take Our Children to Work" events at various sites around the world. Besides giving us an opportunity to share our pride in HP, these events will help the young people in our lives explore possibilities for their future—and introduce the next generation to HP workplaces, people and technologies.
With support from our local leaders, a planning team is mobilizing to organize an event for Friday, 23rd November 2012. Special activities will be planned for children ages 7-10. Mark your calendar today! Details regarding the event, volunteer opportunities and registration requirements will be shared in the coming weeks.
 
 
 
E-mel dari ibu pejabat suami...
 
 
Saya terfikir, dengan keadaan Nazif yang menyusu badan sepenuhnya macam sekarang ni, cadangan ni sebenarnya menarik. Bukan apa, kalau anak kecil dibawa ke tempat kerja, kita sebagai ibu tak perlu risau tentang keadaan anak kita. Ini kerana kita berada dekat dengan anak jadi boleh memantau keadaan anak apabila ada kelapangan. Keduanya, kita boleh menyusukan anak sendiri. Selain itu, anak akan dijaga dengan lebih baik kerana secara logiknya, pengasuh yang diupah akan lebih beringat menjaga anak asuhannya kerana mengetahui ibunya berada dekat dengan tempat tersebut.
 
Tapi, kalau nak aplikasikan perkara ni sesuatu tempat kerja tu kenalah ada pusat asuhan yang baik. Kalau pun dekat tapi yang menjaga anak kita tu tak terlatih orangnya, buat apa kan? Lagi, sebagai ibu lak, janganlah menggunakan alasan melihat anak berkali-kali sehingga mengabaikan kualiti kerja. Ini dah lari dari tujuan meringankan beban pekerja..

Comments

Popular Posts