Posts

Showing posts from November, 2012

Dah sampai ; terima kasih

Image
Terima kasih Kak Tini @ Ummialya atas pemberian FM ini. Petang tadi sampai. Saya dapat ni sebabnya jadi pengomen pertama salah satu entry di blog kak tini..

Hadiah pertama daripada rakan blogger..suka sangat
Published with Blogger-droid v2.0.9

Menu dan pilihan

Image
Apa korang masak apabila ada tetamu datang? Risau tak fikir kot tetamu yang datang tak puas hati dengan makanan kita sediakan?

Apa hadiah yang korang bagi untuk hari jadi atau perkahwinan rakan atau sesiapa yang rapat? Sukar tak nak beli hadiah yang dirasakan sesuai dan penerimanya seronok guna?

Apa isi kandungan entry anda? Adakah kalau saya tak berilham sekarang ni sebabnya saya risau apa yang saya tulis tak memberi manfaat, kegembiraan dan info kepada anda?

P?s: memang tak berilham betul dua minggu ni.. Buka blog suka BW je, tulis entry sendiri  terasa tak daya.. apa jadi?

Maut ditimpa durian 2 kilogram

Image
NIBONG TEBAL – Seorang bayi lelaki berusia sebulan maut apabila dihempap sebiji durian seberat dua kilogram yang luruh ketika berada dalam dukungan ibunya di belakang rumah sewa mereka di Kampung Badak Mati, Jawi dekat sini kelmarin. Muhd. Yusuf Zainal disahkan meninggal dunia di Hospital Sungai Bakap (HSB) pada pukul 5 petang akibat kecederaan parah di kepala. Sejam sebelum disahkan meninggal dunia, durian kampung tersebut luruh dari sebatang pokok setinggi 13 meter yang tumbuh bersebelahan dengan ampaian tempat ibu mangsa, Samimi Kasmin, 40-an, menjemur pakaian.

gambar jeruk kulit cempedak

Image
Inilah bendanya bagi yang tak pernah tgk.. Kita kena potong kecil-kecil dan masukkan dalam botol yang sesuai.. Jeruk saya dah nak masak nampaknya. Lusa mungkin saya gunakannya untuk masak lemak ikan kembong.Published with Blogger-droid v2.0.9

Jeruk kulit cempedak

Hari ni saya belajar buat jeruk kulit cempedak. Biasanya tahu makan buah cempedak dan cempedak goreng je,  hari ni dapat ilmu baru dan pengetahuan baru.

Macam dalam gambar tu, korang kena kupaskan bahagian luar kulit cempedak. Maknanya lepas makan buahnya, kulitnya jangan buang terus. Selepas kupas kulit luar, masukkan kulit cempedak ni dalam mana-mana bekas yang sesuai. Seterusnya masukkan garam dan air masak sehingga menenggelamkan kulit cempedak tadi.

Selepas empat hari, jeruk ni bolehlah digunakan untuk masak lemak cili padi, menggantikan asam.. Tambah lagi, jeruk ni akan buat masakan kita berbau wangi, macam bau cempedak.. Jom cuba.
Published with Blogger-droid v2.0.9

pizza roti

Image
Bila dah ada ramai-ramai, sarapan pun jadi beberapa jenis. Ada yang makan nasi goreng, ada yang makan roti dengan kaya dan ada lak yang request piza roti.Guna roti gardenia je tadi dan bakar 10 minit, bukan yang kanak-kanak je makan, yang dewasa pun makan sama. Sekali sekala berkumpul ramai -ramai, tambahan lagi cuaca sejuk pagi tadi, memang la seronok makan.
Published with Blogger-droid v2.0.9

Anak dara : Jom tengok bekas gula

Alhamdulillah lega dah selesai kemas dapur. Petang ni dan malam ni insyaAllah rumah saya akan dikunjungi oleh MIL dan keluarga kakak dan adik ipar. Seminggu ni memang tak sempat nak kemas, dengan anak-anak sakit dan asyik merengek je kerjanya memang terpaksa sakit mata tengok berselerak rumah dan dapur. Rumah alhamdulillah suami dah tolong kemas semalam.

Masa saya kemas dapur tadi, teringat kata-kata biras saya yang mengatakan dia dengar daripada kawannya petua nak cari menantu perempuan yang baik kena tengok bekas gula dan garam orang tu. Kalau nampak bersih maknanya ok lah tu...

Apa lagi, cepat-cepat saya lap bersih-bersih sampai berkilat bekas letak gula dan garam tadi.kot-kot dia datangnanti dia jeling tengok bekas gula dan garam saya kang selamat saya... Tapi, lojik ke? Kalau bersih tak ke macam anak dara tu tak masak? Kalau rajin masak tentu bekas gula garamnya ada kesan kotor sebab kalau macam saya, kadang-kadang masa kalut senduk pun hentam je masuk ambil garam sebab nak cepa…

Diluah mati mak ditelan mati bapak

Saya macam rasa ramai di kalangan rakan saya yang sedang sedih dan tak tenang sekarang ni.. Entah apa sebabnya, di FB banyak kawan saya update status sedih.

Kalau di saat korang sedih atau hati tak tenang, banyakkan berdoa pada Allah dan minta pertolongan daripadaNya. Kalau di saat tak boleh solat, korang boleh je berzikir yang mana mudah, tak semestinya zikir yang panjang pun. Allah ni Maha Pengasih, asalkan kita nak mohon padaNya, insyaAllah masalah kita boleh selesai. Kalau diluah mati mak ditelan mati bapaklah situasinya, diam dan banyak berdoalah penyelesaiannya. Tak mungkin sekelip mata akan dapat selesai masalah bila berzikir atau berdoa tapi ketenangan akan kita dapat.

Seterusnya korang kena pentingkan diri. Di situasi ada krisis korang janganlah sesekali mogok tak makan sebab korang pula yang sakit nanti. Jangan pula nak alih perhatian daripada masalah dengan makan banyak-banyak, tak patut tu. Kalau diri kita terjaga takkan berpanjangan masalah yang kita ada.

Kemudian, di sa…

Macam-macam: Datuk popular selepas peraga fesyen wanita

Image
GUANGZHOU - Seorang datuk di China menjadi popular sekelip mata selepas gambar-gambarnya memperagakan pakaian wanita disiar di Internet, lapor akhbar MailOnline kelmarin. Pada mulanya, lelaki berusia 72 tahun itu, Liu Xianping, bergambar dengan memakai pakaian koleksi butik atas talian Yuekou milik cucu perempuannya sebagai bahan jenaka. Namun, selepas cucunya memuat naik gambar-gambar itu di Internet, mereka tidak menyangka imej tersebut menjadi popular dalam masa semalaman. Gambar-gambar itu kemudian menjadi bahan publisiti yang berjaya, sekali gus meningkatkan jualan koleksi butik Yuekou sebanyak lima kali ganda.

Jurnal Syukur Hari ini @ Alhamdulillah

Sebelum tidur, saya nak tulis satu entry lagi tentang syukur hari ni.. Ambil nasihat Dr Muhaya..
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi sebab telah menolong berikan kesembuhan kepada anakku, Ahmad Naim..
Naim dah tiga hari demam panas sebenarnya. Hati mama mana yang tak risau kalau demam anaknya tak kebah-kebah. Hari Selasa, kemuncaknya susu pun Naim tak nak minum dan dia tak aktif macam biasa, monyok je...

Sejak balik dari kampung hari Ahad yang lalu, Naim mula panas badan, selsema dan batuk. Memang pakej la sakitnya kali ni. Batuk cepat je hilang, hari semalam dah tak dengar Naim batuk, tapi yang buat saya risau ialah panas badan yang tak berkurangan pun walaupun diberikan ubat dan antibiotik. Setiap kali tuam dengan tuala sejuk pun tak banyak berkurangan panas badannya.

Petang semalam akhirnya kami bawa Naim ke klinik buat kali kedua. Doktor bagi Naim ubat yang dimasukkan ke punggung sebab suhu badan Naim tinggi sangat. Selain itu, antibiotik juga ditukar sebab disyaki Naim ada ala…

Gaya memandu nak selamat daripada kena saman

Image
Bijak betul rakyat kita ni. Tahu aje mana tempat yang dipasang kamera AES ni, tambah lagi tahu pula yang kamera ni mengesan had laju dapat dilihat antara jarak 2 hingga 3 kilometer sebelum lokasi kamera berkenaan. Yang 'bijak' ni sebab saya perhatikan kawasan yang sebelum diletakkan kamera ni sekarang akan sedikit perlahan aliran trafiknya, walaupun bukan pada waktu puncak. Macam ada apa-apa berlaku kat depan. Tapi, bila dah lepas kawasan kamera ni, sebahagiannya mulalah pecut tak ingat...


Kalau macam ni agaknya boleh ke mengurangkan kadar kemalangan? Sama aje rasanya.. Saman memanglah dapat dielakkan tapi setakat itu ajelah .Pemandu kita beringat di kawasan yang ada kamera AES je, di kawasan lain tak beringat pula, sedangkan kamera ini diletakkan di beberapa kawasan kerap berlaku kemalangan yang dikenal pasti di sepanjang lebuh raya,jalan utama dan persimpangan trafik.


Bila budak tembam keluar jalan-jalan

Image
Nazif memang jadi tumpuan orang yang dijumpainya. Setakat sebelum ni, memang ramai yang tegur dia tembam dan geram nak cubit pipi dia. Malah saudara mara yang terdekat memang ramai yang  cubit pipi dia. Adik saya pula berkali-kali menyatakan Nazif dah makin comel, tak seperti yang dia lihat masa dalam pantang dulu..

Antara pengalaman yang melucukan sepanjang minggu lepas ialah semasa saya ke pasar di Pasir Mas, ada seorang makcik tegur yang Nazif ni tu'buh. Suami saya yang berasal dari Perak ni beriya-iya menyoal apa maksud kata-kata makcik tu. Gelak je saya sepanjang perjalanan balik. Kalau istilah tu'buh di Kelantan ni maksudnya badan bayi yang tembam atau berisi..


Pernah juga bila saya bagi tahu yang Nazif ni usianya baru 3 bulan lebih, ramai yang buat terkejut. Ada yang tanya samaada Nazif dah diberi makan bubur. Katanya dah macam budak lima bulan. Dengan badannya yang berisi serta nampak keras, dia memang nampak matang dari usia sebenarnya. Pernah saya rasa nak je tipu, …

Malaysia negara ke-8 paling bahagia

Image
KOTA KINABALU — Malaysia terus mendapat pengiktirafan antarabangsa selepas diumumkan menjadi negara kelapan paling bahagia daripada 100 buah negara, melalui Indeks Kebahagian yang dikeluarkan baru-baru ini. Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, laporan indeks keluaran World Happiness Report dan diterbitkan oleh The Earth Institute, Columbia University itu berjaya mengatasi negara maju lain. "Sebagai perbandingan, Amerika Syarikat di tempat ke-23, Kanada (24), Jepun (34) dan Korea Selatan ke-38. Tu yang kosmo paparkan hari ini.. banggalah kita kalau diiktiraf macam ni kan? Tapi setakat mana indeks bahagia ni dinilai ? Apa perkiraan yang diambil kira? Bahagia ke kita kalau ada di kalangan kita yang lebih mengagungkan orang lain daripada keluarga terdekat? Kalau dengan ahli keluarga terdekat, banyak kutukan yang diberi sedangkan untuk orang lain apa sahaja sanggup dibuat, bahagia ke macam tu..

Apa pun semoga Allah merahmati insan-insan yang mengabaikan keluarganya..semoga d…

Cabaran bersiar-siar dengan anak kecil

Assalamualaikum.
 Sebenarnya saya tak berapa ada ilham nak menulis. Dengan kepala berat dan hingus yang meleleh ni, terasa nak baring aje. Ni semua hasil seminggu bersiar-siar..

Dengan cuaca yang tak menentu di tempat-tempat yang berbeza, kami satu keluarga balik sini dengan selsema. Ni cabaran yang utama kita kena hadapi bila bawa anak-anak keluar. Seminggu meronda sana sini, bila balik rumah, diri sendiri dan anak-anak demam, tak syoklah kan? Tapi apa nak buat, penyakit datang kita usaha dengan berubat je lah.

Cabaran yang kedua, bila nak bercuti dengan anak kecil ni, barangan yang kena dibawa memang banyak. Aritu, sepupu suami saya tegur barangan kami macam nak balik kampung sebulan.. Kami gelak je sambil cakap dengan dia, " nati dah ada anak u tahulah macam mana keadaannya". Apa taknya, baju budak kena banyak, takut kotor. Tambah lagi pampers, carrier, makanan dan mainan diorang, memang lebih separuh kereta terisi barangan untuk anak je.

Lagi, bawa anak bermakna memang …

Ada aduan, dail saja talian 03-8000 8000

Image
PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam melancarkan Pusat Panggilan 1Malaysia (1MOCC) iaitu sebuah pusat penyelesaian setempat untuk rakyat mengemukakan pertanyaan, aduan atau cadangan mengenai perkhidmatan awam. Beliau berkata, pusat yang beroperasi 24 jam seminggu termasuk pada cuti umum itu sejajar dengan prinsip rakyat didahulukan dan diyakini dapat meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan awam kepada rakyat. "Saya yakin dan percaya 1MOCC ini benar-benar dapat meletakkan perkhidmatan awam dan kerajaan sebagai sesuatu yang dibanggakan oleh rakyat. Kosmo online Ha, apa lagi, gunakan hak kita sebagai rakyat. Dah ada 1MOCC ni buat je aduan kalau tak puas hati tentang perkhidmatan awam.. Daripada bercakap di belakang, elok buat je aduan rasmi macam ni, kan? Tapi, harapnya sistem baru ni sesuatu yang benar-benar mampu memberi kemudahan kepada rakyat dan sistemnya benar-benar boleh digunakan.

Selesai salah satu tanggungjawab

Image
Alhamdulillah semalam selamat buat majlis akikah untuk Ahmad Nazif. Duduk melayan kerja-kerja PBS tak sempat nak buat entry ni semalam..Majlis ni sebenarnya gabungan dua orang, Nazif dan Alia, sepupunya. Alang-alang umur lebih kurang sama, kami setuju nak gabungkan majlis ni supaya senang sedara mara nak datang..

Lokasinya di rumah mak mertua, Temoh Perak. Di sini majlis akikah ni meriah betul, ada panggil kumpulan marhaban, dua jam Nazif kat atas bakul sementara siap bacaan oleh kumpulan marhaban ni. Masa Naim dulu pun buat kat sini, tertunggu-tunggu saya bila nak siap marhabannya, maklumlah kat Kelantan tak ada buat gini. Rupanya dua jam baru siap.

Berdua Nazif dan Alia dimasukkan dalam bakul untuk majlis akikah ni.. Sepanjang dua jam Nazif diam je duduk dalam bakul ni tapi dia tak tidur pun, tapi bila bakul ni tak ditarik, terus menangis meraung dia. Sepupunya lak, baik je, tidur sepanjang dua jam tu..


Mamanya ambil peluang masukkan keputusan dalam sistem PBS sementara tunggu majli…

Plan cancel because of PBS

Kacau betul PBS ni.. Sepatutnya hari ni, saya dan keluarga akan ke Cameron Highland. Alang-alang balik ke Tapah ni, dah tak jauh pun untuk ke sana. Tapi, memandangkan kerja meng"key in" keputusan dalam sistem PBS ni masih belum selesai, makanya terpaksalah menangguhkannya..

Abang ipar dan keluarga dah pun sampai ke sana. Tadi saya janji, kami juga insyaAllah akan ke sana sekiranya kerja memasukkan keputusan ni selesai malam ni..

Memang sistem ni menduga kesabaran. Sabar aje lah cikgu-cikgu yang terlibat..

Cuti sekolah : Temoh & Pasir Mas

Kami dalam perjalanan  balik ke Temoh. Seterusnya akan bertolak ke Pasir Mas pula untuk menghadiri kenduri kahwin sepupu. Akan kembali semula ke BSP seminggu kemudian..

Seronok tapi separuh hati risau mengenangkan kerja berlambak yang belum siap tu.

Power bank memudahkan kita

Image
Assalamualaikum semua... apa khabar? Masuk kerja tiga hari ni memang sibuk betul. Balik semalam saya terasa macam nak demam je. apa taknya, dah la pergi awal sebab mengadakan kelas tambahan untuk murid, waktu lain pulak kena buat macam-macam sampai tak ada langsung mana nak rehat. Apa lagi masa untuk pam susu, sehingga petang semalam baju saya pun dah basah kerana breast dah bengkak.. Mujur juga baju tu cepat kering , taklah malu masuk ke kelas.. Di tengah kesibukan ni,  sampai terlupa nak cas telefon. Mujur juga ada power bank. Benda ni memang memudahkan kita, untuk cas telefon kini boleh di mana sahaja, tak perlu berada di tempat yang ada elektrik pun dan tempoh cas juga lebih singkat bila menggunakan power bank ni. Untuk sekali cas penuh, power bank ni dapat mengecas sehingga 4-6 kali telefon bimbit, bergantung kepada jumlah kuasa yang ada pada power bank yang digunakan. untuk pengetahuan korang, power bank ni didatangkan dengan beberapa jenis kabel, lagi mahal harganya, l…

Takku Duga

Image
Assalamualaikum semua... sihat ye semua?
Saya pernah cerita pasal sakit ni aritu kan? Jadi, berikutan tu, barulah saya beriya-iya mendapatkan kembali pati haruan. Insaf la bila dah rasa sakit. Nak dijadikan ceritanya, masa keluar nak beli pil pati haruan ni saya tunggu je di dalam kereta. Saya dah pesan kepada suami supaya beli pil, al maklumlah isterinya ni memang tak reti dan tak boleh nak telan cecair ubat, lagi-lagi kalau pati haruan yang ada bau. Korang tahulah sendiri macam mana ye..

Masa suami saya masuk farmasi tu, dia telefon saya. Katanya nak yang mana, ada jenama Polleney dan Harwany. Jawapan saya, " tak kisahla, mana-mana pun tak pe". Suami tanya lagi, "Ada yang original flavournya, ada yang dengan gamat, ada dengan aloe vera, nak apa ni?' . Sekali lagi jawapan saya , "Tak kisahla, amik je,".

Tunggu punya tunggu dalam kereta, akhirnya suami masuk semula ke dalam kereta. Masa tu, muka saya dah berubah. Plastiknya besar. Kalau pil, mustahil besar…

Jangan tidur lepas subuh kalau nak awet muda!!

Ha, angkat tangan siapa yang nak awet muda? Mesti semua pun nak gitu kan? Nanti takke bangga kalau tetiba terjumpa kawan yang dah lama korang tak jumpa, dia tegur korang tak berubah pun muka sejak dari dulu. Lagi kembang hidung korang tu kalau kawan tu direct cakap, " wei, ko awet mudalah, tak nampak macam 30 tahun pun".. ha, tu satu contoh situasi..

Petua awet muda yang saya nak kongsikan hari ini ialah korang kena bangun awal setiap pagi. Maknanya kena bangun solat subuh awal dan jangan tidur lagi selepas itu untuk kekal awet muda. Kemudian, sebelum solat tu kena bersihkan diri, kena mandi dulu. Sebaiknya mandi pagi ni dengan air biasa, bukan air panas.

Amalan ni bukan sahaja untuk awet muda tapi Allah pun suka korang beribadat dengan diri yang bersih, kan bagus tu. Amalan ni moyang saya yang praktikkan sejak dari muda. Mengikut kata Kak Ja saya, moyang saya ni semasa hayatnya memang kulitnya bersih, lembut macam kulit bayi dan kurang kedut walaupun dia meninggal pun usia…

Diari Sabtu kami

Image
Petang tadi saya berkunjung ke rumah kakak di Keramat bagi memenuhi permintaan diorang yang nak mengomol pipi Nazif yang tembam tu..

Seperti yang dijangka, memang sejam pertama di rumah kakak saya tadi, Nazif dan Naim memang kena gomol dengan sepupu-sepupunya. Lagi-lagi Nazif, memang tak lepas pun, daripada seorang ke seorang bergilir-gilir jaga dan main dengan dia. Maklumlah diorang je budak kecil yang ada dalam keluarga kami, yang lain dah besar.

Sementara tu, mamanya apa lagi, sempat la berfoya-foya. Duk melepak je sebab anak-anak ramai pengasuh yang boleh jaga. Sempat lagi saya belajar buat kek apricot walnut dengan kakak saya tadi.. Inilah hasilnya.. Sedap tul kek ni tadi, makan semasa panas, keraknya terasa rangup sangat. Mahu je rasanya nak habiskan semua kek tu tadi.
Seronok sangat Naim bermain dengan kakak-kakaknya tadi. Sampaikan bila kami dalam perjalanan balik tadi menangis dia.. "Naim nak kawan  dengan kakak"... itulah yang dia asyik cakap sampai tertidur. Semog…

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Walaupun melahirkan Nazif ni sudah pengalaman kali kedua saya dibedah, namun bila ditanya soalan tu saya sebenarnya tak tahu macam mana nak jawab dengan tepat. Bagi saya perkara ini adalah mengikut badan seseorang, apa ubat yang dia makan, bagaimana penjagaan dia kepada tempat luka tu, penjagaan makanan dia dan aktiviti yang dia lakukan. Kedua-dua kali bersalin pun ada bezanya.

Melahirkan secara pembedahan ni memanglah kalau dilihat secara luarannya ramai yang akan kata kita nampak sihat. Nak berjalan tak payah kepit-kepit sebab kat bawah tu tak sakit. Masa dalam pantang nak jalan laju pun boleh je, tak macam orang yang bersalin normal. Tapi luka kat perut  tu pedihnya agak lama nak hilang.

Ikut pengalaman saya yang terbaru ni, saya pada mulanya cepat baik luka secara luaran. Semasa saya berjumpa doktor untuk pemeriksaan semasa 22 hari, luka tu dah baik dan memang saya pun dah kurang rasa pedih pada waktu tersebut..maknanya luka dalaman pun saya agak semakin baik sebab kurang rasa pe…

bercakap dengan bayi meransang perkembangannya

Image
Kalau waktu petang, selalunya Nazif ni memang tak nak tidur. Kalau dia tak nak tidur, maknanya memang mamanya tak boleh buat kerja lain lah. Kena duduk dekat dia, dukung dia dan yang paling senang nak buat dia tak gelisah adalah dengan berkomunikasi dengan dia.

Kelakar tak kalau korang tengok saya sembang beriya-iya dengan Nazif ni. Bersembang dengan budak 3 bulan, apa yang dia faham, kan? tapi saya gigih sembang dengan dia sebab saya tengok dia pun bagi respons yang baik. Nazif akan tersenyum bila mendengar celoteh saya. Memang saya sedia maklum yang Nazif tak memahami lagi apa yang saya cakapkan kepada dia, tapi saya seronok tengok dia pun mengeluarkan bunyi-bunyi sambil tersenyum seolah-olah nak jawab apa yang saya cakapkan kepadanya..Sambil-sambil dia berkata-kata bahasa bayi tu, kaki dia, tangan dan badan dia pun kadang-kadang semua bergerak-gerak.. banyak tul respons dia bila mamanya ni sembang dengan dia..

"Adik, cepat besar dengan sihat ye... jadi anak yang soleh dan pint…

Cuma pinjaman

Ada anak kecil ni memang detik-detik yang mencabar bagi saya. Mengetahui anak-anak adalah pinjaman daripada Allah, terasa berat beban di bahu. Dapat ke anak-anak yang dilahirkan ni dididik menjadi anak-anak yang soleh?

Bila ibu bapa yang dah semakin bertambah usia selalu tak sihat, saya sering merasa susah hati. Bimbang sesuatu berlaku. Bimbang Allah akan ambil diorang bila-bila masa sahaja. Namun jika itu takdirnya, siapalah saya untuk membantahNya...

Jumaat  menjelang lagi. Semasa masih bersekolah, hari Jumaat ni satu hari yang menakutkan bagi saya. Setiap kali menjelang malam Jumaat, saya berdoa semoga jika esoknya ditakdirkan sebagai hari terakhir, semoga Allah menerima amalan dan taubat saya. Betapa patuhnya saya sebagai remaja kepada pesanan Ayah tentang kedatangan hari Qiamat pada hari Jumaat.

Sesungguhnya apa yang ada pada kita cumalah pinjaman dari Allah yang Maha Kaya..