Kerana kedekutmu

Naim ni tak reti nak aplikasikan falsafah sharing is caring nampaknya. Ada ke patut seluar jeans lama dia yang kami pakaikan masa kecil dia tak nak bagi Nazif pakai. Bukannya dia muat pakai lagi seluar yang saiz 6 bulan tu..Pada hal ni bukan kali pertama, masa keluar Ahad lepas Nazif dah pernah pakai seluar lama Naim pun. Hari tu dia tak perasan agaknya, sebab tu boleh terlepas, elok je Nazif pakai jeans lama dia masa tu.

Beriya Naim nak pakai seluar lamanya tu... takut adik pakailah agaknya. Walaupun dapat masuk tapi tak dapat nak pasang butang kerana dah tak muat dengan ukuran pinggang dia.. Gelak je kami tengok Naim pakai seluar tu, nak sangat.. Akhirnya dia buka seluar tu sendiri. Tak lama pun pakainya.. Tahu pun ketat...lepas tu elok-elok pulak dia cakap, " bagi adik".  Agaknya memang kena bagi diorang di tahap umur macam ni merasa sendiri sebelum kita larang, baru dia belajar dan faham..huhu, anakku sorang ni memang macam-macam... .Banyak lagi kena belajar  nanti ye sayang..

Comments

  1. macam adik bongsu masa dia kecik dulu...kalo mak nak bg baju dia yg dh x muat dekat sepupu2 mak sorok...kang dia menangis buat perangai...memang kedekut barang dia ^_^

    ReplyDelete
  2. salam singgah =) betul tu. mungkin antara umur2 macam tu kena bagi diorang explore dulu sendiri

    ReplyDelete
  3. hehe, xpe at last dia belajar sesuatu jgk kan.. kirim salam kat Naim dgn Nazif ye kak =)

    ReplyDelete
  4. a'aa betoi tu.. bg dorg merasa br tau... sm cam alisha.. normally, kalau sy xbg tp alisha nak gak.. so, sy bag lah.. bila dia sndiri tau apa rasa, bar dia tau xnk.. :-)

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Cara daftar kad Touch N Go

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1