Posts

Showing posts from July, 2013

Ops Selamat 3: Had laju jalan persekutuan, jalan negeri dikurangkan10km/j

KUALA LUMPUR - Pengurangan had laju 10 kilometer sejam (km/j) di jalan persekutuan dan negeri di seluruh negara akan dilaksanakan sepanjang Ops Selamat 3 yang bermula esok hingga 18 Ogos ini sempena Aidilfitri. Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof berkata sepanjang tempoh itu, kelajuan di jalan persekutuan akan diturunkan kepada 80km/j berbanding 90km/j manakala had laju di jalan negeri ialah 70km/j berbanding 80km/j sebelum ini. "Pengurangan had laju ini adalah bagi memastikan keselamatan pengguna semasa pulang ke kampung dan kami berharap pengguna dapat mematuhi had laju yang ditetapkan itu,” katanya kepada pemberita pada majlis berbuka puasa bersama mahasiswa Sarawak di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini malam ini.



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0731&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_30.htm#ixzz2adFdRbbm


p/s: Balik raya nak gembira, kan? Jadi sama-sama kita kurangkan laju semasa memandu untuk elakkan kemalangan di jalan raya di mu…

Jiran ada, kawe tak de

Image
Tadi, semasa nak menjemur baju, saya terlihat jiran sebelah ( lelaki 40-an bujang) sedang susunkan pasu-pasu pokok bunga di laman rumah dia. Rajin betul dia.. Dah la lamannya lawa, penuh bunga dan hiasan, sentiasa berubah-ubah pula susunan dan bendanya tau. Dalam hati saya, agaknya ni susunan  terbaru khas untuk raya kot... Rumah saya sendiri? Jauh panggang dari apilah. Tak ada sepasu bunga atau pokok pun kat luar Yang ada pun, pasu tanam limau purut, kunyit dan pandan. Haha, tak dapatlah nak bersaing-saing.. Dalam rumah pun ada sepasu je...Bunga plastik sepasu yang dibeli hari tu pun dah nampak botak. Siapa lagi punya kerja? Dua beradik tulah.. Diam-diam diorang gubah semula bunga. Dari jauh dengar Naim sebut, " kawin, kawin, kawin" , rupanya dia petik bunga-bunga tu dan tabur ke badan Nazif sambil sebut kawin-kawin tu.. Macam perkahwinan mat salleh tu... adoi..
Jadi, apa lagi kalau nak ada taman cantik macam ni... in my dreams lah nampaknya... Dahla bukan tangan berseni, …

Hari ini

Syoknya hari ni. Balik dari sekolah boleh rehat. Biasanya sebaik sampai je ke rumah, saya terus berkejar nak masak. Sambil cium dua hero saya, sambil tu juga buka tudung dan sebaik je letakkan diorang, terus saya sinsing lengan dan mula masak.

Hari ni suami saya dah beli lauk. Entah apa angin dia hari ni, tak tanya atau tak kena suruh dah siap beli lauk untuk berbuka. Katanya cuma masak nasi dan sayur je. Kena juga masak! Tapi sikit sahaja lah. Kira ok lah juga, sekali sekala dapat kurangkan kerja.

Tadi, anak buah saya bagitahu esok dia ada temuduga kerja. Dia ni baru je berhenti kerja dengan alasan tempat kerja sekarang tak gembira. Jadi, saya doakan semoga kalau dia dapat kerja baru ni nanti, dia akan gembira bekerja di sana.. Apapun kehidupan macam itulah, kan? Kita kena belajar dari kesilapan dan mencuba  yang terbaik supaya kita bahagia dan selamat dunia dan akhirat.

Hari ni juga, ada peristiwa yang menyayat hati berlaku di sekolah. Salah seorang murid saya pada mulanya menyoal …

Blogger sakit gigi

Image
Sejak tengah hari tadi saya perasan yang gigi saya lain macam. Tapi semasa di sekolah, boleh tahan lagi. Dah balik ke rumah pun, masih sempat masak dan buat macam-macam lagi. 
Oooo, masalah muncul bila waktu berbuka puasa. Gigit sikit, terasa gigi macam sakit. Mulalah syak yang gusi bengkak yang menyebabkan rasa sakit macam tu. Rasa macam bahagian yang sakit ni, giginya nak tercabut dari gusi... Alamak, tak nak tak nak...Telan ayam black pepper pun tak rasa sedap dah. Berkali-kali suami suruh saya habiskan sayur pun saya buat tak tahu je. Biasanya memang kalau masak sayur selain kailan ikan masin, sayalah yang makan lebih, tapi hari ni, sikit je dapat kunyah dengan gigi yang rasa sakit bila mengunyah sesuatu...Mulalah nak fikir yang suami saya ni tak prihatin, dah cakap saya tengah sakit gigi ada ke pula dia nak saya habiskan juga makan? ai, ketuk kepala kang baru tahu?
Adui, panik juga ni... Sebab kurang kalsium je ke? Atau dah masanya gigi ni nak rosak. Takutnya nak kunjungi doktor gi…

Cara mendidik anak lelaki

Image
1. Ajarkan anak ajaran agama sejak dari kecil. Contohnya ajar anak solat sejak dr kecil. Bawa ke masjid untuk solat berjamaah atau ke kubur untuk anak tahu apa yang berlaku semasa ada kematian.2. Ajar juga anak semua kemahiran asas rumah tangga sebagaimana yang diajar kepada anak perempuan, termasuklah menjahit, memasak, mengangkat barangan berat, menjemur baju dan lain-lain. Ini bukan sahaja kerana nak mendidik anak lelaki dengan sikap bertanggjawab, tapi juga untuk memupuk sikap memuliakan wanita di daam diri anak lelaki tersebut sejak daripada kecil lagi.  3. Banyak bersoal kepada anak lelaki untuk meningkatkan kemahiran diri anak serta keyakinan diri. Lelaki kan bakal pemimpin....

-petikan daripada motivasi pagi di TV3 pagi tadi, banyak yang boleh dimanfaatkan bersama...Semoga anak anak lelaki kita yang kita sayang ni akan membesar menjadi lelaki yang hebat. Lelaki yang bukan sahaja tahu meminta, tahu mengarah, sebaliknya tahu melakukan kerja, tahu bertindak serta memahami hati wani…

Shopping di Tapah

Kalau ditanya orang apa tempat makan best di Tapah ni, saya memang tak tahu nak jawab. Sejak kawin ni, memang kalau balik kampung, mesti akan makan kat rumah. FIL atau MIL yang masak apa sahaja makanan yang anak-anak minta. Awal dulu, selalu juga saya perli Papa N, kalau balik Pasir Mas, dia mesti nak makan nasi sup daging bakar, mee celup, nasi ulam dan kuih akok. Tapi kalau balik Tapah, semua makan di rumah.

Tapi, bukan maknanya bila balik sini, tak payah keluar duit langsung. Kalau macam tu, dah lama banyak duit kami simpan rasanya. Bila balik sini, boleh dikatakan wajib untuk saya pergi ke Pasar Tapah. Tujuannya nak beli bahan mentah yang nak dibawa balik ke BSP nanti.

Antara bahan yang dibeli, ikan tenggiri masin. Ikan yang wajib ada dalam peti sejuk kami, sebabnya Papa N peminat tegar kailan ikan masin. Walaupun empat tahun lebih ni saya cuba ajar dia makan sayur lain, namun kailan ikan masin tetap menjadi pujaan hatinya, apa nak dikato lagi? Kawe ikutkan jelah....

Lagi, ikan …

Meraikan Ramadan

Image
Segan nak bagitahu, setelah tiga tahun saya berada  di sekolah ni, hari Khamis hari tu ialah kali pertama saya hadiri majlis berbuka puasa anjuran pihak sekolah. Dua tahun sebelum ni, entah kenapa saya tak menyertainya.
Beberapa hari sebelum lagi, cikgu dan murid-murid memang kelihatan bersungguh nak menjayakannya. Itu jugalah yang membuatkan saya rasa kali ni memang kena hadiri juga. Alhamdulillah, memang dapat turut sama memeriahkan majlis.
Majlis ini dimulakan dengan majlis khatam Quran pada petangnya, berbuka puasa beramai-ramai, solat maghrib bersama dan juga terawih. Terharu saya melihat ramai murid menyertai majlis khatam Quran yang dibuat seawal pukul 6 petang. Bilangan murid yang menyertai jauh melebih sasaran, 86 orang kesemuanya berbanding jangkaan 60 orang. Sokongan para ibu bapa juga cukup menggalakkan. Lega saya apabila melihat ada antara murid yang menyertai majlis khatam Quran ni murid yang di dalam kelas nampak tak ada bakat pun untuk menyertai aktiviti macam ni. Jad…

Bila En Mat balik kampung

Image
Balik ke kampung Opah, En Mat seronoklah sebab dapat jumpa abang dan kakak sepupu dan dapat main macam-macam. Pistol, pelampung, kerusi, meja, walker adik sepupu dan periuk belanga yang ada semua pun dia belasah.


Adik  En Mat pun sama seronok bila jumpa ramai orang. Sesiapa je makan, dia pun nak tumpang sikit. Patutla badan bulat, makan je.
 En Mat malam ni tidur pun guna pelampung. Sian tul, anak siapalah tu.

Nazif pulak, semestinya menjadi kegemaran semua. Tapi, sebab dah lam tak jumpa sedara mara agaknya, kali ni tak ramai yang berjaya pegang dia lama-lama. Mesti meraung dia minta mamanya ambil semula. Mama En Mat pulak, seronok bab makan je. Semestinya sebab saya dapat cuti masak, sekadar tukang tolong aje. Bila hati dah senang, makan apa pun rasa sedap. Sayur campur tetap jadi menu wajib bila balik kampong Opah ni. Yang tak tahannya, Papa N cakap makan hari ni, yang paling best sejak puasa ni... ooooo, kecik hati akak tau... akak masak setiap hari sebelum ni tak sedap ke????

Sudah setahun berlalu

Image
Mengambil kesempatan sementara anak-anak tengah bermain dengan pengawasan papanya, bolehlah saya update blog. Gigih saya nak siapkan entry ni kerana tarikh hijrah yang sangat bermakna kepada saya. Esok dah masuk hari ke 16 kita berpuasa. Rasanya cepat sangat setahun ni berlalu. Melihat Nazif yang semakin membesar ni, saya rasa seronok sangat. Saya masih teringat lagi detik yang sama macam sekarang ni pada tahun lepas saya yang tengah menonton tv, mula rasa lain macam. Pada masa tu, iaitu malam menjelang 5.8.2012, saya cuma dapat tidur sekejap sahaja sebelum mula merasa sakit bersalin. Pengalaman bersalin kali kedua ni saya pernah ceritakan di sini.

Tak sangka Allah panjangkan usia saya dan anak saya ni setahun lagi. Kini detik 16 Ramadan kembali lagi. Mulanya saya ingatkan saya akan bersalin tepat pada tarikh jangkaan, namun belum juga Nazif nak keluar pada tarikh 5.8 tu. Esoknya pula hari Nuzul Quran. Masa tu masih lagi mengharap Nazif cepat keluar, namun akhirnya Allah takdirkan Na…

Semalam malam Lailatul Qadar ke?

Image
Disebabkan semalam anak-anak payah sangat nak tidur, saya rasanya dapat tidur pukul satu lebih, ditambah dengan badan yang sememangnya penat, maka buat kali pertamanya pagi tadi satu keluarga tak sahur. Baru tahu betapa pentingnya mama ye? Nadi keluarga tau...haaha.. teringat pula kata ustaz masa zaman sekolah. Lailatul Qadar ni satu malam yang oenuh keberkatan, antara tanda kedatangannya ialah pagi tersebut berlaku hujan yang membuatkan orang nak tidur lebih, sedangkan fadilat kalau beribadat pada malam tersebut, amatlah besar, melebihi 1000 bulan.
Mulalah ada dua penyesalan. Satu penyesalan sebab takut miss malam yang penuh berkat ni. Paling tidak pun kalau ada berdoa, pun dah ok. Bila fikir tak ada pula banyak doa sebelum tidur semalam. paling banyak pun saya gosok kepala dan nasihatkan Naim suruh jadi anak yang soleh dan jangan suka mengamuk tak tentu pasal. Penyesalan yang kedua ialah sebab tak bangun sahur. Risau nanti tak bersemangat nak mengajar nanti. Semalam yang bersahur pun…

Yang sedang- sedang je

Image
Menu berbuka puasa kami petang tadi cukup sederhana. Kali pertama berbuka tak makan nasi untuk tahun ni.. hihi
Mee goreng yang dirancang nak buat mee basah tak berapa jadi basah. Cukup sederhana, bahan pun tak banyak. Cuma isi ayam, fish cake, fish ball, sawi dan lobak merah. Mula masak pun pada pukul 7.15 pm, alhamdulillah cukup untuk santapan kami sekeluarga. Bahagian Naim saya keluarkan awal, kemudian masukkan beberapa biji cili padi ketuk untuk sedikit rasa pedas. Air pula ialah air limau kasturi, terasa segar sangat lepas minum. Memang sesuai minum air limau dengan keadaan cuaca kembali berjerebu ni, boleh kurangkan sakit tekak.

Tips menghilangkan letih di bulan puasa

Assalamualaikum semua.

Lamanya saya tak menulis. Banyak hal yang nak diselesaikan sejak akhir-akhir ni. Ok, jadi tak nak membuang masa korang yang keemasan tu, saya terus kepada tajuk ye.

Ikutkan hati, memang kita yang berpuasa ni terasa letih dan lemah. Kebanyakan rasa begitu. Saya tengok ramai yang tetap bersemangat macam bulan biasa, tahniah ye. Kekal tahap kecergasan nampaknya. Jadi, bagi korang yang dah bersahur tapi ada kalanya rasa letih dan lemah di siang hari boleh praktikkan tips saya ni.

Kaedah yang seharusnya anda buat untuk jadikan badan lebih cergas walaupun berpuasa ialah dengan melawan perasaan letih tersebut. Jangan elakkan diri daripada melakukan aktiviti seperti biasa. Kalau biasa anda mengajar dengan bersemangat, tak ada alasan untuk duduk sewaktu bulan puasa ni. Percayalah jika kita melawan perasaan malas tersebut, maka akan dapat menghilangkan perasaan letih yang ada.Ingatlah yang kuasa minda dapat menghadapi semua kemungkinan yang ada.

Selain daripada tu, pasti…

Tumpang simpati

Peristiwa menyayat hati... ptg smlm seorg guru smk usj ____ telah kehilangan anak perempuan brusia 3thn bwt selama2nya... anknya meninggl dunia di dlm kereta yg dibawa guru tersebut.. dek krn trlalu rushing mengejar meeting pd jam 11pg, ank trsebut ditglkn di dlm kereta krn sedang tdo...akhirnya guru trsebut trlupa dan hanya menyedari anknyA berada dlm kereta setelah habis waktu mengajar sesi ptg... ketika itu anak trsebut sudah tdk bernyawa....
Jd, ingat2 lah kwn2, kalau ade bwk ank, pesan2 la pd kwn2 lain...n MOST IMPORTANT, jgn tinted crmin kereta trlalu gelap sehingga org luar tdk nmpk ape yg brada di dlm...
semoga guru tersebut tabah mnghadapi dugaan ini...
ALFATIHAH


- petikan dari Fb
Tumpang sedih dengan berita ini. Guru ni mengajar di sekolah berdekatan dengan sekolah saya. Saya taklah mengenal beliau, namun rakan -rakan saya ramai yang mengenali guru tersebut. Daripada cerita rakan yang menziarah, beliau langsung tak menyedari telah meninggalkan anak di dalam kereta.  Mungkin peny…

Dah kurus belum?

Dah masuk 10hari berpuasa ni, ada yang dah kurus? Wah, wah, wah bestnya.. Rasanya kalau saya ni, sama je. Lagi risau adalah, kot menjelang raya makin tembam jadinya muka yang bulat ini..

Apa taknya, asyik tidur pagi je sejak puasa ni. Malam, kalau nak tidur awal mana boleh sebab dua hero saya ni paling awal pun akan tidur pada pukul 12.30. Ha, jadi korang bayangkan lah macam mana. Pukul 4.15 saya dah bangun untuk masak sahur. Dengan tidur lebih kurang tiga jam lebih tu, selalunya saya akan mengantuk semula pada pukul 7. Dah cuba mandi awal, mengaji, jemur baju dan update blog kononnya nak elakkan tidur lagi, tapi akhirnya saya terlena juga. Adoi, rugi banyak masa macam ni. Muka pun boleh jadi tembam kalau gini.

Mujur saya mengajar petang. Kalau terbangun pukul 9 pun masih lagi ada masa nak kemaskan barang dan juga buat apa-apa untuk persediaan masak pada waktu petang. Tapi, kesimpulannya, tidaklah saya jadi kurus. Makin bulat, mungkin........

Apa petua nak buat anak tidur awal ye? Se…

pucuk ubi kayu

Hai semua, dah menunggu di meja makan ke? Juadah dah tersedia kan? Tunggu laungan azan je tu.

Petang ni salah satu hidangan berbuka kami ialah pucuk ubi kayu. Tak dirancang sebenarnya. Semasa menyiapkan bahan untuk masak kangkung goreng, saya terlihat botol budu. Terus terfikir yang kalau ada ulam tentu syok buat cicah dengan budu. Kebetulan pula, semasa keluar nak mengambil daun limau purut untuk masak paprik, tetiba mata saya terpandang ke arah pokok ubi kayu yang tak berapa nak hidup tu.

Dah lama tanam pokok ubi kayu ni sebenarnya. Dah lebih setahun, namun mungkin faktor tanah tak subur, ketinggiannya masih lagi agak tak tinggi. Tapi dapatlah juga seikat buat celur tadi, bolehla buat rebut cicah budu dengan suami yang cukup gemar dengan pucuk ubi dicicah budu ni.

Ada ke cara nak buat pokok ubi kayu ni lebih segar? Mana tahu boleh makan ubi kayu pulak nanti kan?

Positif, cuba positif dan nak positif

Bismillah hirrohma nirrohim....
Cuba memulakan pagi yang sejuk ni dengan positif. Semoga aura positif kekal hingga seterusnya. Nak jadikan apa sahaja amalan hari ni sebagai ibadah, mulakan dengan bacaan bismillah dan ikhlas, insha Allah.

Cuba positif dengan kata-kata suami. "Sabar banyak-banyak yang. Abang cuba kerja keras lagi. Target lima tahun lagi kewangan kita dah stabil kalau ayang tak tahan juga stress kerja ni, ayang leh resign. Jaga rumah dan uruskan anak je nanti".

Cewah,ayat pujuk. Walaupun saya tahu payah tu. Tapi suami cakap gitu, hati gulana ni termakan pujuk juga. Masih sedar realiti kehidupan kat bandar ni kalau seorang je bekerja memang agak susahlah kehidupan kami. Maka, sedaya upaya saya kena teruskanlah selagi mampu.

Tapi, saya tengok sekarang ni beberapa rakan dah mula tukar jabatan. Mungkin juga atas sebab yang sama. Nak kena tanya orang yang berpengalaman ni. Apa cara dan peluang yang ada. Tak salah mencuba, kan?

putus kaki semasa bertugas

Insaf,sedih dan simpati saya baca berita ni. Seharian di sekolah terasa memenatkan betul. Terasa nak tukar kerjaya sahaja yang di dalam fikiran saya dalam perjalanan pulang tadi. Rupanya kat luar selain saya ramai lagi orang lain yang jauh lebih berisiko. Semoga Allah merahmati saya selalu. Semoga hari esok juga lebih membahagiakan saya. Semoga Allah menunjukkan saya jalan yang sepatutnya serta semoga saya berjaya tempuh dugaan yang diberikan kepada saya dengan baik...KUALA BESUT - Seorang pegawai polis trafik yang bertugas untuk pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut putus kaki kanan setelah motosikal berkuasa tinggi yang ditungganginya dirempuh sebuah kereta di hadapan Sekolah Kebangsaan Alor Peroi di sini hari ini.Dalam kejadian kira-kira 4.40 petang itu, Inspektor Farid Hasni Mamat, 33, dari Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah, terhumban kira-kira 10 meter berhampiran tembok sekolah akibat impak rempuhan itu.Ketika kejadian, mangsa bersama Pegawai Penguatkua…

Menurun mama

Image
Banyak pengaruh mama kepada Naim nampaknya. Salah satu perangai yang Naim warisi daripada mama ialah obses dengan benda baru.
Ikut perangai mama betul. Semalam saya bawa balik beg bergambar Cars ni untuk Naim. Kemain suka dia dapat beg baru, asyik tersenyum lebar je. Beg ni pula diangkut buat main sepanjang malam. Dia siap kemaskan sendiri baju dia untuk dibawa ke taska hari ni, semalam lagi. Dahla tu, setelah lama sikit, walaupun dia main benda lain, beg car ni tetap tersangkut di belakangnya. 
Papanya duk risau takut zip rosak bila melihatkan Naim berkali-kali asyik buka dan tutup. Tak pelah nak oii, kamu layan ajelah beg lawa ni. Dah memang peminat kereta dapat pulak beg bergambar kereta memang habis hatilah jadinya. Bahkan, korang nak tahu, bila dah tutup lampu pun, Naim yang mulanya dah baring tu, dia bangun lagi pergi tengok begnya yang diletakkan kat tepi bilik. Sampai gitu sekali seronok dengan beg barunya... hari ni, agaknya tunjuk dekat kawan dia di taskalah tu...

Buat tergesa-gesa : Kerabu rumpai laut

Terpengaruh dengan seorang rakan, balik semalam saya terus rendam rumpai laut yang dah beberapa bulan ada dalam peti sejuk kat rumah. Kisahnya rumpai laut ni MIL saya bawa untuk anaknya. Beriya suruh anaknya minum air untuk kurangkan kesan tumit kaki pecah. Menantu yang tumit tak pecah ni tak kacaulah sebab  tak berkenaan kes. Memandangkan orang tu bukan nak minum pun air yang masih ada, jadi elok rumpai kering ni saya ambil sikit, kan?

Tadi di sekolah, saya bagi sms kepada suami suruh dia belikan kelapa parut dan bunga kantan. Jadi balik je tadi, sambil tunggu ayam belado masak, saya sediakan bahan untuk buat kerabu ni. Basuh berkali-kali rumpai ni untuk hilangkan baunya. Risau juga, seharian puasa ni kot makan benda yang berbau hanyir jadi tak lalu pula.

Alhamdulillah hasilnya tak mengecewakan. Harum bunga kantan, lemak kelapa goreng, masam air limau nipis, pedas cili potong dan garam mencukupkan rasa. Saya rujuk resepi blog Cik Intan Berlian, tapi jadi resepi derhaka sikit sebab s…

Menukar kebiasaan

Image
Kecoh rupanya pasal harga ayam naik sekarang ni. Rasanya saya tak risau. Walaupun saya tak risau sebab bukan saya yang bayar barang basah, namun itu bukan sebab utama tau. Sayang juga duit suami kita keluar lebih banyak untuk beli ayam, kan? Nanti, akhirnya secara langsung kita juga yang rasa kesannya. Kot nanti duit raya kurang, kot juga tak hulur duit beli hadiah hari jadi, tak pun kot kita lak yang kena beli baju anak nanti? Haha, contoh kemain ye.. Itu saja, nak bagi korang faham situasi. Macam bagi contoh kat murid-murid pulak jadinya.

Sebab saya tak risau pasal harga ayam naik adalah kerana saya tengok sejak puasa ni, permintaan ayam kat dalam rumah saya ni tak bertambah pun. Walaupun orang lain cakap biasanya permintaan untuk makan di bulan ni selalunya berganda, kat rumah kami, nampaknya macam biasa je. Dengan minat Naim masih lagi ayam kicap, ayam masih lagi menjadi lauk rasmi. Cuma kuantiti hidangannya tak bertambah. Menu bersahur kami kebanyakannya ialah ikan bilis.. Ingat…

Kerepek

Image
Hari ni saya bawa balik kerepek yang dibeli daripada rakan di sekolah. Jadi kudap-kudapan masa main-main dengan anak-anak sedap ni, fikir saya masa beli tu. Beli lima jenis tadi termasuk ada sebahagiannya akan disimpan untuk hari raya, kononnya. Dalam gambar ni sebahagian, esok kawan saya akan bawa lagi.
Memang berbaloi beli. Bukan Naim je, malah Nazif pun makan kerepek kacang dhal..Siap rebut dari tangan Naim lagi untuk dia makan. Macam orang yang dah ada banyak gigi pula lagaknya. 

Naim pun, dah makan semangkuk spagetti pun masih lagi habis banyak keping kerepek ni yang dia makan sambil dia  menonton tv tadi. Adalah juga sesuatu yang berlainan untuk budak-budak ni boleh makan sementara nak menunggu papa diorang balik daripada terawih. Perut kenyang, suka hati. Kuranglah sikit diorang buat hal. Kalau benda yang sama tiap-tiap malam pun Naim tak layan dah. Memang kena tukar-tukar bendanya. Kalau tidak, masa jaga diorang ni sorang diri, macam semalam, terasa lama tul. Mencabar jiwa, k…

Misi tak berjaya

Image
Sedih nak cerita ni. Sempat lagi nak cerita sikit sebelum ke sekolah ni. 
Semalam saya ajaklah suami ke PKNS Shah Alam. Tentulah angkut sekali hero berdua ni. Gigih pusing kat situ kononnya nak beli baju raya barang sehelai dua untuk diri sendiri. Untuk dua orang hero ni minggu sebelum ni dah lengkapkan, dua pasang seorang. Cukuplah kot untuk diorang. Mama yang nak bergaya juga ni pun pergilah dengan gembiranya.
Gigih tawaf kat situ. Dahlah mulanya hampir tak jadi masuk sebab parking penuh. Bila dah masuk PKNS tu, tengok sayu tak berkenan. Tengok lagi rasa mahal sangat. Pusing sana, pusing sini, fikir, tenung, akhirnya balik tanpa beli apa-apa.
Kedekut agaknya. Sayang duit yang dapat dengan menjerit-jerit kat kelas tu kalau nak beli baju yang macam mahal sangat tu. Tapi, musim macam ni memang tak boleh elakkan kenaikan harga baju kurung, kan? Semua orang pun tahu. Jadi, yang salahnya ialah saya sendiri. Kenapa awal-awal tak beli je kain dan buah tempahan baju kurung untuk raya ni... Kan?…

Sebelum masak kena makan dulu

Yang masak tu saya, yang makan dulu tu bukan saya tau.. Jangan salah faham. Nak citer pengalaman masak di bulan Ramadan ni. Tak kira masak untuk sahur atau masak untuk berbuka, yang penting kena aturkan supaya anak-anak kenyang dulu. Barulah saya dapat masak dengan tenang.

Kalau yang di sana meraung, yang di sini menangis, tidak daya nak masak, betulkan? Jadi, sejak beberapa hari puasa ni, masa sampai je ke rumah, saya suapkan dulu dua comel saya ni dengan apa-apa makanan yang mudah, macam roti atau buah. Dah pastikan perut diorang dah beralas, maka baru saya mula masak. Memasak untuk dua tiga mulut taklah ambil masa yang lama walaupun selalunya waktu saya sampai ke rumah ialah pada pukul 6. Sempat lagi nak bermain-main dengan anak-anak sebelum mulakan tugas.

Naim pula, bukan jenis payah. Kalau kena caranya, dia makan semua yang saya masak sambil puji kesedapan makanan tu. Macam tadi, makan roti bersalut telur cicah sos cili pun dia makan dengan aman, habis dua keping roti gardenia. …

Susu rendah lemak tidak semestinya sihat

Fakta tentang susu rendah lemak yang saya cukup gemar. Jom kongsikan fakta ni.. Kesimpulannya, apa sahaja pun kenalah bersederhana.. 

SUSU rendah lemak semakin menjadi pilihan para penguna yang mementingkan pengambilan minuman berkalori rendah.Namun, tahukah anda, satu kajian yang dijalankan dua penyelidik, David Ludwig dari Hopital Kanak-kanak Boston dan Dr. Walter Willett dari Sekolah Kesihatan Awam, Universiti Harvard, Amerika Syarikat mendapati susu rendah lemak boleh menyumbang kepada peningkatan berat badan."Belum ada data jelas yang mengaitkan pengambilan susu rendah lemak boleh mengurangkan berat badan."Sebaliknya, penggemar susu rendah lemak cenderung untuk gemuk kerana meminum susu rendah lemak tidak mengenyangkan, sebaliknya mendorong mereka untuk mengambil makanan dan minuman lain dalam kuantiti yang banyak," ujar Ludwig baru-baru ini.Sementara itu, menurut pakar endokrin kanak-kanak, Dr.Mark Daniel DeBoer dalam kajiannya mendapati kanak-kanak yang meminum su…

Melatih kesabaran

Saya ambil peluang di bulan mulia ini untuk melatih kesabaran bagi diri. Bukan senang nak sabar dan ada masanya saya memang bengang betul kalau berhadapan dengan orang yang pemalas. Rasanya saya dah cukup malas, tapi kalau jumpa orang lain yang lebih malas, mulalah terasa penuh angin kat dalam dada ni..bengang kawe.

Saya punya alasan sendiri kalau saya malas pun . Malas saya selalunya yang hanya berkaitan dengan diri saya. Contohnya, malas nak mekap, malas nak kemas meja, malas nak beli tudung pelbagai fesyen, malas nak buat kerja sekolah di rumah dan sebagainya. Selalunya kalau melibatkan orang lain, saya akan lebih rajin untuk melaksanakan sesuatu. Mungkin juga sebab tak nak orang lain susah disebabkan saya atau tak nak orang lain fikir yang bukan-bukan tentang saya.

Orang lain yang tak langsung fikir orang lain ni tak puasa ke agaknya? Ke memang sifat tu ada dalam diri dia, bukan sebab hasutan syaitan yang telah pun dirantai di sepanjang bulan yang mulia ni? Hai, walaupun puasa bu…

Resepi ayam percik Kelate sedap

Image
Amboi, tajuk tak menahan. Masuk bakul angkat sendiri ni. Tak apalah kan, awal awal pagi ni buat gurau-gurau untuk menghiburkan hati ni. Korang tentu seronok sebab hari ni cuti, dapat berehat kat rumah. Padan muka orang yang bercuti semasa jerebu hari tu. Kan dalam bulan puasa ni kena ganti sekolah hari Sabtu? Ambil tu, memang setiap Sabtu dalam bulan puasa ni kena kerja tau.... Ini yang orang tua tua cakap elok susah-susah dahulu, kan?
Oklah, tak payah nak sambung panjang pasal kes susah kemudian ni. Redha jelah, anggap ni dugaan di bulan mulia ni. Nak bagi resepi ayam percik saya ni, kot-kot ada yang nak jadikan panduan kot-kot hari ke 10 dan ke atas nanti dah mula tak ada idea apa nak dimasak. Resepi ni senang je.
Bahan-bahan dulu ye;
Perapan ayam 
bawang putih halia garam kunyit
Kuah percik
Santan pekat bawang merah bawang putih halia serai diketuk lada hitam/ lada sulah garam dan gula
Langkah memasak; 1. Perapkan ayam dengan bahan perapan untuk setengah jam. Saya semalam perap dari sebelum pergi k…

Ilham abah, resepi mak

Mengambil pengajaran daripada kejadian petang semalam, hari ni saya bersemangat waja nak masak sendiri hidangan berbuka puasa.

 Apa taknya, balik dari sekolah dengan penat dan jalan agak sesak, mulanya terasa tak larat nak masak. Papa N pula terus cadangkan kami ke Param. Lagilah terasa malas nak bersesak dengan orang ramai kat param tu. Tapi, selepas dipujuk akhirnya saya pun ikutlah juga. Korang tahu apa yang jadi? Hilang penat saya disebabkan jalan di pasar tu. Dah tawaf sampai hujung, saya berkenan lauk asam pedas je. Jadi, kul 6.45 tu cepat- cepat masak nasi, telur dadar dan kailan ikan masin. Alhamdulillah sempat masak sebelum masuk waktu, maka makanlah asam pedas ikan siakap tu dengan lauk yang dimasak.

Jadi, hari ni, awal lagi saya dah hantar Nazif, pukul 11.30, terus ke kedai kat depan tengok apa yang menarik. Akhirnya buat keputusan beli santan sebab nak masak ayam percik petang ni. Kesnya pagi semalam PIL telefon saya, bertanyakan resepi ikan percik. Haha, bukan sebab say…

Kembali cergas

Image
Alhamdulillah hari ni Naim ok. Kejadian semalam tak berulang. Tempoh dua jam lebih yang merisaukan tu, semoga takkan berulang lagi, selamanya. Entah penyebab sebenarnya yang menyebabkan kaki Naim jadi macam itu. Apa pun, bila balik dari sekolah semalam saya disambut senyuman manis Naim, hati dah rasa cukup tenang.
Malam pun, Naim dapat main dan kelihatan aktif macam biasa. Siap bodek mama main bola dengan dia lagi, " mama, jom main bola. Kaki Naim dah tak sakit". Jadi, layankan jelah Naim main bola dalam rumah. Dia tahu gelak je, sepak bola pun bukan tepat sangat, apa lagi kalau nak dia yang sambut. Seronok sangat dia mamanya sanggup jadi penjaga gol semalam.

Dua beradik main lepas mama dah penat. Adik main ultraman milik abang, abang pula main bola. Nampak gambar ok je, macam harmoni, kan? padahal, sebenarnya kemain kecoh dua beradik ni rebutkan dua benda ni. Masa adik main ultraman, Naim pun nak ambil tu juga. Adik pun sama. Kalau Naim pegang bola pula, dia pun nak pegang sa…

kenapa agaknya?

Pagi 1 Ramadan ni kami dikejutkan dengan Naim yang tiba-tiba bangun pagi tadi tak dapat berjalan macam biasa. Macam orang yang lemah lututnya, Naim boleh dan juga cuba berjalan tapi dia terjatuh bila beberapa langkah mencuba. Mulanya saya nampak dia mengesot, lalu saya suruh Naim jalan. Barulah perasan yang langkahnya berlainan hari ini.

Papanya segera buat keputusan kerja dari rumah. Lutut Naim disapukan minyak sambil digosok-gosok. Disuruh berjalan kembali, Naim cuma nak berjalan sikit setelah dia terjatuh lagi. "Kaki Naim sakit," katanya.

Entah apa yang dah jadi. Mengada-ngada ke dia atau memang ada yang perlu dirisaukan. Saya yang mulanya juga tak nak ke sekolah kini dah mula bersiap siap nak ke sekolah bila nampak Naim dah boleh berjalan elok sikit daripada tadi. Tapi dia banyak mengesot kalau tak disuruh berjalan. Harapnya tak ada apa apa yang berlaku. Kawan-kawan ada pengalaman tak pasal hal ni? Apa ye sebabnya? Risau juga kan?

Beg cikgu

Image
Lawa tak beg? ni lah beg yang saya angkut ke sekolah setiap hari. Baru lagi sebenarnya pakai yang ni. Sebelum ni, saya juga gunakan beg yang lebih kurang macam ni, cuma namanya lain. Semenjak berkhidmat di Selangor ni, saya pun dah terpengaruh dengan kebanyakan guru kat sini yang membawa beg-beg macam ni ke sekolah. Masa di Johor dulu, saya gunakan beg yang kukuh sikit, selalunya dibeli,  bukan beg yang dapat percuma macam ni.
Walaupun beg percuma, tak tebal dan selalunya jangka hayatnya tak lama, tapi beg beg macam ni cukup berjasa. Saya dapat muatkan buku-buku murid, rekod mengajar dan alat tulis. Kadang kala kalau muat, boleh lagi masukkan bekal ke dalam beg ni.
Ni, saya yang tak rajin. Kalau korang tengok cikgu rajin, bukan satu, malah dua atau tiga beg macam ni diorang akan angkut setiap hari. Macam macam kerja sekolah yang dimuatkan kat dalam tu. Saya yang bawa balik satu tu pun, tak tentu sempat sentuh bila tiba di rumah. Berkawan dengan orang rajin dan cemerlang macam Zilla, kag…

Naim minta maaf

Image
Nak katakan menonton Upin dan Ipin ni sekadar hiburan semata, tak boleh. Walaupun Naim belajar cakap 'aku' daripadanya, namun banyak benda baik yang Naim juga perolehi daripada slot Upin dan Ipin. Memang tak dapat dinafikan.
Antara yang saya kagum ialah penggunaan perkataan maaf. Memang tak syak lagi Naim belajar perkataan dan penggunaan maaf ni daripada slot ini. Yang kagum tu, mama dan papanya tak suruh pun, tapi sekiranya dia buat salah, Naim akan buat muka sedih, dengan lenggok kepalanya yang sedikit menunduk, dia akan meminta maaf.
Macam kejadian semalam, adik yang makin dapat kaki ni, tak henti ke sana ke sini. Dah lenguh saya pungut, saya minta Naim pula tolong. Ada juga masa yang lain, Naim sendiri yang tolong laporkan, "mama, tengok ni adik, naik tangga".  Agaknya beberapa kali dia tolong, maka ada satu kali tu dia bengang kot. Tau Naim buat apa? Diketuknya adik, tapi dia tak perasan yang papanya tengok sama. Apa lagi, dapatlah habuannya. Dari jauh papanya jer…

Doremi pun tak de macam ni, adoi

Image
Diam-diam Naim kat bilik sorang diri. Bila tengok, ini jadinya. Rongak terus sikat Naim ni. Adoi, kalau tengok lagi nampak sedih daripada sikat dalam cerita Doremi. 
Naim ni macam inilah, pantang dia senyap, selalunya memang ada yang dia pomenkan. Hari ni, nampaknya sikat yang jadi mangsa. Dah la tu, buat muka tak bersalah pula tu bila ditanya kenapa dia buat macam tu. Kalau kakak saya baca entry ni mesti dia gelakkan saya. Dulu saya selalu gelakkan dia sebab beli sikat satu dozen sekali. Pernah saya tanyakan dia, " nak makan ke apa sampai sedozen ni? ". Jawab akak saya, kalau nak cerita takkan sangka, tunggulah anak dah besar, baru tahu. Haha, tak berapa besar pun dah mula tunjuk bakat. Agaknya kat rumah kita nanti kena 'tambat sikat' macam kat rumah Mak Ja ke? Itu pun masih lagi hilang kadang-kadang...

Besen dan Alhamdulillah, penenang

Image
Musim dan kaedah menenangkan anak selalu berubah-ubah. Kalau sebelum ni, saya dapat tenangkan Nazif dengan bagi dia menyusu je. Dah besar sikit, Nazif dah mula pandai makan, dia kejar makanan dengan cekapnya, jadi nak tenangkan dia kami banyak suapkan makanan. Dia memanglah seronok macam tu, dah boleh guna tagline, " Nazif lain macam bila lapar".

Tapi, saya rasa, kalau dibiar macam ni berterusan, tak boleh jadi ni. Nanti si Comel mama jadi gemuk, oooi tak boleh...tak nak !

Kaedah terbaru dan nampaknya memang berkesan betul ialah masukkan dia dalam besen besar tapi dengan syarat saya ada kat tepi. Selain risau dia terbalik, juga biasalah budak-budak ni mana boleh mamanya jauh sikit. Tapi, kalau nak melipat kain atau saya saja-saja nak update blog atau nonton tv, memang boleh jalan kaedah ni. Masukkan mainan Nazif sekali ke dalam besen besar ni, Nazif akan boleh mainlah kat dalam tu dalam tempoh masa yang agak lama juga sebelum dia mula bosan. Sambil-sambil tu saya layanlah d…

Memburukkan orang lain takkan menjadikan diri kita lebih baik

Menjelang bulan mulia ni, marilah kita sama-sama insafi kesalahan diri. Sepatutnya bulan - bulan yang lain pun sama ye. Tapi daripada menjalani ibadah puasa yang hanya menahan lapar dan dahaga tapi tak pula kita menjaga anggota yang lain, nanti cuma lapar dahaga sahajalah yang kita dapat sepanjang bulan yang sepatutnya penuh keberkatan ini.

Ustaz dan ustazah dah banyak menceritakan kelebihan berpuasa. Jadi tak perlulah saya tulis banyak lagi. Cuma sekadar nak mengingatkan diri sendiri dan rakan semua yang disayangi. Jom kita bersihkan hati kita. Hati yang bersih, insha Allah memberikan ketenangan kepada kita. Nak hati bersih banyak caranya, boleh kita perbanyakkan membaca Al Quran, banyakkan zikir, bersolat sunat, bersedekah dan ikhlaskan hati dalam hubungan sesama manusia.

Jangan buli orang lain. Memburukkan orang lain tak menjadikan kita insan yang lebih baik, malah lebih terkutuk. Allah juga tempat mengadu yang terbaik.

Semoga amalan puasa kita tahun ini lebih berkat berbanding t…

Ketenangan

Aku terus berjalan tanpa menghiraukan rintangan cabaran yang menghalang air mataku menitis jiwaku meraba hatiku terseksa mencari ketenangan jiwa. Ketenangan
kini kutemuimu suasana sepi menjadi riang suasana gelap menjadi terang. Kini kusedari bahawa ketenangan bukan datangnya dari kesenangan kekayaan dan kemewahan.
Berilmu dan beriman di situ ia datang menjadi jiwaku tenteram apabila aku mendekati-Nya.                                     sajak: Ketenangan, Komsas BM tingkatan dua..



  Sajak yang saya ajar di kelas semalam, entah apa yang murid-murid dapat, salah seorang daripada diorang, tersenyum sambil cakap ,"hari ni cikgu mengajar macam jauh di mata dekat di hati,"

Saya tanyakan apa yang dia cuba maksudkan, tapi tak berbalas pula. Dia senyum je...

Dah sampai masa

Image
Hujung minggu lalu dan semalam  kami ronda satu kawasan BSP untuk mencari tadika yang sesuai untuk Ahmad Naim. Setakat ni, ada tiga tempat yang menarik perhatian kami. Dua daripadanya yang agak ada nama dan lagi satu yang biasa je. Semuanya ada kelebihan masing-masing. Namun belum buat keputusan nak pilih tadika yang mana lagi memandangkan banayak juga yang kena diambil kira. 
Rupanya, anak mula bersekolah ni, macam macam hal yang nak kena fikir. Nak kena fikirkan apa silibus yang nak anak belajar, nak kena tetapkan kita nak anak belajar dalam situasi apa, nak fikirkan pasal day care selepas belajar dan juga mungkin kena fikirkan pengangkutan anak ke tadika. Macam-macam jugalah nampaknya..
Saja letakkan gambar lama Naim kat atas tu untuk mengingatkan diri yang Naim ni dah makin besar. Dah nak masuk sekolah pun nampaknya. Walaupun baru nak masuk tadika, mak bapaknya kemain bersemangat bincangkan hal ni. Papanya siap cakap dengan saya pagi tadi. "Tahun depan Naim dah nak kena mandi …