Posts

Showing posts from February, 2015

Menyelerak tanda anak nakkan perhatian?

Image
Tak tahulah sejauh mana kebenaran teori saya ni? Ada masanya saya rasa anak-anak saya ni sengaja menyelerakkan rumah dengan harapan akan mendapat perhatian daripada mama dan papanya. Dua-dua ada masanya memang bawa balik kerja ke rumah.. alahai. Lepas buat rumah kelam kabut, dia buat pula muka macam ni, ada rasa nak marah? Mana sampai hati.....

Bukan sembarang mencelah

Image
Tugas hari.....Kesimpulannya, nak buat apa pun kena ada ilmu, tak boleh suka hati redah saja. Belajar apa yang patut, barulah berjalan lancar semua yang dirancang..Ok bai.. hakim bahas ni berdebar ye.. ini belum jadi peserta lagi.. eh, kalau sebagai peserta rasanya tidakla kot.. P/s : Terima kasih kepada semua yang berkongsi tips dan bertanya khabar pasal sakit gigi saya sebelum ni. Hari ni dan semalam dah tak sakit. Dah mula tak sakitnya bila masuk kelas. Agaknya sebab dapat marah orang, hilang sakit. Haha.. rasanya saya ni bukan jenis gila kerja.. tapi alhamdulilah, setakat ni kalau sakit sikit-sikit tu, gagahkan diri datang ke sekolah, boleh baik apa yang sakit tu.

Perut lapar tapi takleh makan

Assalamualaikum semua..

Hari yang sepatutnya menggembirakan tanpa ada kegusaran di hati, kerana hari ni sekolah kami cuti lagi tau awak.. jadi boleh la kami golek-golek sorang diri kat rumah. Tapi, siapa sangka masa nilah gigi geraham bongsu ni nak memunculkan dirinya. Haha, korang tengah gelakkan sayalah tu kan? Takpe, masing-masing kenalah ya..

Saya ingatkan kesemua gigi saya dah naik awal-awal. Ada juga orang yang dah tua-tua macam ni baru naik gigi geraham bongsunya ya? Masa macam ni, teringat pula MIL saya pernah cakap yang gigi gerahamnya naik masa beliau dah nak pencen. Naik kejap je dah terus kena cabut. Aih, betul ke kisah dalam memori saya ni? ke dah tertukar dengan kisah gigi sesiapa? Haha, minta ampun maafla kalau kisah dah salah orang, maklumla tuan sakit gigi, takleh fikir dengan baik..Tadi, suami minta crikan barang sebelum beliau ke pejabat pun saya tak dapat jumpa, lalu jadikan alasan gigi tengah sakit ni takleh nak cari barang, haha, apa kena mengena ya?

Ha, korang …

Ang pow

Image
Jangan ingat kurang jiran berbangsa cina, tak dapat angpow. Kalau dah rezeki tak kemana kan? Petang tadi, aunty depan rumah datang sekali lagi memberikan dua sampul angpow kepada Naim dan Nazif dengan dua biji limau. Saya mulanya enggan mengambil sampul yang diberi kerana malam sebelum tahun baharu cina yang lalu, aunty yang sama ni dah menghulurkan satu sampul yang di dalamnya berisi RM30. Tapi, tadi aunty ni cakap yang sebelum raya cina itu lain kira.
Alhamdulillah, rezeki korang murah tahun ni. Dua kali dapat, walaupun RM40 jumlahnya, itu dah kira banyak juga, kan? Siapa nak bagi percuma?
Peristiwa di petang hari yang sedikit sebanyak menambahkan keceriaan mama NaimNazif yang tengah stress nak siapkan kerja sekolah yang bertimbun. Siapa suruh bergembira dulu, kang last minute macam ni kalut jadinya?


# rezeki kegembiraan datang dalam pelbagai cara. Bergantung kepada cara kita menerimanya. Kita permudahkan urusan orang, insyaAllah dimudahkan urusan kita pula nanti..

Family gathering

Image
Menulis lagi selepas kena 'sound' dengan Kak Ja. Katanya saya semalam sama naik je dengan anak-anak buah. Bergelak ketawa walaupun tahu di dalam rumah ada MIL dan FIL. Haha.. gelak besar, rasanya sejak pindah ke rumah kami ni pada tahun 2011, semalam merupakan kali pertama rumah dipenuhi oleh ramai ahli keluarga sebelah saya. Jadi, itu yang ter'over' gelak tu. Ai, hilang status menantu paling sopan yang disandang sejak 6 tahun dalam masa satu malam. Haha, janganla korang percaya bulat-bulat ayat saya tu ya. Bukanla menantu yang ni sopan sangat ya. 
Bila dah ramai, masak bihun pun sampai kena dua kali. Kata akak saya, ni kira sikit. Ada kawan dia keluarga lagi ramai, sekali masak pasti 4 paket bihun. Waa, pasti meriah sangat tu. 
Makan ais krim berebut-rebut pun sedap sangat jadinya. Kakak-kakak sepupu NaimNazif ni memang suka melayan budak berdua ni. Dah tahu Nazif tak nak berkongsi, lagi diusiknya nak makan ais krim Nazif ni. 
Minta ais krim untuk kali kedua kenalah …

Dah mula bertanya isu sensitif

Image
Meriah betul dua hari ni. Semalam dan kelmarin rumah saya yang penuh orang. Terutamanya semalam, buat kali pertama rasanya rumah dipenuhi dengan 17orang termasuk kami anak beranak. Maksud saya semalam tu 17orang tidur di 4 bilik dan ruang tamu. Meriah betul. Rasa tak nak tidur pula, sebabnya seronok berbual dengan anak-anak buah yang duk menyembang hal masing-masing. Dah lama tak merasa kemeriahan macam ni, lagipun masa balik kampung masing-masing tak sama.
Hari ni pula, kami beramai-ramai memenuhkan rumah kakak saya pula. Bila dah ramai ni, solat pun meriah berjamaah. Naim tadi dah mula nak tanya, "aik, mama tak solat sama ke?" . Agaknya dia tengok saudara mara lain ramai yang solat, kenapa pula mamanya tak solat. Kalau kat rumah sendiri dia tak perasan sangat sebab tak solat jamaah beramai-ramai macam ni.
Haha.. saya terlupa pulak yang tanya tu Naim, budak 5 tahun. Terus je jawab "mama takleh solat". Lepas tu baru saya perasan dan saya tengok muka Naim macam ta…

Tak lalu makan nasi

Image
Ada masa tertentu memang kita akan rasa tak lalu makan nasi kan? Saya selalu gitu. Jadi, kalau dah datang mood tak lalu makan nasi tu, mulalah malas masak juga. Sekali sekala nak diet ya. Jadi memang malas nak makan nasi. Terasa tu je makanan yang asyik disuapkan ke mulut.
Naim pula sejak dua minggu ni suka makan nasi. Jadi, bila mamanya malas nak makan nasi, kenalah sound dengan dia. Nanti mama masuk hospital sakit perut, katanya. Papa N pun sama, mulalah, saya juga yang disalahkan. " Ha, anak dah mula mudah makan, mamanya pulak yang tak nak makan. Kang anak-anak buat perangai macam tu, dia marah anak, sendiri buat tak pe?"
Tak nak makan nasi kena tegur la pulak. Apa salahnya nak makan popia je? Kenyang apa? Siap ada keju lagi kat dalam tu. 
Tak nak makan nasi waktu malam je, sebabnya siang di sekolah dah makan ni. Saya makan mee kolok ni. Kenyang juga. Rasanya pun manis-manis, banyak benda kat dalam tu tau.. 
Mee kari ni pun, sedap. Ada dua belah telur lagi. Sekali habis…

Kalau baik tak kekal lama?

Korang biasa tak dengar ayat yang orang baik-baik cepat meninggal dunia berbanding orang yang jahat? Lagi satu kalau kat tempat kerja, orang yang baik tu cepat je ditukarkan ke jabatan atau tempat lain. Sedangkan orang yang buat kita rasa semacam tu, lama betul menyiksa kita dan berada di samping kita, ya kan? Pernah dengar tak?Saya dapat ilham nak tulis pasal ni memandangkan ada seorang rakan guru yang berpindah ke sekolah lain mulai esok. Sedih tau ni. Bukan saya je bersedih, ramai yang bersedih dengan perpindahan rakan ni. Beliau memang seorang yang rajin dan baik. Walaupun baru setengah tahun mengenali beliau, ramai yang mengatakan terasa cukup rapat dengan beliau dan terasa kehilangan beliau ni. Hebatnya penangan insan baik dan berdedikasi dalam sebegini. Ramai yang mengenali secara peribadi mahupun secara profesional turut terasa berapa pihak sekolah rugi dengan ketiadaan seorang guru yang berdedikasi seperti beliau. Semasa berbual dengan rakan ni pada hari Jumaat yang lalu, bel…

Ajif

Image
Menulis entry sambil Nazif lena kat atas riba. Rasa sayang pulak nak letakkan si comel ni ke atas katil. Apa taknya, kerja menidurkan Nazif ni, kalau malam memang kebanyakannya dibuat oleh Papanya. Sejak berhenti menyusu, kemain lewat Nazif ni tidur setiap malam. Mama dan Naim dah lena baru dia nak tidur. Hairan betul, budak kecil tidur pukul 1 pagi. Anak-anak kawan saya kebanyakan jenis tidur pada pukul 9 malam.
Di usia 2 tahun setengah ni Nazif dah mula suka membahasakan dirinya Ajif. Kalau apa-apa dia nak, selalunya dia sebut Ajif, " Mama, Ajif nak makan?", " Ini beg Ajif".
Terpengaruh dengan abangnya pun dah makin ketara. Kalau dulu, biasa dengar ayat, " Mama, jomla jaga Naim ni" bila Naim nak perhatian. Sekarang dia lak buat ayat tu sambil tukar Naim kepada Ajif. Kalau bab meminta atau memanggil dialah johan. Abangnya pun selalu francaiskan kepada Nazif kalau dia nak sesuatu. Maka, Nazifla yang akan datang meminta bagi pihak abangnya. Bab memangg…