Posts

Showing posts with the label Naim

Ustaz

Image
Gambar Naim masa di usia setahun lebih.. nak iras Nazif sekarang kan? Ahmad Naim di usia 3 tahun 6 bulan lebih dah pandai mengarah mamanya pakai tudung! Masa kami bersiap nak keluar makan, biasalah orang yang terakhir bersiap pastinya mama yang kena siapkan anak-anak terlebih dulu. Naim masa tu, tengok je saya. Saya pun senyumlah. Dah ambil beg tangan, saya dukung pula Nazif yang memang duk bergayut kat kaki masa saya sikat rambut sebelum tu. Tiba - tiba Naim tunjukkan jarinya ke arah kepala saya dan sebut , " Mama, pakai." Saya faham yang dimaksudkan oleh Naim tu. Tudung yang saya nak pakai ada di tingkat bawah sebenarnya. Namun, saja nak mengusik dia, saya balas semula kata-kata Naim tu, " Tak nak lah mama". Reaksi Naim seterusnya, dia tengok kiri kanan, terus dia capai tudung saya yang secara kebetulannya ada dekat atas tilam. Agaknya nak pujuk mamanya lagi, " Mama, pakai ni!" , kata Naim sambil menghulurkan tudung tersebut kepa...

Kongsi minat yang sama

Image
Naim, Nazif dan Papa... semuanya suka makan telur separuh masak. Naim dah lama ikut kegemaran papa ni, Nazif pula sejak umur setahun ni, papanya mula bagi rasa dan nampaknya dia pun suka.. Tengok ajalah gaya makannya tu, makan budak besar kata papanya.. Mamanya? Tengok sahajalah...tak suka makan telur separuh masak ni...hairan pun ada, macam mana budak kecil macam Nazif pun suka makan telur separuh masak ni?

Ayam Kicap

Image
Kes mama terbeli kicap manis ABC, seminggu ni tiap-tiap hari Naim minta saya buatkan ayam kicap. Minta berkali-kali selagi dia tak dapat makan. Rajin pula tolong kat dapur, dia ambil sendiri kerusi, panjat dan tunggu tepi mamanya masak. Nampak bahaya, saya marah dia supaya beredar dari dapur, makan meraunglah Naim. Kemain gembira Naim bila saya bagi dia peluang tuangkan kicap kepada ayam yang dah masak tu. Siap dia nyanyikan lagu dalam iklan tv lagi. sumber: google Hai budak-budak. Kagum saya, macam mana dia hafal lagu iklan kicap manis tu. Mamanya baru kali pertama beli kicap ni. Masakkan ayam kicap untuk dia setiap hari dah seminggu ni dah habis kicapnya. Kalau tahu Naim suka sangat, tentu saya dah beli yang botol besar. Ni tak, botol kecil ni, wajarlah cepat habis. Lagi satu, sejak Naim suka sangat makan ayam kicap ni, makan nasi pun ada bertambah sikit. Alhamdulillah, lega saya tengok dia seminggu ni. Sebelum ni, kalau makan nasi memang ciput. Diberi benda la...

Dah namanya budak

Image
Masa kita suruh, dia tak nak buat, bila kita tak suruh pulak, beriya-iya dia nak. Sekarang ni kalau kami keluar, mesti Naim yang akan ingatkan , "Papa, amik kerusi adik"... Jadi, bila keluar, Naim yang duduk kat situ. Dah jadi terbalik pula. Masa dia kecil dulu, memang tak nak duduk, ni jadi tempat letak barang beli belah kami je. Dah ada adik ni, dia pula yang tak izinkan adik duduk, sebaliknya dia pulak yang nak duduk. Siap panjat sendiri lagi tu.... dari segi keselamatan rasanya hal ni baik juga.. Taklah kami risau lagi, sebab Naim dah tak berlari-lari lagi bila sampai ke tempat orang ramai. Kalau dulu, masa dia dua tahun, sampai ke shopping mall, mulalah dia tunjuk keterujaan dia  berlari-lari riang bila jejak je kaki.. Kini, dia nak ditolak, kami dah lega tak payah kejar dia.. Bab ni pun satu lagi. BEDAK..Pantang jumpa, habisla bersalji rumah... Macam semalam, mamanya update blog sekejab je. Sambil tu saya biarkan Nazif main kat tepi saya.. Tetiba dia ...

Kicapmu kicap ku jua

Image
Kalau bab makan kicap, Naim ni memang anak mama. Samalah kita kan, Naim? Naim pun suka makan kicap kipas udang manis yang warna merah tu. Sedap, kan? E, sangat sedap.... Mula-mula kahwin dulu, saya selalu berbalah pasal kicap ni. Suami suka kicap tamin. Dia boleh gelakkan saya sebab tambah kicap kipas udang manis ke dalam nasi. Kurang asam tul, dia cakap macam budak-budak sebab saya suka kicap manis.. Amboi. sedap je ye. Saya pun apa lagi, saya cakaplah balik, "kicap cap tamin tu kicap orang lama lah. Kat kampong ayang, kami makan kicap tu dulu-dulu je, sekarang dah tak,".. Haha, lucu bila dikenangkan.. Mujur Naim ikut saya. Jadi, nak tak nak kalau dalam senarai beli belah tu papanya akan tak tinggal beli kicap manis cap kipas udang sebab dia tahu anaknya suka. Kalau dulu, dia belikan kicap yang dia suka je... Naim ni kalau nak makan, mudah je. Ada kalanya, saya lembutkan yee mee dengan lobak merah, lepas tu yee mee tu gaulkan je dengan kicap manis. Habis semangkuk dia ...

bikin suspens

Kisah ni baru malam ni berlaku. Amaran, kalau korang takut jangan baca.... segera tutup entry ni tau... > > < < > > < > <   Naim malam ni makin dengan gembiranya. Walaupun main sorang, semasa main dia ni akan lari-lari datang ke tempat mama atau papanya duduk untuk tegur kitaorang.. Selalunya, dia tegur, "assalamualaikum mama" Dalam sejam dia main tu rasanya lebih 20 kali salam yang Naim bagi mamanya ni.. Naim main ni, korang bayangkan dia angkut dalam 5-7 buah kereta mainan dia dan dia main sambil nyanyikan apa-apa lagu yang dia suka. Ada masa dia duduk, ada masa dia berlari dengan kereta-kereta mainan dia tu.   Tetiba tadi semasa dia main tu TETIBA Naim sebut "tak nak lah kakak!"   Kebetulan saya dengar apa yang Naim sebut tu. Segera pula saya tegur dia, "Mana ada kakak, apalah Naim ni"   Naim yang ada di ruang tamu dengan saya terus tunjukkan dengan jari telunjuk dia arah ...

Naim tak nak naik car mama!!

Image
Kemahiran Naim ni makin lama makin berkembang nampaknya. Yang semakin menjadi-jadi sekarang ni ialah Naim tak nak naik kereta mama. Entah apa kurangnya kereta mama ni. Bila nak keluar dengan kereta mama je mengamuk-ngamuk dia ni. Petang tadi siap nyanyi soprano sekali lagi semata-mata protes tak nak naik kereta mama...Nak juga naik kereta papanya. Apa, Naim ingat kereta mama ni  tak hantar ke tempat mamat  bangla kat belakang tu untuk cuci apa? Ingat kalau naik kereta mama nanti orang kedai runcit tu takkan bagi Naim beli ais krim solero ke? Atau pun kereta mama ni tak sampai kalau Naim nak ke taman? Nilah kereta mama yang dah 5 tahun lebih berjasa nak ooi.. Masa kita kat JB dulu , kereta ni lah yang Naim naik tiap-tiap hari tau. Mama hantar Naim pergi ke rumah pengasuh dan ke klinik naik kereta ni tau.... Ai, jimat la minyak kereta mama ni nampaknya....   Nanti mama beli kereta macam dalam gambar tu, tak nak bagi Naim naik tau.  Mama pulak protes, h...

bestnya ada kakak

Image
Semasa di sekolah menengah, saya selalu cemburu dengan rakan-rakan yang ada abang. Rasa macam seronoknya kalau ada abang. Maklumlah, di zaman remaja jiwa memberontak bila empat kakak saya macam nak perintah saya macam macam disebabkan saya yang paling kecil. Itu dulu, perasaan masa remaja dulu. Dah jadi remaja purba yang ada anak dua ni saya rasa ada kakak lagi bagus. Apa taknya, kalau pergi ke rumah kakak, Kak Ja dan Kak Bi saya ni buat macam macam. Macam semalam, sampai je saya ke rumah Kak ja, Nazif macam jadi anak orang lain. Bergilir- gilir Kak Ja, Kak Bi, suami kak ja, anak-anaknya jaga Nazif. Dah petang, adik saya pula yang mandikan Nazif dan Naim. Siap pakaikan baju diorang sekali. Dengan kakak juga dapat berkongsi macam macam hal keluarga. Diorang dah ada banyak pengalaman, banyak tunjuk ajar yang diberikan kepada saya. Naim pun seronok kalau dibawa ke rumah mak ciknya, sebab dia dapat ramai kakak yang suka layan dia. Anak Kak Ja saya memang suka main dengan Naim. Mas...

Bila anak banyak cakap

Mulut Naim bukan main riuh sekarang ni. Dulu pun riuh juga, tapi sekarang ni makin banyak pula perbendaharaan katanya. Kadang-kadang dah cakap macam orang tua. Pengaruh Upin Ipin pun ada juga yang tak baiknya. Nak tahu kenapa? Naim ikut cakap "aku" untuk membahasakan dirinya. Tapi mujur juga bila ditegur dia akan cepat tukar, tapi tak lama esoknya dia buat lagi. Memang kena banyak sabar. Sekarang ni dah pandai Naim ni mengajuk orang lori yang lalu kat depan rumah untuk beli barang terpakai. Ada ke patut bila je dia dengar lori tu pasangkan , " barang lama tukar baru", dia akan cakap, "Mama lama, tukar baru"... geram tul. Tahu pula dia gelakkan saya bila saya marah dia cakap macam tu.. Ni belum lagi Naim jumpa ramai kawan, kalau dah masuk sekolah macam mana ye? saya mulalah bayangkan yang akan datang walaupun lama lagi. Cabaran jadi mama ni macam-macam ye...

Monolog petang Selasa

Image
Semalam saya ber'sms' dengan Zilla, rakan di sebelah meja saya di sekolah. Saja bertanya khabar dan ucapkan selamat bersalin anak ketiganya. Zilla tentulah berdebar kerana untuk kali ni memang pergi menyerah diri untuk dibedah kerana kedua-dua kandungannya yang terdahulu pun terpaksa dibedah. Adoi, kalau saya pun ada rancangan nak tambah anak lagi nanti, pun tentu akan rasa macam Zilla kot sebab kes kami sama je.. Tapi itu lain kali lah fikir sebab tak tahu lagi jadi ke tidak. . Naim 5 bulan- masih lagi di Johor Bahru Petang-petang macam ni saya layan Nazif jelah.. Hero kecil saya ni masih lagi batuk sikit-sikit, dan alhamdulilah demam dah baik. Selsema pun dah ok cuma nafas dia kadang-kadang bunyi kuat.  Dia tak nak tidur pulak petang ni. Mamanya masih boleh buat kerja lain dengan syarat duduk di tepi dia.. Jadi, bolehlah edit blog dan BW blog kawan-kawan. Tadi, belek-belek gambar-gambar lama. Terasa sekejap sangat masa berlalu. Dulu Naim kecil, sekarang dah besar, bany...

Bila tak best

Image
Saya ni kadang-kadang kalau sakit, memang terasa nak makan macam-macam. Saja nak bermanja, sebabnya jarang jatuh sakit, alhamdulillah.. Kalau nak demam setahun sekali pun payah. Setakat selsema dan sakit tekak macam ni biasanya saya bertahan je setakat boleh bertahan. Selalunya makan stepsil atau banyakkan  air limau suam boleh legakan sakit tekak saya. Kalau tak jalan juga baru lah akhirnya pergi klinik untuk ambil ubat. Bukan sebab saya takut makan ubat. No, no, sebaliknya saya tak ada masalah makan ubat. Saja taknak bergantung kepada ubat sangat. Kononnya nak buat badan lebih tahan serangan penyakit. Mujur juga anak saya, Naim setakat ni memang mudah sangat, malah suka makan ubat. Ikut mama dialah tu, senang jaga.. Bila tekak terasa pahit perit ni mula lah terasa nak makan macam-macam. Selalunya saya suka benda manis dan masam. Mulalah terasa nak makan kek, puding sagu atau tutti fruiti..Nak minta kek, baru je makan kek semalam. Minta epal hijau atau buat yee mee t...

Kerana kedekutmu

Naim ni tak reti nak aplikasikan falsafah sharing is caring nampaknya. Ada ke patut seluar jeans lama dia yang kami pakaikan masa kecil dia tak nak bagi Nazif pakai. Bukannya dia muat pakai lagi seluar yang saiz 6 bulan tu..Pada hal ni bukan kali pertama, masa keluar Ahad lepas Nazif dah pernah pakai seluar lama Naim pun. Hari tu dia tak perasan agaknya, sebab tu boleh terlepas, elok je Nazif pakai jeans lama dia masa tu. Beriya Naim nak pakai seluar lamanya tu... takut adik pakailah agaknya. Walaupun dapat masuk tapi tak dapat nak pasang butang kerana dah tak muat dengan ukuran pinggang dia.. Gelak je kami tengok Naim pakai seluar tu, nak sangat.. Akhirnya dia buka seluar tu sendiri. Tak lama pun pakainya.. Tahu pun ketat...lepas tu elok-elok pulak dia cakap, " bagi adik".  Agaknya memang kena bagi diorang di tahap umur macam ni merasa sendiri sebelum kita larang, baru dia belajar dan faham..huhu, anakku sorang ni memang macam-macam... .Banyak lagi kena belajar  nanti ...

Tepuk amai-amai

Tepuk amai-amai , belalang kupu-kupu, tepuk biar pandai, mama upah susu .   susu lemak manis, santan kelapa muda, Adik jangan nangis, Mama nak buat kerja..   Dah beberapa kali saya main-main dengan Nazif sambil menyanyikan lagu Tepuk Amai-amai..Sekarang Naim lak yang semakin syok, bila dengar adiknya menangis dia akan minta saya menyanyikan lagu tersebut. Bahagian yang paling suka dinyanyikan oleh Naim ialah SSSUUSSSU (susu) dan kerja... Lagu ni saya jarang nyanyikan masa Naim kecil dulu. Tahu kenapa? Sebab bibik yang pernah menjaga Naim waktu tu selalu mendodoikan Naim untuk tidur dengan lagu ni. Bila dengan akak tu nyanyikan lagu ni dalam versi indonesia(korang bayangkan sendiri), saya tak jadi nak nyanyikan lagu ni lagi,,,hehe.. Alhamdulillah syukur, saya perhatikan Naim dah kurang sikit memberontak dalam minggu ni.. Namun saya masih lagi terus berdoa ketika solat, tiupkan ayat-ayat tertentu ke kepalanya serta kerap usap-usap kepalanya. Saya jug...

Anak papa

Alkisahnya, semasa tengah bersembang dengan suami..Saya pun mula buka mulut ,  " Papa kamu ni,..........." Naim dengar tu, sambil dia tengok upin ipin dia pun menyampuk , " Papa kita lah " Terkejut juga bila dengar cakap dia tu. Bangga pun ada, pandai Naim cakap macam tu sedangkan kami tak pernah pun ajar dia tentang penggunaan kata ganti nama.. Sambil tersenyum memandang suami, saya pun tanya Naim, " Mama lak?" tau Naim jawab apa untuk  soalan tu? Mama Najim... (memang dia panggil adiknya Nazif macam tu) huhu, memang dia nak jadi anak papa....

Mood risau: perlu sedih ke gembira

Image
Sejak balik dari kampung seminggu ni, Naim macam nak tunjuk yang dia 'anak papa'. Apa taknya, asyik nak bermanja dengan papa je. Apa-apa mesti dia minta dengan papanya, kecuali bila papa sibuk atau tak layan baru dia minta dengan saya. Muka ala-ala manja.. Tambah pula sejak semalam Naim diserang selsema. Makinlah bertambah manja dia. Bayangkan tengah hari ni dia merengek berkali-kali. Sikit-sikit pun nak menangis. Apa yang nak dibuatnya semua kena papa ada di sebelah. Kalau tak, menangis dia. Lepas makan ubat tengah hari tadi, baru nak tidur. Tapi, Naim tidur pun di atas riba papanya..Ai, terpaksalah layan, kata papa N. Anak tengah tak sihat badan. Terfikir juga saya, situasi ni biasa ke? Risau kot nanti Naim lebih rapat dengan papanya tapi tak rapat dengan saya lak? Mulalah rasa bersalah tak dapat beri sepenuh perhatian kepada Naim yang tak berapa besar sangat lagi ni.. Ke saya patut gembira sebab dengan keadaan macam ni saya ada lebih masa nak bagi tumpuan kepada Nazi...

Cara mengatasi anak suka tabur makanan

Penat tau nak asyik kena kemas, lap, sapu dan mop lantai atau meja kan? Kalau korang ada anak yang suka sepahkan makanan, makan pun tabur-tabur, memang tak dapat nak elakkan kerja-kerja pembersihan ni. Ragam Naim bila makan macam inilah. Kadang-kadang satu ruang tamu kena lap selepas dia makan. Tak bagi dia bagi, tak boleh  sebab dia dah pandai minta bila nak makan. Bila bagi, dia makan bukan makan elok-elok, yang masuk mulut jauh sikit daripada yang ditumpahkan. Ada hari-hari tertentu je dia benarkan orang dewasa suapkan makanan tu. Kebanyakan masa dia nak suap sendiri. Akibatnya, apa lagi, bertaburanlah makanan tu. Kak Ngah pernah cerita yang anak kawan dia suka bergaduh semasa makan, jadi kawan dia tu selesaikan masalah tu dengan buang makanan tu, biar semua pun tak dapat makan. Jadi, lepas tu anak-anak dia tak lagi bergaduh semasa waktu makan. Saya terfikir nak guna kaedah ni nak latih Naim makan dengan lebih sopan. Tapi, rasanya tak sesuai sebab dia kecil lagi. Kalau buat ...

Yang penting mesti sejuk

Image
tiga warna dan tiga rasa berbeza Siapa pernah makan benda ni? Best kan? Inilah stok ais krim Malaysia@buatan   sendiri di dalam peti sejuk rumah saya sekarang. Buat ni untuk anak bujang kesayangan, siapa lagi kalau bukan Naim. Maklumlah semasa tinggal di kampung sebulan tempoh hari, hampir setiap hari Naim makan ais krim. Malah kadang-kadang sampai 3-4 batang dalam sehari. Balik rumah sendiri pun dia asyik minta ais krim dan satu memang dia tak cukup.kat kampung tak pelah, kosnya Tok Ayah yang tanggung. Sini mama yang berjimat ni risau habiskan duit semata-mata untuk ais krim je. Membazir betul kan? Jadi sebagai penyelesaian, buatkan ais krim ni untuk pujuk Naim. Sebenarnya Naim ni tak kisah ais krim yang dimakannya tu ais krim yang mahal atau ais krim yang murah. Selagi sejuk bendanya, dia tak kisah. Pernah masa di kampung, suatu hari stok ais krim tak ada dalam peti sejuk. Naim apa lagi, berkali-kali tunjuk jari ke arah peti sejuk. Sambil menarik tangan ora...

Naim @kampung

Image
Dah lama saya tak menulis tentang Naim.. Naim nampaknya semakin matang sejak ada adik. Sepanjang 37hari balik kampung, Naim mudah diuruskan. Dia mudah mesra dengan orang lain. Makan pun tak ada masalah, tak macam ketika di rumah sendiri, asyik nak susu je, benda lain payah nak dimakan. Bila berkomunikasi dengan orang lain, dia ok juga, malah suka lak melawak dengan saudara-mara di kampung..paling kagum bila kakak-kakak saya bawa Naim keluar sedangkan saya tak ikut, dia selamba jer, malah tak ada buat masalah pun. Cakap pasal makan, Naim di kampung macam berpesta makan. Ada saja makanan yang disediakan oleh Tok, dia akan makan. Bila Mak Long, Mak Ngah atau abang-abang sepupu datang, lagilah bertambah dia makan. Paling best ialah makanan kegemarannya sentiasa ada, iaitu aiskrim. Tok Ayah atau Tok Ya seperti yang dipanggil oleh Naim selalu membelikan aiskrim untuk Naim. Minggu lepas je, memandangkan minggu terakhir Naim di kampung, Tok Ya membelikan sampai 30 batang aiskrim untuk Naim...

Kesian Naim

Pagi-pagi lagi Naim dah benjol sikit di dahi dia.. Ni sebab masa kami bersahur tadi, tiba-tiba terdengar bunyi kuat dari tingkat atas. Dah agak ni ada kena mengena dengan Naim. Cepat-cepat saya terhegeh-hegeh panjat tangga ke tingkat atas. Apa lah ayat tu.. Faham-faham la pergerakan orang yang lagi tiga hari nak sampai tarikh bersalin ni. Agaknya sebab tengah nyenyak tidur, kedengaran Naim mula menangis bila saya dah nak masuk bilik. Matanya masih tutup, tapi mulut dia merengek sakit. Alahai, sian anak mama sorang ni.. Sorry ye sayang, hari ni lupa nak letak bantal kat tepi Naim. Naim ni kadang-kadang memang lasak tidurnya. Tapi sejak dah besar ni tak pernah dia jatuh katil. Masa mula belajar merangkak dan berjalan dulu pernahlah dua tiga kali dia jatuh katil. Tu sebab tengah nak meneroka kira biasalah, ramai bayi lain yang gitu. Entah kenapa tadi. Nak kata aircond sejuk sangat yang menyebabkan dia bergerak nak cari orang, nak himpit, taklah juga. Macam biasa je. Kebetulan d...

Sediakan makanan kegemaran anak

Nak jaga anak bukan mudah kan? Baru sorang Naim ni pun macam-macam karenahnya. Kalau di rumah, Naim ni bukan main susah nak makan nasi. Asyik-asyik nak susu je. Mulanya risau juga takut Naim tak cukup zat. Kalau disuap dengan pujukan yang pelbagai pun dia cuma akan makan sedikit je. Yang pasti akan habis ialah ayam goreng dan sayur je. Tapi mujur juga di taska Naim akan makan banyak nasi. Itu yang diberitahu oleh cikgunya. Tak pe lah kot, asalkan ada juga dia makan nasi. Jadi, nak tak nak sekarang saya kenalah sediakan makanan lain sebagai alternatif untuk diberikan kepada Naim. Saya perhatikan Naim akan makan banyak sekiranya saya masak spagetti atau mee kuning. Tu yang selalu sangat saya masak kedua-dua makanan tu. Kadang-kadang buat sup dan paling banyak gorenglah. Mudah nak sediakan, tambahan pula Naim memang suka makan mee goreng. Tapi resepinya tentulah resepi yang sesuai untuk kanak-kanak. Paling penting kena ada masukkan lobak merah, sebab itulah sayur yang paling Naim suka m...