Posts

Showing posts from September, 2011

Macam-macam di Luar Negara

Semasa menelaah berita luar negara tadi, aku tertarik dengan petikan berita berkenaan dengan hak wanita...Jom kita sama-sama tengok.. Raja Saudi batal hukuman sebat wanita memandu JEDDAH 29 Sept. - Raja Arab Saudi, Raja Abdullah membatalkan hukuman 10 sebatan yang dikenakan ke atas seorang wanita kerana melanggar larangan memandu di negara ini, semalam. Menerusi laman sosial Twitter, Puteri Amira al-Raweel yang merupakan isteri kepada Putera Alwaleed bin Talal menyatakan Raja Abdullah telah membatalkan hukuman tersebut. "Syukur kerana hukuman sebatan terhadap Sheima (tertuduh) telah dibatalkan. Terima kasih kepada Raja Abdullah. "Kami (kaum wanita) saling menyokong antara satu sama lain dan pembatalan hukuman tersebut menggembirakan semua wanita di negara ini," katanya. Isnin lalu, Sheima Jastanian dijatuhkan hukuman sebat oleh mahkamah Jeddah selepas ditahan sedang memandu pada Julai lalu. Dasyatkan?....Mujurla peraturan lama tu dah diubah.. kaum hawa di sana dah

Info kesihatan...meh cuba praktiskan..

semenjak perut sendiri asyik sakit ni, aku rajin la mencari maklumat tentang kesihatan...ni bukan ape. cuma nak beringat supaya tak jadi, sesal kemudian tidak berguna....haha, akan pepetah tu dalam maknanya....semasa melayari internet mencari maklumat tentang kesihatan, ternampaklah satu petikan ayat macam kat bawah tu... Seperti mana Sabda Rasulullah s. a. w, maksudnya: "Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok dari segala pengubatan." (Riwayat ad-Dailami) Ni semua petua aku amik dari sumber mak aku, kak long aku, pembacaan dan juga ceramah-ceramah yang pernah aku dengar...Meh kita sama-sama cekidout ye... 1. Mengamalkan minum segelas air kosong sebaik sahaja bangun dari tidur.    - yang ni aku dengar daripada beberapa ceramah..Antara kebaikannya ialah mengelakkan penyakit terutamanya bagi mencegah kanser 2. mengamalkan mandi pagi, seeloknya waktu subuh - yang ni memang dari kecik mak aku suruh, katanya Nabi Muhammad S.A.W menyarankan

Walrus...The Boxing Punching Bag

Image
wah..tetiba tajuk arini dlm BI...huhu..ni nak citer pasal gelagat Naim dengan alat mainan terbarunya. Jeng-jeng jeng, ni dia memperkenalkan Mr Walrus..the boxing punching air bag...ala-ala belon la benda ni, tapi dekat bawahnya macam ada pemberat yang membolehkan melantun kembali bila tumbuk...Comelkan benda ni? Patutla Naim tertarik.. Tadi, sebenarnya kami pergi ke Giant. Tengah-tengah memilih barang-barang dapur tu, tetiba Naim menonong pergi ke satu tempat...dia nak jumpa Mr Walrus rupanya..ada banyak punching bag macam ni yang display kat situ..zirafah ada, monyet ada, tazmania ada, gajah ada, tapi dia berkenan kat Mr Walrus je..berkali-kali diajak pergi dari situ pun tak nak..duk main je dengan Mr walrus ni..ajar dia tumbuk benda ni, gelak besar dia bila Mr Walrus langgar dia, sampaikan orang yang lalu lalang pun senyum tengok gelagat dia tadi.. masa duk main tu, bukan 1 yang Naim angkut, tapi dua sekali yang dia angkut...bawa ke sana ke sini sambil buat muka seronok dan air

Ya Allah, lindungilah kami hambamu ini

Beberapa ari berlalu aku masih lagi terasa sakit perut.. entah macam mana, walaupun dah sapu dengan minyak panas, masih tak berkesan... ubat lain tak la pulak cuba sebab tak berkesempatan nak pergi jumpa doktor. tahan aje lah sewaktu terasa sakit tu. lagipun sakit ni, taklah selalu, mungkin beberapa jam sekali. Kalau semalam, paling terasa sakitnya ni bila aku tengah mengajar di kelas bm waktu sebelum waktu rehat. oooo, waktu tu terasa nak duduk mencangkung je depan budak-budak tu, tapi mujurla dapat tahan, lalu aku pergi duduk di kerusi guru...LAntaklah ada kawan guru lain yang melalui kelas tu waktu tu boleh tengok aku duduk sambil mengajar...bukan diorang tahu ape masalah aku...kira cukup baik aku datang sekolah walaupun sakit, jadi tak de la menyusahkan orang lain nak ganti kelas aku...huhu, masuk topik lain lak sekejab, sorry ye terpaksa dengar luahan hati.. tak payah nak sambung lagi pasal persepsi orang lain...biarlah yang tu. nak aku nak highlight ni tentang sakit perut aku..

hati tak gembira...

Entry ni ditulis pada pukul 3.45pagi.. ni dapat ilham setelah 2jam lebih tak boleh tidur.. ni sebenarnya sudah malam yang kedua aku dilanda sakit perut yang menyebabkan aku terjaga dari tidur...rasa tak selesa pada bahagian perut. wah...kenapa ni? apa yang melanda aku ni? rasa sakit ni mmg buat tak tahan...bukan sakit yang nak ke tandas, tapi sakit betul dan tak reti nak jelaskan macam mana sakit tu... malah pergi ke sekolah tadi pun aku sebenarnya masih menahan sakit perut tu..bertahan, sampai ke minit terakhir, macam biasa..namun ati inilah, terasa tak gembira bekerja bila xcukup tdo malam, masa kerja pun menahan sakit perut......tolong.......

Ada makanan nama PEPAHAT?

Image
Ni gambar daripada makanan stimbot kami semalam...nampak tak benda yang nampak panjang macam buluh tu? bendanya macam isi kepah yang bersalut dengan cangkerang berbentuk silinder memanjang tapi silinder tu tak lah bertangkup sepenuhnya, sebab boleh terbuka cangkerang tu bila pepahat ni masak dalam air panas...hehe, entah betui tidak penerangan aku ni..sebagai orang yang tak pernah jumpa benda ni sebelum ni, tu lah sangkaan aku... tu la, masa mula-mula tengok aku pikir dalam hati, sedap ke rasa benda ni.  nak rasalah. Maklumlah seumur hidup ni kali pertama lihat dan makan benda ni...namanya pun tak tahu.. tanya Papa Naim dan Uncle Joy pun tak tahu jugak...belasah makan aje tahu. bila balik rumah, aku pun buat research sendiri..guna sumber google imej, terjumpa lah gambar benda ni, ooooooo...rupanya nama dia pepahat...baru aku tahu...korang tahu? pernah makan tak? masak ape sedap ? tengok dalam google imej tu masak pedas nampak mengancam sungguh..mungkin lain kali boleh try...

papa mengidam stimbot, ada ape-ape ker ni?

Image
Ada orang cakap, tak semestinya isteri yang akan mengidam dan alami  alahan kalau si isterinya sedang mengandung..ada kes yang si suaminya pula yang alami alahan dan mengidam semasa isterinya sedang mengandung... penah dengar tak statement tu? sejauh manakah kebenarannya? bertuah tul isteri yang di situasi tu kn? suami tolong tanggung sebahagian pengalaman mengandung.. hehe, jangan suspens lak, tajuk entry ni dan ayat-ayat kat atas tu tak berkait dengan aku sebenarnya.. papa mengidam nak makan stimbot tapi mama bukan mengandung pun....memang, setakat ni belum lah mengandung lagi...Papa lah ni.. tadi bagitau yang dia nak makan stimbot sebab rasanya dah lama tak makan. teringin , katanya  .tapi sebenarnya tak lah lama sangat pun sejak dari kali terakhir kami makan kat sini. Kalau dah jadi penggemar stimbot mestilah terasa lama. Saja je layan papa, dapatlah makan di Stimbot@Maeps .. selalu jugak kami makan kat sini..sini memang meriah lagi2 malam minggu...cuma mlm ni pelanggannya tak

kisah pengembala kucing kecik

Image
Pernah dengar istilah ni? hehe...ni bukan istilah yang tepat sebenarnya.. ni gelaran yang mama reka untuk si Naim ni. Kenapa? Sebabnya sejak dua menjak ni, Naim ni asyik nak main dengan kucing je....fush...sampai tak larat mama, papa dan uncle joy nak layan dia... Naim ni memang dari dulu lagi suka dan tertarik dengan makhluk bernama "cat" atau "miow" ni...Kalau jumpa je cat mesti tumpuannya akan diberikan pada kucing tu..kalau jumpa di kedai makan, mesti dia akan mengekori kucing tu sampai kadang-kadang ada kucing yang lari lintang pukang sebab takutkan dia..pernah juga ada kucing yang cuba nak cakar dia... Sejak dua menjak ni pulak, jiran sebelah kami mula pelihara dua ekor kucing putih. Tapi sebenarnya kucing ni taklah putih sangat warnanya....Akak ni pulak letakkan kucing-kucingnya di depan rumah. Abih, bila dilihatnya "cat" ni oleh si Naim ni, ape lagi..................... asyik nak kluar rumah dan nak duduk je depan sangkar kucing tu...tak kira

kagumnya mok cik

Image
kagumnya aku bila: 1. tengok budak sekecik 2 tahun setengah dah boleh mengenal huruf dan membaca....nak Naim pun sama, cepat pandai baca nanti 2. semasa memandu tengok perempuan muda pandu VW golf Gti...lagi-lagi yang berwarna putih...fuyoo, jelesnya 3. tengok orang yang ada anak kembar seiras yang cun comel sangat wajah diorang.... tak payah mengandung byk kali kn? 4. tengok rumah orang yang dihias cantik dengan dekorasi menarik... sebab rumah aku selalu selerak..huhu 5. blog orang lain dapat ramai follower dan pembaca...wooo, aku pun nak.... 6. jumpa orang yang awet muda walaupun dah berusia 40an 7. melihat orang yang main campak-campak je tapi dapat masak mcm2 makanan yang sedap....sebabnya suka makan makanan sedap tapi malas masak 8. melihat rakyat Malaysia yang dapat mengharumkan nama Malaysia kagum memanglah kagum tapi, bila boleh capai semua benda benda ni? kadang-kadang kita kena terima hakikat yang bukan semua perkara yang kita impikan boleh jadi hak kita. terlalu memaks

kerana saleh

Image
Meneruskan tugas bermakna masih lagi aku menghadapi anak- anak yang sama. Nakal, suka bermain-main dan sentiasa aktif.  Aku akan tetap jumpa saleh, dina, man, abil, bila, dav, hong dan mir. tu semua nick name bagi anak-anak murid aku yang selalu buat aku naik angin dan terpaksa menahan sabar. kadang-kadang tindakan diorang ni memang di luar jangkaan. Namun selagi terdaya tetap kena teruskan perjuangan ini. Berapa besar pun tekanan disebabkan kenakalan diorang tu, masih ada lagi faktor lain yang selalunya menggembirakan hati ini. Kadang-kadang bila melihat Naim, aku terfikir tentang masa depannya..adakah anak yang aku sayang dan jaga sekarang ni bakal menjadi anak murid yang nakal di sekolah nanti? adakah ada kemungkinan aku bakal dipanggil oleh guru untuk menerima komen tentang prestasi dan kelakuan dia di sekolah? minta dijauhkan lah benda yang tak baik ye.. semoga anakku ini akan menjadi anak soleh yang dapat menenangkan hati sesiapa sahaja yang berurusan dengannya.. semoga dia tak

hati berbelah bahagi

Image
tetiba terasa tak boleh nak tidur....nape ni? tadi ok je tidur lena dengan Naim. ooh, agaknya tadi tidur awl sangat, kul 10.30 mlm dah lena semasa menidurkan Naim. ni lah padahnya, kul 3 pg dah tak boleh nak pejam kan mata.. bila tak boleh nak tidur ni, ada sajalah perkara yang terpikir nak dibuat.  semenjak dua menjak ni, hati ni mmg terasa berbelah bahagi nak meneruskan kerjaya sekarang...memangnya dah lama menyimpan hasrat nak menukar kerjaya tapi xada keberanian nak meneruskan niat tu... tapi seminggu ni, dengan beberapa perkara yang berlaku semacam menyuruh2 hati ini meneruskan niat tu.. terasa diri ni mmg xbagus dalam kerja sekarang...terlalu kerdil kalau nak dibandingkan dengan kawan2 yang lain..ya, memang rasa tensen untuk menghadapi karenah anak2 murid yang bermasalah tu mmg la dh biasa, tiap2 ari memang macam tu, dan aku dh agak lali sebenarnya. melihat kwn sebelah, zilla dan nasriah yang beriya-iya meneliti borang permohonan untuk menyambung pelajaran lagi, hati ini adalah

citer kenduri

Image
Ni nak citer pasal majlis kenduri kahwin di Tapah. Mestilah meriah. Family kami semua pakai hampir biru. yang tak pakai baju biru masa kenduri tu Naim la...Majlis kahwin korang faham2 lah ye, memang sibuk dan penat. Banyak yang nak diselesaikan pada beberapa hari sebelum dan semasa. Mujur kenduri orang tapah ni buat dari 12-3ptg je...tengok gambar aje lah ye,penat dan xsempt tangkap banyak gambar pun..                                            bergambar dengan Kak Ina                                                        blue team                   Uncle Joy sempat curi masa tuk makan sebelum sambung kerja sedap....nyum nyum, licin pinggan..                         ni keje Mama, buat dadih...banyak tuuu...jgn tak caya.. dalam kesibukan Mama dan Papa, Naim pandai je main sendiri dan berkawan dengan sepupunya.. tau je Mama nak amik gambar dia, dia tunjuk selipar lak...

Sambutan merdeka

Image
Alhamdulillah arini cuaca agak baik. Maka dapatkan sekolah kami adakan sambutan hari kemerdekaan peringkat sekolah..Acaranya bermula kul 5.45 ptg sehingga waktu balik. Budak-budak ape lagi, seronok aje lah bila tak belajar. Cikgu-cikgu pun tumpang seronok le sebab sekali sekala tak payah melayan budak-budak nakal.. Kalau diberi peluang dlm acara mcm ni diaorang ni berbakat tul. Tengoklah gaya bacaan sajak yang penuh semangat oleh diaorang ni. memang mendapat tepukan gemuruh oleh rakan-rakan lain. sesi nyanyian lagu patriotik pun meriah..(memang suka buat bising dlm kelas pun, jadi time ni takkan tak nak tunjuk bakat, hehe) Yang paling best mestilah sesi kemuncaknya, iaitu sesi laungan kemerdekaan..yang ni kerja aku, mencari murid-murid yang berminat dan sanggup untuk buat laungan ni..Ketua yang bersuara lantang, Iqbal memang patut dapat pujian, suaranya lantang betul. Yang lain2 pun memang bagus sangat tadi walaupun cuma sempat berlatih satu kali je sebelum acara ni. rasa serono

sesi mengemas utk balik ke tapah

Image
Cuti 3 hari hujung minggu ni korang buat ape? ada jemputan open house lagi ke? Esok kami nak kena balik ke kampung papa. ada kenduri kahwin adik papa. Ada kawan2 yang mengajak datang ke rumah terbuka, terpaksalah tak pergi. Jadi, malam ni sesi berkemaslah jawapnya.. kena kemas barangan sendiri dan barangan yang dipesan orang lain.                                         ni barangan opah pesan supaya bawa balik.                 ni barangan Kak Ina mitak tolong bawa balik. yang buku kat atas sekali tu, buku resepi Atuk Naim yang                                                     dh berbulan2 pinjam, lupa nak pulangkan balik.. Yang ni lak hadiah kami utk Uncle Ahmad Nawab dan isteri..hehe..penat balut sendiri tau, biarlah tak berapa kemas pun. Nama dia bukan macam tu sebenarnya, tapi sebab masa Naim kecil uncle ni pernah buat lawak pasal nama Naim jadi, sejak aritu kami gelar dia Uncle Ahmad Nawab..baru je siap balut hadiah ni sekejab tadi..naim yang dah semakin sihat dari demam mmg

Boboi demam...

Image
Alahai, ma lam ni terasa sunyi lak. Tak macam biasa yang terdengar je ayat2 manja dan mengada2 Naim. Naim tengah demam ni...walaupun dah makan ubat, malam ni badan Naim masih lagi panas.sejak semalam dia dah tunjuk tanda2 nak demam, badan panas dan tidur pun merengek2 je semalam.  Mmg terasa lain bila Naim tak aktif macam biasa. dia melentok je di tepi mama. Mulut Naim diam je, tengok je ke arah mama sambil senyum kalau dia ditegur..Diberi apple dia gigit apple tu sikit2, sambil tengok mama sedang taip ayat2 untuk entry ni..kalau ari biasa, xda nya dia nk tengok saja, mesti dia nak kacau je mama dia mengarang ayat2 di blog. akan ditekan macam2, sampai mama terpaksa mengalah utk tak menaip lagi dan kena main dengan Naim lak.                                         naim gigit apple dengan muka tak bermaya ni baru anak satu..umur dia pun baru je nak masuk 18bulan. terasa sayang dan tak lengkap hidup kalau dia tak ada..Bayangkan mak kita yang telah menjaga kita sejak lahir sampai dh b

belajar dari kesilapan hari ini

Entah ape xkena petang ni...masa nak balik td, terketar2 drive sebab rasa macam lapar sesangat. Mula2 pikir nak beli je makanan kat kedai, cepat boleh makan. Tapi bila menghampiri kawasan rumah, teringin pulak nak makan ikan masak taucu, jadi cancelkan lah hajat nak beli makanan di kedai makan.. jadi, balik je cepat2 masak taucu ikan cencaru. tengok dalam peti sejuk ada kailan, jadi masak lah pulak kailan ikan masin.. bila siap masak Papa Naim dan Naim pun balik. Tanyalah pada Papa, ada nak tambah lauk x? Papa Naim cakap buat telur dadar pun ok dah.. so, dengan senang ati, aku pecahkan telur dan gorenglah telur dadar lak.. Bila makan tau ape jadi? kailan ikan masin terasa sedikit pahit dan warna kuahnya tak menarik. lupa letak sos tiram rupanya..telur dadar lak tak letak garam..sabar aje lah.. kuah taucu ikan cencaru pulak warnanya kuning, ini sahla masa garamkan ikan tu, aku terlebih letak serbuk kunyit.. tapi, memandangkan dah lapar, pejamkan je lah mata, makan ape yang ada... na

mama memasak naim merosak..

Image
Tengah hari ni menu kami: nasi minyak, aym merah, daging kuzi dan sayur bayam goreng. yelah, ari minggu sekali sekala kenalah masak...asyik keluar je, makan pun kat luar lah..jadi arini, start kul 11.30 lagi dah masuk dapur, tung tang masak...hehe penat tu memasak sorang2...basuh peralatan dan kemas pun sorang2 jugak. mujur kuantiti masakan xla banyak mana, kira ok la mengemas, xlah sampai terasa penat sangat. Tengah syok masak tadi tau ape jadi? tetiba je Papa Naim jerit mintak tgk ape Naim sedang buat....adui, naya, macam mana nak tengok tv lg, remote tv betul2 dah terburai...si boboi ni, diam2 tu kerja dia rupanya...abih, dua2 kena bebel, Naim dan papanya..naim bukan faham pun. yang geram ni dekat Papa Naim lah, dia sepatutnya tengok ape Naim buat...tapi tau x ape alasan dia tadi? Papa: Abg amik gambar masa Naim rosakkan remote tadi..boleh mama masuk dlm blog nati. logik ke x logik alasan. geramnyer!!!!! ada ke patut. bukan citer baik pun ni, nanti nak kena beli remote baru..walau

lega...

Image
alhamdulillah dh habis seminggu bekerja minggu lepas raya ni....perasaan malas akhirnya dapat ditewaskan....walau ape pun masalah dan perasaan nak menghadapi anak- anak murid yang bermasalah, tetap juga dapat menempuhi 1 minggu bekerja minggu ni... arini papa naim dh puasa 6 hari kelima....bestnya, lagi satu hari je lagi nak abis puasa...aku lak belum pun start satu hari...baik btul isteri, papa naim puasa sunat, tapi aku xmasak pun...arini kami sama2 pergi ke pasar malam je...beli makanan berbuka puasa di pasar malam...kira ok la, lgpun aku balik keje pun dh lewat...kul 7.15 pm sampai ke rumah, memang dh lewat kalau nak masak pun...semalam je merajinkan diri, masak sup tulang untuk papa naim berbuka sebelum pergi ke sekolah. tu pun sebab papa naim yang buat permintaan.. so berbukalah kami dengan makanan yang dibeli di pasar malam je... makan kat umah pun bukan dpt makan dengan tenang, naim asyik kacau je.. mcm2 yang dia buat masa kitaorang makan...mitak makanan pun byk.. nasi lemak

juruteknik tak bertauliah

Image
tengok? ni siapa punya kerja haaa???? 1. remote astro dh berpuluh kali kena tukar sebab dirosakkan, yang terbaru dh xda penutup, kena buang... 2. button pada tv lak terpaksa di salotape kan....sebab ada org akan asyik tekan2 butang pada tv tu...orang lain nak tonton tv pun sengsara dibuatnya... ni haaa juruteknik tak bertauliah tu.....cuba sedaya upaya nak buat sesuatu...sabor aje lah mama dia ni

kalaulah sehari ada 26jam

Image
sejak balik dari cuti raya ni, malas benar rasa nk kerja...pergi sekolah pun masih lagi menguap2 aje kerjanya....kalau ari isnin tu lojiklah lagi rasa penat...ni ari selasa pun penat lg ke?  mujur ari rabu dh makin natural, rasa biasa je berada di sekolah tadi...ai, bagi orang yang malas mmg g2 la feelingnya..huhu...aku lah tu..kalau boleh nak 26jam sehari... bukan pe, kalau lbh 2jam, rasanya aku ada byk masa nk mguruskan kerja2 di rumah, kerja di sekolah lebih terurus dan dapat berehat lebih masa....tmbahan lagi, aku akan ada lbh masa utk melayan naim....hehe, kononnya....entah2 berehat je lebih, kerja xla sebanyak mana pun nati...

hidup penuh cubaan

Image
aku sebenarnya dh nak tidur tapi mata ni tak terasa nk pejam lak...mayb sebab dlm perjalanan blk dr kampung tadi aku dh byk kali tertidur....teringat perbualan dengan kawan lama td yang mengadu masih belum dikurniakan anak....aku sempat memberikan beberapa nasihat nak memujuk kawan tu supaya tak bersedih dan berusaha lagi... kalau difikirkan, masalah seseorang xsama dgn orang lain....aku xla berbangga aku cepat dikurniakan anak selepas berkahwin..aku sedar yang aku ni cuma insan biasa....bersyukur aku diberikan jodoh, zuriat, pekerjaan, keluarga dan sahabat....cubaan dan dugaan tuhan boleh muncul dalam mana2 bentuk....mungkin jodoh, mungkin juga zuriat atau lain2....pekerjaan yang ada skarang mungkin xkekal utk 5 tahun lagi...duit yang ada mungkin bila2 masa boleh habis.....ahli keluarga dan kawan mungkin akan pergi meninggalkan kita.....jadi, di mana2 kesempatan yang masih diberikan kenalah kita bersyukur dan tidak sesekali2 riak dengan anugerah yang telah diberikan itu. 

cuti dah nak berakhir

Image
CEPAT rasanya masa cuti ni....esok satu hari je lagi dah nak start keje balik...pagi2 esk dh nak bertolak balik shah alam dh...dah balik shah alam kenalah masak sendiri dh, xda lagi makan masakan bonda.....raya tahun depan mungkin xberaya di kelantan sebab turn perak lak....i'm going to miss a lot of things, huhu...banyak lagi perkara yang xsempat nak dibuat dalam masa balik ni, sebab masanya pendek dan masa raya banyak perkara lain yang kena diutamakan....mujur sempat hadiri majlis kenduri kahwin Kak Amy...tahniah dh jd isteri orang.....semoga berkekalan hingga akhir hayat.. naim jugak yang syok main2 xmengira ape pun....mcm2 nak disentuh, semua tempat nak diteroka, semua makanan nak dirasa...bergelak ketawa, menangis dan merengek manja menjadikan rumah Tok Ayah ni xsunyi.....mesti esk akan terasa sunyi bila naim dh balik.....                                             Abg Faisal yang tolong jaga naim.... aktiviti petang naim arini, panjat motosikal... yang ni akibat mai