Posts

Showing posts from October, 2014

Rumah kita gambar kitalah!

Image
Hari tu saya berbincang dengan kawan saya tentang hiasan rumah, di dalam Whataapps. Kebetulan ada satu frame baru, jadi saya tunjukkan kepada dia. Belum sempat dia komen apa-apa, saya cakap, " Tahla, akak tak pandai nak beli benda lain, setakat ni memang hias rumah dengan gambar kami je". Tau apa respons kawan saya tu?
"Ai, kan rumah akak, memang patutla gambar anak-anak akak dan akak menghiasi rumah tu? Takkan nak gantung gambar anak orang sebelah pulak?" Diselitkan pula sekali gambar orang menjelir kat situ..
Gelak besar saya masa tu, terkena pula ya. Silap ayat kan dah kena gelak dengan orang lain. Betul juga.

Jadi, inilah frame gambar terbaru yang ada di rumah ni. Lawa tak korang?  Himpunan gambar anakanda-anakanda saya ni. Nazif ni nampaknya sama tinggi dengan frame 30 x 30 inci ni. Kenalah tunggu bila Papa N ada mood nak mengggantungkannya. Saya dah tak sabar nak tengok frame ni digantungkan ni. 
Saya tempah frame ni daripada Decodinding, kot-kot ada yang …

Hebat

Image
Rehat sekejap daripada sesi kursus untuk pagi ni. Rasanya daripada 3 slot, penceramah pagi ni memang hebat. Bukan rasa lagi, memang hebat orangnya. Beliau boleh bercakap non stop bermula dari pukul 8.30 pagi tadi. Cara penyampaiannya pula cukup berkesan dan menarik. Memang tak jemulah dalam slot hari ni.Kat mana beliau dapat tenaga macam tu agaknya? Pastinya ilmu penuh di dada. Insya Allah, pasti penuh keberkatan bagi sesi hebat macam ni.Katanya cepat habis, cepat balik.. bagus.. tak sabar nak balik dan makan mangga asam boi..akhirnya.. jangan jeles

Bukan mudah cari rezeki

Hari ni dan semalam sekali lagi saya dihantar berkursus kat luar sekolah. Cik Wan, agaknya rindu i tak? Sebelum cuti dah tak masuk sekolah, lepas naik cuti pun tak ada di sekolah juga?
Sekali-sekala ke tempat yang tak biasa, macam-macam kesnya..  paling ketara, mana nak letakkan kereta. Terhasilnya entry ni pun sebab saya menunggu nak alihkan kereta yang kena block sebab saya letakkan di kawasan yang tak sepatutnya. Haha.. kemain jauh saya berjalan kaki, rupanya orang lain meletakkan kereta di sebelah dewan kursus kami ni je.

Semalam, perjalanan ke tempat kursus ni cukup mencabar. Satu jam perjalanan disebabkan keadaan kesesakan jalan raya. Kebetulan ada kemalangan masa tu, ada objek seolah-olah mayat yang ditutup dengan plastik hitam besar masa saya melewati tempat tu. Alahai, ngeri betul rasanya. Terus saya terlintas di hati yang masa kalut keluar tu saya lupa baca doa kenderaan. Teringat pula, kalau dengan Naim, dia yang akan ingatkan kami, doa kenderaan ni berulang kali dibaca.…

Tempoyak ikan bilis

Image
Orang yang tak gemar tempoyak, rasanya nak rekemen ke tak makan masakan ni? Bagi yang pernah makan tempoyak ikan bilis ni, pasti akan kata sedap kan? Takla rasa tempoyak mana bila dah jadi sambal macam ni. Sedap je rasanya bila diadun macam ni.
Kebetulan di fasa tak berapa gemar makan ayam, jadi saya masak tempoyak ikan bilis untuk saya malam ni. Kebetulan ada lagi sikit tempoyak tu dalam peti sejuk maka jadilah menu hari ni. Mudah je, tumbuk cili merah, kunyit dan serai. Gorengkan ikan bilis, dah masak ketepikan dulu. Tumis bahan tumbuk dan bila dah masak,masukkan sedikit air, tempoyak dan ikan bilis tadi. Beberapa minit nanti siapla masakan ni. Makan dengan nasi panas, sedap!!
Nak letak bawang dalam bahan tumbuk tu pun boleh, tapi versi saya tak letak bawang, nak mudah je..lagi satu fasa tak nak makan ayam tu, bukan disebabkan apa-apa ya.. tapi entah kenapa kebelakangan ni seboleh-bolehnya makan benda lain selain lauk ayam. Ikan masin pun ok lagi, tengah hari tadi memang saya makan…

Naim pun pandai psikologi

Image
Dalam entry ni korang nampak budak berdua ni tak nak berkongsi barang, kan? Memang pening kepala mama dengan telatah budak berdua ni kadang-kala. Sebelum ni, Naim je yang jenis malas nak berkongsi kalau benda tu dia suka sangat. Kena pujuk betul-betul baru dia nak kongsi dengan adiknya. Nazif pula sebelum ni jenis yang bermurah hati, suka sangat kongsi barangnya.
Tapi kebelakangan ni, diorang ni sama-sama tak nak berkongsi pula jadinya. Macam masa makan hari tu, mendidihla mama diorang ni. Mulala bagi kaunseling kepada Naim.
"Ha, kan mama dah cakap jangan kedekut. Ni adik dah tiru kedekut dengan Naim. Baru Naim tahu nak rasa sedih kan?"
Macamla Naim ni faham pun masa tu. Saja je nak bagi anak takut sebenarnya, kalau tak tegur tak boleh jugakan. Tapi, agaknya dia memang faham bebelan  mamanya. Lepas tu, saya tengok elok je diorang main dan berkongsi barang.
Saya perhatikan lagi. Pelik pula daripada tengah hari banyak kali menangis meraung mengada-ngada, tiba-tiba suasana d…

2 tahun ke ni?

Image
Anak : Mama, adik dah balik ni.
(Tak ada yang menyahut)
Anak : Mama.. o.. mama.
(Tak ada yang menyahut lagi)
Anak : Adik nak cari mama kat atas.
Anak : Mama, adik dah balik ni. Jom makan. Adik lapar.
Mama : Yelah dik. Mama dah turun ni.
Itu kisah masa Nazif balik daripada ikut papanya keluar. Sejak dah tak menyusu ni macam dah matang, nampak lebih berdikari Nazif ni. Tak nak asyik berkepit dengan mama saja. Masa nak ikut papanya tu pun kemain dia bagi alasan tak nak tinggal dengan mamanya. Katanya, " Adik ikut papa ni, mama tidur je kat rumah!".
Haha..macamla kamu tahu mama kamu jenis suka tidur. Tak leh lena pun kalau anak-anak tak ada kat rumah, tau? Tak payahla cepat sangat kamu besar dik....
Berjaya juga potong rambut Nazif petang semalam. Kali kedua dipotong rambutnya selepas majlis akikah pada usia dia dua bulan lebih. Abang yang banyak memainkan peranan masa di kedai tu. Naim banyak kali pujuk adiknya, " Adik hensem ni dah potong rambut". 
Dah pendek ramb…

Bergaduh demi mangga

Image
Tak payah nak mangga asam boi bagai... mangga gaul dengan garam dan gula pun dah boleh buat kecoh rumah. Kecoh sebab berebutkan mangga tu. Nazif yang ada dekat dengan mangkuk tu kemain sayang cebisan-cebisan terakhir mangga tu sampaikan bila Naim nak ambil, dia cepat-cepat sorokkan mangkuk tu.
Apa lagi? Kecohla jadinya. Dua-dua saling menjerit. Sorang jerit, " Adik janganla kedekut". Sorang lagi jerit, " Adik punya". Kemudian tolak menolak berlaku. Akhirnya mangkuk tu terbalik, mangga pun bertaburan kat atas lantai.. semua pun tak boleh makan..
Ni belum lagi mama kamu buat mangga asam boi dan cili potong lagi! Ai.. Muka lepas berebut.. gula di birai mata, air mata di pipi.

Peminat jagung

Image
Dulu ingatkan Naim je minat dengan jagung. Bila ada Nazif ni, nampaknya Nazif pun jadi suka makan jagung rebus juga. Tapi Nazif ni nampaknya lebih gemar makan jagung. Sampaikan 1 batang setengah boleh habis dia makan dalam masa sekejap. Syok pula tengok dia makan, tokak jagung tu sampai tak tengok kiri kanan dah. Kalau boleh dia memang nak gigit setongkol macam tu je, tak macam Naim, yang makan separuh-separuh yang dipatahkan. Memang lagi juara makan jagung daripada abang nampaknya ni. Ha, jadi korang, kalau nak bawa buah tangan ke rumah kami, belikan jagung rebus atau jagung kukus jelah ya.. lagi banyak lagi bagus..

Bersabarlah ketika diuji

Kembali menulis di sini, padahal kertas jawapan murid ada lagi yang belum siap ditanda tu. Tapi, tak apa, insyaAllah tak ambil masa yang lama kali ni. Saya sebenarnya sedikit terganggu dan simpati bila sepupu saya berkali-kali memberikan mesej mengadu keadaannya yang sekarang berada di hospital.

Kesian sepupu saya ni tau. Orang baru bersalin. Dia juga baru je kematian ibunya Jumaat lalu. Masa saya balik menziarahi jenazah tu, saya ada juga bercakap dengan sepupu saya ni. Masa tu, dia nampak ok je. Tapi rupanya, selepas hari kematian tu, anaknya yang ketiga yang baru berusia 6 hari dimasukkan ke wad kerana kuning tinggi, bacaan masa masuk ialah 360. Tinggi kan? Dia pula bersalin secara pembedahan, kali ni ada infection di tempat jahit tu, maka keluar nanah dan berair katanya sehingga menyebabkan sepupu saya ni pula yang kena tahan di wad disebabkan keadaan tempat luka yang tak elok lagi tu.

Biasalah orang yang tengah sakit, dalam pantang pula tu, kita boleh bayangkan perasaan dia maca…

Jelesnya

Alhamdulillah, nampaknya kali ni usaha kami nak cerai susu dengan si comel ni dimudahkan. Semalam langsung dia tak menangis. Masa nak tidur tak ada menangis, dah tidur pun tak ada terbangun untuk menangis macam malam-malam yang sebelumnya. Sampaikan pagi ni, lama Papa N merenung Nazif yang tengah lena tidur. Senyum lebar Papa N masa merenung Nazif tu. Gembira katanya.. bangga dengan anak dua tahun ni.Mama pun gembira juga dengan Nazif ni. Kiranya dalam 2 malam pertama je agak mencabar untuk kami hadapi. Dua malam seterusnya sikit je dia menangis dan malam kelima memang dah tak ada apa-apa. Tapi, mama pula yang jeles. Dik, dah tak menyusu ni macam rapat dengan papa la pulak.Nak tidur semalam, dia cari papa. Katanya, " adik nak tidur papa".. sudahnya sampai ke pagi duduk bawah ketiak papa.. sedih tau.. jeles pun ada dik...Biarla ya.. di fasa peralihan ni..apa pun, anak mama Ahmad Nazif ni memang anak yang baik ya.. mudahkan urusan mama
.#usaha kali ni berjaya rasanya sebab say…

Hasil kerja anak

Image
Naim ni kalau dia ada apa-apa projek di tadika, dia akan bawa balik dan tunjuk kepada saya dulu. Kalau Papanya tanya, haram dia nak tunjuk. Bab ni memang anak mama si abang ni. Bagus abang ni, sayang mama ya..Di hari ada projek macam ni, pasti dia tertunggu kepulangan saya dan bila dah sampai tu, cepat-cepat saya disuruhnya duduk dan Naim akan tunjukkan hasil kerja yang dah dibuatnya di tadika.
Sesambil saya sibuk menanda hari tu, saya ternampak benda ni. Nampak cantik je dari jauh, lantas saya ambil. Kreatif kononnya, saya pun ambil beberapa lidi dan saya lekatkan dengan salotape kat belakang muka dan bilah-bilah warna-warni tu jadilah nampak bentuk tegap macam tu. 
Sekarang bendanya ada kat atas rak saya ni. Macam ok juga letak kat sini sementara saya tak tahu apa lagi benda hiasan nak letak kat sini.

Hero hero pujaanku

Image
Saya pernah mengeluh dengan kawan, mengadu pasal dua anak lelaki yang agak lasak ni. Dia jawab apa masa tu korang tahu tak?
"Itu kira ok sebab anak ko dua-dua lelaki. Budak lelaki memang patut lasak. Anak aku ni, dua perempuan pun gaya tu juga main dan gaduh setiap hari, jangan tak caya."
Haha.. saya gelak jelah. Rasanya budak zaman sekarang ni memang kebanyakannya macam ni lasaknya. Kira normal. Yang pendiam dan baik sangat tu pula kita kena risau kan? Takut ada masalah lain pula. Pandai-pandaila mak ayah nak kawal anak sendiri ikut keadaan, kemahiran dan pengalaman yang ada.
Pesanan mak saya sentiasa dalam ingatan. Apa apa pun doa ibu untuk yang terbaik buat anak-anak kita ni. Jangan terpengaruh dengan orang lain. Mulut orang biarla apa nak dikata..
Rezeki saya untuk dapat anak lelaki. Sekali sekala jeles juga tengok kawan yang ada anak perempuan. Tapi insyaAllah saya sentiasa mendoakan semoga anak-anak lelaki kesayangan saya ni bakal jadi insan yang hebat. Macam kisah …

WW : Nikmat bagi golongan marhein

Image
Tadi saya tengok di IG Neelofa, ada gambar Neelofa berfoto shoot di sebuah penthouse mewah di Phuket. Salah satu tu gambar Lofa duduk kat satu katil yang ada caption ' and the bed itself cost 200 000€ , no kidding'.Ai, orang kaya, kalau duit dah banyak sangat tak tahu nak buat apa, kan? Kalau orang tak berapa ada macam saya ni, makan tengah hari kat Bandar Baru Bangi satu keluarga RM 37 dan lepas tu berebut menjamu pisang goreng cheese semasa dalam perjalanan balik tadi pun dah cukup nikmat. 
Makan kat mana tadi? Jawapannya tempat kegemaran kami, D'Limau Nipis...

5 before 5

Image
Ingat lima perkara sebelum lima perkaraSihat sebelum sakit
Muda sebelum tua
Kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum matiAssalamualaikum semua..Alhamdulillah masih sempat lagi menulis di ruangan ini. Memang marathon dan kelam kabut rasanya kehidupan harian saya sejak Khamis lalu. Dua hari keluar awal pagi sebab berkursus di luar sekolah dah mengambil masa dan tenaga. Sabtu pula bergegas balik ke kampung sebab mak sedara saya meninggal. Itu pun bergegas juga sebab di awal pagi sangat tiketnya, mujur kami bertiga sempat berlari sebelum gate ditutup pada pukul 6.10 pagi tu.Hari ni pula marathon lagi memandangkan banyak lagi tugas belum selesai. Kertas peperiksaan yang menanti nak ditanda nampaknya bukan sikit tu. Nak jimatkan masa, makan ini sajalah untuk tengah hari ni. Bolehla isi perut sementara otak masih lagi boleh terima jawapan yang ada. Dah tepu nanti bolehla buat aktiviti masak memasak. 
P/s: kita tak bawa harta banyak, rumah besar, anak hebat, anak kesayangan dan lain…

Serai ke Dubai

Image
Tak sangka tanah di rumah kami ni makin lama menjadi juga. Antara hasilnya, serai ni. Makin merimbun kat laman kami. Tak payah beli serai dari kedai lagi. Malah boleh dikongsi dengan kawan-kawan di sekolah. Kali pertama hari tu saya bawa lebih 20 batang serai dan beri kepada kawan bila melihatkan banyak serai macam terbalik bila hujan lebat. Sebab hujan lebat tulah saya sedar yang rumpun serai saya ni ada lebih 50 batang, banyaklah tu kan kalau nak kira tanah yang ada bukanla sebanyak mana. Masa tu rasa bersyukur sangat sebab saya ambil keputusan tak tutup tanah depan tu.
Pagi ni, di tengah hujan rintik sekali lagi saya berkebun ambil 16 batang serai untuk diberikan kepada kawan di sekolah. Yang bahagian akarnya tu sengaja saya tinggalkan banyak supaya serai ni tahan. Kawan saya ni nak berikan serai ni kepada anaknya yang nak balik ke Dubai esok. 
Pa, serai kita ke Dubai.. kelas gitu..  Berkongsi rezeki yang ada.. alhamdulillah.

Lawatan pertama Naim ke sekolah mama

Image
Masa menulis entry semalam, saya langsung tak menyangka yang ada rentetannya. Sebenarnya pagi tu Naim dah buat hal, mengamuk tak nak pergi ke sekolah. Katanya nak duduk dengan mama. Ah, macam mana ni? Dalam hati saya risaula sebab semalam sampai Rabu akan ada peperiksaan akhir tahun untuk Naim. Memangla baru tadika 4 tahun, tapi kita nak lah juga tahu keputusan anak kan? Kalau tak jawab exam mana nak tahu anak ni menguasai ke tak? Tak gitu kawan-kawan?
Papa N pujuk. Tak jalan. Saya pulak pujuk, pagi semalam ni kesnya. Tak jalan juga. Naim tetap berkeras tak nak pergi ke sekolah, nak duduk dengan mama alasannya. Tetiba dalam hati saya terlintas yang masa saya balik dari program graduasi hari Ahad tu, saya letih dan tidur sampai pukul 5. Masa tu Naim dah bising, katanya mama asyik kerja je. Jadi, kes pagi semalam tu, pada masa tu saya rumuskan yang Naim ni nak masa lebih dengan mamanya. Segera saya buat janji. "Bang, apa kata abang pergi ke sekolah kejap, kejap je tau, pergi pagi …

Exam sana sini

Image
Assalamualaikum semua. Jom kita mulakan hari baru minggu baru dengan minda yang segar dan bersemangat ya. Mak-mak memang kena bersemangat sentiasa, barulah aura tenang dan positif tu mengalir kepada anak-anak kita kan? Tak gitu kawan-kawan?
Pasti ramai yang tengah berdebar tu, lagi-lagi dengan anak-anak yang bakal jadi batch pertama menduduki PT3. OKJe, Kak Zakie, KA, Kak Kamsiah dan semua yang ada anak-anak pada saat ni tengah menjawab soalan kertas pertama PT3 ni pasti dalam keadaan tak senang duduk tu. Mungkin korang pada masa ni tak baca blog, mungkin duduk buat solat hajat untuk kejayaan anak-anak tersayang tu, tapi dah baca ni nanti, tahu ya, saya doakan yang terbaik untuk anak-anak sahabat saya ni insya Allah.

Bukan yang PT3 je ada penilaian hari ni, yang tingkatan 1 dan 2 pun ada juga buat hari ni. Tengoklah pelajar-pelajar zaman sekarang. Pada malam exam dan pagi exam, zap zap masuk mesej tanya cikgu macam-macam, canggihnya kan? 
Ikutkan saya hari ni ada tiga sebab untuk berdebar-…

Hukuman dan ganjaran

Image
Hai korang, buat apa tu? Mesti tengah seronok bermanja-manja dengan manja-manja kesayangan ya? Jelesnya..Saya kena kerjalah hari ni. Tunjukkan dulu bukti bekerja pada hari minggu ni.. majlis graduasi sekolah katanya. Maka kerjalah kami untuk 6 hari minggu ni. Tapi masih kira oklah, sebab minggu depan ada cuti sekolah minggu.. 
Habis majlis ni nanti saya kena cari donut dulu sebelum balik. Untuk Ahmad Naim ni. Kesnya semalam mama dan papa mengemas rumah, dua beradik ni diam-diam menconteng dinding. Apa lagi, marah la saya. Lepas tu, saya bagi Naim dan Nazif kertas A4 kosong, suruh diorang menconteng kat situ.
Mulanya Naim tak nak. Siap direnyukkan kertas yang ada berikan mula-mula tu. Mulalah mama nak naik angin. Dahla, pada petangnya Naim dah buat hal. Kedekutnya dia nak kongsi barang dengan adik. Berebutlah jadinya. Saya malas nak bergaduh dengan dia, saya pun buat mogok diam lepas pujuk adik. Buat tak tahu je walau apa pun Naim cakap. Akhirnya lepas 10 minit, Naim mula minta maaf deng…

Tak sabar mengajar anak sendiri

Image
Kalau di rumah ni, Papa N yang selalu menjadi cikgu kepada Naim. Kalau saya, cuma boleh pantau Naim ni buat bacaan sekali sekala je. Bukan apa, rasa tak sabar nak layan karenah anak yang sulung ni. Nak kata tak faham karenah budak tak juga. Tapi rasanya budak-budak memang mengada-ngada lebih bila dengan ibunya kan? Kalau dengan papanya, nampak ok sikit Naim ni. Walaupun tak lama, antara 5 minit je biasanya tapi dia boleh duduk diam. Tapi, sempat jugalah dia duduk diam setempat untuk ulangkaji kononnya walaupun tempat atau buku yang dia nak tengok tu ikut suka dia. 

Fikirkan menu

Walaupun saya selalu tengok cerita korea, tapi bukan saya tengok saja-saja tau. Ada benda belajar juga tau. Contohnya, kalau bab makanan. Kagum juga bila tengok orang korea gigih masak makanan untuk keluarga setiap hari. Kata orang sebab kos makan di restoren kat sana mahal. Agaknya lah kot. Masa saya pergi tu, tak banyak kali makan kat luar sebab takut tak halal. Tengok Kak Zakie masak nasi di pejabat tadi, rasa bernas juga idea tu. Tapi lauknyalah pulak. Apa ye lauk yang dirasakan boleh tahan  lama. Macam konsep makanan korea, diorang banyak side dish yang boleh disediakan banyak kemudian simpan dalam peti sejuk dan makan bila nak. Saya terfikirkan sambal ikan bilis, serunding, itu je. Apa lagi ya? Makanan yang korang rasa tahan dan sedap kalau dimakan lepas disimpan beberapa hari? Bolehla pada hari minggu masak banyak dan masa hari kerja kita makan je benda yang dah siap masak tu, mungkin kena panaskan sikit. Jimat masa dan tenaga. Kan? Cer bagi cadangan sikit. Janganlah cakap kimc…

Pengalaman pertama Naim Nazif tengok proses korban

Raya kali ni Papa N bawa kedua-dua anakanda ke tempat korban. Saya tak ikut sama tapi budak berdua tu memang ok je bila tak ada mama. Kurangla mengada-ngada. Lagi pun ada atuk, mak cik, pak cik, sepupu-sepupu yang duduk layan  dia kat tempat korban tu. Sampai malam ni, ada sekali sekala lagi Naim duduk bercerita pasal lembu yang dia tengok hari tu. Katanya lembu tu sakit mama, sian dia. Ikut kata Papa N, masa mula-mula lembu tu disembelih, lembu tu meraung sedih. Sebelum disembelih tu lembu tu takut rasanya, lembu tu cuba lari hinggakan patah kakinya. Kesian sungguh dengar cerita tu. Masa dengar lembu meraung sedih tu boleh pula Nazif mengajuk bunyi lembu tu sambil gelak. Naim pula cakap, " Papa, kesian lembu tu sakit, nanti letak minyak ya". Haha, agaknya dia ingat macam dia sakit sebab jatuh nak disapukan minyak panas. Nazif lagilah nampak tak faham apa. Dia sempat gelakkan lembu berbau katanya. 'Ucuk lembu yek...'. Maklumla budak-budak yang tak faham lagi keadaan …

Ketupat palas 9 biji

Alahai.. mak kamu ni jimat betul ya? Bila disuruh ambil sendiri ketupat palas nak bawa balik ke sini, diambilnya 9 biji je. Dengan rasional apa entah jumlah 9 biji tu. Pagi ni saja dia sendiri dah makan 2 biji, Nazif pula 4 biji, maka berapa je lagi yang tinggal? Haha...Nazif pula asyik cakap, sedapnya mama masak masa dia mengunyah ketupat tu. Mulalah rasa bersalah bersarang di hati mama kamu ni. Kenapalah tak ambil banyak sikit semalam?#entry sambil tunggu makanan masak. Jimat tenaga dan mengurangkan masa di dapur, sekali masak, kita makan seharian ya. Nak rehat di hari cuti ni.. menunya pastilah berasaskan daging lagi.

Raya Haji selepas 5 tahun

Image
Assalamualaikum semua.
Dah kembali balik ke kediaman masing-masing ke ada yang duduk kat kampung lagi tu? 
Raya haji kali ni, raya haji pertama kami sambut di Kelantan sejak kahwin. Ha, jangan tak percaya. Seingat saya macam tulah, memang lima tahun lebih ni, dah 6 kali raya haji, raya haji ke enam baru kami balik beraya di Kelantan. Mengalahkan orang duduk oversea, kan? Haha.. apa boleh buat, dugaan.
Papa N dengan tagline dia, dia pasti raya kat Kelantan lebih meriah. Dari segi trafik ya.. tak dinafikan, memang penuh sesak kenderaan di jalanan sepanjang kami balik dan kembali semula. 12 jam perjalanan balik kami semalam tau.. 
Semalam, kami lari ikut jalan lama Bentong- KL pun sama juga sesaknya. Nak tak nak ikutkan saja sehingga sampai. 
Agaknya sebab anak-anak yang duduk di KL dah jarang balik sejak 5 tahun ni, saya tengok sambutan raya kali ni ala kadar je. Mungkin juga atas faktor kesihatan. Kalau dulu, pasti ada biskut dan makanan istimewa macam sambutan raya puasa juga. Tapi…

Kenangan sebelum minyak naik

Image
Salam sayang buat semua ya..
Kononnya sibuk nak mengemas barang nak balik kampung dan nak menyiapkan kerja sekolah, tapi dilanda perasaan M pulak. Jadi, nak menyimpang sekejap. Tumpang cerita kisah kami sebelum subsidi minyak ditarik sebanyak 20 sen.
Ala, 20 sen je kan? Amboi, sedap ya ayat tu. Bayangkanla kalau perjalanan nak pergi makan macam kes kami hari Sabtu lalu. Kata Papa N, macam dah travel ke Melaka pula semata-mata nak makan pada hari Sabtu tu.
Mulanya dari rumah, kami ke Ampang, menziarahi saudara yang sakit tu. Dah keluar dari hospital tu masa matahari tengah panas tegak di atas kepala.. perut masing-masing dah mula rasa lapar. Papa N tanya nak makan apa. Saya terus jawab nak cuba kedai di TTDI Jaya yang saya baca di blog kawan, katanya sedap.
Bukalah blog kawan ni nak cari alamat. Kemudian gunakan waze cari jalannya. Panas kat luar. Tetiba kat dalam kereta berbau sesuatu yang kuat. Naim terus jerit, " yek, bau taik ayam, apalah adik ni".. Nazif rupanya membua…

Konflik awal pagi

Kat rumah kami ni kalau awal pagi memang kebanyakan hari agak kelam kabut. Suami saya ni kalau pagi je ada saja benda yang buat dia kecoh. Cari sikatla, hp dia tak tahu mana letaklah, cari cermin matalah. Sekali sekala Naim pun menyumbang kecohnya, nak bawa robot dia ke tadikalah, beriyalah papanya cari kat mana dia simpan robot tu. Tapi kebanyakan hari kes sikatla yang jadi penyebab kecoh. "Hairan la, ketiga-tiga sikat dalam rumah ni kalau masa kita nak guna, asyik tak ada je" Papa N menyuarakan hasil pencariannya. Mula-mula saya risau juga. Masa saya penat macam-macam barang tak jumpa. Lagi-lagi kalau macam pagi ni, semalam saya keluar sejak pukul 7 pagi, balik pun dah lewat, jadi pagi ni bangun dengan rasa malas lemau. Banyak persiapan barangan anak-anak hari ni Papa N yang uruskan. Itu yang kecoh jadinya.Lama-lama, saya dah imun. Rasa seronok pula walaupun tak berani nak tunjuk depan-depan. Orang jenis kurang cakap macam Papa N, tapi pagi-pagi kemain dia kecoh cari baran…