Dugaan menjaga anak kecil

Rasanya ramai ibu yang mengalami masalah macam yang saya alami sekarang. Dengan adanya bayi kecil yang usianya hampir dua bulan ni, terasa pengurusan masa saya agak kucar-kacir. Bayi merengek dan perlukan lebih perhatian. Lagi-lagi bagi ibu yang tak ada pembantu seperti saya.

Macam hari ni, sejak dari pagi Nazif tak nak tidur dan cuma nak didukung. Menjelang pukul 1 tengah hari dia mula nangis walaupun saya dukung dia. Tak ke pening saya dibuatnya. Masa tu dah periksa pampers dia, ok je. Perut tak kembung pun.  Badan tak panas. Akhirnya saya dodoikan dia berkali-kali baru dia tidur. Akhirnya, saya bersolat Zohor lewat sangat. Apa lagi, masuk aje waktu Asar tadi terus saya solat, takut jadi lagi macam tadi.

Selain menjaga bayi, perlu  juga mengendalikan hal-hal rumah yang lain. Ada juga tanggungjawab yang lain kepada anak yang lebih besar. Banyak dugaan kan? Ni baru hampir dua bulan, esok lusa tentu banyak lagi yang menanti. Anak ni anugerah, jadi kenalah kita hargai anugerah yang ada..

selingan: Sama-samalah kita doakan semoga kita sentiasa termasuk dalam golongan orang yang mendapat hidayah dan petunjukNya. Kadang-kala kita ni lupa pada Allah, kita suka menyalahkan sesama manusia, pada hal Allah yang menentukan segalanya. Allah jua yang menduga tahap keimanan kita dan Maha Lembut untuk menolong kita selesaikan semua masalah yang kita ada..

Comments

  1. salam.
    baby dah pandai nak minta diberi perhatian. dia kan suka ibunya ada sama sepanjang masa. bau ibu hilang je mula merengek kan?

    ReplyDelete
  2. sy ni nanti xtaulah camne... 3/11 ni due... after pantang balik umah sendiri.. harap2 dapat uruskan umahtangga n ank dgn stabil..

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular Posts