Entry bertangguh : 2 hari baru siap

Tarikh dapat ilham: 19/10/2012 jam 6.00 pm..

Alhamdulillah, hari ni kesihatan saya dah semakin baik. Pagi tadi memang bangun dengan perasaan tak best lagi, sebab kepala masih berdenyut-denyut. Tekak pun masih tak seperti biasa. Tapi, selepas sarapan, cepat-cepat saya telan panadol sebab dah tak tahan rasanya. Walaupun masa tu, kepala masih lagi terasa berdenyut-denyut, saya gigih menyiapkan kerja-kerja sekolah memandangkan Nazif masih lagi belum bangun. Banyak lagi kerja yang perlu disiapkan segera.

Bila Nazif bangun, tentulah kerja sekolah ni kena ditinggalkan dulu. Selepas uruskan dia, main-main dengan dia, lega betul saya sebab Nazif ada mood nak tidur lagi sekali.. Jinak betul sayang arini ye, senang jaga.. Suka betul saya waktu tu, sebabnya memandangkan Nazif tidur, saya pun tidur sama.. Nak sangat tidur sebab kepala yang tengah berdenyut-denyut ni. Alhamdulillah selepas bangun kepala dah tak rasa berdenyut-denyut lagi. Apa taknya, tidur bukan sekejab, hampir dua jam juga kami dua beranak tidur pagi tadi.. bangun tadi dah hampir pukul 12 tengah hari. Itu pun sebab telefon rumah dan hp dah tiga kali bernyanyi-nyanyi.. dasyat betul tidur siang saya tadi..

Tarikh dapat ilham: 20/10/2012 jam 12.30 am

Nak sambung lagi tulis tentang kes makin sihat. Malam ni, kami empat beranak satu famili semua pakai kapur+ air limau nipis di leher. Sebabnya semua orang tengah sakit tekak dan batuk. Saya sebenarnya dah pakai kapur limau ni sejak dari tengah hari tadi lagi. Dah tiga kali sapu termasuk malam ni memang dah lega sakit tekak dan batuk pun cuma kadang-kadang je. Lagi satu ni agaknya sebab baik bersahabat dengan strepsils, sakit tekak dah makin kurang.. Naim paling kelakar, bila disapukan kapur limau ni, dia gelak-gelak sebab geli.. Terpaksa ambil masa sikit nak sapu benda ni ke leher dia tadi, sampai kena papanya pegang dia supaya tak bergerak. Adik Nazif lak, senang je masa sapukan kapur ni ke leher dia..tak reti cakap tak nak lagi.... Ni lah cara nak tolong dia kurangkan selsema batuk. Dah bawa dia ke klinik semalam, doktor tak bagi ubat pun sebab katanya terlalu muda.. kalau berlarutan lagi barulah kena datang ke klinik semula.

Nampaknya berkesan juga sapuan kapur limau ni.. Tenang saya siapkan entry ni..Tiga hero saya dah tidur lena tanpa bunyi batuk lagi malam ni... Harap-harapnya dua hero kecil saya takkan terjaga di tengah malam atau pagi nanti kerana tak selesa tekak. Saya nak sambung siapkan kerja sekolah dulu.

Comments

  1. Alhamdulillah segalan nikmat Allah, sakit nikmat. sihat pun nikmat.

    ReplyDelete
  2. owh... petua baik tu. nxt time boleh cuba :)

    get well soon

    ReplyDelete
  3. petua org2 tua dulu selalu mujarab. .kan...

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1