Mok Cik nak mula melawa!

Saya pernah bagitahu dalam entry yang terdahulu bahawa, sejak saya mengandung kali kedua aritu saya jadi tak suka tepek apa-apa kat muka saya. Rasa rimas bila pakai alas bedak, bedak atau lipstik. Jadi sepanjang beberapa bulan aritu saya pergi ke sekolah dengan muka tak siap. (ai, teruk tul kan?, tapi semestinya dengan seri ibu mengandung, hehe)

Ha, bila dah nak masuk dua bulan lepas bersalin ni, mok cik ni dah mula rasa nak melawa kembali.. hehe, macam lah lawa sangat kan? Bukan apa, terasa muka dah jadi terlalu kering sekarang, agaknya sebab sekarang dah tak makan apa-apa vitamin lagi. Jadi, permulaannya semalam saya beli dua produk ni..produk biasa yang dijual di Guardian je...tak payah masuk gambarnya lah ye...Maafla, mok cik ni memang jenis tak biasa pakai barangan mahal. Rasa sayang nak bazirkan duit beli produk kecantikan yang mahal. Lagi satu, perasan muka licin dah tak ada masalah jerawat atau yang lain.(tolong jagan muntah bila baca ye), tu yang rasa tak perlu beli yang mahal. Lagi pun katanya ada banyak vitamin ni, mesti muka akan jadi tak kering lagi lepas ni...harapnya..amin

Tak pernah pakai produk ni sebenarnya, tapi mula guna semalam rasa ok je. Jadi, bila muka dah kembali tak kering, bolehla saya beli alas bedak dan bedak muka. (tu pun tak de lagi untuk masa sekarang). Apa taknya, sepanjang mengandung ari tu saya memang biar je Naim main masak-masak dengan semua benda yang pernah saya tepek kat muka tu. Memang terasa tak berminat langsung nak pakai. Tak pulak rasa marah bila Naim rosak atau hilangkan semua benda-benda tu.

Selingan yang tak penting: Saya nak bagitahu entry ni saya tulis sebahagiannya pada pukul 1 pagi tadi sebab tak dapat tidur selepas Nazif merengek tak nak tidur. Dah habis cara saya usahakan nak tenangkan dia, akhirnya dia tidur. Alang-alang dah tak tidur ni, saya gunakan untuk taip soalan PBS Moral dan sesambil tu dapat ilham nak menulis di blog..

Comments

  1. saya plak ada kdg rs nak mekap tp kdg rasa xnak.. sbbnya malas... hihii

    ReplyDelete
  2. saya plak ada kdg rs nak mekap tp kdg rasa xnak.. sbbnya malas... hihii

    ReplyDelete
  3. Selamat melawa. Jgn lupa letak gambar nnt

    ReplyDelete
  4. nur: haha, tak de la lawa benar jadinya.. kena beli produk yg ribu riban baru lawa..

    ReplyDelete
  5. akak pun x penah bermekap.sekadar pakai pelembab muka & lip gloss je..nak beli yg mahal2 tak mampu la..hihi

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1