Semoga dipanggil ke sana

Seronok betul saya membaca pengalaman akak C'Jai semasa berada di Arafah beberapa tahun yang lalu. Seronok sampai dalam otak ni dah merancang kalau saya dipanggil berkunjung ke sana apa yang patut dilakukan dengan anak-anak kesayangan saya ni..

Memang sebelum ni pun, kalau mendengar sesiapa yang bercerita tentang pengalaman mengerjakan haji, hati ini memang terasa seronok. Tambah-tambah lagi sejak kebelakangan ini ramai antara ahli keluarga terdekat yang berkunjung ke sana. Tadi seronok sangat saya membaca penulisan C'Jai ni di smartphone saya, sambil bersandar di sofa. Tak sangka dan tak sedar langsung Naim sedang main balm adik Nazif yang baru seminggu guna. Padahal saya memang terbau balm tersebut, cuma muka dan minda asyik fokus kepada skrin handphone sahaja.

Tetiba suami yang sedang bergerak turun dari tingkat atas menegur perbuatan Naim barulah saya menyedari apa yang sedang dilakukan oleh Naim. Balm ni beli semata-mata nak kurangkan selsema dan batuk Nazif.. Naim lak tadi main, dia sapu ke seluruh badan dan baju dia sampai baunya semerbak sampai ke tingkat atas. Boleh mamanya ni tak sedar apa anak sedang buat..

Menunjukkan betapa seronok saya baca dan tulis komen di blog C'Jai . Semoga suatu hari nanti saya dapat juga menjadi tetamu Allah seperti jemaah haji yang lain. Saya juga berharap masa tersebut akan tiba di saat saya masih lagi sihat.

Comments

  1. Aamiin ya rabbal alamin..
    Betul tu Aisy.. pegi haji time muda2, biar cukup kudrat nak buat segala yg wajib dan yg sunat.

    ReplyDelete
  2. insyaallah.. saya juga berhasrat ke sana suatu hari nanti

    ReplyDelete
  3. insyaAllah..moga2 ada rezeki kita nanti,akak pun teringin sgt nak kesana

    ReplyDelete
  4. Kalau ada rezeki saya pun ingin ke sana.. Insya-allah..

    ReplyDelete
  5. insyaALLAH..akak doakan semua kawan2 akak kat sini atau di luar sana dijemput ke sana dalam waktu terdekat ni...Seru dah datang 1400 tahun dahulu..sekarang ni kita pasang niat dan azam yg kuat untuk ke sana...INSYAALLAH..mudah2an Allah berikan rezeki yg tak disangka-sangka... :-)

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?