Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Assalamualaikum semua.

Lama sangat tak menulis ni, rasa memang tak tahu mana nak mula. Tapi mengenangkan ramai yang bertanya pasal borang JPN-KP 12 termasuk seorang saudara saya yang juga menghadapi masalah yang sama, saya buat entry ringkas ni. Bukan i nak jual barang ye, hanya perkongsian bahan yang saya rasa banyak membantu saya dalam masalah cap jari tak ada kerana kulit jari sensitif sangat dengan semua bahan yang dipakai seharian.

Dipendekkan cerita, bila saya jumpa losen ni,alhamdulillah jari dah tak menggelupas. Tak tipu weh. Boleh kena marah pulak dengan pegawai imigresen sebab dah ada cap jari tapi tak pergi update cap jari di jabatan imegresen tempat buat keluar pasport. Sebelum ni, saya biasa ada masalah cap jari, kalau nak masuk ke tempat yang perlukan urusan cap jari memang ngeri. Ngeri sebab takut sebab bila cap jari tak sama dengan simpanan, takut dianggap nak tipu.. Pergi bank, kena lama berurusan sampai staff yang bertugas naik bosan mencuba.

Inilah losennya, carilah ye kalau nak cuba nasib, alhamdulillah menjadi dengan saya. Kebetulan beli sebab bau wangi sangat masa saya masuk ke kedai ni. Bila berkesan, hari-hari saya pakainya...

beli di kedai BBW, Sunway Pyramid, letaknya di sebelah Sephora, tingkat 3 kalau tak silap... bai bai bai..(agaknya sebab jari dah lembut dan licin ni buatkan saya malas nak menaip entry kot, hihihi)

Comments

  1. Salam AN..
    Wah, blog dah berwajah baru...
    Owh, AN pun ada masalah cap jari.. Sama mcm kwn akak... Nanti boleh suggest produk ni kat dia..
    Thanks for sharing :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..sesaja tekan tukar wajah semalam, mcm nampak misteri sikit rasanya, haha, sesuai utk mood malas menaip ni..

      Cubalah ye kot berkesan losen ni dgn dia

      Delete
  2. boleh cari ni..akak pun ada masalah yang sama sampai naik malas nak berurusan jika ada melibatkan penggunaan cap cari.

    terima kasih berkongsi info

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum aisy..
    Wah lama x menaip entry..
    Terima kasih atas perkongsian ni.
    Boleh la ira cuba utk en suami.. Jarinya kerap mengelupas skg ni..

    ReplyDelete
  4. sy dulu pun ada masalah kulit jari.. dah tua dia baik sendiri.. alhamdulillah sekarg dah okey sikit.

    ReplyDelete
  5. Saya yang takda masalah cap jari pun suka beli lotion kat BBW ni, AN. Kalau ada masalah cap jari, lagilah laju saya tuju ke sini 'mencari penawar' katanya. Hahaha!

    ReplyDelete
  6. as salam kak..
    lama x dtg blog.. bru nk bw..dh datang..berubah wajkah dah blog akak..
    tq for sharing kak.. moga bermanfaat pada y memerlukan..

    ReplyDelete
  7. Ohhh tulah pasalnya ek..... tangan dah lembut. Patutlah... senyap je sekarang ni. Tak rindu dengan kitaorang ke AN...
    Nasiblah tangan mak tak menegelupas kalau tak jenuhlah nak ke Sunway Pyramid hihi.... Dahlah mmg jarang gi hala hala sana tu

    ReplyDelete
  8. Salam AN.. Wow perkongsian yg bgus ni. Xpenah lg jumpa losen cenggitu.

    ReplyDelete
  9. Salam 2018 AN..... apa khabar? Rasa mcm dah komen tp kenapa tak de atau tuan blog yg belum publishkan....Taulah tangan tu dah halus, baik tulis entry nanti kematu balik tau kalau tak rajin exercise jari jemari

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?