Posts

Showing posts with the label Luahan hati

Mencabar tul : Daku nak beraya jugak

Image
Semalam, dengan penuh daya dan kesungguhan saya dah berjaya tidurkan Nazif pada pukul 9.30. Awal betul,kan? Bagi korang yang anak dah biasa tidur awal, itu tak heranlah kan? Tapi bagi Nazif yang rutinnya tidur pukul 12 dan ke atas ni, tu dah kira satu pencapaian yang sangat membanggakan.. Tidak pula Nazif ni bangun kemudiannya, sebab mamanya pun dah lena sama-sama dengan dia. Haha, korang jangan ingat ni sebab saya nak jaga kualiti tidur supaya muka dan mata akan nampak berseri di hari raya... Tujuan saya tidur awal adalah kerana hari ni memang niat tak nak tidur selepas subuh. Banyak lagi kerja yang perlu diselesaikan menjelang sekolah bercuti ni. Hari-hari terakhir ni pun bertimbun lagi kerja menanti. Tapi, nampaknya rancangan saya ada sedikit gangguan. Tadi, seawal pukul 3.50 am Nazif dah bangun. Melihatkan matanya yang bulat tu, saya dah agak dah, ni mesti dah puas tidur. Budak kecil ni ajak mamanya main! Dah puas main cak cak, geletek dia, kejar dia jalan, dia tengo...

Running Mama

Assalamualaikum semua.. seronok tak hari Jumaat ni? Ramai yang tak kerja esok, kan? Saya ada mesyuarat sekolah esok, nampaknya kenalah tinggalkan si comel berdua di bawah jagaan papanya esok. Ok, itu esok punya cerita, nak  ceritakan  kisah hari ni dulu. Rasa macam terkejar-kejar betul  sejak dari awal pagi tadi. Apa taknya, dah la rasa tak berapa cukup tidur lagi, tapi gagahkan diri menyiapkan kerja-kerja sekolah yang patut kena ada hari ini. Hush, memang berpeluh peluh. Bebudak berdua ni pula bangunnya awal pula, pukul 7.51 pagi dah bangun kedua-duanya, walaupun semalam diorang tidur lewat, pukul 12 lebih. Akhirnya, saya hantarkan diorang ke taska pada pukul 10 pagi tadi, awal sikit daripada waktu biasa, barulah mama dapat buat kerja dengan tenang. Alhamdulillah, yang sepatutnya saya serahkan hari ni akhirnya dah siap ... Ini yang buat saya kagum dengan rakan yang cukup baik menguruskan masa diorang antara kerja dan keluarga. Saya ni, rasanya tahun ni memang teruk ...

Sweetnya 150 juta

Sambil saya bermanja-manja di meja sambil buat kerja sekolah malam ni, seronok rasanya dihiburkan dengan lagu 150 juta kali. Walaupun dendangan nyanyian Naim atau bebelan Nazif sudah semestinya hiburan yang paling seronok bagi saya, namun sekali sekala menjamu telinga dan jiwa dengan lagu-lagu, pun ok juga. Bukan apa, rasa liriknya sweet sangat.. Lagi-lagi bahagian yang Dia mungkin bengis seperti singa tapi dia nangis tonton cerita Korea, Dia mungkin keras bila bersuara tapi dia jelas jujur adanya..... Give and take, paling penting dalam perhubungan, korang pun tahu. Prinsip ni boleh kita guna pakai dalam semua jenis perhubungan, bukan dengan kekasih je, semua orang tak terkecuali. Jangan asyik nak nampak yang bahagian buruknya aja, sekali sekali fikir juga bahagian baik yang ada padanya. Semestinya kita ni makhluk yang tidak sempurna, pasti akan melakukan kesilapan. Tegur menegur secara sopan lebih baik daripada kita fitnah dan bergaduh sesama kita... fikir 150 juta kali sebe...

Rojak

Assalamualaikum.. Teringin nak menulis tapi tak ada yang terasa sesuai nak dicurahkan.. Jenis orang macam saya ni memanglah, kalau tengah pikir macam-macam dengan ada yang buat risau di hati, sampai satu tahap tu, memang tak terluah dan akhirnya saya diam je.. Itulah juga ayat-ayat yang selalu saya cakap bila saya bising mengomel apa-apa dan suami macam cakap saya ni naik marah.. kalau marah betul saya dah tak bising lagi, tapi diam membisu pulak.. Pengajaran daripada kejadian semalam, mungkin apa yang berlaku tu, sebahagian daripada petunjuk yang saya doakan. Harap-harapnya macam tulah. Korang pernah tak, bila alami sesuatu yang merisaukan dan  mengejutkan, korang mula fikir apa lah salah yang korang dah buat sehingga kena macam tu? Akhirnya saya mula merujuk kejadian dengan doa yang dah beberapa hari saya minta, iaitu minta petunjuk untuk sesuatu yang lain. Lapang sikit dada selepas kaitkan dua hal ni bersama-sama.. Redha jea lah, in shaa Allah dugaan ni akan mengingatkan di...

Kembali ceria selepas demam sawan

Assalamualaikum semua.. Lega rasa semuanya kembali seperti biasa. Nazif dah sihat, demam dah tiada, malah semasa ditahan di wad pun dia tetap aktif macam biasa waktu demamnya kebah. Terima kasih kepada semua rakan-rakan blogger yang mendoakan kesihatan Comel saya tempoh hari. Ingin saya sebutkan di sini           Nea Lopah           Intanfirdaus247           Mamaaryan           Cikzaniff           Umi alya           Mama adam           Nurbijen           Miss Mirror           Myra Jay           Ceqgu      ...

Rindu...........

dah pukul 10.30 malam, saya belum lagi dapat jumpa, peluk dan cium hero-hero saya. Hari ni bila balik, sunyi sepi je rumah ni. Suami dan anak-anak ke Kajang sebab menziarahi Opah yang sedang sakit.. Memang terasa rindu sangat kat diorang. Lagi-lagi dengan Nazif yang selalunya memang takkan boleh berenggang daripada mamanya ni. Harapnya diorang akan cepat balik.. Tadi masa pam susu dah dapat 6 oz.. Di samping tu, harapnya Opah kami akan beransur pulih. Semoga Allah panjangkan usia Opah dan diberikan kesihatan yang baik kepada Opah seterusnya...esok saya pergi ziarah Opah ye..

saya nak jadi positif

Tajuk yang tujuannya nak memotivasikan diri saya sendiri. Kalau kita tak bersikap positif lagi banyak masalah akan melanda kita, kan? Walaupun rasa sakit tekak, saya dah bangun pukul 5 pagi sebab banyak perkara yang nak diselesaikan. Memang seminggu ni hidup saya rasanya memang tak cukup masa je. Banyak perkara yang nak dilaksanakan sampai banyak yang kena tunda sebab suntuk masa dengan kudrat yang ada.. hasrat nak makan laksa johor dan nasi arab pun peram dululah nampaknya....apa leh buat.. Hari ni saya bercuti rehat sebenarnya. Bukan cuti suka suka ni tau..Tengah sibuk pun cuti lagi, sebab nak temankan suami yang akan menghadapi pembedahan membuang tonsil hari ni. Semoga segalanya berjalan lancar hari ni ye.. Baru semalam suami tidur di wad, memang terasa wooo...kat rumah ni lain je suasana  ...padahal selalu saya merungut suami banyak relax je bila saya dah balik.. Hihi..

3 hari

Wah, tak sangka rajin saya hari ni.. Dalam setengah jam dah ada dua entry sempat ditulis kat blog ni. Sesekali ilham datang, tulis je lah kan? Jangan jemu nak baca ye.. Teringat nak ceritakan pengalaman tiga hari di tahun baru ni..Setiap hari memang saya rasa sedih nak pergi kerja. Bukan apa, bukan sebab tak suka kena kerja, kan saya dah bermotivasi .. Sebab saya sedih bila nak pergi kerja adalah kerana terpaksa meninggalkan anak-anak. Naim ni akan menangis dan boleh dikatakan meraung bila nak tinggalkan dia di taska. Nazif agaknya sebab tak faham apa-apa lagi, dia ok je.. hehe. mama lak yang sedih lebih.. dan nak menunjukkan Naim ni manja dan sedih, setiap hari dia akan tunggu saya di pintu rumah bila menjelang pukul 7 malam. Bila saya keluar je dari kereta, cepat-cepat dia akan keluar, pegang tangan saya dan ayat dia tiga hari ni, " Mama, Naim nangis pegi taska," Macamlah mamanya tak dengar dan tak tahu yang dia nangis. Tapi saya tetap layan Naim. Lepas tu sesaja tan...

Saya yang menurut perintah

nampaknya hari ni terpaksalah saya tinggalkan Ahmad Nazif sekejab. Maaf ye dik, mama kena pergi sekolah hari ni, ada kerja nak kena buat. Amboi, buat ayat sedih ye, padahal dah normal kalau cikgu kena dipanggil bertugas dalam cuti sekolah. Memang hak pengetua untuk panggil staf yang berkenaaan datang bekerja. Kalau dapat bonus bukan main seronok. Kalau dipanggil bekerja mengeluh ye, ai ini tak boleh jadi... Saya yang menurut perintah, hari ini kena mood gembira walaupun kena pergi kerja dalam cuti. Cuma saya kena beringat, tak boleh pergi lama sangat sebab stok susu tak banyak yang boleh ditinggalkan.  Susu badan dah semakin kurang nampaknya, kalau dipam memang sikit sangat kuantitinya. Ok sayang, mama cuba sedaya upaya siapkan kerja secepat mungkin dan balik awal ye.. p/s : bonus dah masuk kan? bestnya.. .

Mata memandang

Penat dan tak terurus betul rasanya hari ni..Banyak perkara yang saya nak kena selesaikan sejak dari pagi tadi. Tambah pula dengan seseorang yang mengadu masalah. WhatsApp kan, lama lah bermesejnya.. Tapi kalau kita di dalam kesusahan atau ada masalah yang bermain di fikiran, selalu kita cari siapa? Orang yang boleh dipercayai kan? Tak kisah la, kalau orang tu suami, ibu bapa atau rakan-rakan. Sepatutnya kita gembira bila seseorang mengadu masalah kepada kita sebab itu tandanya kita ni orang yang dia boleh percayai.. Tapi, etika mendengar masalah orang, kenalah kita tunjukkan keikhlasan, jangan menokok nambah yang membuat pengadu tu berasa lebih sengasara atau buat pengadu rasa tertekan selepas meluahkan kepada kita. Jangan pula sambil dengar masalah orang lain tu, kita lak menceritakan masalah diri sendiri..Tak sopan tul...

Janganlah buat orang lain jadi tak ikhlas

Janganlah buat orang lain jadi tak ikhlas menolong kita .... Hidup kita ni kalau tak berkaitan dengan orang lain agaknya boleh tak? Mustahil rasanya dalam kehidupan kita seharian ni kita sorang je, orang lain langsung tak terlibat, kan? Bila melibatkan orang lain, selalunya akan ada tolong menolong, kan? Adatlah tu, sebabnya kalau seseorang tu SuperMom atau SuperBos sekalipun, dia tetap perlukan orang lain untuk melakukan urusan yang lain.. Semalam, memandangkan saya mula puasa ganti, Papa N bermurah hati tolong memasak makanan untuk berbuka puasa. Walaupun makanan tu siapnya pada pukul 7.35 malam, tak apalah kan, yang penting dapat juga makan tu.. Sebagai balasan terima kasih, bahagian kemas saya pulak yang buat. Kemudian, urusan anak-anak pun saya juga yang buat semalam. Nampak tak? Adat meminta pertolongan orang lain. Janganlah kita mengada-ngada contohnya komplen tak sedap ataupun nak minta yang macam-macam. Semalam masa suami tanya nak makan apa, saya cuma jawab te...

Selepas empat bulan

Korang dah tengok filem Istanbul Aku Datang ke belum? Entah apa istimewanya filem ni, semalam berjaya saya tengok sehingga habis filem ni. Kami tengoknya kat umah je. Papa N download daripada internet sebab isterinya yang suruh. Nak keluar tengok wayang dengan anak kecil memang tak adalah. Bangun pagi tadi sempat saya terfikir yang sejak ada anak dua ni, dalam empat bulan ni rasanya tak ada lagi drama atau filem yang saya tonton sampai habis. Biasanya separuh jalan je. Bahkan drama korea kegemaran saya pun banyak yang saya tengok sambung-sambung, mujur ada PVR. Bukan juga saya ni peminat Lisa Surihani atau Beto Khusairy. Menarik filem ni mungkin jalan ceritanya yang sesuai dan macam comel. Sambil gelakkan fesyen pakaian Lisa, seronok tengok Lisa meluahkan masalah dia dalam blog.. Tapi bahagian yang Lisa berputus hubungan dengan Tomok tu paling rasa tak boleh diterima. Baru sekejab putus kasih yang dah bertahun-tahun, boleh pulak terima cinta lain.. Tapi cerita, sudah ten...

Berhutang tapi malas bayar

Terfikir nak menulis tentang berhutang ni selepas membaca Kosmo Online tadi.. Kalau ikut kenyataan Kosmo tu, ramai anak-anak muda yang jatuh bangkrap sebab berhutang dan tak nak bayar. Korang tahulah kenapa, sebab hutang kad kredit, kan? Kalau ikutkan nafsu semua pun nak beli, semua pun nak ada, kan? Tapi, kenalah ikut logik juga. Kalau tak mampu kenapa nak bersusah payah sampai kena berhutang dan tak mampu bayar. Yang susahnya diri  sendiri juga.. Itu statistik yang kita boleh nampak..Yang tak nampak sebenarnya banyak lagi.. Kalau pinjaman wang yang melibatkan rakan, ada masanya sampai bermasam muka dan  tak baik hubungan pun sebab masalah tak nak bayar ni. Bahkan ada yang berhutang wang dengan ahli keluarga tapi sampai hati tak nak bayar lalu menyebabkan hubungan kekeluargaan jadi tegang.. Kesian kan? Tak faham pun ada juga kadang-kadang.. Dengan rakan sendiri atau ahli keluarga, sanggup tak nak bayar wang yang dipinjam..ai, macam-macam ragam manusia ni.. Kalau saya se...

Biarlah rahsia..

Orang yang tak pandai simpan rahsia, korang geram tak? Kalau boleh picit-picit memang saya dah picit je insan bertuah ni. Mulut tak boleh zip betullah dia ni.. Walaupun benda ni taklah besar benar, tapi kalau sesuatu yang saya bagitahu dia dengan tanpa pengetahuan orang lain, dia sepatutnya dengar dan hormati apa yang saya amanatkan, bukan sebarkan perkara tu.. Adakah juga ni salah saya sendiri yang mempercayai orang lain? Perkara yang tak ingin dikongsi dengan umum seharusnya saya biar je dalam hati ni. Memendam rasa lak jadinya..pening o pening. Peringatan untuk diri saya sendiri dan korang yang membaca ni.

Menu dan pilihan

Image
Apa korang masak apabila ada tetamu datang? Risau tak fikir kot tetamu yang datang tak puas hati dengan makanan kita sediakan? Apa hadiah yang korang bagi untuk hari jadi atau perkahwinan rakan atau sesiapa yang rapat? Sukar tak nak beli hadiah yang dirasakan sesuai dan penerimanya seronok guna? Apa isi kandungan entry anda? Adakah kalau saya tak berilham sekarang ni sebabnya saya risau apa yang saya tulis tak memberi manfaat, kegembiraan dan info kepada anda? P?s: memang tak berilham betul dua minggu ni.. Buka blog suka BW je, tulis entry sendiri  terasa tak daya.. apa jadi?

Jurnal Syukur Hari ini @ Alhamdulillah

Sebelum tidur, saya nak tulis satu entry lagi tentang syukur hari ni.. Ambil nasihat Dr Muhaya.. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi sebab telah menolong berikan kesembuhan kepada anakku, Ahmad Naim.. Naim dah tiga hari demam panas sebenarnya. Hati mama mana yang tak risau kalau demam anaknya tak kebah-kebah. Hari Selasa, kemuncaknya susu pun Naim tak nak minum dan dia tak aktif macam biasa, monyok je... Sejak balik dari kampung hari Ahad yang lalu, Naim mula panas badan, selsema dan batuk. Memang pakej la sakitnya kali ni. Batuk cepat je hilang, hari semalam dah tak dengar Naim batuk, tapi yang buat saya risau ialah panas badan yang tak berkurangan pun walaupun diberikan ubat dan antibiotik. Setiap kali tuam dengan tuala sejuk pun tak banyak berkurangan panas badannya. Petang semalam akhirnya kami bawa Naim ke klinik buat kali kedua. Doktor bagi Naim ubat yang dimasukkan ke punggung sebab suhu badan Naim tinggi sangat. Selain itu, antibiotik juga ditukar sebab disya...

Gaya memandu nak selamat daripada kena saman

Image
Bijak betul rakyat kita ni. Tahu aje mana tempat yang dipasang kamera AES ni, tambah lagi tahu pula yang kamera ni mengesan had laju dapat dilihat antara jarak 2 hingga 3 kilometer sebelum lokasi kamera berkenaan. Yang 'bijak' ni sebab saya perhatikan kawasan yang sebelum diletakkan kamera ni sekarang akan sedikit perlahan aliran trafiknya, walaupun bukan pada waktu puncak. Macam ada apa-apa berlaku kat depan. Tapi, bila dah lepas kawasan kamera ni, sebahagiannya mulalah pecut tak ingat... Kalau macam ni agaknya boleh ke mengurangkan kadar kemalangan? Sama aje rasanya.. Saman memanglah dapat dielakkan tapi setakat itu ajelah .Pemandu kita beringat di kawasan yang ada kamera AES je, di kawasan lain tak beringat pula, sedangkan kamera ini diletakkan di beberapa kawasan kerap berlaku kemalangan yang dikenal pasti di sepanjang lebuh raya,jalan utama dan persimpangan trafik.

Plan cancel because of PBS

Kacau betul PBS ni.. Sepatutnya hari ni, saya dan keluarga akan ke Cameron Highland. Alang-alang balik ke Tapah ni, dah tak jauh pun untuk ke sana. Tapi, memandangkan kerja meng"key in" keputusan dalam sistem PBS ni masih belum selesai, makanya terpaksalah menangguhkannya.. Abang ipar dan keluarga dah pun sampai ke sana. Tadi saya janji, kami juga insyaAllah akan ke sana sekiranya kerja memasukkan keputusan ni selesai malam ni.. Memang sistem ni menduga kesabaran. Sabar aje lah cikgu-cikgu yang terlibat..

Kereta rosak

Image
Alhamdulillah semua rakan-rakan nampaknya dah kembali dari kampung masing-masing.. Blog-blog yang sepi sehari dua masa raya hari tu pun dah kembali ceria dengan cerita masing-masing.. Saya buat masa ni sibuk curi masa menyiapkan kerja sekolah yang dah lama tertangguh tu. Memang kena pulunlah sebab minggu depan dah kena masuk sekolah semula. Mau kena marah kalau kerja tak siap, kan? Tapi tadi, alahai, baru nak cuba gerakkan Myvi kesayangan , tak dapat. Entah apa rosaknya, kena panggil mekanik kot rasanya.. Jangan buat hal, minggu depan dah nak pakai ni... Harapnya taklah rosak teruk yang kena tinggal lama kat bengkel.. payah nanti..

Semoga dipanggil ke sana

Image
Seronok betul saya membaca pengalaman akak C'Jai semasa berada di Arafah beberapa tahun yang lalu. Seronok sampai dalam otak ni dah merancang kalau saya dipanggil berkunjung ke sana apa yang patut dilakukan dengan anak-anak kesayangan saya ni.. Memang sebelum ni pun, kalau mendengar sesiapa yang bercerita tentang pengalaman mengerjakan haji, hati ini memang terasa seronok. Tambah-tambah lagi sejak kebelakangan ini ramai antara ahli keluarga terdekat yang berkunjung ke sana. Tadi seronok sangat saya membaca penulisan C'Jai ni di smartphone saya, sambil bersandar di sofa. Tak sangka dan tak sedar langsung Naim sedang main balm adik Nazif yang baru seminggu guna. Padahal saya memang terbau balm tersebut, cuma muka dan minda asyik fokus kepada skrin handphone sahaja. Tetiba suami yang sedang bergerak turun dari tingkat atas menegur perbuatan Naim barulah saya menyedari apa yang sedang dilakukan oleh Naim. Balm ni beli semata-mata nak kurangkan selsema dan batuk Nazif.. Naim lak...