Naim @kampung

Dah lama saya tak menulis tentang Naim.. Naim nampaknya semakin matang sejak ada adik. Sepanjang 37hari balik kampung, Naim mudah diuruskan. Dia mudah mesra dengan orang lain. Makan pun tak ada masalah, tak macam ketika di rumah sendiri, asyik nak susu je, benda lain payah nak dimakan. Bila berkomunikasi dengan orang lain, dia ok juga, malah suka lak melawak dengan saudara-mara di kampung..paling kagum bila kakak-kakak saya bawa Naim keluar sedangkan saya tak ikut, dia selamba jer, malah tak ada buat masalah pun.

Cakap pasal makan, Naim di kampung macam berpesta makan. Ada saja makanan yang disediakan oleh Tok, dia akan makan. Bila Mak Long, Mak Ngah atau abang-abang sepupu datang, lagilah bertambah dia makan. Paling best ialah makanan kegemarannya sentiasa ada, iaitu aiskrim. Tok Ayah atau Tok Ya seperti yang dipanggil oleh Naim selalu membelikan aiskrim untuk Naim. Minggu lepas je, memandangkan minggu terakhir Naim di kampung, Tok Ya membelikan sampai 30 batang aiskrim untuk Naim. Seronoklah dia makan sampai 3-4 batang sekali.

Bila ditanya nama adiknya dia akan jawab "Najim"...haha, Nazif dah jadi Najim. Walaupun ada sekali sekala dia usik adiknya, namun bila orang lain tanya atau minta nak ambil adiknya, dia marah dan tak bagi. Pernah ada saudara saya yang kena pukul dengan Naim sebab beriya usik nak ambil adiknya.

Tapi satu je, dia pantang dilarang atau ditegur sesuatu oleh mamanya, akan terus mengamuk. Ni sajalah yang paling buat saya risau sekarang. Dengan orang lain Naim ok je, dengan mamanya mudah dia marah-marah. Agaknya ni sebab dia merasa kasih sayang mama dah berbahagi dengan Nazif. Harapnya masalah Naim ni tak berpanjangan. Semoga Naim cepat sesuiakan diri dengan kehadiran adiknya..

Comments

  1. naim seronok duk kat kg.. leh mkn sedap2.. :-)

    ReplyDelete
  2. memang pun dia seronok sebab ramai yang melayan dia, maklumlah tak ada budak kecik kecuali Naim dan Nazif, yg lain semua dah sekolah.

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?