D' Limau Nipis
BSP ke Bandar Baru Bangi jaraknya kira-kira setengah jam perjalanan. Jauh juga tu kan? Semata mata nak makan tengah hari, Papa N mengajak pergi ke BBB lagi tengah hari tadi. Layankan sahajalah, saya lagi suka, tak payah masak, selamat jejari lembut ni. Kan? Kan? Siapa tak suka.. Minggu lepas, dah ambil lauk sotong bakar gred AA yang sedap, jadi minggu ni nak cuba ikan talapia merah bakar pula. Sedap.. berbaloi bayar RM 25 untuk ikan ni. Memang tinggal tulang je tadi.. Ambil pula ulam yang pelbagai, cicah dengan budu campur tempoyak, memang licinlah pinggan kami. Bergilir dukung Nazif yang merengek pun tetap licin lauk dan nasi yang diambil tadi. Alhamdulillah, Naim pun elok je bagi kerjasama masa makan tadi. Dia makan ayam goreng, ulam dan air dia dengan sopan dan diam je. Lapar sangat kot agaknya. Jadi apa lagi, dapatlah mama dan papa makan dengan nikmat sambil pujuk Nazif sahaja. Restoren ni memang sentiasa penuh orang. Siap buka dua ruangan lagi pun tetap ramai yang beratur un...