Mitak petua jaga badan

" Ee, macam mana jaga badan ni?"

"awak memang dari anak dara kurus macam ni ker? Badan tak nak naik ek?"

"Patutla badan dia tak naik, makan tak banyak."

Ha, tu la antara ayat-ayat yang biasa orang tanya pada mama sejak ada Naim ni..dalam hati sebenarnya syok bila ada orang tanya macam tu...Nak kata badan slim benar tak la, tapi memang tak naik sangat..semasa sebelum kahwin berat dalam 43-45kg.. sekarang lepas ada anak sorang ni pun dalam 44-45kg...petua ? tak la ada mengamalkan banyak petua pun..Alhamdulillah yang pertamanya mungkin sebab dah badan macam gini..badan ni tak mudah naik kalau dalam keadaan tertekan selalu... kalau happy tanpa stress mungkin mudah naik.. ape stress korang tanya? banyak tau stressnya, terutamanya melibatkan stress kerja...pgalaman kerja di kawasan usj ni sebenarnya lebih mencabar berbanding di johor.. memang mama akui sesangat..

Selain itu, ni ha, ada lak budak comel yang aktif ni, macam jadi mesin Ogawa mama dia...ape taknya, Naim ni bukan tau diam kecuali masa dia tidur...dia lak jenis tak banyak tidur kecuali malam.. sejak dalam pantang lagi pun dia tak banyak tidur macam bayi lain. Abis, kalau mamanya setiap masa banyak guna tenaga nak jaga dia, macam manalah badan nak tambah lemak..

kalau pasal jaga makan....rasanya tak lah jugak mama terlalu menjaga.. cuma makan dalam kuantiti sedikit sebab dah terbiasa macam tu..kalau makan banyak mesti rasa terlalu penuh dan mengantuk atau nak muntah..tapi kalau sekali sekala balik kg sendiri, makan tak ingat dunia jugak, maklumlah masakan ibu tercinta, mmg meletop...rugi kalau tak makan banyak-banyak...selain itu, mama kalau berada di rumah memang banyak minum air kosong sahaja..jarang sekali nak minum air yang manis..kalau buat teh o pun untuk papa aje..kalau makan kat luar tu, tetap jugak minum air manis..selain itu, mama memang jenis mengambil sarapan. Jarang sekali tak bersarapan.. ada tips kesihatan yang pernah terbaca, amik sarapan ni membantu diet kerana ia mengalas perut supaya tak masuk angin dan tak terasa nak makan terlalu banyak bila makan tengah hari..

rasanya itu je lah..arini mungkin nampak kurus lagi..kot esok lusa anak dah bertambah, badan pun menaik, sape tahu kan?

Comments

  1. janji hati bahagia. jeles org badan kurus2 ni. bdwy nice entry! if free leh jenguk blog saya. http://www.sukakahhati.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. ala, ni sakarang, esok lusa tak tahu lagi, kena jaga...bak kata awk, yg penting hati senang...ada org badan chubby tp dia gembira je...tu lg bahgia

    ReplyDelete
  3. errr...
    sy tak mngadg or beranak..
    patut la badan tak naik kowt..
    hahaha

    ReplyDelete
  4. Kancil pandai naik turun berat badan nie...hehehe...semuanya pada pemakanan dan aktiviti kita masa lapang

    ReplyDelete
  5. @ lelaki ini: bgus sgtlah bdn tak naik....yg mcm ni lah semua org nak..

    @kancil: betul tu, pemakanan dan aktiviti mmg byk mempengaruhi...lelaki kalau tak jaga nanti perut mudah b_ _ _ _ _.

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1