Bedtime stories

Alhamdulillah, dapat jugak arini tambah lagi satu post kat blog ni..ceh, macam ramai benar yang baca penulisan luahan hati yang tulus ni....hehe, xpe, selagi niat betul aku akan teruskan..kena yakin diri..bukan tujuan nak kejar glamor sebab blog ni tak glamor mana pun, dah 2 bln lebih menulis dapat follower baru 14 orang...yang baca blog ni bukan ramai pun, yang paling banyak orang baca pun bagi post tentang Raya dah nak berakhir, seramai 50 orang.. apelah sangat kalau nak bandingkan dengan blog orang lain..tapi, tak ape lah....

Menulis di blog ni cuma sekadar nak meluahkan apa yang dirasa seharian, nak berkongsi pengalaman suka duka dan juga berkongsi info...lagi pun, kadang-kadang masa yang sesuai tak ada kalau nak berkongsi ape yang dirasa dengan kawan-kawan mahupun suami..dengan kesibukan bekerja dan urusan seharian yang lain, masa berkualiti dengan kawan kadang-kadang terbatas...tapi dengan netbook ni, bagiku tak ada kekangan masa..sebabnya netbook ni tak ada masa letih, tak ada masa mengantuk dan tak juga buat muka bila aku meluahkan perasaanku...bila je masa aku free dan terasa nak menulis boleh je capai netbook hadiah Papa Naim sempena kelahiran Naim ni dan boleh mula meluahkan ape yang dirasa...tak perlu nak menarik perhatian dia untuk mendengar ape yang bakal aku catatkan...tak juga perlu bergaduh-gaduh untuk menentukan siapa yang lebih prihatin... ada beberapa orang yang baca penulisan aku, aku dah cukup gembira. Rasa dihargai pun ada.

Macam arini, untuk menulis banyak perkara yang kena selesaikan dulu....sebelum nak menulis ni kena buat dia tido....bukan senang nak buat Naim tido..macam-macam perangai dia tadi..dua kali jugak Mama digigit sebab tak layan dia main..gigi ke 9 dan ke 10 dia sedang naik, tu agaknya semakin kerap dia mengigit dalam seminggu ni. Selain tu, dah berapa kali Papanya pasangkan video-video kesukaan dia, habis ditengoknya dia ajak main lagi..Nak mintak digeletek lah, didukung lah..Akhirnya Naim tido selepas mendengar alunan zikir daripada Ustaz Zulkarnain..

Untuk yang membaca post aku sebelumnya, keadaan Naim sekarang ialah tidak membimbangkan sangat..Bengkaknya masih ada, tak bertambah pun saiznya tambahan lagi Naim bermain riang dan makan ubat dengan baik..arini mama ada tuamkan tempat bengkak tu dengan ais...Kami tak risau sangat sebab dimaklumkan bengkak agak lambat surut selain menunggu pendapat daripada doktor bila esok Naim akan diperiksa sekali lagi oleh doktor. Kata orang, kita perlu berfikiran positif, arapnya bengkak tu cepat baik dan tidak memudaratkan kesihatan Naim..

Jadi rasanya catatan masa sebelum tidur ni kena ditamatkan sampai di sini..semoga kita sama-sama menikmati kehidupan yang lebih bermakna esok..

Comments

  1. ader pergi check kat tempat lain tak,
    hospital ni memang nak kene saman tau

    ReplyDelete
  2. ke klinik je bwak naim aritu...yang semalam tu memang bawa naim ke klinik yang lain...memang simpan lagi resit bayaran aritu untuk buat bukti kot jadi ape2...ada anak kwn yang dh pernah kena operate sebab nak buang darah beku di paha sebab doc di KBMC salah cucuk masa dia umur 3bln...baru lagi kes ni, bln 5 aritu..arap naim x ape2 la

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1