kalau anak lambat bercakap

beberapa ari ni suka sangat Naim membebel entah ape-ape yang kurang difahami...jadi tertanya lah, bila lah agaknya Naim akan bercakap betul-betul. sekarang dah nak masuk 19bulan..umur berapa bulan ye yang sepatutnya anak kita mula bercakap..jadi, saja cari info tentang perkembangan kanak-kanak...jom kita sama-sama tengok...

Cepat atau lambat bergantung pada anak
Cepat atau lambat seseorang anak itu mula bercakap adalah bergantung pada dirinya sendiri. Ada anak yang cepat, dan ada yang lambat. Tidak semestinya mereka yang cepat itu adalah lebih bijak berbanding yang lambat. Ada yang lambat mula bercakap tapi kemudiannya lebih petah dan berjaya di dalam hidup berbanding anak yang cepat bercakap.

Ada anak yang mula awal, namun susunan perkataannya berterabur. Ada pula yang lambat mula namun setelah mula, susunan perkataannya lebih tersusun dan lancar berbanding yang awal tadi. Sebab itu, melabel anak yang lambat bercakap sebagai anak yang bermasalah adalah tindakan yang tidak tepat. Sebaiknya biarkan mereka menangkap sesuatu pelajaran dalam masa mereka sendiri. Biarkan ia berlaku tanpa paksaan dan tekanan.

Mengapa anak lambat?
Anak yang perkembangan fizikalnya cepat, biasanya akan lambat sedikit mula bercakap berbanding anak yang selalu diransang dengan percakapan dan selalu diajak berbual oleh ibubapa atau penjaga. Mereka lebih berminat terhadap aktiviti berbentuk fizikal, meneroka alam sekeliling mereka, meneroka kebolehan fizikal mereka. Wajar sahaja perkembangan bahasa mereka sedikit lambat.
Mereka ini adalah anak yang cepat boleh berjalan, berlari, memanjat, melompat, menendang bola, dan sebagainya.
Selain itu, anak yang terlalu ditekan untuk boleh bercakap juga boleh jadi akan lambat boleh bercakap. Mereka tertekan dan akhirnya takut untuk mencuba kerana harapan dan paksaan dari kedua ibubapa.
Apapun sebabnya, seorang anak yang lambat, biasanya apabila mereka mula, mereka akan cepat dapat mengejar kembali kawan-kawannya yang lain. Mereka juga akan dapat menyebut perkataan dengan lebih jelas kerana mereka sudah lebih besar pada ketika itu.

Macam mana nak kesan ada masalah?
Jadi, bagaimana nak tahu yang anak anda termasuk dalam golongan yang cuma lambat mula bercakap, bukannya mempunyai masalah pendengaran atau masalah pertuturan yang kekal sehingga dewasa? Menurut pakar kanak-kanak, cuba perhatikan anak anda, berikan arahan-arahan yang mudah kepada mereka seperti “nak”, “duduk”, “bye bye”, sekiranya mereka dapat memberikan reaksi yang sepatutnya, maka anda tak perlu risau. Mereka sudah pun dapat memahami bahasa dan membina vocabulary (kamus perkataan) yang baik, cuma lambat dapat bercakap kembali. Perhatikan juga adakah mereka dapat menggunakan bahasa badan seperti bagaimana mereka ingin memberitahu kita yang dia nak menonton tv, nak minum susu, nak tukar lampin, tak dapat mencapai permainan yang dia mahukan dan sebagainya. Ia juga adalah tanda anak telah dapat membina “bahasa” dalam pemikiran mereka.
Anda hanya perlu risau dan bawa anak anda untuk berjumpa dengan pakar kanak-kanak sekiranya pada usia hampir 2 tahun, anak anda masih belum dapat memahami dan memberi arahan-arahan mudah tersebut.
Namun apapun, kita tidak juga menidakkan perasaan seorang ibu atau bapa, apabila merasakan ada sesuatu yang tidak kena terhadap anak, sebolehnya luangkan sedikit masa untuk membawa mereka melakukan pemeriksaan dengan pakar kanak-kanak di hospital. Sekiranya betul anak mempunyai masalah ber”bahasa” samada mendengar, memahami atau bertutur, maka mereka ada beberapa ujian yang dapat menentukannya.
Anak yang mempunyai masalah perlu mengikuti terapi secepat mungkin. Semakin awal mereka bermula semakin tinggi peluang mereka untuk pulih kembali.

Hanya boleh satu perkataan
“Anak saya hanya boleh menggunakan satu patah perkataan sahaja satu-satu ketika, dia masih belum boleh membentuk perkataan lagi sedangkan ramai kawan-kawannya yang telahpun mula bercakap dengan baik. Adakah saya perlu risau?”
Jawapannya, tidak. Tak perlu risau, apabila anak sudah boleh mula mengenal dan menyebut perkataan yang sesuai dengan satu-satu keadaan, maka tak perlu risau, dalam sedikit masa lagi dia akan mula boleh menggabungkan perkataan-perkataan tersebut.

Bagaimana meransang anak bercakap?
Selagi mana anak boleh menggunakan beberapa patah perkataan, menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi, dan memahami arahan mudah, maka boleh dikatakan perkembangan bahasa mereka adalah normal.
Apa yang boleh dilakukan untuk mempercepatkan atau meransang perkembangan bahasa anak? Pertama, perbanyakkan berbual dengan mereka, membacakan cerita kepada mereka, bertanya kepada mereka, cuba minta mereka bercakap.
Kedua, sekiranya mereka sudah mula bercakap satu perkataan, ulang kembali apa yang mereka sebut dalam ayat yang sempurna. Contohnya, apabila anak menyebut “nak”, tanyakan kembali “Muhammad, nak apa? Nak susu? Nak mainan?”. Atau apabila dia sebut “bola”, ulang kembali “Muhammad nak main bola?”. Jadikan ianya kebiasaan.
Ketiga, jangan sekali kali memaksa mereka bercakap dan jangan menunjukkan kekecewaan kerana mereka masih belum mampu bercakap. Ingat, bahasa yang pertama sekali anak belajar adalah bahasa emosi dan memek muka. Mereka lebih mahir membaca perasaan berbanding perkataan.
Dan yang terakhir, jangan lupa mendoakan mereka. Kerana apapun yang kita buat akhirnya yang menentukan segala sesuatu tetap adalah Yang Maha Esa.

#baca ni rasa lega....naim dh tak perlu dirisaukan...belum sampai lagi masa nak dengar Naim komen atau buat permintaan...

Comments

  1. Nice entri...anak kedua Kancil dah berumur dua tahun masih ndak bercakap...cakap pun sekerat kerat...apapun terima kasih dengan maklumat nie...ia amat berguna...terima kasih...

    p/s : mencuba sesuatu lebih baik dari melihat...kerana disitu timbul perasaan berani...ndak mengapa cikgu...ia memerlukan keberanian

    ReplyDelete
  2. wah dan anak 2? ingatkan blm kahwin atau baru nak ada anak...hehe...kancil ni mmg byk misteri la...sedikit2 dapat tahu...ape2 pn blh la kta sama-sama berkongsi maklumat

    ReplyDelete
  3. hehehe....baru kenal...biasalah macam tu...ndak mengapa...perkongsian ilmu memang tiada batasnya...seronok dapat berkongsi ilmu

    ReplyDelete
  4. takut kamu ndak dapat baca komen Kancil di blog Kancil...so Kancil copykan kat komen kamu..

    "ndak semua bergantung pada bakat. tetapi pada usaha untuk mencontohi orang lain, menjadi yang terbaik dan mencipta sejarah hidup yang menarik...Kancil dulu berbeza dari sekarang. Mungkin betul juga kata kamu...hehehe..."

    ReplyDelete
  5. oooo sorry, saya akan baca, sb akan dapat update dl gmail saya...sedang taip module utk next year....jd tgk blog sikit2...thanks bg update kat sini...

    ReplyDelete
  6. besanya anak pertama mmg lmbt nk berckp sbb die tkde geng lg kan....

    ReplyDelete
  7. @izzan: tulah, ramai yg cakap mcm tu...ape nak buat, tggu je lah...at least dia tjk faham apr yg kita ckp, ok lah kn?

    ReplyDelete
  8. Sy risaukan org sekeliling yg suka sgt menggelabah cite anak dia pandai tu la, pandai nie la...

    =D

    ReplyDelete
  9. @fara: betul tu, saya pun tls entry ni sebab ada gak risau bila kwn2 compare kan ape yg anak diorang tahu cakap...dh baca ni, jd jgn risau r pikir ape yg orang lain cakap.

    ReplyDelete
  10. Bagus Info ni..sy agak tertekan bila org sekeliling ckp ank sy lmbt ckp..atau bahasa kg..berat mulut..nk menangis pn ade...ank sy umur 1 thn 8 bulan...tp die fhm ape yg kita ckp n tunjuk ape yg die nak...di boleh sebut..ma..papa..nenek..tak nak....tq for da info..sgt berguna....

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1