Melayu cakap macam cina

Korang pernah tak terdengar perbualan antara orang kaum Melayu dan Cina..ataupun korang sendiri adakah pernah bersembang macam ni?

C: ooo... kabinet ini, saya try siap siap cepat untuk awak.
M: Tauke, mesti boleh janji maa, wa selalu datang ini kedai maa...

ha, perasan tak? tu contoh senang je..Yang Cina tu dah try cakap dengan ayat Bm yang betul, tapi yang Melayu pulak cakap lintang pukang...kalau korang perasan, kadang-kadang dalam situasi macam ni, walaupun orang Cina tu dah gunakan ayat yang betul, orang Melayu ni tetap cakap lintang pukang, mungkin nak tunjuk mesra ataupun ape-ape lah..macam mana nak memartabatkan BM kalau cam gini? kita sendiri tak didik orang lain penggunaan bahasa yang betul, sedangkan bukankah kalau kita nak mendidik orang lain, diri kita sendiri dahulu yang kena amalkan perkara tersebut??

Cakap pasal isu ni, aku kena mengaku yang 3 tahun di Johor dulu pun aku selalu cakap pelat cina dengan anak-anak murid cina...sekolah sana memang budak majoriti cina, sampaikan cikgunya pun tak gunakan ayat tepat...tapi sekarang dah sedar kesalahan tu. dah berubah dah..so, bagi korang yang masih lagi buat, bila nak tukar???? bersamalah kita memartabatkan bahasa kita...

Comments

  1. saya sokong 100% entry nih......sama2lah kita memperbaiki mutu bahasa melayu yg telah "dilintang-pukangkan" oleh ank bngsa sendiri.....good job!

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular Posts