Amalan menghalau makhluk halus
Assalamualaikum...
Pagi-pagi ni saya nak berkongsi amalan yang boleh menghalau makluk halus, jin atau syaitan yang menumpang sesuatu tempat. Bacaan ni sesuai diamalkan bagi orang yang ingin masuk ke rumah baru atau pejabat baru.. Macam kami, yang diambang nak masuk ke rumah baru ni, memang buat ni untuk memastikan rumah kami selamat.Amalan ni mudah je...Seelok eloknya dilakukan sebelum anda berpindah masuk.
perlu dilakukan 3 hari berturut-turut, seelok-eloknya bermula pada hari Selasa, malam Rabu.
Pada malam pertama dan kedua, amalannya ialah melaungkan azan di semua bilik yang ada.
Selain itu, bacakanlah Surah Al-Jin sekali.
Bacaan ini seelok-eloknya dilakukan pada selepas waktu maghrib.
Sertakan lah niat untuk menghindarkan diri dan kediaman daripada benda yang tak baik dan mengganggu.
Kemudian pada malam ketiga dan terakhir ni, anda juga perlu melakukan bacaan yang sama..
cuma, pada malam terakhir ini, anda perlu menambah bacaan surah Yassin sekali.
Dan perlu bermalam di tempat tersebut.
bawa teman pun tak apa.
Dengan bermalam ni, insyaAllah, sekiranya memang ada makhluk lain yang menumpang, Allah akan memberikan petunjuk kepada pengamal amalan ini..
dan insyaAllah akan keluar benda tersebut dari tempat yang dibacakan amalan ini..
selamat mencuba bagi yang ingin berpindah ke rumah baru.....
thanks 4 the tips:)
ReplyDeletewelcome..suami saya pun bt mggu ni sb nk masuk rumah lusa..
ReplyDelete