Lelaki kahwin lewat anak kurang bijak

Usia bapa jejas keupayaan intelek kanak-kanak:
Kajian
WASHINGTON: Kromosom kanak-kanak daripada lelaki berkahwin lewat didapati tidak normal hingga lemah dari segi intelektual, dipercayai disebabkan usia bapa yang lanjut.
Kromosom tidak normal adalah disebabkan oleh beberapa variasi nombor salinan atau ‘CNV’, merujuk kepada struktur beberapa keadaan menyebabkan kehilangan atau kesilapan susunan DNA dalam sel. Perkara itu boleh diwarisi atau berlaku secara tiba-tiba dan menjadi punca biasa penyakit.
Pasukan penyelidik melakukan analisis secara sistematik dan menemui banyak CNV dalam hampir 3500 orang yang hilang upaya intelektual antara 2006 dan 2010.

Mereka mendapati, CNV yang berlaku secara tiba-tiba dan tidak diwarisi membabitkan 227 orang yang bermakna keadaan itu wujud dua kali ganda daripada biasa sama seperti bagi mereka yang mempunyai autisme dan tiga kali ganda di kalangan mereka yang menghidap penyakit asma.

Analisis seterusnya untuk menentukan CNV asal di kalangan data daripada 118 orang mendapati 90 kes berasal daripada bapa dan tiga suku daripadanya kehilangan turutan DNA.


# ha, bagi lelaki yang belum kahwin lagi, yang memilih atau yang tak nak kahwin sebab tak nak memikul komitmen tu, sila lah amik berat dengan info terbabit ye.....untuk maklumat lanjut sila klik kat bawah.....Berita Harian Online Lelaki kahwin lewat anak kurang bijak

Comments

  1. bab ni, tlong bgtau kat uncle azmi n cik wan..hehe..depa2 tu ske sgt memilih..

    ReplyDelete
  2. hehe, tak terpikir pun sebelum ni, terjumpa fakta tu, jadi nak share tapi,yang ni segan lah nak bg diorang..takut lak nati disalah faham pulak...lagi pun diorang bukan berusia sangat lagi.mesti tak lama dah tu..takkan nak tunggu lagi 10 tahun baru nak kawin...

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?