belajar bukan hanya daripada buku

Nak belajar sesuatu sebenarnya tak susah. Banyak sumber di sekitar kita seharian yang membantu kita mempelajari sesuatu. Tak semestinya kita kena masuk ke universiti semula untuk menambah ilmu. Tak juga wajib kita beli buku-buku yang tebal dan mahal untuk belajar. Semuanya bergantung kepada hati kita nak belajar atau tidak...tak percaya?

1. Banyak perkara harian dapat kita belajar secara pemerhatian
yang ni contohnya kita tengok mak kita masak, kita akan tahu macam mana cara nak masak. Kalau tak tahu kena tanya.. mintak diberikan tunjuk ajar. Belajar daripada orang ni tak semestinya daripada orang tertentu sahaja, dengan orang yang kita terjumpa di tepi jalan pun kadang-kadang ada pengajaran yang dapat kita pelajari daripada dia. pembelajaran secara tak langsung ni tidak terhad, walaupun dengan budak sekecil Naim pun ada juga yang boleh dipelajari..

2. belajar daripada kesilapan
Sekiranya ditimpa masalah, kita janganlah mudah berputus asa..Malah, seharusnya kita belajar daripada kesilapan tersebut agar tak akan mengulanginya lagi pada masa akan datang. Buat analisis kenapa perkara tersebut terjadi dan seterusnya berfikiran positif. 

3. belajar untuk jadi orang yang positif
Positif sangat perlu sekiranya kita nak jadi orang yang berjaya. sikap positif akan mendorong kita mudah mencapai sesuatu. Buku ada banyak tips untuk jadi positif, tapi yang paling utama, kita, diri sendiri yang kena belajar dan menguasai sikap positif.

Comments

  1. kena rajin dengar ceramah pun ye jgak. mana ada majlis ilmu, join...duit belakang kira, yg penting..ilmu :)

    ReplyDelete
  2. ye, betul tu naz.. majlis ilmu ni dh tak ramai yg nak ikut lebih2 lagi bila dh kerja

    ReplyDelete
  3. betul tu belajar bukan hanya daripada buku...kalau di tempat kerja kita belajar melalui 3 cara: -

    (1) training - 10%
    (2) coaching/mentoring - 20%
    (3) on-the-job (hands-on) - 70%

    btw, jumpa url blog ni kat blog kancil td. nak jemput dtg blog www.kisah-dan-kasih.blogspot.com, dan bagi komen sikit :)

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?