Rutin di rumah semasa PDPR dan PKP



 Assalamualaikum semua..pdpr dan pkp kembali lagi.. bolehla saya kembali mengaktifkan blog ini .. Haha konon semasa cuti sekolah ni banyak masa lapang. pagi tadi saya dah mengomel bosannya bila tak perlu buat kelas online dan mengisi pelbagai pelaporan seharian. bila salah seorang kawan saya membaca apa yang saya tulis tu terus dia balas, " eh, kata nak pencen awal , baru sehari cuti sekolah dah bosan, macam mana nanti?" .. ai, suspen pulak jadinya kan? Eh tak apalah, pasal tu kita fikir nanti, sebab pencen awal yang saya target tu pun lambat lagi nak terjadinya, dalam 13 tahun lagi.. kalau rasa perlu tukar fikiran kita tambahlah lagi tahunnya lepas tu.. 

Ok, bercakap pasal tempoh anak di rumah sepanjang masa ni, ada isu kan? Ibu-ibu yang lain ada tak mengalami masalah yang sama? Bila anak kat rumah, kita belilah bahan makanan lebih untuk anak rasa selesa dan juga supaya tak perlu kita keluar ke kedai banyak kali.. Tapi, bila peti sejuk penuh, freezer penuh, jadi pulak isu anak asyik buka peti sejuk dan punggah makanan berkali-kali .. ai, geram je kan? Dah namanya budak kan? Mak kau masak makanan dia makan lebih kurang je, makanan sampingan lain yang kita beli untuk tujuan kunyah-kunyah pulak yang dia makan banyak.. Di sebabkan rasa geram, saya dah fikir dan akhirnya buat satu keputusan.. saya panggil yang terlibat tu, bagitahu yang lepas ni kalau dia tak makan apa yang mama masak dan asyik nak makan benda yang bukan-bukan je, lepas semua benda tu habis, mama tak akan restock lagi.. kena makan je apa yang mama masak nanti..so take it or leave it. Setakat semalam nampak berkesan jugakla, kembali nampak seseorang tu makan nasi dengan kuantiti yang sepatutnya dan juga taklah dia asyik ulang alik ke dapur saja. harini pun dia tu nampak masih bertahan, taklah asyik memakan benda dalam peti sejuk sahaja.. ha, baru kau tahu undang-undang mama... haha, harapnya lah lepas ni pun sama. Apa taknya, lepas PM umum lockdown, terus papanya pergi restock bahan makanan, harini dah 60-70% abis makanan anak kat peti sejuk dan rak.... macam syurga ye korang ingat.. esok baru mula lockdown tau...bekalan dah nak abis.. haha macam mana tu.. 

Bab kerja rumah pulak, jangan ingat mak kau cuti sekolah, mak kau lapang sangat..oh no. tetap korang kena menyumbang ya.. yang sulong kerjanya buang sampah dan lap meja makan. yang tengah kerjanya angkat baju di ampaian dan sapu bawah meja selepas makan. pinggan mangkuk masing-masing kena cuci masing-masing.. kalau tak kena jeritlah korang.. 

Itu kes yang anak besar, kalau si kecik tadika ni pulak kena pendekatan lain. Saya psiko dia setiap malam katakan yang kalau adik bagus, dengar cakap mama, kena makan nasi, tak gaduh dengan abang, nanti mama jaga kat rumah tau, tak pergi sekolah..  Alhamdulillah , dia yang ingatkan mama, mintak makan nasi , minta mandi dan lain-lain kalau mama lambat sikit..  Setakat ni, budak 5 tahun ni ok sangatla, sebab masa makan dia nak makan, tidur pun cukup.. 

                                              
Namun kepuasan juga bila memasak dan dimakan oleh ahli keluarga dengan seleranya. Rasanya kalau tak sebab covid dan pkp ni, saya taklah rajin sangat memasak setiap hari. Bila fikirkan keselamatan dan lain-lain, sekarang memang penuhkan freezer dengan lauk basah dan lebih banyak masak sendiri daripada keluar beli atau pesan  dari luar.. Antara menu yang paling laku keras dalam rumah kami ni ialah nasi lemak dan nasi goreng cina..  yang ni pasti licin ahli-ahli rumah makan. tapi itulah, kalau masak banyak kali dalam seminggu pun bosan jugak.. yang pasti kena pelbagaikan menu supaya tak terasa bosan.

Comments

  1. Hihi.. sama la dgn bebudak kat umah ni. Tetiba je nampak bungkusan megi kat tong sampah.. padahal Mama dah masak. ( Tgh musim hujan + winter, lapo sokmo). Once a while boleh la.. jgn hari2 mkn sudah.

    Happy PKP to you Mem & take care.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, tq Sam.. happy je setakat ni.. kat rumah ni maggi tak laku laki setakat ni.yg kurang tu stok ais krim, vitagen, biskut dan coklat..... layankan jelah walaupun bising tp dh mmg gtu anaknya...

      Delete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1