Kisah anak bongsu free diapers


 Al kisah anak yang bongsu, rasanya itu sebab utama kenapa kami mula lambat usaha nak free diapers kan si adik ni. Masa abang- abangnya dulu, di usia 3 tahun dah mula ajar ke tandas sebab nak menyediakan diorang masuk ke tadika bila dah umur 4 tahun. Itu pun dah rasanya saya dah lambat mula sebab ada di kalangan anak kawan-kawan saya yang sejak dari awal dah pun free diapers. Macam-macam la alasan kami untuk mula lambat, konon xde pengalaman, konon jugak malas melayan anak kencing berak merata, susah kalau keluar, dan banyakla alasan lain.

Al kisahnya pada awal bulan haritu, masa saya tengah berbual telefon dengan mak di kampung. Mak saya yang tanya, “ Eh bila nak free diapers kan si adik tu? Cakapnya dah pandai sangat tu, mitakla dia bagitahu kalau nak kencing berak”. Saya pun pada masa tu, macam tetiba tersedar dari mimpi. “Eh ye jugak, nape aku tak mula ajar si kecik ni, dah 4 tahun 4 bulan ni.. Bulan september nanti dia genap 5 tahun. Lambat sangat dah ni.” Kelakar kan? Tak teringat langsung nak ajar anak pasal free diapers. So saya mula pada hari hujung minggu pertama awal bulan Januari, kemudian sambung pada hujung minggu seterusnya dan Sabtu dan Ahad minggu seterusnya. 

Alhamdulillah kali ni dipermudahkan urusan. Saya tak sangka dapat berjaya proses free diapers untuk si kecik ni  dalam masa 6 hari sebenarnya. Walaupun masa nak mula tu, kononnya kami bersedia fizikal dan mental., tapi bila buatnya terasa juga susah sedikit. Sebagai persediaan, kami simpan semua karpet, takut si kecik ni terbasahkan. Bawa dia ke tandas setiap sejam, namun hari pertama dia xkencing sekali pun masa dibawa ke tandas. Selain daripada tu, kami sentiasa tanya dia nak ke tandas tak. dia sendiri ada mengajak ke tandas sebanyak 2 kali, malangnya selepas lama kat tandas tak de apa - apa, akhirnya bila keluar dari tandas dia pulak kencing kat ruang tamu dan kat dapur. Hari pertama tu, empat kali kena mengelap mengemop sana sinilah. Tapi maknya ni masih optimis, hari kedua cuba lagi. Tapi kali ni agaknya dia panik kerana kencing merata semalam tu, dua tak nak minum susu dan tak kencing pun sampai waktu asar. Jadi, kesiankan dia , kami pakaikan pampers je selepas jam 5 petang. Hari tiga dan empat buat separuh hari sebab mak ayah malas layan ke tandas. Dia pun asyik minta nak pakai diaper pada masa tu.  Jadi memang sekejap sangat, rasanya sejam dua je, hihi..

Seterusnya pada Sabtu ketiga, kami cuba lagi dari pukul 11 pagi sehingga 5.30 petang. Hari kelima ni ada sedikit insiden , dia kencing kena carpet pada pukul 12 tengah hari dan masa 5.30 tu dia datang ke bilik dengan tangan sebelah memegang seluar sambil bagitahu dia nak berak. Aduh.. sebenarnya dah keluar pun benda tu kat seluarnya. Jadi selepas tu terus pakaikan pampers je. Mak pak dah malas. Hari keenam pula, pada awal pagi paknya tanya, harini nak pakai seluar je ke nak pampers. Saya fikir sekejap dan kata “okla kita try separuh hari, kalau nak tidur pakailah pampers” . Gelak paknya sebab nak tidur tu saya bukan ambil kira masa anak tidur. Hari keenam tu kami relax je tak paksa bawa si adik ni ke tandas, sebaliknya dia sendiri yang ajak ke tandas 3 kali dan ketiga-tiga kali tersebut dia memang kencing di tandas. Alhamdulillah. Sampai ke malam berjaya nampaknya. 

Rasanya antara faktor kejayaan pada hari keenam tu ialah kerana ganjaran yang saya janjikan. Sejak dari awal pagi saya menjanjikan gula-gula dan ais krim sekiranya si kecik ni berjaya kencing di tandas. Pada hari kejadian, setelah dua kali dia berjaya kencing di tandas, dia ni beriya-iya ingatkan saya supaya keluar belikan hadiah yang telah dijanjikan. Bagi seorang budak, suka sangat agaknya dapat reward walaupun aiskrim dan gula-gula, setelah dia berjaya ke tandas tu. Seluruh famili pun sepanjang hari tu, asyik puji dia good boy, dia hebat dan dia dah besar sebab pandai dah ke tandas. 

Pada malam selepas hari keenam tu saya tanya ,” dik, esok pergi sekolah tak pakai pampers ya? Nanti bagitahu teacher kalau nak kencing tau”. Elok je dia senyum dan jawab, “ ok, baik”. Alhamdulillah dipermudahkan segalanya. Selepas hari keenam tu, kami bagitahu cikgunya bahawa dia dah pandai buang air kecik besar di tandas, jadi kami mitak cikgu juga pastikan dia ke tandas semasa di sekolah. Alhamdulillah, berjaya juga tanpa ada kejadian yang tak diingini setakat ini. Manakala, untuk tidur malam kami masih pakaikan lagi setakat hari ini memandangkan si kecik ni masih menyusu, pasti diminta sebotol susu di kala nak tidur tu. Takut jugak basah tilam masa tengah tidur tu. Baru je pun usaha ni, kan. Baru 12 hari setakat hari ni. InsyaAllah kalau nampak ok lepas ni maybe terus tak pakai langsung..Doa yang baik-baik.. Allah maha mendengar... alhamdulillah.



Comments

  1. Alhamdulillah berjaya dalam waktu yg singkat tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah kak.. tak sangka hari keenam tu Allah permudahkan urusan kami.. ikutkan keadaan pada hari kelima tu , mmg langsung tak sangka esoknya akan berjaya... skrg mmg siang malam pun dh tak pakai langsung diapers.. agaknya sebab usia 4 tahun 4/5 bulan ni dah cukup besar jadi mudah nk fahamkan dia...

      Delete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1