Vaksin terbaik ialah vaksin yang paling cepat kita dapat
Al kisah saya ialah salah seorang yang kemain berebut masa nak daftar vaksin AZ haritu.. bersungguh la kita ni pada hari pendaftaran vaksin Astrazaneca(AZ) haritu.. Laptop buka dua, telefon bimbit lagi tekan mana yang sempat berkali-kali, siap minta bantuan beberapa ahli keluarga lagi untuk pastikan dapat pilih tarikh dengan cepat dan berjaya. Akhirnya berjayalah, saya dapat tarikh vaksinasi di WTC pada 21 Jun. Tapi, tuah manusia tak siapa tahu kan. Beberapa minggu lalu dapat pulak makluman bahawa para guru akan diberi vaksin mengikut sekolah masing-masing sebelum sesi persekolahan dibuka kembali. Jadi, selepas mengisi beberapa borang di peringkat sekolah, saya menaruh harapan la nak dapatkan vaksin Sinovac di Shah Alam, dekat tempatnya lagi senang urusan.
Tapi, hari demi hari tak juga berubah tarikh di aplikasi Mysejahtera. Jadi, akhirnya saya ke WTC jugak la dapatkan vaksinasi AZ.. alhamdulillah urusan vaksinasi yang sangat cepat dan dipermudahkan walaupun tempatnya besar dan kena berjalan banyak. Setengah jam sahaja selesai urusan vaksinasi dan para petugasnya sangatla membantu dan cekap. Tahniah dan terima kasih kepada semua petugas yang melayan saya tadi..
Setakat beberapa jam selepas divaksin ni saya tak merasa apa-apa kesan sampingan. Cuma lengan yang dicucuk tu terasa sedikit lenguh. Alhamdulillah walaupun pada malam sebelum saya tetiba merasa takut memikirkan kesan sampingan, akhirnya saya pergi juga dapatkan vaksin dengan doa dan niat untuk menjalankan tanggungjawab sosial saya. Semoga selepas ini lebih ramai rakyat Malaysia mendaftar dan cepat mendapat vaksin dan covid 19 akan cepat hilang dari muka bumi ini, amin.. Usaha mencegah atau mengurangkan risiko bahaya covid kita dah buat kalau kita mengambil vaksin. Apa lagi? Kalau ada yang belum daftar untuk vaksin, sila daftar ya? Tak sakit pun korang, jangan risau dan percaya yang bukan-bukan ya…
Alhamdulillah. Tahniah Aisy.
ReplyDeleteAlhamdulillah .. lega sangat bila dh dapat dos1.. semoga dipermudahkan urusan yang lain utk dapat vaksin juga nanti..
DeleteAlhamdulillah laju awak dapat. Hari ni ensuami (cikgu) cek mysejahtera dapat namanya utk vaksin 26.6..
ReplyDeleteSaya xdapat la lagi, suri rumah 🏠 kot.. tunggu je la.. tempat vaksin dekat, sebelah taman je, hee..
Kalau dah daftar sendiri utk AZ tu, nama kita dah masuk utk vaksin, memang tak dapat dah yg mysejahtera punya. Kes mertua macam tu, dapat offer utk Pfizer (mysejahtera), tapi nama kena block sbb adik ipar dah daftarkan AZ utk diorg..
This comment has been removed by the author.
Deleteabar ya cik nabila, insyaaallah pun xlama panggil walaupun surirumah..lambat atau cepat dipanggil maybe kira rezeki masing-masing lah kan? ada yang lembat tu kena sabarlah sikit menunggunya.. itulah, yg sek kami dh la baru panggil , ditambah pulak kawan lain yg ada tarikh Az masih sama xbertukar .. lega juga utk sekolah kami , terutamanya guru sesi pagi kini dah 80% mendpt vaksin dan mereka tu ialah kawan2 yang sebelum ni belum ada tarikh langsung..
DeleteTahniah Ain. Saya pun tgh tunggu turn AZ ni.
ReplyDeletehiihi... tak lama dah tu Abg Ajib..... geng Az la kita.
Delete