Assalamualaikum.. kembali mencoret kat sini. Ingatkan dah malas nak menulis, tapi kembali kali ni sebab beberapa hari lalu saya ada mendapat email yang bertanyakan sesuatu berkenaan entry lama saya. Terasa dapat sedikit motivasi gitu. Sebagai mana ada ayat yang berkata, walau seorang sahaja pun yang dapat kebaikan daripada kata-kata atau perbuatan kita, itu adalah sumbangan kita.. Alhamdulillah, sesungguhkan hikmah dan ilham boleh datang dalam pelbagai cara dan pelbagai keadaannya.
Antaranya dengan ada rakan yang baik juga merupakan kebahagiaan. Syukur sangat tahun ni walaupun birthday saya jatuhnya semasa masih dalam PKP, namun rakan-rakan baik kirimkan pelbagai hadiah sebagai tanda ingatan. Terharu sangat. Syukur. Semoga Allah kurniakan kebahagiaan dan syutga kepada rakan-rakan saya yang baik ni.
Sebagai mana tajuk entry ni, kebahagiaan setiap orang tak sama. Jadi kita ciptakan algoritma kita sendiri. Latih diri kita untuk bersyukur dan bertoleransi dengan keadaan dan kemampuan kita. Benda yang kita ada ialah yang terbaik dan pastinya ada ramai lagi orang yang kurang daripada kita..
Sebagai penutup, saya paste kan kat sini petikan kata-kata menarik yang saya jumpa di salah satu group telegram.. renung-renungkan
🌾"Jika ada orang bercakap mengenai kita di belakang ,. ✨Itu tandanya kita sudah ada di depan . 🌾Saat orang bercakap merendahkan diri kita ,. ✨Itu tandanya kita sudah berada di tempat yang lebih tinggi .
🌾Saat orang bercakap dengan nada iri mengenai kita , ✨itu tandanya kita sudah jauh lebih baik dari mereka. 🌾 Saat orang bercakap buruk mengenai kita , padahal kita tidak pernah mengusik kehidupan mereka. ✨ Itu tandanya kehidupan kita sebenarnya lebih indah dari mereka .
🌹🌸 Payung tidak dapat menghentikan hujan ...... Tapi dapat membuat kita berjalan menembusi hujan untuk mencapai tujuan"...
Fikir fikirkan
#Senyum... ☺
betul tu. cipta kebahagiaan kita sendiri sebab jalan cerita semua orang tak sama.
ReplyDeleteBetul tu... Hati lebih tenang..
ReplyDelete