Membeli kenangan manis
Assalamualaikum semua..Apa khabar semua? Saya doakan semoga semua yang membaca entry ni berada dalam keadaan baik-baik sahaja.. sesungguhnya semakin merisaukan keadaan di Malaysia ni. Dengan kes Covid masih lagi tinggi, varian Delta Plus dah sememangnya terasa bahangnya di mana-mana. Agaknya selepas dua minggu apalah angka nanti? Memandangkan di beberapa buah negeri dah diberi kelonggaran tu. Semoga semua orang tetap menjaga SOP walau di mana korang berada. Benda bukan main-main ni. Boleh bawa maut .Sedih betul mendengar kes-kes kematian berkaitan covid ni. Lebih-lebih lagi bila mengetahui anak-anak murid sendiri yang sememangnya rapat yang kehilangan ibu bapa kerana Covid.. jahatnya penyakit ni.. Macam manalah anak-anak ni nak menghadapi hari hari seterusnya.
Jangan lupa baca doa ni sentiasa ya. Moga Allah lindungi keluarga kita dan kenalan kita daripada bahaya Covid. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih dan Maha Melindungi.
Bercakap tentang risau bahaya covid ni, kalau terasa bosan di rumah atau ada hari yang tertekan tu, kita tengoklah gambar-gambar lama, telefon orang yang kita sayang atau tontonlah cerita-cerita menarik yang ada. Jangan mengeluh atau melatah. Lebih baik kebosanan dalam sihat, berbanding gembira sekejap kemudian sengsara, tah-tah maut terus.. Menyesal tak guna nanti.
Kenangan manis, jangan terlalu manis
ReplyDeletetakut ada kesan jangka panjang
tak dapat nak ke oversea, kita bawa oversea ke rumah. yang penting happy
ReplyDelete