Secanggih mana pun sistem, error boleh berlaku

Ayat di atas tu selalu saya tekankan bila mengajar tajuk System Development Life Cycle(SDLC), namun bila terjadi kes human mistakes ni memang sakit hati.. kalau anak murid tahu kes cikgu naik meroyan pasal pengendalian manusia ni, malunya lah ni.. haha biasalah kan, sekali sekala isu kecik pun terasa pelik kenapa boleh terasa besar masa tu. Tapi apa pun, ok jelah.. Senang je , saya buat apa yang saya boleh untuk mengelakkan kes daripada terjadi lagi, apa lagi uninstall je apps yang menyakitkan hati tu. jimat duit agaknya sebab tak beli lagi kat situ lepas ni. Haha tak tahulah tu ye ke idok… kan? Buat macam tulah yang mampu, kalau saya orang kenamaan dah pergi buat report polis dah… hahahaha kemain ya sengaja petik isu report polis pada masa tengah hot ini ya…

Ok jom baca isu isu mak pulak. Antara hikmah pkp pkpb dan apa je pk kat selangor ni, umat dalam rumah ni sekarang dah pandai makan menu sama beberapa kali. Kalau biasanya lauk tak abis terpaksa baung terus sebab memang tak ada yang makan lagi. Lagi pun selalunya saya memang masak dalam kuantiti sedikit. Tapi kadang kala kalau tak abis saya lah yang bakal makan lagi sebab sayangkan makanan tu.. tak nak membazir kan? Akhirnya yang gemuk siapa? Eh tu yang geramnya.. suatu masa dulu kalau berat 53kg ni tahap mengandung 4-5 bulan dah.. entah bila nak kurus ni..

Menu berbuka puasa Arafah haritu, ada rendang daging.. kami makan rendang tu sampai ke hari kedua raya.. alhamdulillah, sedap rendang mama buat kan?

Ps: cara psiko anak-anak ialah bagitahu dan tunjuk keadaan pihak yang susah .. rasanya diorang boleh faham dah bila tengok tu, macam berubah cara pemakanan.. alhamdulillah

 

Comments

Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1

JPN KP-12 korang tahu?