Kita bantu apa yang mampu

 Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah, saya perhatikan banyak bantuan daripada  pelbagai pihak sumbangkan kepada sesiapa yang berkenaan semasa tempoh PKP dan pandemik umumnya ni. Ada yang memberi dalam bentuk wang, ada juga yang bagi barang keperluan harian, ada yang meringankan bayaran sepatutnya, ada juga yang belanja makanan, eh macam-macamla. Kreatif juga cara diorang membantu ni. Nampak keperihatinan rakyat kita ni. Syukur ramai yang berkongsi rezeki yang ada dengan insan lain yang memerlukan. 

Selain itu, ramai juga yang mengambil peluang untuk berniaga atau menjadi ejen atau dropship untuk pelbagai produk. Pandemik ni ada jugak baiknya, bila ramai yang membuat pembelian atas talian, ramai juga yang mampu menjana pendapatan dengan peluang perniagaan yang ada ni. Kadang-kadang kita ada situasi yang kita nampak macam seseorang perlu dibantu tapi tak tahu cara apa patut bantu seseorang tu.  Kalau kita tak mampu nak bantu kawan yang macam ni secara langsung atau mungkin kita rasa dia tak susah sangat, kita boleh bantu dengan cara membeli produk yang dia jual. Kira win win situation kat situ. 

Kadang-kadang bantuan sokongan emosi pun dah merupakan satu bantuan besar kepada seseorang. Kalau korang dapat mesej macam di atas pun korang boleh juga membantu kawan korang tu, hihi.. Kita kena faham, kalau seharian di rumah, menguruskan rumah, karenah suami dan anak-anak dan makan minum di dalam rumah je, pasti ada masanya kita tertekan. Jadi, kawan kita tu pun pasti sama je situasi, cuma masanya berbeza. Ada masanya mungkin kawan tu akan bagitahu secara direct apa masalahnya, kita boleh tolong nasihatkan apa yang perlu. kadang-kadang pula, kawan kita mungkin tak bercerita kisahnya tapi cuba mengalihkan perasaan yang tertekan dengan hal-hal lain. Kita layankan jelah apa-apa pun. Walaupun saya tengok kdrama sambil buat kerja rumah, kalau orang tanya apa menarik di Netfliks, saya sebutkan je nama drama yang saya tahu. Kalau dia nak tengok, silakan lah. Padahal saya tahu je kawan yang tanya tu bukan jenis peminat Kdrama pun, tapi layankan sahaja supaya dia merasa kita hargai dia dan juga dapat berada di samping sahabat bila dia memerlukan kita.

Ini pun satu jenis bantuan juga. Kadang-kadang juga kita pun rasa tak tahu apa nak masak. Semua menu macam rasa dah pernah masaknya. Jadi sekali sekala bagi mesej kepada mana-mana kawan tanya apa dia masak pastu kita tak juga masak apa yang dia cadangkan, ya kan? Hahaha...Saja je sebenarnya tu, cari kawan untuk mengisi masa lapang. Perbualan kosong pun boleh menggembirakan hati golongan mak-mak ni. Sayalah tu. kawan cakap dia masak kari ayam, akhirnya saya buat ayam goreng berempah dan sup tulang.. lepas tu, sesama gelakkan bila kongsi hasil masakan masing-masing di Whatapp..



Comments

Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1