Salah teknologi ke salah diri sendiri ni?
Kalau dalam kelas pengaturcaraan, saya selalu ingatkan murid-murid agar menyalin coding, supaya mereka dapat menguasai bahagian pengaturcaraan dengan baik dan menjawab soalan peperiksaan dengan baik. Memang ada golongan murid yang kalau di komputer kemain hebat pengaturcaraannya.. Ada error je dia tahu kat mana nak baiki sintaks tu. Tapi lain halnya pulak bila menjawab soalan peperiksaan, kadang-kadang diorang tak jawab dengan tepat pun. Saya pun beri amaran keras, salin coding part ni supaya tangan dan otak kamu dapat ingat benda ni masa menjawab soalan peperiksaan nanti. Apa taknya , diorang ni nak yang mudah aja, semua dicetaknya. Akibatnya bukan baca sangat pun nanti. Haha, mujur murid tak ada tanya, logik tak ayat cikgu pasal tangan dan otak ingat coding tu!
Cikgunya ni pun sama. Al kisah saya pergi servis kereta Selasa lalu, bila hulur kad untuk bayar, masukkan pin dua kali tak boleh, jadi akhirnya buat pemindahan wang secara internet banking sahaja. Ah sudah, lupa pin weh. Lama juga saya fikir nombor pin semasa di kedai servis haritu. Lepas tu saya fikir, macam mana tak lupa pin, rasanya last guna kad untuk keluarkan duit ialah pada dua bulan lalu. Selain tu, saya banyak buat urusan atas talian, atau wave kan sahaja berbelanjaan untuk yang tak melebihi RM250. Kalau sekali sekala keluar pun parking bayar secara aplikasi touch n go. Kalau beli di food panda pun bayar tak perlu tunjuk duit pun. Ikutkan barangan basah pun boleh beli atas talian dan kedai yang berdekatan ni akan hantar ke rumah lepas kita bayar. Isi minyak sekali sekala pun guna apps Setel, pun tak kena tunjuk duit. Logik la lupa no pin kan?
Kot otak n tangan saya ni akan ingat pin kalau pergi ke mesin ATM, macam tu ke? Ai, malas la pulak rasanya ni.. nantilah kalau ada keperluan saya cubalah ke mesin ATM .. kalau dah agak pelupa, memang wajar tulis nombor pin tu kat mana-mana tempat ya? Cashless konon, Aiii... salah sendiri lah ni😅
Zaman sekarang ni jangan katakan pin, nombor telefon keluarga sendiri pun selalu lupa sebab selalu call atau text aja. Huhu
ReplyDeletehaha.. ye jugak ye.. tak risau lupa no fon sb ada dlm cloud kalau nk cari kan... kalau sampai ke akhirnya tak ingat no pin ni lagi susah hidup... haha ye dok?
DeleteHihi.. lupa pin adalah normal.
ReplyDeletehaha... kalau saya lupa pin baru berlaku ni.. kalau lupa password utk website berbeza tu selalu je, xberapa hairan sgt.. request lah password baharu ..
Delete