PDPR : Pro and Cons
Assalamualaikum semua..
Di kala sesi PDPR hampir melabuhkan perjuangannya ni, saya terasa nak mencatatkan sedikit pengalaman sendiri, anak-anak dan rakan-rakan terdekat. Kiranya setahun ni banyak juga yang boleh dicatatkan di sini. PRPR ni benda yang baru jadi pasti banyak kesan baik dan buruknya. Bukan sahaja guru, murid-murid pun dah terbiasa dengan kaedah pembelajaran secara bersemuka. Siapa sangka bila datang pandemik ni, dalam sekelip mata je kaedah pembelajaran atas talian menjadi kemestian buat semua, kan?
Pertama, saya perlu ceritakan yang saya rasa kagum bila melihat sikap ingin tahu murid-murid yang sangat tinggi melalui kaedah belajar secara Google Meet ni. Buktinya kelas-kelas saya untuk subjek-subjek penting sentiasa penuh murid. Mungkin juga kerana sekolah saya di kawasan bandar, dan latar belakang murid kebanyakannya memang mempunyai pelbagai gadjet yang menyokong sesi pembelajaran secara maya ni, alhamdulillah dari segi kehadiran. Bercakap tentang sikap ingin tahu ni, ada segolongan murid yang mengkaji aplikasi google meet ni dan daripada kajian mereka tu terdapat beberapa kejadian yang "menarik". Antaranya, ada murid ni yang akan join link yang diberikan oleh guru seawal yang mungkin dengan tujuan dia dapat jadi host. Amboi, hebatkan diorang ni. Ya, pada mulanya saya tak tahu benda ni besar kesannya. Masa tu saya belum buat setting host, jadi kalau murid join link dahulu sebelum guru, maka murid boleh mengawal sesi google meet tersebut seperti, boleh menghalang guru memaparkan slide, me'mute'kan murid lain dan lain-lain. Pernah sekali terjadi, saya cuba nak mengajar dan memaparkan slide tapi saya langsung tak boleh menggunakan fungsi present slide. Pada masa tu saya tengah mengajar di kelas gabungan, bila tanya dan minta enablekan pembentangan saya, tiada seorang murid yang mengaku. Jenuh jugak la masa tu. Terus saya panik, maka selepas tu memang semua kelas saya setkan host dan tak membenarkan murid masuk sebelum guru. Satu lagi kejadian lain ialah murid yang masuk awal juga, yang sorang ni budaknya baik dan dia tak menganggu kelas saya tetapi dia bertindak sebagai pembantu guru. Masa saya tengah mengajar dia akan repost link kehadiran, dia juga akan me'mute'kan murid lain yang kerap menyampuk semasa guru sedang mengajar. Kejadiannya tu, saya sedari hanya selepas kelas apabila saya tengok ruangan chat. Ada beberapa murid yang mengadu dia cuba nak tanya tapi mic nya tak berfungsi. Katanya lagi di kelas sebelum tu, dia boleh je tanya guru menggunakan microfon. Ha, sah ini kerja si 'A' sebab dia yang paling awal masuk masa tu.
Berkaitan dengan isu murid menjadi host sesi google meet juga, pernah terjadi di sekolah saya. "Murid" yang tidak dikenali menjadi host, lalu di'enable'kan guru dari memaparkan skrin, sebaliknya dia pulak papar slide yang berunsur tidak baik. Dahsyat betul kejadian ni. Sampaikan semua guru di sekolah kami mengambil iktibar selepas kejadian hari itu yang kekal misteri siapa pelakunya.
Ok, seterusnya saya rasa sesi Pdpr ni sangat membantu pembelajaran murid, kerana di saat negara dilanda pendemik ni murid masih dapat belajar seperti biasa. Jika murid memang memberikan tumpuanlah, kan? kalau sebagai guru, saya suka juga bila pada satu sesi pdpr saya boleh mengajar 100 orang murid sekali gus. Biasanya kalau kelas semuka, bilangan ini ialah untuk 3 buah kelas, bermakna 3 masa yang berbeza. Dari segi pengurusan masa guru menjadi lebih pendek namun sesuai dengan masa persediaan yang lebih lama untuk mengajar pdpr ni.
Tak lupa juga kat sini saya nak sebut kegigihan guru sekolah agama anak-anak saya yang dari awal melakukan kelas secara google meet, sampaikan ada guru yang melakukan kelas yang sama dua sesi kerana mengambil kira keadaan murid. Gigih betul ustazah-ustazahnya tu. Alhamdulillah anak-anak dapat belajar dengan baik.
Akhir sekali, saya syukur sangat kerana sesi Pdpr dah nak abis, insyaAllah moga lepas ni tak kena pdpr lagi .. Kekangan masa bila bekerja dari rumah ni sememangnya buat kita bersyukur kalau dapat bekerja macam keadaan biasa. namun, siapalah kita nak mempersoalkan keadaan ni kan? Apa-apapun, teruskan perjuangan dengan tabah dan fikir dugaan sebagai satu peluang yang allah berikan untuk kita.
Alhamdulillah akhirnya dah nak abis Pdpr di Malaysia. Tahniah Aisy.. dpt melaluinya dgn baik. Moga Allah memberi pahala berganda2 hingga ke liang lahad buat semua guru2 yg bertungkus lumus, kwn I kata nak mkn pun sampai tak sempat sbb layan masalah2 murid on line.
ReplyDeletealhamdulillah, rasa lega ni... Ha, memang salah satu rasa beban baru bila mcm 24 jam dpt msj jika berkenaan.. penah sy berwasap dgn beberapa murid sampai jam 2 pagi sb kerja projek yang ada masalah....
Delete