Tp-link Mesh Wi-Fi System untuk internet lebih laju



Ini sekadar berkongsi pengalaman, bukan ditaja pun. Zaman kena WFH dan study online ni internet yang laju merupakan satu keperluan utama. Setujukan? Bayangkan ibu kena mengajar secara online, ayah kerja dari rumah dan dua orang anak belajar secara online. Dah berapa devices pakai serentak tu. Sambil-sambil tu telefon masing-masing pun pakai internet juga.  Pengalaman saya, kalau tengah mengajar, ada gangguan tu memang terasa sentap dan terganggu. Tetiba dapat mesej , " Teacher, where are you?". La, dah dua slide aku syok sendiri rupanya... Haru kena mula balik sambil tersipu-sipu. Kesian anak murid juga. Hilang fokus jadinya. Walaupun lokasi kat bandar, pakai unifi yang laju pun gangguan sekali sakala ni memang boleh terjadi. Sila percaya, saya dah pernah terkena dua kali. 

Itu kejadian tahun 2020 semasa kami masih lagi pakai d-link router berwarna hitam ada empat tanduk tu.. Sejak tukar router jenis baharu iaitu Mesh Wi_Fi System ni alhamdulillah setakat ni belum ada masalah. 



Inilah bendanya.. Sekadar berkongsi kot ada yang sedang berfikir nak mencuba mencari alatan baharu yang lebih stabil. Bagi yang menggunakan unifi boleh beli dengan kontrak bulanan unifi, bayaran cuma Rm30 sebulan je. Selain daripada tu, boleh dibeli di Lazada atau Shoppe juga. Lagipun pada masa PKP ni kita banyak menghabiskan masa di rumah, maka kalau ada alatan macam ni memang seronok nak menonton cerita di Netflik, nak tengok dokumentari di youtube, nak berzumba sambil menonton video youtube atau nak bermain online games... Satu kotak tu ada datang dengan 2 devices jadi sesuai letak di tingkat atas dan tingkat bawah satu bagi yang tinggal di rumah dua tingkat. Kan bagus, aman sikit urusan kita. Nak pakai sekali gus banyak-banyak alatan pun tak pe..

Nak install wifi ni pun mudah je, korang boleh tengok video yang diberikan.. 


Ok, sebelum kena kecam elok saya nyatakan kat sini, selaju mana internet pun, paling utama kita pastikan semua ahli keluarga tetap faham kepentingan gadet dan alatan sambil tidak mengabaikan nilai-nilai kekeluargaan. Entry ini sekadar membantu, kot ada yang mencari info tentang capaian internet yang laju. Semoga membantu.....sharing is caring
 

Comments

  1. Replies
    1. sharing is caring kan.. orang kata nak seribu dalih, kalau tak nak mcm2 dalihnya...

      Delete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1