Kami dapat kotak putih
Alhamdulilah syukur.. Bahagianya sangat rasa bila dapat bekalan makanan sekotak besar kiriman bonda dari kampung.. ya Allah terharunya...kat dalam tu macam-macam ada .. ketupat palas siap frozen hasil tangan nenek untuk cucu-cucunya yang diingati selalu, terutamanya anak saya si abang tu yang pasti makan berbelas biji ketupat neneknya setiap kali balik ke Pasir Mas. Belas biji tu untuk sekali dia makan tau. Selain tu ada gula nisan, ada juga asam keping, ada serunding daging, ada serai , ada lagi makanan untuk kunyahan anak-anak hasil produk kelantan yang biasa kami beli kalau balik kampung… rasa seronok dapat kotak ni macam rayalah rasanya…bagus sangat perkhidmatan kurier LINE CLEAR ni, sangat cepat servis penghantaran barang dari Pasir Mas ke Selangor ni dalam masa sehari atau kurang 24jam. Semenjak PKP ni rasanya mak saya dah poskan barang 3 kali menggunakan perkhidmatan LINE CLEAR ni, sangat puas hati. Pos dari Pasir Mas jam 3 petang, esoknya jam 12 tengah hari dah saya terima.. Terima kasih abang-abang petugas yang cekap..
Cepatla covid ni hilang dari muka bumi. Kami nak kembali macam sedia kala. Boleh balik jumpa ibu tersayang. Boleh keluar jalan-jalan hujung minggu. Boleh merasai suasana lain selain rumah sendiri.. dan macam-macam lagilah.. jangan kata orang dewasa, anak-anak pun dah kebosanan kat rumah. Ada hari saya perhatikan nampak diorang ni kebosanan sangat..sesungguhkan kesan pandemik ni sangatlah besar, dugaan Allah, moga kita semua tabahlah nak menghadapi saat-saat ini.
Bercakap pasal tanda-tanda anak-anak pun kebosanan , saya perhatikan salah satu tandanya ialah apabila diorang asyik buka peti sejuk, kadang-kadang bukan ambil benda pun... berapa banyak kali buka tu, rasanya memang tak terkiralah, sampai dah tak sejuk peti sejuk tu. Nasibla kena pulak rosaknya masa pkpb ni, tengok jelah ya.. mujur kami ada freezer untuk simpanan lauk jadi untuk bekalan bahan masak tak ada masalah. Cuma stok makanan anak-anak dalam beberapa hari ini memang tak banyaklah.. makanan biasa yang pasti ada dalam peti sejuk tu seperti vitagen, milo kotak, kek, nata decoco terpaksa ditiadakan buat masa ni.. padahal itu semua makanan minuman kegemaran anak-anak. Juruteknik yang datang periksa peti sejuk tu kata perlu hantar ke servis center kerana peti sejuk masih berada dalam warranty. Jadi, bertahanlah ya buat sementara..
Ok, sebelum saya tamatkan catatan kali ni, jom baca petikan di atas, kredit kepada Michael Ang, well said !!! kena sama-sama memainkan peranan masing-masing ya. Jangan jadi kaki hasut atau jangan komen orang sesuka hati kalau pasal isu kesihatan global ni... Jom vaksin semua !! Barulah kita boleh kembali ke keadaan yang lebih baik..
Dah rindu norma lama
ReplyDeleteya betul wak.... semoga keadaan cepat ok di Malaysia ni jadi kita dapat kembali ke norma lama cepat
DeleteBarang² makanan yg favourite kat kampung tu, yang mana boleh beli, semua pulun kat Shopee, 😂. Nasib la ada orang kampung yg jual² kat Shopee. Terubat lah rindu nak makan itu ini yg ada kat kampung tu🥰
ReplyDeleteHaha.. saya pun ada beli kat shoppe jugak..bila tekan2 di shoppe tu tgk2 sampai dpn rumah, best… tp lain happynya bila mak yg hantar, kasih sayang tu excitednya semacam..
Delete