Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Food panda memang memudahkan kita kan? Lagi-lagi zaman covid ni, daripada ambil risiko ke kawasan ramai orang, lebih baik kita tunggu je makanan di rumah. Kalau kawasan yang memang ramai penduduk tu, masyaAllah meriahnya menu di food panda. Tak payah keluar rumah, tengok-tengok aja makanan dah sampai depan rumah. Nak bagi makanan pada orang pun boleh, kau masukkan je alamat orang tu dan bayar, maka sampailah makanan kepada kawan , kepada anak saudara ke atau apa sahaja tujuan kita. 

Al kisahnya harini saya nak kongsikan kalau berlaku kepada korang. Saya buat pesan makanan melalui foodpanda , kemudian dapat notification rider dah nak sampai.. Saya memang biasanya nak mudahkan rider tu, siap minta anak tunggu depan pintu. Bila dah 10 min berlalu anak masuk dengan muka masam, "mama tipu, mana ada pun" . Terkejutlah kan, biasa memang kejap je sampai kalau dah dapat notification macam tu. Ok, mama tengok telefon kejap. Patutnya ada status rider kat mana kalau belum dihantar, eh ni tak ada pulak. Rujuk email, sebab biasanya kalau dah dihantar, kita akan dapat email mengatakan pesanan kita dah diselesaikan. Memang dah ada dalam email pun. Eh, apa yang dah berlaku ni? ok, tak apa, bukan beli banyak pun, kita tunggu dulu kejap maybe rider tu salah alamat kot. Setengah jam berlalu masih tak ada apa pun. Rasanya kena buat tindakan ni,  bukan sengaja nak mengenakan rider atau foodpanda, sememangnya benda dipesan tak sampai, maka perlulah buat aduan supaya pihak berkenaan dapat mengatasi masalah ni daripada berulang. kan?? Kita pun tak rugi, kan...




Jadi, kalau korang mengalami keadaan ini, boleh rujuk ini untuk membuat tindakan lanjutnya. Kali pertama terjadi kepada saya ni. Namun alhamdulillah dipermudahkan urusannya. Korang rujuk aplikasi food panda, cari help center , my orders, kemudian pilihlah masalah yang korang hadapi..


Korang kena stay dalam chat tu tau.. ada pegawai yang akan bantu. Alhamdulillah dalam beberapa minit, saya telah dihubungkan dalam talian chat tu dengan pegawai yang bertugas. Pegawai ni menghubungi rider untuk menyiasat apa yang berlaku dan dia menawarkan refund untuk penyelesaian kes saya ini. 
                                                         

Dalam 20 minit macam tu selesai kes.. Alhamdulillah masih ada rezeki, dapat refund dalam masa 24 jam sehingga 14 hari bekerja.. okla tak hangus macam tu sahaja. Harapnya rider tu tak apa-apa.. Tak pastilah apa yang berlaku sebenarnya, apa-apa pun moga Allah permudahkan kerja dia jugak.. 

Comments

  1. Kat sini plak pernah, bangun pagi tetiba ada sesuatu depan rumah.. padahal kami tak oder pun malamnya. Of coz bukan.. sbb hinzir panggang (sbgmana tertulis di bungkusan.). Agaknya kes runner tersilap alamat la kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi, macam tu pun xnk kan.. kesian owner asal dia tu (hihihi).: byk sgt nk dihantar kdg2 tak daapat elak dari salah hantar agaknya kan?

      Delete
  2. Tak pernah lagi terjadi. Thanks share. Maybe rider tu ada emergency kot. Harap dia tak terlibat sebarang masalah kalau betul dia jujur

    ReplyDelete
    Replies
    1. entahla apa jadi kat dia... kita bersangka baik sajalah.. kalau mmg tak ada rezeki nak buat macam mana kan? tak pun kalau dia mengambil kesempatan, Allah pasti tahu..

      Delete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?