Posts

Showing posts from December, 2013

Mulakan dengan bismillah

Image
Nampaknya tahun 2013 tinggal beberapa jam lagi. Kita di bumi Malaysia ni dah tak lama nak masuk waktu Asar pun. Bersyukur kita dapat teruskan kehidupan dengan insan-insan yang kita sayangi. Saya hari ni berada di sekolah untuk sesi orientasi pelajar tingkatan satu. Hari ni kerja bahagian sambutan, jadi merempitlah saya dari rumah pagi tadi. Mujur sampai ke sekolah pada pukul 7.25 masih awal lagi untuk bersedia. Setiap tahun pun, di majlis macam ni, saya selalu tersentuh melihat kerjasama dan penglibatan ibu bapa. Cukup ramai ibu bapa yang meluangkan masa untuk menghantar anak mereka ke hari pertama di. sekolah. Ada yang datang tu dengan bawa bersama anak yang masih bayi. Ada pula yang kelihatannya cukup prihatin, pelbagai persoalan ditanyakan sampai guru tingkatan pun pening nak menjawab. Apa-apapun, semua ni tak lain tak bukan, menunjukkan para ibu bapa memang prihatin dengan pendidikan anak-anak mereka. Kehadiran ibu bapa melebihi jangkaan. Para pengawas kena letakka...

Hakikat kehidupan

Image
Mama sibuk nak lengkapkan buku rekod, Nazif pun menyibuk sama. Nak tak nak, kena bagi dia kertas dan pen juga. Kalau tidak, berkali-kali Nazif tarik pen dan buku mama . Hasilnya...... Kertas penuh contengan...bagus..tahu kawasan .. Tengok tikar... juga diconteng...tak pe, tikar tu murah je... Yang paling tak tahan, kaki Nazif juga penuh contengan....Ai, dik, tak sakit ke? Cepat pula dia... mama baru tulis suku je, dia pulak dah siap conteng macam-macam. ........ Nota cinta:  # Esok hari terakhir mama ke sekolah sebelum mula sesi 2014. Terima kasih Papa N sebab jadi Mr Mama selama 5 hari ni.  # Hari ni saya rasa geram sangat dengan diri sendiri atas kelupaan yang berlaku. Berkali-kali tanya diri, kenapa? Apa ni? Apa masalah? Mungkin juga boleh dikelaskan sebagai kesilapan .. Namun, cuba positifkan diri, anggap tiada manusia yang sempurna. Insya Allah saya akan cuba elakkan lupa lagi dan kepada sahabatku, jika terbaca ni, ampun beribu ampun. Ma...

Rancangan menyepah

Nak menyepahkan rumah pun ada rancangan, haa.. kelakar perbualan Naim dan Nazif pagi tadi. Sebelum masuk ke bilik air, saya pesan kepada Naim, " Naim jaga adik ya". "Ok," jawab Naim. Bila dah masuk ke bilik air, dari dalam saya dengar suara Naim, " Adik, mama tak ada. Jom kita buat sepah ". Perancangan baik dua beradik. Patutla rumah kita tak kemas. Korang siap buat rancangan nak sepahkan rumah ye, rupanya. Adik yang kecil ni pun ikut je abangnya... Gambar hasil rancangan menyepah ni, tak payahla tunjuk ya...kisah biasa bila ada anak kecil.

Tidur dari 9 malam hingga 6 pagi

Image
Hebat betul kuasa tidur. Mula golek-golek di tilam pada jam 8.45 malam, sambil  pujuk Nazif tidur sama dengan mama. Memang tak lama, Nazif pun lena. Mamanya apa lagi, terus pejamkan mata. Memang itu pun tujuan asal. Tak sangka dapat tidur lama. Bila ada  anak dua ni jarang sekali saya tidur lama. Lagi satu, mana pernah kami tidur  seawal pukul 9 malam. Dua Ahmad ni selalu main sampai pukul 1 pagi, biasanya. Jadi 9 malam ni macam pukul 5 petang diorang, semangat lagi nak main..Semalam, rasanya Naim pun tidur lebih kurang masa kami tidur. Saya terjaga untuk cas hp sekitar pukul 10.15 malam, saya tengok Naim pun dah tidur. Bukan ada apa aktiviti lasak yang dibuat pun seharian. Kalau saya, mengantuk sangat sebab dua malam tak cukup tidur. Malam Jumaat tu tak lena tidur sebab memikirkan masalah minit mesyuarat. Malam Sabtu pula sempat tidur dua jam setengah sahaja sebab anak-anak main sampai pukul 2 pagi. Mamanya kalau ada hal penting, pukul 5 pagi dah tak boleh peja...

Cerita pendek

Image
1. Kenapa kena ada mesyuarat? Siapa yang suka masuk mesyuarat formal? Angkat tangan?..meh nak bagi hadiah, rajin  tu... Secara ikhlas, saya mengaku yang saya memang jenis tak seronok duduk di dalam mesyuarat. Lagi-lagi kalau mesyuarat yang berpanjangan dari pagi sehingga ke petang.. ditambah pula tugas saya sebagai pencatat, alangkah kurang seronoknya.. kalau mesyuarat tingkap, saya tak kisah. Memang suka pun walau kena dua tiga jam..haaa.. kaki gosip nampaknya.. Bekalan masa mesyuarat sepanjang hari ni.  2. Mengada-ngada ke nak perhatian lebih? Naim ni kalau ada benda yang dihajatkan, tapi tak dapat, boleh tengoklah dia buat perangai. Kami suami isteri dah pakat tak nak layan sangat kalau dia buat perangai macam tu. Sengaja alihkan perhatian dia dengan benda lain. Tengok gaya dia minum air tu, pasti korang takkan sangka yang Naim baru lepas menangis bersungguh-sungguh dan gaya tangisannya kalah Nelydia tau..tengok je air ni strawberi ni sampai ke m...

Sekadar meluah

Image
Tadi kami ke Shah Alam, ada urusan di pejabat kerajaan. Kecewa betul. Nak salahkan siapa pun rasanya tak boleh. Masing-masing mengambil kesempatan pada masa cuti ni nak selesaikan urusan yang berkenaan. Orang lain ada hal, kita pun ada hal, jadi bab kesesakan ni saya faham dan boleh terima lagi. Tapi, staf yang berkenaan bukankah sepatutnya lebih memahami keadaan ini? Kenapa tak disediakan lebih kaunter untuk melayan pelanggan yang beratur sehingga ke koridor? Kenapa daripada 8 kaunter, cuma empat sahaja yang dibuka, sedangkan tahu pelanggan yang sedang menunggu macam sardin? Kesian bagi pelanggan di usia emas atau yang ada anak-anak kecil seperti saya ni, terpaksa juga berhimpit dengan pelanggan lain yang ada. Akhirnya saya balik tanpa siap urusan yang sepatutnya. Apa nak buat? Kedua Ahmad ni dah mula mengamuk kegelisahan dihimpit tidak selesa. Lain kalilah nampaknya. Kerusi pun patah tak berganti... sedih! 

Lepak dengan pembaca tegar

Image
Sebelum dua pembaca tegar blog saya ni pindah ke asrama, hari Sabtu yang lalu kami sama-sama jalan-jalan cari makan di Times Square. Mulanya nak ke Aeon AU2, tapi rasanya dekat sangat dengan rumah budak berdua ni, jadi saya pilih nak bawa budak berdua ni ke Times Square. Saja nak meraikan Ewin dan Wel ni. Ibu ayah diorang dah bagi hadiah yang amat bagus, jadi mak cik belanja makan sahajalah ye.. Dua pembaca tegar yang menjadi silent reader di blog saya ni. Bermula dengan menulis syok sendiri, diorang ni selalu baca dan berikan respons kepada perkembangan Naim dan bila ada Nazif, kisah dua beradik ni berterusan  menjadi perhatian kedua-dua kakak sepupu ni.  Agaknya perasaan diorang ni bila baca kisah Naim dan Nazif ni macam perasaan saya terhadap diorang masa kecil-kecil dulu.  Masa tengah belajar dulu, kalau sekali-sekala datang ke rumah diorang ni, saya cukup gembira tengok anak buah yang comel dan bijak. Macam Wel, dia mula bercakap masa usia 4 tahun. I...

Roti gatai

Image
"Mama, nak roti gatai".. "Mama, cepatla masak roti gatai. Naim lapar ni".. Mau tak terkejut saya, tiba-tiba Naim minta roti gatai. Apa benda ni? Siap dia tarik-tarik tangan mama lagi, semata-mata nak paksa mama masuk ke dapur. Tiba-tiba saya teringat pasal roti canai segera yang ada dalam peti sejuk. Saya pun tanya Naim, "Naim nak makan roti canai ke?". Rupanya Naim minta nak makan roti canai. Haa.. lucu kan? Canai dan gatai , kan jauh beza bunyinya tu? Ni ha..roti gatai yang Naim nak. Makan cicah gula halus. Habis sekeping dimakannya petang ni, sambil menonton kisah Upin,  alhamdulillah. Kalau benda yang dia minta selalunya memang habis dia makan. Berbaloilah juga mama masak roti ni..

Beli kereta mainan secara online

Image
Assalamualaikum semua.. Makin banyak benda masuk dalam senarai tugas saya sejak beberapa hari ni. Nak kena buat. Nak kena pertimbangkan. Adoi...mamanaimnazif.. jangan stress. Tarik nafas hembus..tarik lagi. Hembus lagi. Nak kena habiskan satu satu kerja tu. Kerja keluarga ke kerja pejabat ke, pasti boleh siap. Insya Allah, kena yakin barulah dapat buat kerja yang baik.. Tapi pagi ni saya tak stress pun. Ceria bangun pagi sebab tengok ada bungkusan di atas meja. Kereta mainan yang dipesan daripada Nina dah sampai. Seronoklah Naim main nanti. Memang setakat ni minat utama Naim ni ialah kepada kereta.. setiap kali keluar pun kalau boleh dia memang nak beli kereta. Tak kiralah kereta kecil, kereta besar, berjenama atau tidak, asalkan anak beranak kereta pasti dia akan suka. Set ni banyak, ada 10. Saya ingat nak bagi Naim main sikit-sikit dulu. Kalau terus bagi banyak dia tak main elok-elok nanti. Bagi satu atau dua dulu. Sesiapa yang berminat nak beli mainan, boleh...

Akhirnya...renew roadtax

Mujur ada kawan meneman, akhirnya ada masa nak pergi memperbaharui cukai jalan kereta. Alhamdulillah.. tak la rasa takut lagi nak memandu dengan tertampalnya benda ni kat cermin depan... Mentang-mentanglah tahun ni kali pertama bayar sendiri sebab dah habis bayaran dengan bank, asyik tangguh je nak bayar benda ni.. mujur tak ada terjumpa dengan si baju putih dalam 3 minggu ni.. Padahal boleh je guna myeg untuk perbaharui cukai jalan, kan? Tak canggih betul mamanaimnazif ni..

Pengalaman yang tak dapat dibeli

Image
Macam yang saya bagitahu sebelum ni, Sabtu lalu kami balik ke Tapah untuk majlis tahlil arwah Opah. Bila ramai saudara mara berkumpul bersama, macam-macam peristiwa menarik dapat dialami. Yang paling seronok dalam perjumpaan ini pastilah anak-anak di generasi ketiga  atau generasi keempat dalam  keluarga arwah Hj Zainuddin. Mirul ( berbaju biru) bawa satu beg besar penuh dengan pelbagai jenis pistol. Sama besarnya dengan beg orang yang nak pergi berkhemah seminggu. Macam pembekal senjata pula. Jadi, ada masanya huru hara rumah bila semua anak jantan ni main tembak-tembak. Naim seronoklah angkut mana-mana pistol yang abang-abang atau pak ciknya tak main.  Malam ke siang sama je. Masa dah bentang toto nak tidur pun, diorang sempat lagi main kejar-kejar dan baling bantal yang ada. Sampai kena jerit dengan Opah Su baru semua nak diam. Buat muka sedih masing-masing bila dipaksa tidur. Naim ambil peluang cuba naik motor Atuk. Best katanya...

Bakal pejuang mama

Image
Dah tengah malam, anak-anak tak nak tidur lagi, jadi mamanya pun pastilah tak boleh tidur juga lagi. Mulalah saya risau kot esok bila ke sekolah saya akan menguap-nguap kesan tak cukup tidur ni. Berkali-kali usahakan supaya budak berdua ni lena tapi tak juga ada yang menunjukkan tanda nak pejamkan mata. Makin kita nak pujuk diaorang ni tidur, nampaknya makin aktif pula diorang. Ada saja gelagat yang buat mama ketawa atau pun jeritkan. Macam tadi, Papa N cakap dengan Naim, " Naim, esok mama sekolah. Naim dan Adik, papa jaga tau, kena dengar cakap papa." Selamba je Naim jawab semula, " Ok, baik. Esok Naim jaga Adik. Naim jaga papa.. Ok". Sweet je rasanya budak kecil cakap nak jaga papanya dan adiknya.. haha.. ada gaya nak jadi pejuang negara tak? Sempat Naim posing dengan mask dan pistol pinjaman..

Petua masak banyak tetapi sedap

Image
Ilmu yang saya belajar semalam semasa menolong masak untuk kenduri. Bukan nak jadi chef hotel pun, saja nak tambahkan ilmu pengetahuan tentang masakan, di sambil kalau dapat dipraktikkan masa ramai tetamu di rumah, pun bagus juga. Apa taknya, saya ni kalau masak untuk dua orang makan, ada rasa lagi. Kalau masak banyak daripada biasa kuantitinya, selalu ada masalah tentang rasanya.  Petua yang sempat dipelajari: 1. Menumis bawang dalam kuantiti yang banyak, perlu ada minyak yang sesuai dan menggunakan api yang besar supaya bawang masak sempurna kesemuanya. Ha.. baru masakan korang sedap jadinya....kalau bawang tak masak, memang hasilnya tak sedap masakan tu.  2. Masak sayur dalam kuantiti banyak, contohnya kacang, kena dipotong sseserong yang boleh. Barulah awasnya akan masuk sekata ke dalam belahan sayur ni.. 3. Masak benda berkuah cair, macam tempoyak atau asam pedas, pastikan kuahnya sudah cukup rasa dan masak sebelum masukkan ikan. Hasil...

Rombongan Cikgu Rok : masuk dusun

Image
Kami balik ke Tapah minggu ni. Ada kenduri sikit tengah hari tadi. Lepas kenduri tu, Cikgu Rok ajak kami pergi ke dusun buah-buahan milik dua orang abang Cikgu Rok di Behrang. Saya tak lepaskan peluang. Ikut aja. Bila lagi nak merasa masuk dusun, kan? Jadi, maka pergilah kami 7 beranak termasuk Naim dan Nazif mengikuti rombongan Cikgu Rok ni. Rugi siapa yang tak ikut tadi..tengoklah buah ni.. isi segar dan besar... Sampai sahaja ke dusun berkeluasan 6 ekar ni, mata dijamukan dengan pemandangan dusun yang bersih dan pokok-pokok pulasan sedang mekar dengan buahnya yang penuh. Tak terkata gembiranya melihat betapa banyaknya buah pulasan yang sedang memerah di berpuluh-puluh pokok yang ada. Bak kata Mak Ndaq, "boleh duduk je bawah pokok dan tadah je mulut untuk makan buah yang banyak ni." Tanpa buang masa, kami terus turun dari kereta dan serbu pokok-pokok pulasan ni.  Bukan saya je, saya jeling tengok Cikgu Rok, Mak Ndaq dan MIL pun macam kegi...

Hani Homestay : Homestay selesa di Melaka

Image
Assalamualaikum semua... Rasanya minggu cuti sekolah yang dah hampir nak habis ni, ramai yang mengambil kesempatan untuk bercuti bersama ahli keluarga. Di sini saya nak berkongsi tentang Hani Homestay, yang sangat selesa untuk dihuni sekiranya anda berkunjung ke Melaka. Saya dan keluarga menginap di homestay ni semasa Hari Raya Haji yang lalu. Rumah Semi-d baru di Bukit Katil, Melaka yang serba dekat dengan tarikan di Melaka. Jika menginap di sini anda mudah jika hendak ke Zoo Melaka, Taman Burung Melaka, TaMan Buaya, Melaka Wonderland, Bayou Lagoon, MITC dan lain-lain. Rumah semi-d, jadi ruang tamu cukup luas dan selesa. Korang nak bergolek dan berlari pun boleh.  4 bilik tidur yang luas dan selesa.. Jadi, kalau ke Melaka dan mencari homestay yang selesa dan lengkap dengan kemudahan untuk memasak, Hani Homestay boleh dipilih.  Bayaran semalam : RM 250 (weekend) RM 200 ( weekdays) Berminat : Hubungi Azman ( 012-7562920)

Taklah kecewa sangat penyokong pasukan Malaysia

Image
Ramai yang dah tengok perlawanan bola petang semalam, kan? Peminat bola seperti suami saya duduk di hadapan tv dari awal hingga habis perlawanan. Kagum betul dengan semangat diorang ni. Isteri yang memahami ni siang-siang dah pesan, " kita makan kat luar jelah bang. Nanti boleh abang tengok bola dengan aman. Tak payah abang jaga anak masa ayang masak". Bijakkan kat situ? Boleh bergoyang kaki.. Saya lepak je kat dalam bilik. Malas nak jadi penonton sama. Bila dah habis baru Papa N datang dan lepas tu baru kami keluar cari makan. Mencuba burger bakar di Puchong Utama pula kali ni. Mujur peminat bola ni berpuas hati dengan rasa burger ni. Sepanjang perjalanan pergi, banyak saya dengar ulasan pasal bola. Saya iyakan saja. Malas nak menambah. Dah keputusannya macam itu, kita redha sahajalah apa takdirnya. Tahun seterusnya cuba lagi.. Wajah tiga beranak ni makan semalam. Gelak tengok budak kecil baju biru tu minum air. Bersungguh-sungguh bangun nak menghabiskan s...

Kejayaan dan penghargaan

Image
Tahniah kepada Nadirah, anak Kak Ja saya yang mendapat 8A dalam PMR. Seronok mendengar kejayaan anak buah yang lebih dikenali dengan nama Ewin ni. Terus saya bagi mesej dengan Ewin, kata nanti adiknya balik ke KL mak ciknya ni nak belanja diorang sempena kejayaan dalam PMR dan UPSR. Masa saya dulu, ibu diorang beberapa kali juga bagi saya hadiah, walaupun keputusan peperiksaan saya biasa je. Masa PMR rasanya saya dapat jam tangan emas berjenama Alba sebagai hadiah. Sayang sangat dengan jam tangan tu. Rasanya memang tahan lama jam tu. Bertahun saya pakai. Bagi remaja masa tu rasa hadiah macam tu dah hebat sangat. Rasa bangga je pakainya. Sebenarnya bila bercakap tentang kejayaan ni apa yang pentingnya ialah ada penghargaan kan? Nilainya besar, mahal ayau murah itu perkara yang kedua. Kalau mendapat kejayaan, ucapan tahniah daripada orang lain itu pun dah cukup menggembirakan hati seseorang.  P/s : Apa hadiah dan daripada siapa yang pernah korang dapat yang buat korang rasa gem...

Kisah pucuk ubi

Image
Petang tadi Papa N minta saya buat masak lemak pucuk ubi. Mula-mula dengar tu, terkejut juga. Tak pernah lagi saya masak ni. Kenapa pula tetiba je nak makan gulai ni. Saya rujuk internet untuk dapatkan resepi. Pelbagai versi cara masak dan bahan yang ada. Papa N pula sibuk bagitahu maknya masak guna ikan pekasam. Makinlah pelik saya. Saya terus telefon Kak Ja untuk dapatkan pandangan. Kak Ja kata ada juga orang yang buat macam tu. Tak puas hati lagi saya. Saya suruh Papa N telefon MIL untuk tanya pasal ikan pekasam tu.MIL jawap dia biasa gunakan ikan salai. Haaa... malu Papa N sebab saya gelak besar kes dia tertukar antara ikan salai dan ikan pekasam.. Saya akhirnya pilih masak pucuk ubi dengan ikan bilis je. Hasilnya.... Dalam gambar tak nampak kuning pula, padahal saya ada masukkan sedikit kunyit tadi. Papa N makan seorang je tadi. Katanya sedap. Masa masak lagi pun dia asyik cakap, sedapnya bau masakan tu.. Saya risau takut kes kembung Nazif berulang lagi, jadi mema...

Cendol lagi

Image
Di samping menunaikan hasrat hati nak makan cendol, kami pergilah makan cendol di Dengkil, sambil melawat tapak. Kononnya nak buka kedai kecil jual cendol kan? Walaupun tak jadi nak buka bisnes cendol, pergi makan pun cukuplah.. Kali pertama mencuba Cendol Durian Borhan.   Menu yang dipesan, cendol durian jagung, cendol durian pulut, laksa dan cucur udang. Yang lain tak sempat nak ambil gambarnya, faham-faham sahajalah keadaannya bila makan dengan anak-anak. Tengok model ni makan sambil menikmati cendol dan cucur udang.. kemain comot. Dah masuk fasa semua pun Nazif nak makan sendiri. Suap tu, kena guna tangan sendiri. Tak kisahlah yang masuk mulut sikit atau banyak. Si comel ni nampaknya sikit mengurus disebabkan ni..tak adalah nak kena cubit lagi kalau berterusan macam ni.. Sebelum balik pun saya dah terfikir, Idea nak berbisnes cendol ni tak sesuai. Nak kena sabar banyak. Kalau ada sepuluh pelanggan yang datang makan bawa anak aktif macam ni..adoi..penat.. ...

Anak bertuah

Image
Kalau bab makan....  Nak makan kena baca doa dulu. Tak kira di rumah atau di tempat awam, masa baca doa dia baca doa tu kuat-kuat.  Mama senyum kambing je masa dia baca doa buka puasa..berkali kena tegur pun dia masih nak baca doa buka puasa juga.. tapi kalau kita bacakan doa makan, tahu je dia ikut.  Makan mesti nampak bersungguh. Ini pastilah makanan yang dia suka. Kalau tak, pegang pun tidak. Kalau dia angin baik, masa makan tu adik akan dapatlah sikit habuannya. Kalau jumpa kopiah atau songkok, terus dia label diri dia USTAZ.. Dah bosan, adiklah jadi mangsa pakai kopiah ni.. Nak dapatkan apa yang dia nak, pelbagai helah dia buat. Duduk kat atas lantai macam ni dah biasa. Mujur kebelakangan ni dia boleh terima kalau diberi alasan, nanti papa kerja kuat dan cari duit untuk beli kereta mainan Naim.. tak sangka dia dah mula faham hubung kait antara kerja + duit + pembelian.  Ada masanya bolehla pujuk dia daripada beli je apa...

Air, angin dan Nazif

Image
Ai semua.. dah mandi dan cuci baju? Haa.. sengaja tanya soalan yang boleh buat ramai orang Selangor hangin badan ye. Alhamdulillah kawasan rumah kami tak tersenarai dalam kawasan yang bermasalah air. Semoga yang terlibat tu dah buat persediaan. Panik betul malam semalam. Nazif tiba-tiba terjaga dari tidur walaupun sebelum tu dia tidur lena je. Ingatkan dia nak menyusu, jadi saya cuba nak susukan dia. Tak pulak. Makin kuat suaranya Nazif ni menangis. Cuba dukung dia. Tak nak juga. Makin kuat lagi dia meraung. Alahaai..saya cepat bacakan ayat ayat kursi dan cuba tenangkan dia. Pun tak jalan juga. Papa N cuba nak pujuk. Tak nak dia. Makin bertambah kuat lontaran suara Nazif ni. Jadi, dah 15 minit dia macam tu, kami buat keputusan bawa di ke klinik. Sebelum keluar tu saya dah sapu minyak panas ke perut dan kaki Nazif. Agaknya sebab kurang sikit rasa tak sedap perut masa sampai dia klinik tu, Nazif mula berhenti menangis. Doktor pun kata perutnya ada angin. Dapatlah dua jenis ubat. Muju...

Nak sambung belajar

Ada yang terkejut tak baca tajuk entry ni? Baca dulu tau, baru faham kisahnya. Assalamualaikum semua. Bagi salam dululah, sebab rasanya hari ni nak cuba menulis gaya ting tong. Ha, Puan Kutu a.k.a Pn Muni jangan marah saya pinjam tagline blog. Pinjam kali ni je tau? Terima kasih... Bercakap pasal sambung belajar. Memang dah lama ada dalam cita-cita murni saya. Masa tak tamat belajar di universiti lagi pun dengan seorang kawan, Laila nama minah tu, kami ada rancang nak kerja sekejap dan nak sambung belajar master. Rasanya sebab masa tu kami berdua tak ada boy friend , sedangkan kawan lain ada. Kononnya takut tak laku, sebab yang belajar kursus perguruan ni memang cukup ramai yang kahwin semasa belajar. Kononnya nak isi borang penjawatan tu senang, ada alamat suami maka takkan dihantar berkhidmat di kawasan pendalaman Sabah atau Sarawak. Punyalah cetek pemikiran kan? Dah kerja baru tahu, kerja di Sabah dan Sarawak kurang stress berbanding kita yang bermastautin di bandar ni. Gaji pun ...

Ikan bayang

Image
Hari ni kononnya saya tak nak makan nasi. Dalam hati berangan nak makan mee yang sedap, burger ataupun kebab. Tetiba Papa N cakap, 'jom ke Limau Nipis'. Alahai.. hancur impian.  Masa kami sampai di Bandar Baru Bangi tengah hari tadi, saya jeling je ke Mc D yang terletak di seberang jalan. Dengan berat hati kaki ini melangkah masuk ke D'Limau Nipis. Papa N nak makan ikan bakarlah tu. Dalam hati saya cakap, "tak nak ambil nasilah, minum je. Nanti nak balik nak singgah di Mc D nak beli burger". Tau apa jadi? Sebaik melangkah je ke restoran ni, ada staf yang tunggu. Dia tanya kami nak rasa tak ikan bayang. Inilah ikan bayang tu. Korang pernah makan? Kami ambil ikan bakar ni sebab tak pernah lagi merasa ikan bayang yang dikhabarkan isinya rasa macam ketam. Staf tu bagitahu yang makanan ikan bayang ni ialah ketam, sebab tu isinya ada rasa ketam.  Buntangla mata kami. Terus angkat sepinggan ikan separuh yang masih panas ni. Saiz yang kamj ambil n...

Tok Ayah rindu Nazif

Image
Semalam saya dapat panggilan daripada Kak Ja yang baru balik dari kampung. Katanya, Ayah asyik sebut Nazif je. Hihi... adik, Tok Ayah rindu adik ni.. Apa taknya, si kecil ni suka je kalau Tok Ayah dukung dan main dengan dia. Tok Ayah pula asyik cakap, Nazif ni tak reti kecek je, dia dah pehe benda ore oyat ke dio tu. Haa.. memang pun.. Kalau malam-malam pula, saya tutup lampu sebab nak buat Naim cepat tidur, si kecil ni mengelat tau. Abangnya elok baring sebelah saya, macam dah nak tidur, Nazif pula ambil peluang keluar dari bilik. Dia main cak cak dengan Tok Ayah. Dah Toknya letih, dia main pulak dengan abang sepupu atau Ayah Su. Habisnya pukul 12 lebih baru dia nak tidur, baru cari mama.. Tengokla apa yang diorang ni main kalau malam masa kami di kampung hari tu. Gelak ketawa pulak suara kedua-duanya cukup meriah. Macam mana Tok tak rindu korang, ai.. bila lagi kita nak balik lama ni?