Positif, cuba positif dan nak positif

Bismillah hirrohma nirrohim....
Cuba memulakan pagi yang sejuk ni dengan positif. Semoga aura positif kekal hingga seterusnya. Nak jadikan apa sahaja amalan hari ni sebagai ibadah, mulakan dengan bacaan bismillah dan ikhlas, insha Allah.

Cuba positif dengan kata-kata suami. "Sabar banyak-banyak yang. Abang cuba kerja keras lagi. Target lima tahun lagi kewangan kita dah stabil kalau ayang tak tahan juga stress kerja ni, ayang leh resign. Jaga rumah dan uruskan anak je nanti".

Cewah,ayat pujuk. Walaupun saya tahu payah tu. Tapi suami cakap gitu, hati gulana ni termakan pujuk juga. Masih sedar realiti kehidupan kat bandar ni kalau seorang je bekerja memang agak susahlah kehidupan kami. Maka, sedaya upaya saya kena teruskanlah selagi mampu.

Tapi, saya tengok sekarang ni beberapa rakan dah mula tukar jabatan. Mungkin juga atas sebab yang sama. Nak kena tanya orang yang berpengalaman ni. Apa cara dan peluang yang ada. Tak salah mencuba, kan?

Comments

  1. maaf ye, akak tak berapa reti nak komen bab2 ini tapi ikut pandangan akak le, sayang kalu berhenti, lagipun kerja gov..

    sebenarnya kat mana2pun mmg ada tekanan tempat kerja, mungkin dari rakan sejawat, boss ataupun persekitaran, cuma kita perlu bersabar ntuk hadapinya

    ReplyDelete
  2. sebab pe kak?stress dgn pe?dasar yg mengarut2 ke dgn pntadbir?
    huhu...
    resign?tp best gk kerjaya sbg surirumah kan?hehe ^^
    kuatkan semangat kak!! 'sy bangga menjadi guru' -trademark IPG =)

    ReplyDelete
  3. aah dikk
    x salah mencuba
    akk nie dulu rasa macam x cukup je , nak2 suami kerja sendiri .. tapi alhamdulillah berkat sabar , doa dan tekad , rezeki allah ada dimana2 ..
    kita usaha pasti dia akan bg ;)
    kena yakin tu ..

    ReplyDelete
  4. Semangat..semangat..

    ReplyDelete
  5. Kalau mcmtu try lah mintak tukar jabatan lain...janganlah berhenti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah rancangan saya... nak kena jumpa orang yg lebih arif dulu...baru tahu prosedur

      Delete
  6. Kerjaya dgn kehidupan sekarang berkait Aisy. Bukan tak boleh kalau tak bekerja tapi kena kreatif mencorak kehidupan. Kalau tak kreatif sebaiknya baiklah kita bekerja.

    ReplyDelete
  7. Sy dah lama stress sbb enviro keje kat sini. Tapi terpaksa perah smgt yg nak kata ada, mcm tak ada tapi kena buat-buat ada.

    Klu ikutkan hati, sy nak je amek option duduk umah jaga aydin. Tapi ekonomi tak berapa nak stabil. Kena lupakan niat tu. Ada je hati nak bt bisnes sambilan untuk bantu suami smbl duk umah jaga anak tapi tulah...sy takde keberanian nak mulakan. Mmmm....

    ReplyDelete
  8. Sama la stress jugak kekadang rasa nak berenti tapi tulah faktor kewangan pemisah..

    sabar bebanyak k, insyaAllah ada rezeki nanti :D

    ReplyDelete
  9. Emm... AN, awak cikgukan.... Yelah maemasing ada masalah tersendiri, tak kira di office atau di sekolah. Apa yg boleh kita buat berdoa ajelah moga Allah permudahkan...
    Senang aje OKje cakapkan...tulah hanya yang menanggungnya saja yg mengetahui

    ReplyDelete
  10. Jadi positif adalah yang terbaik

    ReplyDelete
  11. Semua kerja ada stress yang penting kena positif diri :) banyakkan bersabar ye Insyaallah ada jalan penyelesaian nye

    ReplyDelete
  12. ikutkan hati akak ni memang nak berenti keje je jaga anak2 tp apa nak buat..x bole nak harapkan en.azmi sorang sekarang ni, nak tak nak kena kerja juga,walapon kdg2 rasa bosan sgt2

    ReplyDelete
  13. Sampai certain masa, mmg kita akan boring dgn kerja... macam saya dulu pun macam tu laa... boring dgn rutin yang sama... bila ramai kawan2 mula further study, baru saya terdetik utk sambung belajar lagi.. terus intai peluang yang ada...
    Tak salah mencuba, mana tahu boleh tukar ke jabatan lain lepas ni...

    ReplyDelete
  14. tukar la jabatan. tak pun tukar jadi cikgu sek rendah, agak2 boleh tak..

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?