Melatih kesabaran

Saya ambil peluang di bulan mulia ini untuk melatih kesabaran bagi diri. Bukan senang nak sabar dan ada masanya saya memang bengang betul kalau berhadapan dengan orang yang pemalas. Rasanya saya dah cukup malas, tapi kalau jumpa orang lain yang lebih malas, mulalah terasa penuh angin kat dalam dada ni..bengang kawe.

Saya punya alasan sendiri kalau saya malas pun . Malas saya selalunya yang hanya berkaitan dengan diri saya. Contohnya, malas nak mekap, malas nak kemas meja, malas nak beli tudung pelbagai fesyen, malas nak buat kerja sekolah di rumah dan sebagainya. Selalunya kalau melibatkan orang lain, saya akan lebih rajin untuk melaksanakan sesuatu. Mungkin juga sebab tak nak orang lain susah disebabkan saya atau tak nak orang lain fikir yang bukan-bukan tentang saya.

Orang lain yang tak langsung fikir orang lain ni tak puasa ke agaknya? Ke memang sifat tu ada dalam diri dia, bukan sebab hasutan syaitan yang telah pun dirantai di sepanjang bulan yang mulia ni? Hai, walaupun puasa buat juga kelakuan tak sepatutnya kan? Moga moga kita yang baca ni tidaklah begitu pemalas, pentingkan diri sendiri, tak fikir langsung hal orang lain, ambil kesempatan terhadap orang lain dan lain lain yang seumpamanya ok?

Bila lagi nak dapat pahala berganda.. Nilah masanya...

Comments

  1. nampak gayanya hampir samalah situasi kita, sabar selagi mmampu biarpun dalam hati menangis tak berlagu..

    ReplyDelete
  2. Wuishh!. Org2 yg malas cenggitu jgn dibuat menantu!. Buat perabih beras je. Hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak ingin pun...hihi.. ada hati dia nak jadi calon menantu, jangan harap la....

      Delete
  3. Hihi..baru jer nak berbesan..haha..terus tak jadik..untuk my future daughterla..garang sgt besan saya ni.
    Apapun..setuju sangat..klu saya,hidup jangan menyusahkan orang..in sha allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha... Geramkan org pemalas punya pasal, nmpk grg ke? Hihu

      Delete
  4. Saya pun malas nk make up. Time ada meeting penting atau event baru la nampak muka ni berseri sikit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malas macam ni, takpe.. Tak effect orang lain.. Kira ok

      Delete
  5. malas utk diri sendiri ni,akak pun sama nak lak skrg ni mmg nak berbedak pun rasa malas je...

    betul tu..masa bulan ramadhan ni lah sepatutnya kita tambahkan apa yg kurang..

    ReplyDelete
  6. PELIKKAN?
    SETAN DAH KENA IKAT,TP MALAS TU TETAP ADA.HUHU
    HAJAT NAK KHATAM QUR'AN BULAN POSA NI
    MOGA KESAMPAIAN ;)

    ReplyDelete
  7. Biasalahkan AN.... namanya pun manusia
    Tapi rupanya ada org yg lagi pemalas dari kita hehe....
    Kalau entri atas tu bagi contoh boleh?

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?