Mulakan dengan bismillah
Nampaknya tahun 2013 tinggal beberapa jam lagi. Kita di bumi Malaysia ni dah tak lama nak masuk waktu Asar pun. Bersyukur kita dapat teruskan kehidupan dengan insan-insan yang kita sayangi. Saya hari ni berada di sekolah untuk sesi orientasi pelajar tingkatan satu. Hari ni kerja bahagian sambutan, jadi merempitlah saya dari rumah pagi tadi. Mujur sampai ke sekolah pada pukul 7.25 masih awal lagi untuk bersedia. Setiap tahun pun, di majlis macam ni, saya selalu tersentuh melihat kerjasama dan penglibatan ibu bapa. Cukup ramai ibu bapa yang meluangkan masa untuk menghantar anak mereka ke hari pertama di. sekolah. Ada yang datang tu dengan bawa bersama anak yang masih bayi. Ada pula yang kelihatannya cukup prihatin, pelbagai persoalan ditanyakan sampai guru tingkatan pun pening nak menjawab. Apa-apapun, semua ni tak lain tak bukan, menunjukkan para ibu bapa memang prihatin dengan pendidikan anak-anak mereka. Kehadiran ibu bapa melebihi jangkaan. Para pengawas kena letakka...