Posts

Showing posts with the label Susu badan

Gigih mengepam

Beberapa hari ni memang saya gigih mengepam susu. Apa taknya, stok memang tak ada. Sebelum ni saya tak buat banyak stok sebab susu badan semakin merosot. Cukup untuk Nazif minum secara direct je, tu yang dia berkali-kali nak isap.. Ada masanya saya rasa penat juga, tapi sian memikirkan anak, bersabar ajelah.. Jadi, langkah nak tambahkan susu, saya pun belilah set menyusu Shaklee.. Baru 5 hari amalkan set menyusu ni...Ambil supplement ni kena pulak minum 3 liter air sehari. Adoi, cabaran betul. Masa mesyuarat sekolah kemarin tu boleh tengoklah saya ke tandas sampai empat kali sebab tangki asyik terasa penuh je.. Apa nak buat, dah bayar mahal-mahal kenalah ikut aturannya, kan? Kalau tak, sayang je nanti tak menjadi. Satu yang saya perasan,masa mengepam susu ni saya memang kena fokus betul baru lebih susu yang keluar. Kalau pam sambil bersembang, edit blog atau BW blog rakan-rakan memang sikit benar susu yang keluar.. Malu nak tubik ke... ada juga saya terbaca yang kalau kita...

Mula buat stok

Image
Setelah dimarah oleh bonda di kampung, akhirnya saya mula buat stok susu untuk Nazif . Beriya bonda telefon mengingatkan saya tentang ni. Bukan sesaja nak lambat-lambatkan, tapi tak berkesempatan...boleh alasan macam tu ye? tak sedar diri dah nak mula kerja ? apa-apa pun akhirnya saya berjaya juga mulakan usaha nak buat stok susu. Itu yang penting. Untuk kali pertama, saya hanya guna kaedah manual iaitu perah dengan tangan aje. Sebabnya pam yang ada macam tak kuat sedutannya, jadi susu tak keluar. Entah mana rosaknya sedangkan benda tu macam beroperasi  baik je. Kali ni dapat sikit sebab tak reti sangat walaupun selepas rujuk daripada beberapa blog..lagipun Nazif dah meraung tunggu haknya, jadi cukuplah setakat 1.5 oz je. Bila difikirkan sekarang, saya kena mengaku betapa cetek ilmunya saya ni. Senang cakap jenis tak ambil tahu. Padahal ni dah anak yang kedua. Tak juga boleh gunakan alasan yang saya tak banyak tahu tentang penyusuan susu ibu s...